Pages

Tuesday, July 10, 2012

Diy Repair Bumper Kemek Ke Dalam

Pertanyaan yang diajukan..
Adi Said bro?kete aku bumper depan kemek tlanggar kete org tp tk pecah tk calar cuma terkelup kedlm.. bleh rpair ke bro?tq :)
Jawapan kami..
Thanks bertanya pada Adi .. Maaf agak lama tertunda jawapan balas ..Untuk masalah tersebut saya cuba berikan sedikit info seperti dibawah secara ringkas..
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Repair Bumper Kemek Ke Dalam
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
-Kalau kereta zaman dulu bumper dia keras-keras dan tak mudah pecah bila berlanggar ... Tapi kereta zaman sekarang kebanyakkannya mudah ajer kemek dan pecah.... kebanyakan meterial buat bumper kereta sekarang ni  sama ada diperbuat dari plastik(PU) atau fibre...  Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan. ini dikira faktor keselamatan gak tu...
-Cuma ada pulak sesetengah kes pula, apabila kereta tu berlanggar bumper tu tak pecah remuk.. tapi bumper tu  kemek kedalam ( terkelup kedalam).. Pelik kan kira ok lah tu dan dah kira bernasib baik lah kan... tak banyak kos nak repair... so masalah bumper sedemikian boleh kita baiki sendiri seperti mana cara dibawah..
Ini Contoh rupa bumper kemek yang terperesuk (terkelup/ lekuk) kedalam..
Boleh gunakan hair drayer kemudian “on” kan.. Halakan kepanasan pada sekeliling bahagian Bumper yang kemek.. Tapi ianya agak memakan masa lama sedikit supaya plastik bumper kemek tersebut agak-agak lembut supaya senang sedikit untuk di tolak dari belah dalam..
Sementara itu cuba seluk dari celah tayar dan selak cover penutup atas tayar tu.. Cuba tolak pakai tangan dari belah dalam pada tempat kemek tu
Kalau agak susah ( tak sampai pakai tangan) boleh cuba jolok pakai kayu atau apa jua lah yang boleh buat jolok... asalkan sampai pada tempat kemek tu… Tapi hujung kayu tu kena alas dengan kain terlebih dahulu. kemudian tekan-tekan pada tempat kemek tu...
Jangan berhenti dihalakan kepanasan hair drayer pada tempat kemek tu… Jolok/ tekan-tekan tempat kemek dari belah dalam tu sampailah timbul semula (permukaan kemek rata balik semula)..

***Perhatian: Cara diatas  sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kemek (dent) supaya tak lah nampak sangat kesan kemek pada permukaan bumper kereta tersebut...kadang-kala cara ni menjadi... tapi kadang kala tak berkesan... apa pun cuba lah mana tau menjadi....
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment

Monday, July 9, 2012

Baikpulih Body Kereta Kemek (Dent)

Pertanyaan Yang Diajukan..
Azrol  said bro nk tanya? kete ak kemek xciden, nk g ketuk biase kalo kete kemek kalo nk ketuk kereta kemek  bape lama leh siap. Leh tak terangkan apa proses repair dr awl - akhir yg selalu wok shop tarik/ketuk body buat & contoh peralatan yg digunakan?
Jawapan Kami..
Thanks bertanya pada Azrol  ... Maaf lambat balas jawapannya...Kalau ikut pertanyaan tu pendek tapi saya nak jawab tu agak payah nak terangkan.. apa pun saya cuba terangkan macam kat bawah ni....
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Baikpulih Body Kereta Kemek (Dent)
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
A) Kemalangan Kecil Kemek Kecil Dan Ganti Part pecah/rosak
Tempoh masa repair dan ketuk body balik (Tempoh siap 2 minggu hingga 3 minggu)
Kerosakkan kat mana-mana bahagian yang kemek akan di ketuk sedikit, simen atau tukar panel-panel part yang mudah ditukar... tapi bergantung pula sama ada tukar part baru atau cari Stock half cut.. 
1)Hook Dent Removal
-Ini beberapa contoh peralatan Hook Dent Removal...Ada berberapa saiz untuk perbagai kegunaan push out kemek pada body kereta..
-Kegunaan Hook Dent Removal ni adalah untuk push out (menekan dari sebelah dalam) pada body kemek tadi keluar..

-Selalunya digunakan kat bahagian pintu atau fender kereta yang kemek… Kena julur masuk besi Hook Dent  pada celah- celah body yang sukar atau ruang yang sempit…
_______________________________
2) Ketuk body menggunakan Flat Hammer & Dolly
 
-Ini merupakan beberapa contoh Tukul besi berkepala rata yang sesuai untuk kerja-kerja membaik pulih kesan kemek pada body..
-Yang ni pula adalah Dolly .. Berbentuk besi rata atau melengkung untuk membentuk dan meratakan permukaan kemek semasa kerja-kerja mengetuk permukaan dent tersebut..
-Tukul besi berkepala rata akan di ketuk pada tempat kemek dan di sebelah luar atau bahagian dalam akan dialas Dolly bagi memudahkan meratan permukaan..
_______________________________
 3) Bakar body kemek dengan api Oxyacetylene Welding
-Penggunaan oxyacetylene welding juga membantu proses baik pulih kemek pada body kereta.. Dimana api dari oxyacetylene welding di kenakan pada bahagian tempat kemek..
-Kemudian tempat yang dibakar dengan api oxyacetylene welding tu akan di ketuk dengan Hemmer kepala rata… Ianya akan lebih memudahkan lagi kerja-kerja meratakan permukaan dent tersebut… 
-Setelah selesai ketuk rata , bolehlah kikir supaya permukaan akan rata dan tidak bergelombang ..
_______________________________
B) Kemalangan tidak teruk ( Damage & Crash body)
-Tempoh masa baik pulih body ketuk, welding & Touch up lebih kurang 2 minggu hingga sebulan bergantung keadaan kereta yang eksiden tu..
-Dalam keadaan yang tak berapa teruk iaitu hanya kemek sahaja (pelanggaran pada kulit body).. Baikpulih kenderaan memerlukan bengkel tersebut perlu membuat kerja-kerja penggantian part yang rosak sama ada perlu ketuk baik pulih, potong dan sambung welding atau ganti part baru.... juga perlukan kemahiran baik pulih body...kerana sambungan welding jika tak betul-betul pakar ianya akan menjadi lebih parah lagi .... Sambungan perlu ikut kebenaran dan kelulusan yang dibenarkan Puspakom...
1) Sambungan body dengan MIG welder
-Selalunya bengkel Ketuk kereta ada mesin MIG welder… Selalunya banyak kerja-kerja penyambungan body dilakukan dengan mesin welding ni..
-Contohnya besi frame yang bengkok… Bahagian tempat bengkok tersebut akan di potong..
-Ambil kepingan plate potong ikut saiz dan bentukkan menjadi sama bentuk dengan bahagian yang kita potong tadi..
-Setelah itu masukkan plate yang kita bentuk tadi dan weldingkannya supaya ianya bersambung..
_______________________________
2) Spot Stud Welder, Pulling Draw Pins dan DENT PULLER Slide Hammer
-Kena ada mesin GRINDER.. Kalau guna GRINDER ni senang sikit nak melakukan kerja-kerja buang cat kereta kat body kereta.. 
-Lepas GRINDER permukaan body akan jadi rata dan beralun.. Kena gunakan DISK SANDER untuk meratakan permukaan body
-Ini adalah permukaan body lekok tersebut setelah kerja-kerja DISK SANDER dilakukan…
-Kena ada beberapa peralatan seperti Spot Stud Welder, Pulling Draw Pins dan juga DENT PULLER Slide Hammer
-Pasangkan Pulling Draw Pins pada Spot Stud Welder.. Kemudian lakukan Spot welder pada tempat lekuk tersebut.
-Ini contoh Pulling Draw Pins yang telah melekat setelah kerja-kerja Spot welder pada body di kawasan tempat  body lekok..
-Gunakan DENT PULLER Slide Hammer lekatkan pada Pulling tabs.. Cara nak guna Slide Hammer ni kat bahagian tengah tu ada besi sentap keluar hingga penghujung slide..
-Tarik besi slide tu jangan sentap kuat sangat... agak-agak slow sentap besi slide tu supaya pulling tabs yang terlekat menarik body kemek tadi ke luar setelah di sentap  Slide Hammer beberapa kali ..
-Selepas selesai menarik body kemek tadi.. Pulling Draw Pins kena buang sama ada nak gunakan GRINDER atau potong gunakan CUTTER pon boleh..
-Pastu kena gunakan kikir besi untuk membuang bekas Pulling Draw Pins yang kita buang tadi sampai rata balik..
_______________________________
3) DK1000 dent killer yang disambung pada Spot Stud Welder
-Selain guna DENT PULLER Slide Hammer ada alat yang lebih mudah nak guna iaitu DK1000 dent killer yang disambung pada Spot Stud Welder kemudian tekan grip untuk menarik body kemek tadi ke luar ..
_______________________________
4) Tarik body kemek dengan Claw Puller & Wiggle Wire
-Ada juga yang menggunakan wiggle wire dan dilekatkan menggunakan spot weld pada bahagian body kemek..
-Ni contoh wiggle wire yang dilekatkan menggunakan spot weld
-Wiggle wire di lekatkan pada bahagian body kemek.. Kemudian Wiggle wire di cangguk menggunakan claw puller ..
-Selepas tu claw puller disambung pada rantai dan ditarik body kemek tadi keluar menjadi rata semula mengunakan rantai besi dan FRAME PULLER POWER TOWER …
_______________________________
 5) Tarik body kemek dengan Line-Puller dent
-Selain dari guna claw puller boleh gunakan alat Line-Puller dent supaya Wiggle wire tersebut ditarik sekali gus meratakan kembali dent.
-Grip di tarik keatas dimana body kemek tadi akan ikut tertarik keluar menjadi rata semula…
_______________________________
 6) Rapatkan balik body dengan Spot Weld
-Yang ni pulak spot weld tertanggal akibat pelanggaran… dimana frame besi tersebut merenggang akibat spot weld tak melekat..
-Pasang balik frame tersebut… kemudian kena rapatkan balik dan clamp dengan grip player terlebih dahulu..
-Ambil SPOT WELDER kemudian lekatkan kembali frame yang renggang dan tercabut  tersebut..
-Yang ni contoh Spot weld yang dilekatkan pada frame tersebut.. Pada bahagian atas dan bawah frame kena bubuh spot weld
_______________________________
C) Kemalangan melibatkan cassis/ rangka/ body & kerosakkan yang berat
-Tempoh masa untuk String balik cassis / body yang bengkok bergantung kepada sebagai mana kerosakan pada kenderaan itu... Mungkin juga boleh siap sebulan hingga berbulan-bulan lamanya...
-Tempoh masa yang diambil untuk kerja kerja tarik body cassis kereta tersebut... perlu dilakukan dengan berhati-hati, teliti, dan ikut spesifikasi asal... susah untuk stringkan balik kerangka/cassis yang bengkok... kalau ikut kudrat tangan kena ketuk... tak terketuk balik asal lah.... rasanya tak jadi lah tegak balik besi yang bengkok tu....  
-Mestilah pastikan sesebuah bengkel itu Panel bertauliah, Pakar, spacialis, ada buat claim insurans dan melibatkan kelulusan Puspakom.. Yang paling penting ukuran string balik mesti tepat & ikut spasifikasi yang ditetapkan....
-Kalau kat bengkel ketuk body mesti ada FRAME MACHINE DREWCO BODY BUILDER tempat letak kenderaan yang nak di repair....
-Bagi chassis yang bengkok pula penggunaan FRAME PULLER POWER TOWER 10 TON CAPACITY untuk meluruskan semula tulang chassis tersebut..
-Chassis bengkok tersebut akan di tarik dengan menggunakan rantai  sepaya string kembali..
-Ini bahagian chasis sebelumnya… kemudian di weldingkan tapak untuk memasukkan nut pengikat rantai
-Sedikit demi sedikit ianya akan di tarik sehingga chassis lurus kembali mengikut spec yang di tetapkan…
***Nak cari bengkel ketuk body kereta yang baik sekarang ni banyak.. Cuma kadang-kadang kita sangka bengkel yang besar dan lengkap itu memberikan hasil yang baik. Tetapi hakikatnya tidak selalu demikian. Ada bengkel yang kecil mampu memberikan hasil yg baik. Rasanya setakat ini yang dapat saya kongsi buat setakat ini nanti kalau ada maklumat lain saya akan cuba ceritakannya dalam bahagian lain
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment