Pages

Wednesday, July 1, 2009

Panduan Mengalami Kemalangan Kenderaan



First Time kena... Camner nak buat?
Sekiranya kemalangan berlaku
- Jangan panik dan cuba tenangkan diri dan mereka yang berada di dalam kenderaan anda.
- Matikan enjin kenderaan dan pastikan kenderaan selamat. Sekiranya ada kebocoran minyak dengan segera tinggalkan kenderaan. Litar pintas pada pendawaian kenderaan tidak kira ketika kemalangan atau tidak, boleh menyebabkan kebakaran. Apabila menyedari berlaku kebakaran pada kenderaan, offkan enjin dan semua suis. Padamkan kebakaran guna pemadam api jenis (CO2). Jika selamat, tanggalkan kabel dari terminal bateri.
-Pastikan anda dan penumpang menunggu di belakang penghadang jalan, bawa dokumen atau barang berharga sekali, sekiranya boleh. Pastikan penumpang semua cukup tiada yang tertinggal di dalam kenderaan. Bagitahu orang ramai sekiranya ada yang tertinggal untuk membolehkan orang ramai memberikan bantuan.
- Sekiranya ada kecederaan dengan segera telepon 999 untuk mendapatkan bantuan. Sekiranya anda berada di atas lebuh raya bertol, dapatkan nombor telepon perkhidmatan ronda dan turut telepon mereka untuk bantuan.
-Telepon juga keluarga atau orang lain untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Dalam keadaan panik, kita mudah terkeliru dan rasa tidak boleh berbuat apa-apa.
-Periksa diri dan penumpang untuk sebarang kecederaan terutama kecederaan dalaman. Pastikan tiada bengkak-bengkak pada badan, berdarah hidung atau telinga. Mungkin anda cedera kecil namun tidak salah ambil langkah berjaga-jaga. Baring atau duduk dan rehat.
-Sekali lagi Pastikan kenderaan dan keadaan sekeliling selamat. Jangan alihkan mereka yang mengalami kecederaan berat dan serius. Sila tunggu mereka yang berkelayakan dalam perubatan untuk berbuat sesuatu. Pastikan mereka yang cedera dalam keadaan selesa dan selamat.

* Alihkan dengan berhati-hati sekiranya keadaan kenderaan tidak selamat. Ambil perhatian sebarang patah, terutama patah leher dan tulang belakang kerana cara alihan yang salah boleh burukkan keadaan. Perhatikan sebarang kebocoran minyak dan pastikan tiada yang merokok di tempat kemalangan.
* Berlaku pendarahan yang serius. Ambil langkah untuk menghentikan pendarahan dan segera bawa ke hospital.
* Keadaan atau tempat yang tidak membolehkan ambulan untuk sampai dengan cepat. Setiap saat adalah nyawa bagi yang tercedera. 10 minit adalah lambat.
* Sekiranya rasa ragu keadaan mereka yang cedera atau dalam membuat keputusan, bawa mereka yang cedera, segera ke hospital.

- Alihkan kenderaan sekiranya tiada berlaku kecederaan. Alihkan kenderaan ke tempat yang selamat dan tidak mengganggu lalu lintas, sekiranya boleh.
- Ambil perhatian keadaan kenderaan dan kedudukan kenderaan sebelum ia dialihkan. Cuba lakarkan kawasan kemalangan, kedudukan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, ambil gambar persekitaran, keadaan kenderaan dan sebarang kesan kemalangan di atas jalan raya atau sekitarnya.
Notakan masa dan tarikh kemalangan, nama jalan dan kilometer yang ke berapa kemalangan berlaku. Catatkan nama tempat, bandar atau kampung yang berdekatan.
- Dapatkan maklumat pemandu kenderaan lain yang terlibat seperti nama, no kad pengenalan dan alamat. Jangan lupa nombor telepon hubungan.
- Catatkan jenis kenderaan, model, warna kenderaan dan nombor plat kenderaan.
- Dapatkan maklumat saksi, seperti penumpang kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.
- Bertukar-tukar maklumat mengenai insuran atau takaful. Jangan bincangkan salah siapa, biarkan polis dan syarikat insuran dan takaful menjalankan siasatan.
- Pastikan kenderaan dihantar kepada bengkel yang diiktirafkan oleh syarikat takaful atau insuran anda. Telepon mereka untuk mendapatkan maklumat tentangnya.
- Laporkan kemalangan kepada polis dengan segera.
- Laporkan kemalangan kepada syarikat Insuran dan Takaful anda walaupun anda tidak mahu membuat tuntutan. Pihak lain yang terlibat dalam kemalangan mungkin membuat tuntutan terhadap insuran atau takaful anda. Anda perlu pastikan apa yang dituntut atau anda boeh kehilangan NCD.

Jom kita capai sifar kemalangan.

No comments:

Post a Comment