Pages

Monday, May 31, 2010

Bengkel Cat Kereta... Biru Colour jiwa muda...

Terlebih dahulu kami mulakan dengan mendoakan misi Konvoi bantuan ke Gaza Selamat... Amin....
Wajah Baru... lebih gempak..
Kali tak mau cerita banyak.. Kami dapat sebuah projek kereta Toyota.. Owner nak tukar colour baru dari hijau ke cadangnya biarlah warnanya ceria... Jadi dia serahkan bulat-bulat untuk kami make over... waaarrrgghhh kami di beri kepercayaan meke up keretanya... Maklum lah owner tak tau nak buat ape.. Orang dah berumur nak jadi muda sikit... Oooopss tergamam aku melihat owner tu... Ok kami terima aje... Tak kesah janji duit masuk kocek... Taukey tinggalkan pesan harap korang kojo dulu ... tu ade senarai tugas untuk korang ye... jangan curi tulang ye...toukey nak beli barang skit... hah baca lah ye...Meh tengok ape yang dia orang buat kat kereta ni... mana korang pergi ni semua... Uhhh dah siap bungkus lah.... dia orang gosok kereta ngan bersungguh-sungguh... jujur-jujur korang ni rupanya ye... Ehhh taukey tak ade sape plak yang ambik gambo tu... Hah tengah gosok kat bumper belakang rupanya...
Yang sorang ni tengah simen tepi pintu kereta.... Sapa ni tak nampak muka lah plak... korang sabotaj kemera taukey ye...
Dah siap semuanya .. tinggal arahan seterusnya plak.. manalah Taukey Azlie tak balik-balik ni... Masuk tempat cat... Dah start nak cat ni... kita tunggu dan lihat ape perubahan yang dilakukan seterusnya... Hah Taukey Azley pilih Colour Biru laut ni.... Tapi Taukey Azley gelapkan sikit... Ubah colour tu biar nampak biru gelap sikit... Ni dah kering Sorry ... Kali ni Taukey Azlie Tak kasi ambik gambo dia tengah cat... Dia tak bagi ganggu dia buat kerja... Jadi tak ade lah gambo... tau-tau dah siap aje..Zoommm... Kasi dekat sikit Colour tu yang baru aje keluar dari tempat cat.... Bawak keluar untuk polish kereta tu... ni sapa punya kerja ni ye... tapi tak polish pun dah kilat... ok ape... Kalau Polish lagi lah megelip-ngelip colour dia
Hahh sampai dah malam baru siap cat.. ini lah perubahan yang di lakukan ni taukey azli siap pasang skerting keliling dan spoiler ... Ok pada keesokan pagi kereta ni siap basuh....ni dia buat tatapan korang semua ...dah siap dah kereta toyota ni.... Tunggu Owner sampai aje ambik kereta tu... Meh check keliling kereta ni.... Muka depan kereta tu... Side skerting pasang keliling kira kena tak...Side skerting belakang sambung terus.... Ni spoiler belakang boleh lah dari tak ade kan.... Harap Owner berpuas hati ape make over yang kami buat ni.... Harap juga Colour tu dia berkenan ngan kehendak jiwanya.... nampak macam orang muda sikit kan...

Freedom Carries Hope
Mesej Misi Keamanan Dari Kami
Atas kesedaran, perikemanusiaan dan rasa tanggung jawab.. kami menyeru pada semua Suport kempen kami.. Mari kita doakan untuk konvoi bantuan Gaza
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Friday, May 28, 2010

Nombor Plat Kenderaan

Nombor Kereta Mengikut Kepercayaan Fung Shui Cina...
Angka lapan dalam dunia feng shui di sebut sebagai bintang kekayaan .Ada juga yang menggelarnya sebagai bintang putih yang sentiasa bertuah dan penuh keajaiban.Menggunakan angka lapan dalam kehidupan seharian dilihat sebagai kelebihan dan seseorang itu mampu mendapat keuntungan yang tidak disangka-sangka. Nampak macam sama dengan yang tadi, tapi sebenarnya lain. Tengok betul-betul 8888 tu..Yang ini sebenarnya gua dah confuse. Tak tau mana satu B mana satu 8. Semua nampak sama
Nombor lapan ini kalau digandingkan bersama angka satu atau enam, juga dianggap sebagai bagus.nombor lapan sentiasa menjadi rebutan masyarakat Cina kerana ia ditafsirkan sebagai lambang infiniti iaitu sesuatu yang tiada penghujung.Mengapa angka 8 dikatakan angka yang istimewa? Mengikut Feng Shui cina angka 8 merupakan angka bertuah. Sebutan angka 8 dalam bahasa cina seakan-akan bermaksud ‘peningkatan’ serta ‘kemakmuran’ angka 8 diwakili dengan simbol ‘Yin’ dan ‘Yang’.
Nombor Feng Shui
Feng Shui sendiri berasal dari gabungan kata dalam bahasa Mandarin, dimana Feng artinya angin (arah) dan Shui Air (Tempat), yang dapat disebut sebagai ramalan atau analisa terhadap tempat atau arah Beberapa masyarakat cina percaya bahawa dengan nombor hoki (Nombor Hoki belum tentu nombor cantik)
Mengikut Numerologi Cina lagi, setiap nombor mempunyai elemennya tersendiri.
Angka 1 mempunyai elemen Air.
Angka 2, 5 dan 8 – Bumi.
Angka 3 & 4 – Kayu.
Angka 6 & 7 – Besi
Angka 9 - Api.
Angka 8 yang mempunyai elemen bumi bermaksud memberikan kestabilan serta meningkatkan keazaman untuk mencapai kejayaan

Dalam perhitungan feng shui, nombor boleh ditafsirkan sebagai berikut :
Angka 1 bererti : Satu , satu-satunya, saya, diri sendiri,
Angka 2 bererti : Mudah, senang, tidak sulit
Angka 3 bererti : Menemukan, mendapatkan, hidup
Angka 4 bererti : Mati, miskin, susah
Angka 5 bererti : Tidak akan, tidak pernah, tidak boleh
Angka 6 bererti : Menuju, akan
Angka 7 bererti : Tepat, Hoki, Pasti, ketuhanan.
Angka 8 bererti : MakmurAngka 9 bererti : Sukses, panjang, lama

Kombinasi angka beraneka ragam maksudnya
berdasarkan tafsiran dari feng shui tersebut, misalnya
168 ertinya saya akan makmur
328 ertinya menemukan kemudahan untuk makmur
28 ertinya mudah makmur
54 ertinya tidak akan susah, tidak akan miskin
78 ertinya pasti makmur
Tapi number paling best ialah 3889!!! maknanya ialah Dapat Tuah, Tuah Itu Berterusan!!!

Nombor yang dijauhi seperti :
64 ertinya akan miskin
74 ertinya pasti miskin
58 ertinya tidak akan makmur
24 ertinya mudah mati
34 ertinya hidup susah
angka 69 , walaupun jika diertikan akan sukses, tetapi dalam feng shui tidak berartidemikian. angka 77 orang yang memiliki angka 77, orangnya banyak cakap kosong. Tak leh percaya..
Nombor 4 menurut Feng Shui
Tapi jika anda percaya, jangan menempatkan angka 4 di belakang nomor nombor anda, karena menurut feng shui, ertinya tidak baik.Nombor cantik bukan berarti nombor hoki, coba anda lihat angka 6464, cantik bukan ? tapi ertinya akan miskin berulang ulang, ataupun angka 5588 yang artinya tidak akan makmur. Karena tidak semua nombor cantik itu hoki, jika anda percaya, berhati hatilah untuk memilih nombor, apalagi diketahui nombor cantik yang sebenarnya merupakan angka tidak hoki.
Kod Kawasan Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pada tahun 1967, Malaysia menggunakan kod pendaftaran kenderaan yang ditetapkan iaitu MAL. Pada zaman sebelum merdeka, kod pendaftaran kenderaan ialah FM (Federated Malays States) pada 1957 dan PTM (Perseketuan Tanah Malayu) antara tahun 1957 dan 1967.

Adakah anda tahu bahawa negeri Perak mendapat prefix A kerana dipercayai residen pertama British yang menggunakan kenderaan bermotor diikuti dengan Selangor (B), Pahang (C) dan seterusnnya. Negeri lain seperti Pulau Pinang menggunakan awalan P kerana menggunakan awalan ejaan negeri masing-masing. Memandangkan Malaysia mempunyai 14 buah negeri dan wilayah persekutuan, huruf awalan digunakan bagi membezakan setiap negeri, wilayah dan kawasan dalam sesebuah negeri.

Rekod plat Kereta termahal di Malaysia
Nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000.. Harga bidaan itu mengatasi harga untuk nombor plat tertinggi sebelum ini iaitu TAN 1 yang bernilai RM200,090 . di ikuti pula ketiga termahal adalah no plat JJJ 1, RM120,000..TAX 1 sebanyak RM 165,000 dan TAY 8 sebanyak RM62,000

NOMBOR TEMPAT PERTAMA TERMAHAL

NOMBOR TEMPAT KEDUA TERMAHAL
NOMBOR TEMPAT KETIGA TERMAHALApa yang pasti ada yang sanggup membida dengan menempah nombor pendaftaran sehingga harga ribu-ribu Kat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pemilik boleh mendapatkan nombor yang dihajati melalui proses tender, belian terus, melalui skrin atau melalui nombor-nombor yang tidak dituntut.

Mari lihat bentuk nombor Plat kenderaan Malaysia...
Nombor Plat kenderaan Rasmi Sultan dan VVIP
Kalau Kenderaan Rasmi Sultan-Sultan memang tak ade nombor.... begitu juga kenderaan Rasmi Perdana Menteri... V.V.I.P terkecuali lah.... Sapa berani tegur... Nombor Plat kenderaan Artis & Aktres Popular..
Artis pun dah pakai Nombor cantik-cantik ... Jangan tak percaya ada aktres beli plat nombor kereta lebih RM 50,000... jangan tak cayani.. bukan Gosip ye.. skrg bleh pakai private number..mcm MAF14 bleh jd MAFIA..tp harge tender paham2 je la.. Menurut Gosip MAF14 azhar sulaiman punya ...dah banyak bertukar tangan

Nombor Pendaftaran Kontraversi
Ada gak yang ambik nombor Pendaftaran yang Sensore, bikin gempak
Tak Sanggup Nak Labur Duit Semata-mata beli nombor plate ni

Nombor Pendaftaran yang kami anggap istimewa

nombor paling mahal ialah 1,7,8,9 ..mau puluh ribu gak..klu single..perrgghh..leh beli rumah kos rendah pun aderr..tu beli huruf/abjad lagi...Yang ni Nombor single hanya letak kat motor EX5 aje... CehhhNombor plete lebih mahal dari harga keta.ni antara nombor plate pelik2 dan menarikNombor Pendaftaran Singkatan Nama

mmmm.... berapa riban diorang tender nombor ni?

Nombor pendaftaran yang bagi kami sangat unik sekali ... penah nampak honda CRV color black,tinted itam pekat....Menurut Gosip nye...DATOK Wira no plat no plat MAT1...MAR 1 sampai 10 tu Mohd Ali Rustam punya. menteri besar melaka. banyak duit diaaa....WAJ 4 pernah nampak kat ptrajaya kot..
Apa macam? Ada berani mau angkat nombor nih? Mahal nih beb Aku lebih rela beli makanan daripada beli no plat kereta beribu-ribu. ..
kalau semua pakai nombor mahal saper nak pakai nombor murah...
Meh Tengok Nombor Plat Negeri mana yang kat bawah ni ? Ade ke...
Memang cantek no plat diorg...tp lau aku mmg membazir la nk bli no plat mahal2...pkai jer pe yg ada...
Hendak dapat nombor plat unik macam ni Kena buat bidaan sampai berpuluh-puluh ribu .Kereta dah la mahal,no plat pun mahal jugak! Dasat-dasat. Rasanya semua paham kot kenapa mereka yang terlibat dengan dunia perniagaan ni seperti mempamerkan kemewahan yang mereka punyai? Satu nak pikat dan memberikankan keyakinan kepada mereka yang bakal menyertai perniagaan tersebut.Pastu nak buktikan yang perniagaan yang mereka jalankan itu betul-betul mampu memberikan pulangan lumayan!

AMARAN OLEH JPJ ...

Nombor Plat bukan tujuan fancy atau kelihatan cantik?.
Mengikut Kaedah 6 di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959 -
'Nombor pendaftaran yang diberikan kepada kenderaan bermotor dalam kaedah-kaedah ini pada sepanjang masa, dipamerkan di hadapan dan belakang kenderaan bermotor tersebut dalam kedudukan menegak pada plat segi empat atau pada permulaan segi empat tidak pecah membentuk sebahagian kenderaan dan hendaklah mematuhi perkataan dan nombor dan sebaliknya dengan peruntukan-peruntukan yang mesti dipatuhi di mana plat nombor pendaftaran boleh dibina daripada besi berbentuk besi tekanan, plastik atau bahan-bahan lain yang sesuai yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dan mempunyai huruf dan nombor yang menaik atau timbul'.Pihak JPJ sentiasa menjalankan operasi penguatkuasaan dan mempelbagaikan tumpuan dan sasaran dalam mengatur perancangan operasi di seluruh negara, termasuk juga berkenaan penguatkuasaan terhadap nombor pendaftaran.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

Wednesday, May 26, 2010

Generasi Proton Satria ..

Perusahaan Otomobil Nasional yang ditubuhkan pada tahun 1983 sebelum mengeluarkan kenderaan pertama pada tahun 1985 iaitu Proton Saga. Model yang diadaptasi dari Mitsubishi Lancer Fiore ini telah membanggakan seluruh warga Malaysia. Model ini telah mendapat sambutan yang begitu hangat di seluruh pelusuk Negara dengan jualan yang memberansangkan. Model ini juga kali pertama dieksport ke United Kingdom. Ini secara tidak lansung memperkenalkan lagi nama Malaysia ke luar negara. Beberapa tahun kemudian, Proton Iswara dikeluarkan bagi menambahkan lagi opsyen kepada pembeli dengan pelbagai varisi. Pengeluaran kenderaan telah ditingkatkan disusuli dengan pengenalan Proton Wira, Satria, Perdana, Putra, Waja, Satria Gti, Arena dan Juara. Model-model ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan kepada pengguna.
Proton Satria..
Proton Satria adalah model Kereta hatchback 3 pintu keluaran Proton. Generasi pertama Proton Satria adalah berasaskan model Mitsubishi Mirage Cyborg, dikeluarkan pada tahun 1995 sehingga tahun 2006. Generasi kedua pula yang dikenali sebagai Proton Satria Neo adalah rekaan Proton sendiri, dikeluarkan pada tahun 2006 sehingga sekarang.
Generasi pertama (Satria; 1995-2006)
Model generasi pertama Proton Satria boleh didapati dalam pilihan enjin 1.3L, 1.5L, 1.6L dan 1.8L. Model 1.3L dan 1.5L menggunakan enjin mitsubishi orion yang turut digunakan dalam proton saga dan wira manakala model 1.6L pula menggunakan enjin mitsubishi 4G9 yang juga digunakan pada Proton Wira1.6L. Semua model didapati dalam pilihan transmisi manual manakala pilihan transamisi automatik pula didapati pada model 1.5L (3 kelajuan) dan 1.6L (4 kelajuan).

Selain itu, varian sports bagi generasi pertama Proton Satria juga boleh didapati iaitu:-
Proton Satria GTI:
Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Digerakkan oleh enjin 4G93 berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.
Proton Satria R3:
Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin 4G93 yang ditala semula.

Generasi kedua (Satria Neo; 2006-sekarang)
Proton Satria Neo dilancarkan pada Jun 2006 sebagai pengganti kepada generasi pertama Proton Satria. Digerakkan oleh enjin Campro, model ini boleh didapati dalam 2 piilhan enjin iaitu 1.3L dan 1.6L. Model high-line 1.6L turut menawarkan ciri keselamatan seperti beg udara,ABS dan EBD. Semua model Satria Neo boleh didapati dalam pilihan transmisi manual & transamisi automatik . Mulai tahun 2009, model high-line 1.6L kini menggunakan Enjin Campro CPS dengan teknologi pemasangan injap boleh laras yang menawarkan peningkatan kuasa sehingga 125 hp berbanding 110 hp pada enjin sebelumnya. Enjin Proton Neo adalah kejuruter aan hasil usaha sama Proton dan Lotus . Mengguna pakai enjin Campro. Campro adalah singkatan nama Cam profile. Antaranya memberi hasil output yang lebih baik dan menepati ciri2 terkini. Pada ketika ini, Cam Pro adalah nadi penggerak kereta keluaran proton tempatan yang dimuatkan di dalam keluaran medol Waja, Gen2, Pesona dan Satria Neo . CPS (Cam Profile Switching system) adalah teknologi yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi enjin Cam Pro. Kebanyakan keluaran model terbaru proton dilengkapi teknologi CPS.


Kebanyakan peminat Proton Satria terutamanya golongan berpendapatan sederhana membelanjakan untuk mengubah suai dan menukar atau manik taraf alat ganti.. beberapa pengubahsuain telah dilaksanakan termasuk menukar ekzos, kotak gear, stereng, dan exterior modification. Penukaran ekzos, dan beberapa pengubahsuain enjin( engine tuning) telah meningkatkan kadar penggunaan minyak (fuel consumption). Secara keseluruhannya, pengawalan(handling) kereta cukup baik ..

Mari Lihat gambar model-model Satria ni

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..