Pages

Friday, May 21, 2010

Autoshow & Audio Lighting

'The Best Sound"
Kali ni kami nak bawak sikit satu kelainan dari sebelumnya... lain dari Autosho tapi iannya adalah Audioshow lighting...DUNIA permotoran memang memiliki peminatnya tersendiri tidak kira sudah berusia, pemilik kereta baru, bujang atau berkeluarga.Ada berminat menghias kenderaan mereka seperti sebuah limosin mewah manakala yang lain tertumpu kepada prestasi enjin lebih berkuasa. Tidak kurang juga ada di antara pemilik kenderaan berminat meningkatkan prestasi sistem audio masing-masing. Bagi yang berduit, menghias kenderaan dengan baik, melengkapkannya dengan sistem audio bernilai ribuan ringgit selain menukar enjin kenderaan kepada yang lebih berkuasa menjadi matlamat utama mereka.Mereka berhabis-habisan sehingga 20 hingga 40 ribu ringgit demi untuk mendapatkan aura sound system yang brand dari speaker yang canggih.
Seketika memerhatikan pemandangan malam... Tapak audioshow tempat lepak kami sambil memerhatikan gelagat manusia yang beduyun-duyun membanjiri kawasan lapang... memecah kesunyian dengan dentuman irama muzik...Manakala si sebelah sana, terlihatkan sekumpulan remaja sedang melakukan 'shuffle' mengikut irama dari boot kereta yang malatopz itu. Ramai gak pengunjung yang hadir... Pelbagai ragam dan macam-macam jenis pakaian boleh lihat pada malam itu. Orang kata dress up. Toleh kiri pandang mat rempit, toleh kanan budak-budak kereta. Depan pula ada yang tergedik-dedik menari shuffle. Tengok belakang ada belangkas pula. Disco-Disco... menari- nari...
Ape pun jom terjah disebalik malam
Menyembur api keluar dari pipe ekzos..... dahsyat bebLangkah pertama...kereta dia menyemburkan api.... foohh bahaya kalau dekat dekat..
NICE MODIFIED INTERIOR warna warni... canggih nampaknya..

Kat bonet depan pun ade yang letak lampu .... Gilerr Kereta ni dah macam dalam kapal terbang. Penuh meter-meter pesawat...
Pada masa ni semuanya focus mengenai audioshow saja. Jadi selain bunyi bass yang kuat lampu2 serta screen besar pada kereta turut menjadi perhatian ...
Kat tengah2 tu ada tv tau. Selalu orang taruk tv kat dashboard atau kat penghadang matahari tu, tapi untuk audio show diorang taruk kat bonet tau
Lampu2 pada sound system biru, ceria dan berkelip2. power punya audio..luruh jantung dengar dekat2
Syok gak layan feel sendiri duk jer dengar lagu disco kat tepi kereta tu, even jantung dah gegar2
Mereka mempamerkan kreativiti mereka. daripada sistem audio kereta sehinggalah kepada lighting sampai kedalam. pendek kata mereka puas..
Ade plak tengkorak hijau... ni wanted punya audio lah..
Merah menyala warna membara... but sound sistem tak mengecewakan.. mmg hebat mantap beb..
Booommm..Booomm...Aura sound system yang brand dari speaker yang canggih.
Biru mata hitam ku... melihatnya.... terang benderang lightingnya silau mata..
Colour hijau ni pun menarik... penuh tak nampak ape ... penuh dengan speaker aje... Kalau dah letak sound system camni nampak gayanya tak bolehlah balik kampung. Satu bonet penuh ngan speaker, alahai tak bolehlah sumbat durian banyak2
Mungkin bagi pemilik kenderaan menghias kenderaan dengan baik, melengkapkannya dengan sistem audio bernilai ribuan ringgit bagi menunjukkan prestasi sistem audio masing-masing
LAMPU LED.. menyerikan bonet belakang kereta ni...Heavy audio systems…
Ini adalah hobi bagi mereka yang taksub kepada sound kereta yang mampan! Kebanyakan mereka adalah towkey kereta yang mempunyai lebih satu kereta selain dari untuk kegunaan harian.
Pesanan dari kami.. Tentang Pendawaian Sistem Audio
Nampak sangat berpunca dari short circuit...benda tu mmg bahaya kalau handle tak betul...
Entah di mana silapnya, sebuah kereta tiba-tiba terbakar yang bermula dari bahagian belakang (bonet).Kebakaran dipercayai berlaku akibat sistem pendawaian pada sistem audio kereta yang dipasang di bahagian bonet...
Meh tanya ape pendapat Juri profesional kita ni
Kereta kalau dah mengalahkan kapal UFO.. Alien pun takut nak datang tau Macamana nak naik kereta dengan muzik yang begitu kuat tu..?? tak terbayangkan kalau bawak orang tua yang lemah jantung ke dalam kereta kalau muzik tu sudah cukup untuk menggugurkan apa saja yang terlekat di badan...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

13 comments:

  1. wah da mcm kereta berhias
    siap berapi2 lagi

    29 mei ni ada melaka sprint race kat melaka ni
    jom join tgk

    ReplyDelete
  2. kagum..tol
    canggih2...
    minat menggatasi segalanyrr...:)

    ReplyDelete
  3. sungguh warna warni, cuma x dengar audio berdentum dentam jer, kehh

    ReplyDelete
  4. lawa gila dorang wat..

    kreatif abis

    ReplyDelete
  5. perghh.. lawa betul kete..
    subwoofer lagi tu..bunyi mesti mantap la kan. hehe

    ReplyDelete
  6. waaah.....kl karoke dlm kete mst best nih...mau pecah tiub eustachio den...

    ReplyDelete
  7. kalau macm ni kapal angkasa pun tak macam ni. hebat bro jarang ade blog yang ketengahkan isu ni. tahniah bru atas liputan audioshow

    ReplyDelete
  8. gempak demo buat audioshow punya cito. selama ni memang kita kurang pendedahan tentang sistem audio. bagus info ni bro. kawe sukolah

    ReplyDelete
  9. Berapi2 ekzos..Cerita dan liputan yang menarik ni zam.. Tapi sayang sikit.. kalau dapat gambar yang clear lg cantik..

    ReplyDelete
  10. nampak macam kereta2 dalam sains fiksyen pun ada gak...huhu

    ReplyDelete
  11. wow! aku sangat kagum. tak berekelip mata aku tengok gambo tu. nice post bro..

    ReplyDelete
  12. I hope you liked this my comment because this is very unique content. I really liked and appreciate this content. Thanks for sharing this information. thermal insulation materials

    ReplyDelete