Pages

Friday, June 12, 2009

Projek 2k Kancil Cili Merah, Cili Hijau


Kami dapat 2 buah projek Kancil sekali masuk... tapi nak disiapkan serentak...

Perkara mula-mula perlu dibuat sebelum memulakan sesuatu projek ialah kenal pasti masalah dan kerosakan.Jangka masa setiap balik pulih dan cat kenderaan ditetapkan melalui sekurang-kurangnya 2 hari hingga satu minggu bergantungan kerosakan. Dapatkan persetujuan pelanggan kalau nak repair kerosakan, tafsir penetapan harga dan upah.

Kerja-kerja pembaikan dimulakan di bahagian repair. Seorang pekerja mekanik melakukan kerja membaik pulih dan mengetuk bahagian body yang berlubang dan reput karat.



Setelah selesai kerja-kerja menyimen dilakukan pada bahagian body yang diketuk. Tunggu simen kering baru kerja-kerja finisher gosok dengan kertas pasir untuk tujuan mati colour dilakukan.


Terlebih dahulu kenderaan perlu dibungkus untuk melindungi bahagian yang tidak perlu dicat.



Seorang pekerja mengecat melakukan kerja –kerja mengecat di bilik mengecat.Cat Under code dulu. Pastu baru cat colour yang dikehendaki, last primer plak....


Nak polise kete pun kene berhati-hati.... Silap-silap tanggal cat tu...

Semua kasi kilat-kilat cantik-cantik tau... jangan mau mengular je...

Setelah selesai, Periksa jika berlaku kerosakan berulang untuk diperbaiki. Polise kenderaan setelah cat tersebut kering.
Last sekali pasanglah balik barang-barang yang kita tanggalkan dulu tu semula macam kerusi, papan dinding tepi dalam pintu dan part kereta yang lain-lain lah...
Hati-hati bila pasang barang tu...takut kalau calar... nanti tauke marah ooo...
Akhirnya dah siap pun... dua biji kancil ni dah siap serentak... projek Si Cili Hijau dan Si Cili Merah... penat tau dah 3 minggu tak rehat tau... harap tak ade komen-komen buruk dari tuan punya kete ni ye... mintak-mintak dia berpuas hati lah... Thanks kepada mereka berdua kerana memberi kepercayaan kepada kami.. kami dah lakukan apa yang terbaik....



Sorry ye...Kami lupa lah kat serombong lubang hidung kancil tu kene cat hitam lahhh....


3 comments:

  1. berapa bajet yang perlu saya ada untuk convert luaran kancil standart ke kancil l2s siap cat?

    ReplyDelete
  2. This is very unique content. I really appreciate to this content. Thank you so much for this information. I hope you like this my compliment. sound deadening material

    ReplyDelete
  3. I never realized the impact of noise reduction on luxury cars. Your article highlights the intersection of comfort and technology. Looking forward to more articles from you! thermal insulation sheet

    ReplyDelete