Pages

Friday, January 22, 2010

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Sembah Takziah Atas Kemangkatan DYMM Sultan Johor

Menyembahkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang teramat sangat ke atas kaum kerabat Di Raja Negeri Johor di atas kemangkatan
DYMM Sultan Mahmud Iskandar Alhaj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.
Dan ucapan takziah kepada rakyat Johor Darul Takzim..

Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.08 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda berusia 77 tahun.
Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.
Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi tadi kerana gering.
Sultan Iskandar meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
AL-FATIHAH
Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.
Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran ke English College, yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar.
Selepas itu, baginda melanjutkan pengajian ke Trinity Grammar School di Australia dan kemudiannya ke United Kingdom.
Apabila tamat pengajian pada 1956, baginda pulang ke Johor dan berkhidmat sebagai pegawai kadet dalam Perkhidmatan Awam Johor.
Baginda secara rasmi dilantik sebagai Tengku Mahkota pada 29 April 1981. Pada 11 Mei 1981, baginda ditabalkan sebagai Sultan Johor keempat selepas kemangkatan ayahanda baginda . DYMM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong ke- 8

Kenyataan Setiausaha Sulit Pemangku Sultan Tuanku Ibrahim berkenaan kemangkatan baginda pada jam 7.08 malam tadi.
Terdahulu pada sebelah petang Al-Marhum Sultan Iskandar telah di masukkan ke Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru setelah gering.
Ekoran itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar hari ini dilantik sebagai Pemangku Sultan semasa kegeringan baginda Sultan.
Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli melalui satu kenyataan memaklumkan, Jumaah Majlis Diraja membuat keputusan itu di bawah Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895 selepas menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan mengenai kegeringan baginda.
Innalillahi Wainnalillahi Rajiun
Adalah dengan sangat kedukaan dan kemasyghulan dilafazkan iaitu Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim. Sultan Johor yang amat dihormati dan dikasihi telah mangkat, berpindah daripada alam fana kealam akhirat yang baka pada jam 7.15 malam hari Jumaat tarikh 22 Januari 2010 bersamaan dengan 6 Safar 1431H di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru.

Oleh itu ketahuilah bahawa dengan titah perintah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar Pemangku Raja adalah ditentukan perkabungan kerana kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim,

iaitu mulai hari ini 22 Januari 2010 seperti di bawah ini:

(1) Bendera Negeri diturunkan separuh tiang dan hari berikutnya dinaikkan separuh tiang dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dan sedimikian selama 7 hari dari tarikh dimakam Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(2) Segala Bangunan-Bangunan Kerajaan hendaklah dinaikkan Bendera Negeri separuh tiang bagaimana waktu tersebut dalam (1) di atas dan demikian selama 7 hari daripada tarikh dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(3) Segala bentuk hiburan dan permainan hendaklah dibatalkan pada siang dan malam tersebut pada hari memakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(4) Semua masjid-masjid dan surau surau-surau di dalam Negeri Johor hendaklah mengadakan Majlis Tahlil dan Doa ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku itu selepas Fardhu Maghrib selama tujuh (7) hari selepas daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Baginda Almutawakkil ‘Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim.
(5) Rakyat-rakyat dan penduduk negeri ini hendaklah berkabung dari tarikh ini dan kemudian daripada dimakamkan Jenazah Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia itu selama tujuh (7) hari.
Etika pakaian
berkabung selama 40 hari
WANITA Muslim :- berbaju KURUNG & bertudung putih
Bukan Muslim :- pakaian sopan & melekatkan reben 1 1/2 inci di lengan warna hitam
LELAKI Muslim :- memakai songkok bersama lilitan reben 1 1/2 inci warna putih..
Bukan Muslim :- pakaian sopan & melekatkan reben 1 1/2 inci di lengan warna hitam.
Lebih 10,000 rakyat jelata membanjiri Istana Besar di sini, sejak pagi tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat. Mahkota dan keris Almarhum pula ditempatkan di atas keranda, selain darjah-darjah kebesaran dipamerkan di sekeliling keranda berkenaan.Tempoh ziarah jenazah Almarhum bagi orang ramai ditetapkan mulai 10 pagi sehingga 11 pagi, manakala tempoh untuk orang kenamaan pula ditetapkan mulai 11 pagi hingga 12.30 tengah hari. “Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895, disahkan bahawa waris Sultan, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Raja dan Sultan di bawah undang-undang yang sama,” Istiadat angkat sumpah menyatakan bagi menghormati dan memelihara agama Islam dan adat istiadat Melayu dan berpegang teguh kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-undang negeri Johor. Watikah pemasyhuran Tuanku Ibrahim Ismail dibacakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.Istiadat pemasyhuran baginda diadakan di tangga Istana Besar
Pemasyhuran itu dilangsungkan sebelum jenazah ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dibawa ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini untuk istiadat pemakamansemasa
Upacara perangkatan jenazah, sebuah pedati khas digunakan untuk membawa jenazah Almarhum Sultan Iskandar yang turut dinaiki Tunku Abdul Majid dan Tunku Ismail Ibrahim, dengan diiringi anggota kerabat diraja Johor dan anggota pasukan Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar ke makam diraja.Upacara perangkatan itu sejauh 3 kilometer dari Istana Besar diiringi dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran.Selain itu, sebanyak 77 das tembakan meriam disempurnakan oleh 41 Bateri Istiadat Kem Sungai Buloh, sebagai menandakan usia Almarhum semasa kemangkatannya.
Ribuan rakyat jelata turut beratur di sepanjang jalan dari Istana Besar ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum.
Jenazah Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selamat disemadikan di sebelah makam ayahanda baginda dalam satu istiadat pemakaman diraja di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah Semasa pemerintahan baginda, Sultan Iskandar dikasihi pelbagai lapisan rakyat negeri Johor atas bimbingan dan perhatian berterusan baginda terhadap segala naungannya.Baginda bukan sahaja bijak dalam hal keagamaan dan pemerintahan tetapi juga dalam pelbagai bidang lain seperti ketenteraan, sukan dan perniagaan.Baginda sering bertitah mengingatkan rakyatnya agar sentiasa hidup bermuafakat, bersatu padu dan bekerja bersungguh-sungguh bagi menjamin kebahagiaan negeri Johor. Sultan Iskandar dianugerahkan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang oleh The National University of Singapore (NUS) pada 12 April 2007 sebagai mengiktiraf peranan baginda dalam kemajuan dan kemakmuran negeri itu serta sumbangan baginda terhadap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Baginda merupakan Panglima Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang diasaskan dan ditubuhkan oleh moyang baginda Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1885.Minat baginda dalam bidang ketenteraan jelas dilihat daripada perwatakan baginda yang sentiasa segak beruniform tentera dan ketegasan baginda dalam soal disiplin.Sultan Iskandar pernah menyertai batalion kedua Askar Wataniah di Johor Baharu pada 1960 dan berkhidmat dengan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai pegawai dan dilantik sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Gerak Khas. Sebagai Ketua Agama Negeri, baginda sentiasa mengadakan hubungan erat dengan Majlis Agama Negeri atau pentadbiran jabatan berkenaan untuk mengikuti perkembangan dan masalah agama. Baginda sendiri turut menyampaikan khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid sekitar Johor. Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Baharu sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Baharu dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda .Dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden pada 11 Mei 1981.
Pahang turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari bermula hari ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti .. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

14 comments:

  1. al-fatihah

    takziah
    semoga roh almarhum dicucuri rahmat
    dan semoga kemangkatan baginda di hari jumaat
    yang mulia memudahkan jalan almarhum disna


    alfatihah

    ReplyDelete
  2. Sembah Takziah dari kami rakyat Sarawak di atas kemangkatan KBDYMM Seri Paduka Baginda Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail..

    Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dengan para solihin..

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah buat Almarhum, semoga roh Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin..

    ReplyDelete
  4. merafak takziah dari pihak kami Emo Boy dan rakyat Pahang amnya.

    Al Fatihah...

    ReplyDelete
  5. takziah kami penghuni bndar ikan patin,pahang darul makmur ucapkan....

    semoga almarhum baginda tuanku aman di sana...

    AMIN....

    johor berbangga ada orang seperti anda...=)

    ReplyDelete
  6. merafak takziah kepada kaum kerabat di raja negeri johor serta semua warga negeri johor..

    al fatihah

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Al Fatihah buat almarhum baginda sultan..

    ReplyDelete
  8. Tun Ghazali Shafie dulu terlibat kemalangan udara. juruterbang dan pembantu peribadi terbunuh tetapi dia selamat.

    khabarnya dia ada ilmu dan juga bekas anak murid pawang nong, pawang diraja pahang.

    ReplyDelete
  9. oho.. hari tu perasan cam tak banyak pic aje..

    ReplyDelete
  10. al fatihah. tgk berita kat TV. cucu2 dia comel2 belaka.

    ReplyDelete