Saturday, June 13, 2009

Projek Wira 2k Hitam Dan Wira Oren spacial effect

Si Wira Hitam

Bersua kembali.. Projek kali ini merupakan sebuah wira untuk cat luar dengan warna hitam 2k. Memang pada asalnya kereta ini berwarna hitam namun pemiliknya tetap mahukan warna hitam juga kerana menurutnya colour tersebut bersesuai dan sebati dengan wiranya.. tak pelah kami terima ajeee...

Di bawah ini adalah proses kerja yang dilakukan serba sedikit..Rupa asal wira tu...


Langkah pertama kenal pasti masalah.. dinding body agak bergelombang bermula dari Fender, pintu hingga kebelakang.. kerja menyimen dilakukan..Tolong simen sambungan side skerting sekali...
Bahagian belakang agak teruk sikit.. nak kene simen gak
- Matikan Colour dan kerja finisher
- Bungkus bahagian kenderaan
- Kerja mengecat dimulakan
- Polise kenderaan

Beginilah hasilnya.. Cuma warna hitam ni susah nak polish je. Kalau body tak simen rata ia akan nampak effect bergelombang. kadang-kadang susah nak naik colour tu.. nampak kusam.. Bahagian depan atas bonet pasang sisik bahagian belakang dah pasang spoiler

Sebuah Wira lagi tu warna Oren Spacial effect.Tuan punya wira oren ni merupakan kawan owner wira hitam atas tu. Sama-sama masuk cat sebab mereka berdua satu group. jadi kami tak payah nak cerita panjang lebar sebab proses mengerjakan kedua-dua wira ni sama je... Cuma colour lain je..

Sebenarnya Wira ni warnanya kuning spacial effect. Tapi kalau di fokuskan kemera imejnya jadi colour oren plak.. hah itulah kelebihan warna-warna spacial effect.. warnanya akan berubah-ubah mengikut cuaca. Bila waktu pagi kita akan lihat warnanya oren tapi bila waktu tengah hari bawah panas terik, Warnanya berubah seakan-akan kuning lembut. Kemudian berubah semula warna oren bila waktu petang... Warnanya seakan-akan hidup...

Tengok je spoiler tu... Sama-sama pasang...
Cuba pandang dari tepi warna kuningnya amat meyerlah sekali... Membuatkan owner wira hitam nampak jelous lah..

Terima kasih daun keladi... Kepada Pemilik Wira hitam dan Wira oren.. Thanks sebab memberikan kepercayaan kepada bengkel kami... diharap anda berpuas hati dan kami amat berbesar hati...

1 comment:

Jacob Conner said...

This was a fantastic read! The market potential of car noise reduction solutions is certainly vast. Your insights have broadened my understanding of this growing industry. sound deadening roll