Pages

Sunday, March 27, 2011

Generasi Nissan Skyline

Pertanyaan yang diajukan..
Blogger MataHati @ MH said...

tuan blog, ada masa cerita sikit pasal generasi nissan skyline.. nama yg tak lapuk ditelan zaman

Jawapan Kami..
Maaf agak lama blog ni tak ber update sebabnya agak kesibukkan dengan pelbagai urusan...apapun saya akan jawab pertanyaan En MataHati.. Terima kasih kerana bertanya ye. Apapun first kita kena belajar dari sejarah dahulu..
Sejarah Nissan Skyline
Pengasas model nissan Skyline ialah Shinichiro Sakurai. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencipta kereta lagenda Datsun / Nissan Skyline.Model sentuhan asli pakar automotif Jepun itu boleh dianggap raja bagi mana-mana kereta sport GT Jepun yang dilengkapi dengan segala teknologi terbaik dari pengeluar Datsun itu satu ketika dahulu. Skyline adalah satu jenama besar dalam industri automotif dunia. Pencapaian cermerlang Skyline dalam dunia permotoran memang agak digeruni oleh pengeluar-pengeluar kereta dunia. Sampai sekarang pun Skyline masih wujud dengan generasi barunya

Nissan suatu masa dahulu lebih dikenali dengan nama Datsun. Kereta-kereta datsun ini memang popular dikalangan rakyat malaysia kerana reliablity dan juga penjimatan minyak serta kos yang murah untuk diselenggara.Terdapat pelbagai variasi kereta Datsun antaranya Skyline. Skyline merupakan salah satu sports car jepun. Kini Skyline lebih dikenali dengan nama Nissan Skyline. Kereta ini memang terkenal dengan Prestasi dan kelajuan.Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta.
Generasi Pertama 1957-1963


ALSI-1
Skyline pertama telah diperkenalkan pada April 1957,di bawah jenama Prince,
Ia menampilkan enjin GA30 1.5 L (1482 cc) menghasilkan 44 kW (60 kk). Ia menggunakan ampaian belakang tiub de Dion dan berkeupayaan 140 km/j (87 mp). Berat kereta ini adalah sekitar 1300 kg. Prince Skyline telah dikeluarkan sebagai sedan empat pintu dan gerabak stesen berpintu lima.dan dipasarkan sebagai sebuah kereta mewah.
ALSI-2
Skyline ini dimodenkan dengan lampu puncak empat persegi pada 1958.
Model ini dikuasakan dengan sebuah enjin 1.5 L yang diubah sedikit dikenali sebagai GA-4 OHV (1484 cc) menghasilkan lebih kurang 70 hp (52 kW) @ 4400 rpm dan dikeluarkan sepanjang 1961.
BLRA-3
Skyline Sport ini menampilkan badan Michelotti buatan tangan dalam versi-versi coupe dan boleh tukar. Kereta-kereta ini menggunakan enjin 1.9 L (1862 cc/113 in³) GB-30, menghasilkan 96 kk (72 kW) dan 113.5 ft·lbf (154 N m). Sementara hanya beberapa ratus sahaja yang dibuat, Prince Motors mempunyai kumpulan penggantian produk yang agresif dan mereka boleh dilihat (bersama model-model arus perdana syarikat tersebut) di dalam kebanyakan filem-filem Toho di awal 1960an.


Pada tahun 1968 Skyline GTR pertama dikenali sebagai "PGC10" berbekal enjin 2.0 L DOHC S20 I6 dibuat 160 hp (120 kW) pada 7.000 rpm dengan 118 N • m (87 ft • lbf) of torque. Kekuasaan itu disampaikan oleh seorang 5-speed transmisi manual ke roda belakang. Ini pada awalnya model ni adalah sebagai sebuah sedan empat pintu dan coupe dengan kod chassis "KPGC10".
Generasi kedua (1972-1977)
pada tahun 1972 banyak perubahan telah dilakukan hingga terbinanya Skyline versi "C110", dan siap sepenuhnya pada tahun 1973 . dengan berbekal enjin s20 i6 2.000 cc DOHC menghasilkan 160 hp pada 7.000 RPM kuasa menghantarnya ke roda belakang melalui 5-speed manual gearbox tetapi masih menggunakan Chasis asal KPGC10. ianya merupakan printis kewujudan GTR. Percubaan tersebut tidak berjaya kerana cuma 197 kereta terjual dan pengeluaran Nissan Skyline GTR dibatalkan tahun 1973 .
Generasi 3 (1989-1994) R32 GTR
Nissan Skyline GTR R32 di bina pada 22 Mei 1989, Nissan memutuskan untuk membolehkan pengeluaran yang tidak terhad yang mula dijual pada bulan Ogos 1989. Dengan yang baru 2,6 liter twin-wheel drive turbo semua sistem yang direka oleh Nismo dimasukkan ke dalam produksi sebagai Nissan Skyline GTR R32. Pengeluaran dijalankan dari Skyline GTR R32 adalah 43.394 unit.

R32 Engines

  • 1.8 CA18I I4
  • 2.0 L RB20E I6
  • 2.0 L RB20DE I6
  • 2.5 L RB25DE I6
  • 2.0 L RB20DET I6
  • 2.6 L RB26DETT I6 (GT-R)
Prestasi yang telah dicapai GTR R32 cukup membanggakan. Hal ini termasuk lima kali berturut-turut memenangi kejohanan di seluruh Jepun Touring Car Championship dan lebih daripada 200 kemenangan, ditambah catatan lap tidak rasmi untuk pengeluaran kereta di Nurburgring terkenal di dunia.

Generasi 4 (1995-1998) R33 GTR
Generasi ke-4 Skyline GTR adalah "E-BCNR33" (R33) pada tahun 1995..
Skyline R32 ni lebih kurang macam pencetus era kegemilangan untuk siri skyline kerana model ini dikatakan lebih berjaya berbanding model-model skyline sebelumnya. Bermula pada model ini jugalah Nissan telah memperkenalkan siri GTR yang telah terbukti sebagai "monster" pada kalangan-kalangan performance car. Selepas kejayaan yang dicapai pada Skyline R32 .

R33 models:

HR33 GTS - 2.0 L RB20E SOHC I6, 130 PS (96 kW, 172 N m)
ER33 GTS25 - 2.5 L RB25DE DOHC I6, 190 PS (140 kW, 231 N m)
ENR33 GTS-4 - 2.5 L RB25DE DOHC I6, 190 PS (140 kW, 231 N m) AWD
ECR33 GTS25T - 2.5 L RB25DET DOHC turbo I6, 250 PS (184 kW, 294 N m)

Generasi 5 (1999-2002) R34 GTR
Bermula Januari 1999.
Nissan menerusi model Skyline R-34 adalah model yang cukup berjaya mengubah imej kereta sports Jepun yang satu ketika dahulu dianggap 'murah' dan tidak tahan lasak.
Nissan Skyline R34 Models:

GT - 2.0 L RB20DE NEO I6, 155 ps (114 kW)
25 GT, GT-X, GT-V - 2.5 L RB25DE NEO I6, 200 ps (147 kW)
GT-FOUR - 2.5 L RB25DE NEO I6, 200 ps (147 kW) AWD
GT-T - 2.5 L RB25DET NEO turbo I6, 280 hp (206 kW, 343 N m)

generasi Skyline yang paling femes sudah semestinya Nissan Skyline R34 yang muncul dalam cerita 2Fast 2 Furious kan lantas model Skyline mula meniti bibir peminat automotif negara.

Model R-34 ini telah diuji di litar Nurburgring, Jerman untuk membuktikan kepada media dunia bahawa kereta sports coupe ini mampu memberi saingan kepada kereta-kereta buatan Amerika Syarikat dan Itali yang dikira hebat pada masa itu

Dengan enjin yang besar 2.6 liter enam silinder sebaris daripada modelGTR sebelum ini telah ditingkatkan untuk digunakan untuk model GTR yang terbaru ini.Prestasi off-boost telah ditingkatkan dengan penggunaan pengecas turbo seramik galas berkembar,manakala aci sesondol dan penalaan injapnya telah diubahsuai untuk memberi kelancaran pergerakan pada bahagian rpm rendah.

GT-R Edition:

Di Jepun ,tahap atau angka maksima yang dibenarkan oleh industri motor jepun ialah 280bhp dan kereta GTR ini dapat mencecah sehingga 277bhp.Bagaimanapun mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Nissan,GTR ini mampu menghasilkan lebih daripada 277bhp iaitu angka yang tidak keterlaluan iaitu 290bhp.

GTR ini mampu mengejutkan sesiapa yang memandunya kerana ianya lebih pantas daripada GTR sebelum ini.Model ini mampu mencapai 0-96km/j dalam masa 5.0 saat dan 160km/j dalam masa 13.0 saat.Sunguh pantas bagi sesiapa yang hanya memandu kereta enjin biasa.

Models:

GT-R - 2.6 L RB26DETT twin-turbo I6, 332 PS (244 kW, 392 Nm)
GT-R V-Spec - Additional aero parts, brake ventilation ducts, diffuser.
GT-R V-Spec II - As above + carbon fibre bonnet NACA duct.
GT-R N1 - Blueprinted N1 motor, no A/C, no stereo, no rear wiper, basic interior trim.
GT-R M-Spec - Leather interior, softer suspension with “Ripple Control” dampers, heated seats.
GT-R V-Spec II Nür - As above V-Spec II + N1 motor, 300 km/h speedo.
GT-R M-Spec Nür - As above M-Spec + N1 motor, 300 km/h speedo.
GT-R NISMO R-tune
GT-R NISMO Z-tune - 2.8 L (bored and stroked) RB26DETT Z2 twin-turbo I6, 500 PS (368 kW, 540 Nm) Z1 and Z2

Siri V-Spec GT-R misalnya dijual dengan harga kira-kira setengah juta ringgit di Malaysia ketika mula dibawa masuk sekitar tahun 2000. Kereta ini sendiri sememangnya mahal di Jepun, membuatkannya model yang sukar ditemui di jalan raya di sana.

Namun begitu, untuk membolehkan mereka yang kurang berkemampuan (tetapi kaya) memiliki model yang hampir sama, pihak Nissan telah memperkenalkan model GTS-T (juga ada seperti GTS, GS empat pintu dan berbagai lagi). Model ini dipasangkan dengan enjin Neo 6 turbo berkapasiti 2.5 liter yang menggunakan asas daripada enjin RB25DET dalam pembinaannya.

Beza antara GTR dan GTS secara visual ialah reka bentuk luarannya yang menampilkan imej sporty yang berbeza. Model GT-R didatangkan dengan bumper hadapan besar, sepasang lampu kabus yang dicantumkan dengan isyarat membelok serta sepasang fender yang lebar. Lampu belakang antara kedua model ini masih sama.

Generasi 6 (2007-sekarang) R35 GTR
Generasi baru daripada GTR pada 2007 semasa berlangsungnya Tokyo Motor Show.
Nissan telah menyambung kehebatan siri skyline melalui R33 dan R34 dan lebih cemerlang melalui model R35.Kuasa asal enjin GT-R ialah sekadar di bawah 500bhp, tetapi kuasa sebenar yang mampu dijana apabila modifikasi menyeluruh dilakukan boleh mencecah 1000bhp. Tidak hairan kenapa model tersebut mendapat pujian menggunung daripada majalah automotif terkemuka British iaitu Top Gear dan diberi anugerah ‘Supercar Of The Year 2007′.

Model GT-R adalah model yang mendapat perhatian seluruh khalayak pencinta dunia kereta sport dan ianya sering dibandingkan sebagai pesaing paling terdekat kepada kereta bernilai jutaan dollar iaitu Porsche dan Ferrari. Menakjubkan bagi sebuah kereta yang berharga dalam lingkungan RM600k sehingga RM700k apabila dinilai setaraf dengan kereta yang berharga melebihi RM 1 juta.

Seperti diketahui umum, Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton negara juga memiliki sebuah GT-R yang ditala oleh M7. Memang hebat dan boleh tahan citarasa Datuk Lee Chong Wei. Main badminton pun boleh jadi kaya dan mampu memiliki kereta yang berharga lebih RM600k. Oleh kerana harganya yang terlalu mahal jika dibandingkan dengan model kereta sport yang lain, kelibatnya di jalan raya di negara kita agak jarang kelihatan.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Friday, March 25, 2011

Tip basuh seat & carpet kereta

Pertanyaan yang diajukan

papamama: salam.Bro minta tolong bleh? saya pakai wira sedan. masih setia menggunakan seat standard, Kusyen kete dah berpeta-peta macam2 benda dah tumpah kat kusyen tu.Saya ada anak kecik and kitaorg selalu jalan jauh. Ada la satu hari, anak saya tido pastu bila bangun, pampers dia penuh sampai air kencing tu meleleh sampai kena seat kereta.mcm tule klu ada anak kecik. so.macamana nak cuci seat tu jadi bersih macam asal, takde la nampak copok2..klu nak anta tempat cuci mahal..

Kalau aku rajin nak basuh sekali Carpet kete.Dah bau hapak rasanya.ingat nak wat sendiri je boring2 dok umah. apa cara yg betul & terbaik untuk bersihkan kusyen & carpet tu.Bahan apa nak guna & Teknik apa nak pakai sehingga boleh kembali seperti asal atau hampir seperti asal? Kalau kedai cuci kereta dorang caj berapa untuk cuci kusyen kereta?Perlu pakai mesin khas ke?

Jawapan kami..

Thanks bertanya dengan panjang lebar.. Macamner nak jawab ni..Pasal aku ni bukan tukang cuci seat dan tak bukak kedai cuci seat pun . Cuma ade sedikit info tak taulah kalau ianya berguna atau tak..

Kalau Cuci Seat Hantar CarWash..
Kalau nak hantar ke kedai yang bersihkan seat selalu memang harga mahal .Tapi kena tanya dia..cuci pakai apa... takat pakai vacuum... pastu pakai cleaner je lap... baik tak payah... buat sendiri pon boleh.

Kalau kedai tu pakai steam extractor.... baru layan... memang confirm bersih.... bila dia extract dari seat tu...benda ni sedut kotoran yang melekat pada seat. air dalam cleaner tu makin lama makin kurang... pasal dia cuci seat tu.... haa,yang tu ok.. biasanya normal carwash takkan bukak seat tu.. dia basuh ngn chemical.. dia basahkan kain dengan chemical tu pastu kalau kotoran tu degil sental pakai berus.. lepas dah tu, dia akan tembak angin dan vacuum kusyen tu kasik kering..

Biasa klu hanta Carwash yang bebetul ada cucian seat kereta ni pakai steam extractor..yang ni memang macam bersih macam baru...sebab die bersihkan dan steam betul-betul pastu jemur kasi kering kaw-kaw punyer..Lama jugak nak tunggu siap, Dua tiga hari lah baru siap.Kalau pakai steam extractor ni aku tanye Carwash tempat aku selalu dia ambik upah Rm120-rm150 cam tu la..depan & blakang... tempat lain tak tau ler..

Kalau kereta lama, bau hapak mungkin datang dari kekotoran pada kusyen dan carpet dalam kereta tu. Cubalah "steam clean"bau kurang menyenangkan akan hilang.

Jenis2 Cleaner Seat kereta..
Erm,Kalau pasal nak cuci kete sendiri..Sekarang ni ada macam macam product stain remover untuk bersihkan Seat atau carpet tu... tapi saya tak tau nak recommend brand apa... pasal tak pernah try... setakat ni brand yang saya percaya Meguiars atau Autoglym.. but kalau tak ader cari ajer macam kat bawah ni..

Brand yang selalu jual kat pasaraya macam Meguiars, AutoGlym, Waxco dan Simple green

Dulu ada AMWAY ada kluarkan Magic Foam tapi sekarang ni AMWAY tak jual lagi benda tapi ada yang lain boleh cuci nama ia SA8. yang ni pun ok gak.

Kalau dah tak ade sangat susah nak cari ... guna aje Vanish Oxi, Jhonson Diversey atau Stain Devils ... boleh jugak kan... dari tak ader..

Tip2 membersihkan Seat kusyen kereta sendiri ..
Buka kerusi dari tempatnya dan basahkan kusyen .Lumurkan sabun atau Spray all purpose cleaner pada bahagian yang ingin di bersihkan secukup rasa .Biarkan selama beberapa minit (20 Minit) Berus kan kesemua bahagian sehingga tanggal segala kekotorannya Tonyoh sikit sama ada dengan berus pastikan berus ni lembut je, kasar nanti rosak seat. Jirus air sehingga bersih
Lap kan dengan kain.. sepuas hati.Rendam kain dalam baldi dan perah betul betul.Ulangi langkah langkah di atas. Akhiri langkah dengan lap sit dengan kain yang betul betul kering
Jemurkan kusyen tersebut sehingga kering di bawah matahari terik selama 2 hari .Selepas kering pasangkan semula. (Tanda-tanda kering pastikan tiada air di bhg bawah seat (spongenye kering)

Jenis2 Carpet Foam
Yang ni Dry foam untuk cucian carpet... cuma carpet aje kan tak kisah lah korang nak gunakan jenis apakan... Nak guna sabun basuh baju pun boleh..Tip2 membersihkan Carpet kereta sendiri ..
Kalau korang rajin nak basuh carpet sekali ni .. dah alang-alang bukak seat kereta.. basuh ler Carpet sekali...
Tanggalkan carpet dari tempatnya . Tepuk tepuk ngan kayu untuk buang pasir yang melekat.. Basahkan carpet dengan . Lumurkan Carpet foam tak kisah apa jenis pun . biar seketika foam tu meresap ..
Berus kan kesemua bahagian sehingga tanggal segala kekotorannya. Berus SABUT atau berus plastik. Jirus air sehingga bersih .kalau nak cepat kering lap pakai kain buruk.. Pastu
Jemurkan carpet tersebut sehingga kering bila sudah kering pasangkan semula.Kalau tak bebetul kering nanti bau hapak pulak...

Bila Baby terkencing atas kusyen kereta..

Perlu di ingat sekiranya kita ada baby kecil.. pastu tetiba pampers dia penuh sampai air kencing tu meleleh sampai kena seat kereta..itu dah di kira terkena najis mutawassitah.. perlu dibersihkan.. Sekiranya kusyen kereta yang terkena najis itu bersifat kulit atau plastik, mungkin perkara itu mudah untuk dibersihkan. Namun sekiranya kusyen yang dimaksudkan ini, kusyen yang menyerap air kencing itu, ia mungkin agak sukar untuk menghilangkan najis itu,

Jika ada alat vacum bolehlah menyedut air najis itu bagi menghilangkannya, Tetapi sekiranya tidak ada, maka dicadangkan mengambil beberapa helai kain kering yang menyerap dan lapkan pada permukaan itu. Selepas menggunakan satu kain, tukar kain yang lain dan lakukannya lagi sehingga air najis itu dapat dihilangkan sedaya mungkin. Kemudian, ambil air sekadar secawan, dan curahkan pada tempat terkena air kencing itu dan lapkannya lagi.
Dengan ini, ia dapat menghindari daripada merosakkan kusyen berkenaan. Lakukanlah sedaya yang termampu kerana Allah SWT tidak membebankan hamba-Nya melainkan sekadar apa yang termampu olehnya.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

Tuesday, March 22, 2011

Bayar Saman elak Blacklist

Pertanyaan yang diajukan..
PeeJay: Bro, aku nak tanya tentang saman kereta ni..aku ada satu saman ekor atas kereta yang aku tengah pakai sekarang ni..dan juga 2 saman atas kereta yang orang lain pakai (kereta orang ni atas nama aku)...aku nak setelkan saman kereta aku ni sementara ada diskaun 50% ni....soalan aku...kalau aku just setelkan saman kereta aku ni kan..nanti bila aku nak renew roadtax kereta aku ni,adakah aku masih lagi dalam senarai blacklist tak. bolehke nak renew roadtax kereta aku????(sekiranya orang yang pakai kereta atas nama aku ni masih lagi tak setelkan 2 saman tuh)..or adakah aku boleh renew roadtax kereta aku tuh tanpa ada masalah?apa beza kalau klu kena saman polis ngan JPJ? Dua2 kan sama ajekan?Boleh tak berikan penjelasan ttg saman ekor dan mcm nak buang blacklist ni.

Jawapan Kami..

Maaf kerana Tak perasan email ni... so baru nak jawab.. sebenarnya sekarang tengah hangat isu Saman-saman ni.... nak jawab pun rasa serba salah...

aku rasa kau kena bayar semuanyer..polis dan JPJ bukan kira sapa yang pakai kereta tu..
janji saman atas kereta kau... dorang saman atas
kereta..bukan atas pembawa kereta..

Perbezaan antara Saman JPJ dan Saman PDRM
Sekiranya anda disaman oleh pegawai JPJ risikonya adalah amat tinggi. Ini kerana bayaran kompoun JPJ adalah mahal berbanding saman PDRM. Sebagai contoh, anda memandu tidak memakai tali pinggang keledar. Saman yang dikenakan oleh pihak JPJ adalah sebanayak RM 300, manakala saman oleh pihak PDRM adalah sebanyak RM 70.
Penyenaraian hitam bagi pihak JPJ adalah serta merta. Maknanya di sini sekiranya anda disaman oleh JPJ dan tidak membayar kompoun maka lesen memandu atau cukai jalan anda tidak boleh diperbaharui.
Bagi saman PDRM senarai hitamnya lambaat sedikit.

JPJ boleh mengeluarkan 2 saman sekaligus pada satu kesalahan.

Sebagai contoh, anda mempunyai kereta dan kawan anda telah meminjam kereta anda.
Kawan anda telah disaman oleh pegawai JPJ atas kesalahan lesen memandu tamat tempoh. Saman 1 adalah ke atas kawan anda tadi. Saman yang kedua pula adalah ke atas anda sendiri atas kesalahan membenarkan kawan anda memandu kereta anda kerana memandu dalam keadaan lesen memandu tamat tempoh. Jadi kena berhati-hati apabila kawan hendak meminjam kenderaan kita. Perlu diingat tabiat pemandu di Malaysia terlupa untuk memperbaharui lesen mereka.

Saman POL 257..

Saman POL 257 -Saman on the spot kepada pesalah trafik semasa kesalahan dilakukan dan pesalah dikehendaki menurunkan tandatangan pada surat saman Contohnya bagi kesalahan termasuklah menunggang motosikal tanpa memiliki lesen memandu, tidak mempunyai cukai jalan, melanggar lampu isyarat ,tidak memakai topi keledar, borang POL 257 mestilah digunakan, iaitu saman on the spot kerana melanggar kesalahan lalu lintas.

Notis Pol. 170 A (Permintaan Butir2 Pemandu)

Notis Pol. 170A ialah notis yang dikeluarkan di atas kesalahan yang dilakukan oleh kenderaan tanpa kehadiran pemandu atau kesalahan yang dilakukan oleh pesalah trafik tanpa ditahan oleh polis seperti perangkap laju dengan menggunakan LSD (Laser Speed Detecter) atau Laser Perangkap Laju dan RLC (Red Light Camera) atau Kamera Lampu Isyarat Merah. Notis Pol.170A merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat di butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ.

Mengikut Seksyen 115 (1) APJ 1987 setiap pemilik kenderaan apabila diberikan notis Pol 170A ini hendaklah memberikan maklumat pemandu yang disyaki telah melakukan kesalahan yang dinyatakan di dalam notis tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh notis diterima. Kegagalan memberikan maklumat boleh dianggap melakukan kesalahan melainkan pemilik memuaskan hati mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa yang memandu. seseorang pemilik jika ingkar menjawab notis tersebut maka pihak berkuasa iaitu PDRM yang mengeluarkan notis ini hendaklah mengeluarkan suatu notis (Saman) di bawah Seksyen 53(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Notis Pol 171 (Tawaran Kompaun)

Bersama Notis Pol 170A ini juga dikepilkan Notis Pol 171 iaitu menawarkan kompaun kepada pemilik kenderaan jika pemilik mengakui kesalahan dan ingin menerima tawaran kompaun, pemilik boleh menjelaskannya. Perlu diambil perhatian bahawa tawaran kompaun ini diberikan melalui Seksyen 120 (1) APJ 1987. dalam surat Notis Pol 171 di perenggan 4 dinyatakan begini “Tawaran ini berkuatkuasa sehingga (tarikh). Sekiranya tiada jawapan selepas tarikh ini, tindakan saman akan diambil”. jika pemilik atau yang disyaki melakukan kesalahan tidak menerima tawaran kompaun tersebut dan enggan membayar, maka mereka hendaklah disaman supaya hadir di Mahkamah menjawap pertuduhan ke atas mereka. Saman ini dikeluarkan mengikut Seksyen 53(1) APJ 1987 yang disebut sebelum ini.

Hadir Ke Mahkamah

Kuasa untuk menghukum ini adalah kuasa Mahkamah Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.Jika yang diterima itu adalah saman di bawah Seksyen 53 APJ 1987, maka ianya adalah saman yang sah. Penerima saman tersebut hendaklah hadir ke Mahkamah bagi menjawap pertuduhan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan di dalam saman tersebut. Kegagalan untuk hadir boleh menyebabkan waran tangkap dikeluarkan ke atas penerima saman tersebut.
Perlu diambil perhatian bahawa APJ 1987 tidak memperuntukkan sebarang penggunaan imej yang dirakam untuk diterima pakai sebagai bukti di Mahkamah. Setelah APJ 1987 dipinda pada 22/12/2010 dan mula berkuatkuasa pada 1/2/2011 barulah imej yang dirakam diterima sebagai bukti di Mahkamah bagi menjamin ketelusan dalam sistem poenguatkuasaan lalulintas. para pemandu dan pemilik akan dikenakan bayaran RM10 untuk melihat dan mendapatkan salinan gambar tersebut oleh PDRM.
Senarai Hitam -Blacklist
PDRM dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang dalam proses untuk menyenarai hitam semua saman trafik (POL.257 dan POL.170A) sekiranya pesalah trafik masih lagi gagal melaksanakan tanggungjawab mereka. Tindakan yang diambil ini selaras dengan peruntukan undang-undang berikut:

I. Seksyen 109 APJ 1987 - Liabiliti tuan punya kenderaan; dan
II. Seksyen 17 APJ 1987 - Kuasa pendaftar berlesen

Apabila anda tidak membayar kompoun yang belum selesai dengan JPJ atau PDRM.:
1.
Pengguna yang kena 'blacklist'
2. Tidak boleh memperbahrui lesen memandu.
3. Tidak boleh memperbaharui cukai jalan.

Kerajaan pada 11 Ogos 2010 telah memberikan kelonggaran sehingga 28 Februari 2011 bagi memberi tempoh untuk menyelesaikan saman-saman tertunggak termasuk saman ekor. Dalam tempoh ini, tindakan senarai hitam ditangguhkan bagi membolehkan pemilik kenderaan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen kenderaan Motor (LKM). Selain itu, pesalah trafik juga tidak akan dikenakan sebarang mata demerit bagi saman-saman yang diselesaikan dalam tempoh ini. Saman-saman boleh diselaikan secara ansuran atau sekaligus.Walau bagaimana pun masih perlu menyelesaikan semua saman-saman yang telah dikeluarkan oleh JPJ/Polis dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan kenderaan tidak disenarai hitamkan.

-Kalau korang nak bayar saman POL. 170A lak, korang kene bayar dalam masa 60 hari untuk dapat diskaun 50%, 61 – 90 hari untuk 30% diskaun. Lepas dari tempoh ni, tadek diskaun dah.

-Kalau korang nak bayar saman POL. 257, kene bayar dalam masa 30 hari untuk dapatkan diskaun 50%. Kalau bayar selepas 31 – 60 hari tarikh saman, dapat diskaun 30%. Kalau lepas dari tarikh mahkamah, tadek la diskaun.

Berikut adalah Saman yang tidak diberikan rayuan - semua saman yang diisukan semasa operasi sikap, kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah, kes kemalangan jalan raya dan mempunyai waran tangkap.

Tindakan senarai hitam dan mata demerit semula selepas tempoh kelonggaran tamat iaitu mulai 10 Mac 2011. Individu yang memiliki saman tertunggak tidak akan dibenarkan memperbaharui Lesen Memandu dan Lesen Kenderaan Motor sehinggalah semua saman tertunggak diselesaikan.

Secara Jujurnya pendapat aku...

Bukan masalah tak nak bayar cepat saman ekor, tetapi para pengguna jalan raya tidak dimaklumkan tentang saman ekor secara bertulis. Mereka hanya tau ketika hendak memperbaharui cukai jalan.Memanglah boleh cakap.... "kan kemudahan menyemak saman melalui sms ade... so tak de alasan kata tak tau ada saman ekor!!!".

Ramai antara pengguna yang kena 'blacklist' oleh pihak JPJ mempunyai saman POL.170A bertahun-tahun yang lalu.Tetiba ajer muncul saman ekor..yang selama ni tak pernah di blacklist.. Sedangkan mereka tidak pernah menerima sebarang notis saman tersebut.Mungkin diorang tak pernah memperbaharui alamat surat menyurat atau kediaman terkini. Atau mereka ni jenis pindah randah... Kalau saman on the sport POL 257 saman bertanda tangan tu aje yang dibayar kat kauter selama ni.

setiap saman yang dikeluarkan polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibuat sah mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.Tetapi tindakan JPJ menyenarai hitam mengikut Seksyen 17(1)(d) adalah tidak betul dan bertentangan dengan Perkara 13Perlembagaan Persekutuan.

Saman ekor yang dikeluarkan oleh PDRM bukanlah berbentuk saman, tetapi hanya notis mengesahkan maklumat.Untuk menentukan bersalah, dikenakan saman, perlu dibawa ke mahkamah.Yang menentukan bersalah adalah mahkamah, bukan polis, bukan JPJ. Jika mahkamah jatuhkan hukuman bersalah barulah boleh blacklist..

Ada tak pandangan lain... mana lah tau ade bab-bab yang tertinggal..boleh lah korang kongsi ye kat sini .. Maaf kalau artikel ini tidak berasas dan menyinggung.. ini hanya pandangan aku sahaja.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...