Pages

Sunday, April 18, 2010

Motosikal Super sport, Superbike, Hyper sport & Sport touring

Superbike impian ku...
Aku terpanggil membuat entry selepas melihat hasil lukisan dari nukilan si Comel http://anuar-comel.blogspot.com/ni... eeemmm cam ne nak study cam ni dok gila bayang motor besar.... tapi aku tertarik pada klasfikasi cc yang dia catatkan pada paper dia tu.... memang gila motor bersisi besor selera dia pun besor 1000cc tu... mak uiiihh kalau eden lah woiii gadai tanah 4 ekar pun tak lepas tu nak bayar motor tu...

Ape pun minat aku pun tetap sama ingin memiliki sekurang-kurang satu motor kategori superbike.. So aku dah klasfikasikan antara impian aku... meh tengok ape motor yang aku senaraikan...
Kategori 250cc dan kebawah...
motosikal peringkat entry level...Umumnya di bawah 250 cc serta berkuasa rendah sekadar mencukupi sebagai pengangkutan untuk pergi bekerja...berkuasa rendah boleh dianggap sebagai baby superbike..dan ada juga yang menganggapnya bukan superbike pun..bergantung kepada penerimaan masing-masing...bermula daripada Kapasiti 250 c.c hingga ke bawah tidak memerlukan LESEN KELAS B FULL Memadai sahaja Lesen B2 sebagai asas keperluan motorsikal

Motosikal sport
Lazimnya mempunyai saiz enjin antara 250cc . Boleh didapati juga dalam enjin 2 lejang ataupun 4 lejang, tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.walaupun masih baby jangan sekali-kali menafikan keupayaannya yang mungkin membuatkan anda boleh kena sawan melihat kelajuannya...

Kategori 500cc dan ke atas sikit ...
Umumnya di bawah 500 cc / 650 cc untuk digunakan sebagai motosikal bekerja, tetapi dengan lebih keluaran kuasa supaya dapat digunakan untuk berseronok pada hujung minggu.motosikal dalam kelas ini adalah lebih "power" dengan ledakan kuasa yang cukup mengancam..kuasanya adalah di antara 100hp-120hp mengikut pengeluar masing-masing (sama dengan kereta 1500cc)...Ade yang menganggap motosikal dengan kapasiti 500cc dan ke atas sahaja yang layak dikelaskan sebagai superbike...korang tengok aje la kan perkataan "super" itu sendiri dah menerangkan betapa berkuasanya jentera itu betul tak. Boleh guna untuk bersantai di hujung minggu termasuklah nak test power..

SUPER SPORT...
Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sangat diberi tumpuan terhadap prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 500 cc hingga 800 cc serta dengan berat dalam lingkungan 170 kg - 204 kg, menghasilkan kuasa kuda sekitar 100 hp (75 kW).
Kategori antara 1000cc ...
biasanya motosikal dalam kelas ini mempunyai kuasa di antara 170hp - 180hp mengikut teknologi pengeluaran masing-masing. Kelajuan yang mampu dicapai oleh superbike dalam kelas ini boleh mencapai maksimum speed lebih kurang 300km/j... tak boleh bayangkan kelajuan ini sebab tak pernah lagi cuba untuk bawa selaju itu..sebenarnya tak berani beb sayang nyawa..superbike dalam kelas ini biasanya digunakan untuk bersantai ataupun berlumba sahaja... Dengan kemajuan teknologi sekarang berat motosikal ini telah berjaya dikurangkan sehingga berada dalam lingkungan 180kg sahaja membuatkannya semakin mudah dikendalikan disamping bentuk yang lebih erodinamik yang boleh membelah angin dengan lebih efektif.

Superbike...
Motosikal superbike adalah motosikal sport bersasaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Prestasinya adalah sama seperti motosikal super sport tetapi dengan enjin yang lebih besar dan mampu menghasilkan lebih kurang 170 bhp (127 kW). . Kategori lebih dari 1000cc..

Mana-mana superbike yang berkapasiti melebihi 1000cc dikelaskan sebagai "Hyper Sport"...yang mana kuasanya memang sukar dibayangkan..contohnya Suzuki Hayabusa 1300cc yang dikatakan mempunyai kuasa 197hp dan boleh mencapai kelajuan maksimum lebih kurang 322km/j...perghhhh sama laju dengan "Bullet Train" tu.. kira setakat ini Suzuki Hayabusa 1300cc adalah terlaju antara superbike yang ade...

Hyper sport...
Motosikal hyper sport adalah motosikal sport bersesaran sangat besar dengan tumpuan utama terhadap kelajuan maksimum dan pecutan. Ia digerakkan oleh enjin bersesaran antara 1100 cc hingga 1400 cc. Motosikal hyper sport adalah lebih besar serta lebih berat daripada superbike dengan berat basah menghampiri 227 kg. Pertambahan berat ini berkompromi dengan keupayaan di atas litar lumba untuk memberi tumpuan terhadap kestabilan pada kelajuan sangat tinggi sehingga melebihi 290 km/j..
Kategori Sport touring...
Motosikal sport touring direka untuk perjalanan jarak jauh. Ia menampilkan lebih banyak ciri-ciri keselesaan daripada kebanyakan motosikal sport. Motosikal sport touring selalunya lebih berat, kurang berkuasa serta kurang tertumpu ke arah prestasi daripada motosikal super sport, tetapi mampu menyimpan banyak barangan, mempunyai ergonomik penunggang lebih selesa serta lebih praktikal. Bergantung kepada jumlah tumpuan yang diberikan terhadap ciri-ciri kembara, saiz enjin motosikal sport touring melingkungi saiz enjin super sport sehinggalah ke hyper sport, tetapi ditala lebih rendah bagi keselesaa perjalanan jarak jauh.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

24 comments:

  1. a big credit kepada anda firestartingautomobil
    yeeeeehoooo...terima kasih...
    banyak informasi yang berguna untuk aku
    dan untuk kawan2 diluar sana...

    x salah nak mencuba motobesar...tapi bila da ade rezki memiliki moto besar, sila beli benda ni dulu:

    1. safety equipment...

    than kalu nak modi ke, nak tukau eksos ke, x jadi hal la...

    kepada mat2 moto diluar sana yang meminati moto besar mahupun masih meminati moto berCC
    sedeng2, anda juga perlu memikirkan safety gear untuk diri anda, even cc kecil tapi kelajuan tetap memberi impak pada mana2 riders!

    saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjkkan...

    :)=

    ReplyDelete
  2. beso2 moto
    kalo kat highway, slalu nampak bikers2 ni
    kemana2 ntah. konvoi kan
    syok je

    ReplyDelete
  3. wow. x dpt bawak dpt tumpang dok belakang pon okeyh :)

    ReplyDelete
  4. kadang2 berangan jugak nak pakai motor besar. tapi lesen pun xde, dan aku xberapa reti bawak motor berclutch hehe..

    ReplyDelete
  5. wo demo bawok citer motor beso.. story yg baik sekali jelas keterangan terperinci.. sebutir-sebutir.. gempaklah bukan setakat kereta je demo boleh cite moto beso... luas pengetahuan mu ni... kawe suko hayabusa...
    skrg ni moto bike terlaju tu...

    ReplyDelete
  6. perghh juger mcm pakcik kordi...!!
    aku x minat sngt moto2 beso. tp sesekali layan on the road memang feel... ;)

    ReplyDelete
  7. salam..

    fuyoo ni ninja tu idaman koi..

    hmm aku pun mampu naik motor honda wave je..

    ReplyDelete
  8. alo modifid ler motor ys100 tuh jadi super bike hehehe...

    ReplyDelete
  9. phewwwww ~~~ hahahhaha


    >>____<<


    vroooooommmmmmmmmmmmmmmm

    ReplyDelete
  10. salam~_^
    moto besa2 tuh pujaan hati kaki ku jua..huuuuu

    same2 la kita berjuang transformkn moto cikai kite ke moto yg superb dayat tu..heee

    ReplyDelete
  11. wat a great story..
    rase cm nk ade motor besar jugak.

    even aku kecik jer HAHA

    ReplyDelete
  12. wow-bro, dashyat tu motor bro-masih lagi duk berkilat2...memang sayang kan kalo motor lame2 ni.
    btw, kalo menunggang motor berkuasa tinggi biasanya akan menampakkan keyakinan yang tinggi juga bagi si penunggang-haha ;D

    ReplyDelete
  13. yg lame tu la yg byk bg rezeki kt kite kn???
    yg aku kagmnye still berkilat tu huhuhu...
    bro...kalo nk download amek r kt youtube huhu tp moto aku tu biase je

    ReplyDelete
  14. ape yg kite miliki tula yg terbaik.. slalu bersame dgn kite.. n3 ni mmg menarik... tahniah :)
    hayabusa idaman saye dr mula keluarannye lg..
    mmg cantik serba serbi.. dr power,harge n maintainence :)

    ReplyDelete
  15. usah cakap la busa...
    kan suzuki pnye product
    kalu moto moped diowang pon maintanace tinggi lagi moto busa ni!
    tapi kalu big bike dijaga baik
    insyaallah x de masalah

    just my 2sen
    heheheh

    ReplyDelete
  16. perghhh....mmg terbaek dow motorbike ni...impian2..hahahaa

    ReplyDelete
  17. moto mata bulat gak legend..huhu

    ReplyDelete
  18. Blogger ni tak kenal zx10R, sbb tu dia letak ZX6R kat tempat 1000cc, lepas ni buat kajian betul2 ye

    ReplyDelete
  19. Geram pulak tgk moto2 beso ni..tp lesen moto boso pulak xdek..Boleh tak kalau nak beli superbike 251cc ke atas pakai lesen L B? Sebab nak buat lesen B kena la ada moto besar dulu utk belajar. Kalau nk pegi buat lesen terus tp xpndai bawak malu pulak. So, boleh ke beli moto siap dengan road tax dan insurans tp pakai lesen L kelas B je dan taknak register pakai nama orang lain (orang lain pun selalunya ada lesen B2 je). Atau boleh je register pakai lesen B2 atau D. Tp B2 pun aku takde :( ada lesen kete je.

    ReplyDelete
  20. sy mmg minat motor besar2 ni.. masalahnya lesen xde.. kaki pun scoet je.. tp xpe.. c.abg ada. usaha memujuk mesti diteruskan.. USAHA TANGGA KEJAYAAN. ... vroooommmmmm...

    ReplyDelete
  21. Sya dh ada b2 insyaAllah 2 tahun lagi nk bwak kuar r25 doakan aaminnnnn......:)

    ReplyDelete