Satu lagi Projek cat yang kami baru siapkan selepas raya... Harap maaf pada owner kereta ini yang mahukan cat layang satu body.. Seperti yang kami janjikan pada owner tersebut kami hanya dapat cat kereta tuan owner kereta tersebut selepas raya.. berbanyak maaf kami pohon ye....Ini disebabkan kesuntukan masa dan beberapa masalah yang membuatkan projek ini tergendala seketika...
Bercerita pasal kereta honda ni... owner telah datang sebelum raya tetapi kami terpaksa tangguhkan dahulu kerana kami perlu siapkan tempahan yang ade pada bulan september dahulu... jadi kereta ini ditunda pada bulan oktober... Nasib baik owner kereta ni bersetuju...
Ok Proses cat layang tidaklah rumit sangat jika keadaan body kereta tidak banyak problem seperti kemek-kemek pada body...
Kali ni Taukey kerja rehat skit... Hanya simen ,gosok kertas pasir dan matikan colour... lepas tu taukey ade kerja lain lah nak buat... Hah yang ni Bro ustaz's tukang cat projek kali ni... hah ini kerja dia lah balut kertas pada body kereta...Warna kereta honda ini untuk cat layang,Tuan owner kereta honda itu telah memilih colour Biru Cramix sebelum raya hari tu dia dah oder dah...
Bro ustaz punya kerja... balut body kereta tu punya lah kemas.... bagus-bagus....Lain orang lain caranya.... selalu tengok taukey azli dan kuncu-kuncunya buat kerja tapi kali ni ade kelainan yang dibuat Bro Ustaz's Dah siap bro Ustaz's tutup habis body kereta tu..... tetapi oleh kerana cat layang Bro Ustaz's hanya bungkus cermin,lampu dan nombor plat aje...
Sebenarnya ni tuan owner kereta honda ni memilih Bro Ustaz's untuk cat kereta dia... jadi kali ni tukang cat projek ni diterajui oleh Bro Ustaz's mengantikan Taukey azli yang tidak dapat cat kereta tu kerana taukey ade kerja lain nak buat...
Pose Bro Ustaz's... ehhh berhenti plak spray tu ..... tangkap pose plak ko ni...
Cuma taukey azli dapat tolong polish kereta je lepas siap cat dah kering... malam baru dapat polish kereta tu sampai siap lah...Keesokan tengah harinya.. Tuan owner kereta datang ke bengkel buat satu kejutan... dia minta tolong bukak tayar dia.. pastu pasang sport rem baru yang dibelinya...Hasilnya setelah selesai kereta itu dipadankan dengan sport rem.. cantikkan...
Pandangan hadapan
Pandangan Tepi Pandangan Belakang
Pelik tapi benar-benar berlaku
Kedua kereta honda ini berlainan tuan owner tapi sama dan seiras rupa bentuk dan colornya... Perhatikan betul-betul ke dua-dua kereta honda tersebut kiri dan kanan...Bagi Bengkel Fire Starting Automobil menganggapkan hari ini dalam sejarah
Kiri: Colour Blue Ocean Cristal pearl Effect warnanya akan berubah mengikut keadaan cuaca pagi, tengah hari dan petang... klu diperhatikan betul-betul cat tersebut mempunyai warna metelic kasar dan sedikit pearl silver... ***cuba lihat balik oldes entry bertarikh 6 sept 09*** klik pada http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/09/blog-post_4317.htmlsecara kebetulan ianya sama
fakta yang sebenarnya ialah
1) Memang kedua-dua owner honda tu orang yang berlainan, honda kiri nom. pendaftaran 9788 (colour asal putih ) dan honda kanan kami dah janji pd owner tersebut supaya jangan siarkan nombor tersebut (colour asal memang biru...) kami menghormati permintaannya tu... 2) kedua-dua tuan owner honda tersebut kawan rapat , beli honda model yang sama, cari part kereta sama-sama, kedai yang sama, pilih sport rem pun sama,dari lampu hingga set coverset pun sama dari kedai yang sama.. Modifite pun sama sebab tu lah sama semuanya...
3) Kedua -dua kereta tersebut memang dalam team dan club kereta yang sama...
Cuma bezanya bila sampai kat bengkel cat kami sahaja berlainan
1) Kiri siap sebelum raya 6 september dan kanan siap selepas raya 14 oktober baru je
2) warna kiri blue ocean cristal pearl effect dan kanan blue Cramix colour
3) tukang cat pun orang yang berbeza kiri (Taukey Azli ) kanan ( Bro Ustaz's )4) Dua Sample cat berlainan warna yang dipesan oleh owner 5) Mari Zoom gambar tu lebih jelas... untuk melihat perbezaan kedua-dua honda tersebut
Kanan: Colour Blue Cramix biru warna perubahan agak statik yang sekata berlaku.. mempunyai metalic halus sekata...
Yang Pasti Sama Tapi Tak Serupa
smart...sy pun mnat mngecat ni.
ReplyDeletetlg cat kete sy bleh???
ReplyDeletenk kaler kuning2 =D
kemas kerja...hasil pun memang superb...
ReplyDeletewahhh sahabat baik sgt kann!!
ReplyDeletebro, pekabo??
lama xsinggah blog kiter..
byk projek ker?