Pages

Thursday, December 17, 2009

Waja accident plak....

Gara- Gara Tayar Toreh @ Tayar Celup...
Buat pembaca semua... kali ini seorang owner kereta waja telah datang ke bengkel kami.. menurut beliau keretanya telah mengalami accident kerana tayarnya pecah.... katanya baru sahaja menukar tayar tapi tayar 2nd lah....Mungkin tayar celup atau tayar toreh agaknya....tayar dia terkelupas keluar dari rem tayar... mungkin hilang kawalan agaknya berlanggar plak menyebabkan bumper radioter spay tank pecah...Besi casis tengah bahagia bumper bengkok....agak mengejutkan katanya serpihan tayar kereta nya itu terpelanting kebelakang ..Tayar tersebut jatuh kembali dan melibas bumper belakang sehingga bumper belakang turut pecah.... Pelikkan kerana tayar sahaja menyebabkan kerosakkan yang amat teruk pada kereta tersebut.... Keadaan kereta waja tersebut .... Bumper depan pecah, Radioter pecah dan Spay tank pecah ... Tulang casis tengah dan bawah turut bengkok...Casis lama tu tak boleh tarik string... kena tukar baru... kami buang tiang casis tersebut... Besi penyokong tengah dan bawah terpaksa kami tukar baru..... terukkan...Ganti baru tiang casis lama yang bengkok kena welding tiang untuk menyambungkan tiang tersebut...

Si Bro phadil sedang gosok bumper dengan tekun sekali....Tanpa dia sedar kami snap gambar dia.... Esok pagi masih sambung lagi gosok....Kerja- kerja Simen dan menggosok .... biasalah kan Pastu bungkus kereta tersebut.....Gosok sedikit lagi kerana ada bahagian yang tak kena.....Kemudian spray balik..... kali ni bro Phadil ambil spray bumper depan.....Spray sampai tepi lah nampaknya....Hah dah siap bahagian depan.... biar sampai kering....Bahagian belakang plak setelah diganti baru undercode dulu....Selapis demi selapis pada bumper tu....Pastu past plak pada taukey azli cat bahagian belakang....Pun cat satu bumper sampai tepi.... Berhati-hati beli tayar terpakai....
Mungkin tayar celup atau tayar toreh....
Tayar Gores adalah tayar kereta yang sudah botak (licin) yang kemudiannya digoreskan atau ditoreh kembali alurnya agar ia mempunyai 'parit'. Kaedah ini sangat merbahaya. Bayangkan tayar itu sudah botak kemudian digores pula, pastinya bertambah nipis.Tayar celup berharga 30 hingga 50 peratus lebih murah dari tayar baru dan setanding di segi prestasi dan kualiti.
Perkara ini terjadi kerana satu faktor iaitu KOS pembelian. Tidak kira taukeh kaya atau orang perseorangan pasti pening ketika memikirkan soal kos alat ganti.Dari segi keselamatan tayar gores tidak selamat manakala tayar masak adalah selamat. Ini adalah jaminan JKJR (Jabatan Keselamatan Jalan Raya)Bagi mereka yang menggunakan tayar potong lebih baik hentikan penggunaan tayaar ini kerana pihak JPJ tidak akan meluluskan ujian kenderaan anda.Pihak JKJR juga dengan kerjasama Persatuan Automobil Malaysia (MAA), akan mengadakan jelajah untuk memerangi kegiatan ini.

Pastikan Bunga tayar dalam keadaan baik.....Tayar atas sudah botak lahhh....

Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

Tayar Pancit, Pecah boleh mengancam nyawa
Sekiranya tayar tersebut tiba-tiba pecah , meletup atau pancit ketika meluncur laju di permukaan basah dengan keempat-empat tayar yang sudah botak. Risiko kenderaan terbabas dan terbalik sangat tinggi da mengancam nyawa pemandu atau pengguna jalan yang lain...

Elakkan menukar tayar dikawasan yang tidak selamat dan boleh menggangu pengguna jalan raya lain..

Nyalakan lampu kecemasan atau meletakkan kon atau sebagainya sewaktu memberhentikan kenderaan dipinggir jalan agar pemandu kenderaan lain mengetahui terdapat kecemasan dihadapan mereka terutama di waktu malam....
Penyukat Tekanan Tayar ( Smart tyre Pressure Indicator )...
Alat periksa angintayar sekali imbas dengan Smart Tyre Pressure Indicator.... Produk ini menunjukkan keadaan tekan angin dalam tayar antara 26 hingga 80 psi... sesuai dengan semua jenis kenderaan biasa kereta , motorsikal atau basikal....
Cuma sekali imbas anda mampu mengukur melihat tahap tekanan tayar anda sebelum memandu....

Pengguna perlu periksa tayar samaada tayar itu selamat digunakan atau tidak...Dengan hanya melihat melalui tiga warna yang berlainan... membolehkan kita mengetahui samaada tekanan angin dalam tayar berkurangan atau tidak....
Warna hijau menunjukkan angin tayar dalam keadaan baik
Warna kuning pula menunjukkan 20% angin dalam tayar telah hilang dan perlu di pam semula
Warna merah bererti amaran 25-30% angin tayar berkurangan dan amat berbahaya untuk terus memandu...

Berapa Tekanan angin tayar yang sepatutnya?
Sentiasa pastikan angin tayar betul. " Periksa sendiri Pressure setiap 2 minggu.. WAJIB.... kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi ,
Tekanan angin tayar untuk kerete 1.3 cc & 1.5 cc tekanan angin dalam lingkungan 190 kpa hingga 230 kpa ..contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja)Tayar depan letak 210/3o.Tayar belakang 190/29. kalo kereta kancil rasanya around 180-200 kpa.
Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..
pun

9 comments:

  1. heheh... gosok jgn x gosok... huhu....

    ReplyDelete
  2. tu ler pasal aku ingat komputer aku da biol rupanya posting problem hehehe..

    perghh nak jimat tayar tapi akhirnya kena keluar beribu juga repair keta huhuhu

    tayar aku 14 inci aku pam guna 250-280 kpa..xpe ke..

    ReplyDelete
  3. salam. uishh.. ngerinya tayar meletup. member aku penah tayar motor dia meletup pastu tergolek. habis bersepah makanan atas jalan. huh!

    ReplyDelete
  4. kalau aku takda duit..tayar toreh adalah pilihan terakhir...mmg bahaya..tapi nak wat camna kan...kita miskin takda umah 8juta..

    ReplyDelete
  5. bahaya wo...tayar toreh mmg gitu...sgt bahaya...jgn pk murah..pk la pada nyawa..tk gitu beb?

    ReplyDelete
  6. I biasanya letak 210-220 kpa depan belakang untuk I nyer Wira Aeroback 1.5A.


    Terbaru dari Logokoko:

    [13PG] Kantoi orang gila hampir bogel sedang skodeng!

    [U] Seibu

    [U] Kembar Ben Ashaari???

    ReplyDelete
  7. tulang casis ni bahase standard apa ye?

    ReplyDelete