Soalan yang diajukan oleh Guest...
"salam..kalo aku pembonceng bolehkah aku claim insurans..aku xsiden ngan membe aku..die xde lesen tp kami kene langgar dari belakang oleh lori..bleh ke?? "
Dan Kami cuba jawab...
Sorry lambat balas lah... Dan kami cuba entrykan jawapan tersebut....
Kali ini saya ingin menarik perhatian semua pembaca kepada satu lagi isu kepenggunaan insurans yang juga banyak menimbulkan kekeliruan ia itu mengenai insurans bagi motosikal.Untuk makluman,insurans motosikal berbeza dari insuran kereta persendirian dari sudut tarif atau kadar premium dan kadar diskaun tanpa tuntutan(NCD atau NCB).Selain itu terdapat satu lagi peruntukan bagi insurans motosikal yang mungkin tidak begitu diambil perhatian oleh pemilik apabila membeli insurans bagi motosikal tersebut.Peruntukan ini ialah berkaitan pilihan untuk samaada memasukkan perlindungan ALL RIDER atau SINGLE RIDER.
Maksud Polisi Insurans ALL RIDER
Kira First Party Claim...Polisi ALL RIDER merupakan polisi yang menanggung semua risiko tanpa mengira siapa menunggang motosikal tersebut.Umumnya,dalam kebiasaan kehidupan hari ini di mana motosikal boleh dipinjamkan kepada sesiapapun, polisi ALL RIDER adalah dicadangkan kepada kesemua pemilik motosikal.
ALL RIDER melibatkan tambahan premium sebanyak 50% dari harga premium asal(temasuk loading umur pemilik dan motosikal kalau ada) dan menjadikannya lebih mahal dari SINGLE RIDER yang mana kadar banyaran premiumnya adalah kadar asal sahaja dan loading umur pemilik dan motosikal kalau ada .Pilihan ini mencakupi pembelian insurans pihak ketiga (Third party) atau komprehensif (juga disebut dalam bahasa perbualan harian sebagai First party).
Maksud Polisi Insurans SINGLE RIDER
Kira Third Party Claim ...SINGLE RIDER ialah polisi perlindungan insuran khusus kepada pemilik berdaftar motosikal itu sahaja.Ini bermakna sekiranya berlaku kemalangan atau kecurian motosikal pada ketika ianya ditunggang oleh orang selain pemiliknya, maka insuran yang diambil itu tidak akan membayar apa apa kerugian yang ditanggung oleh pemilik atau apa apa tuntutan pihak ketiga.
Dengan bahasa yang mudah,pengambilan polisi SINGLE RIDER juga bermaksud motosikal tersebut tidak boleh dipinjamkan kepada orang lain dan sekiranya ianya dipinjamkan juga, maka risikonya ditanggung sendiri oleh pemilik.Di sinilah selalu berlaku kekeliruan apabila berlaku sesuatu tuntutan insurans sekiranya pemilik tidak mengambil tahu semasa pembelian polisi tersebut.
Kalau Beli Motosikal Baru..Sila Tanya Polisi Insuran Motorsikal tersebut...
Akan tetapi satu perkara yang perlu diambil berat ialah ketika hendak membeli motosikal dari kedai yang menjual motosikal.Ini adalah kerana berdasarkan pengalaman,harga motosikal yang ditawarkan oleh kedai telah termasuk harga premium insuran.Di sinilah perlunya diberi perhatian ketika hendak membeli motosikal kerana saya banyak kali terjumpa di mana polisi insuran bagi motosikal yang baru dibeli ialah polisi SINGLE RIDER.Bermakna motosikal tersebut tidak ditanggung risikonya apabila ditunggang oleh orang lain.
Polisi SINGLE RIDER risikonya tetap ada.
Sebagai contoh
Saya banyak kali terjumpa di mana motosikal itu dibeli untuk anak -anak yang masih belajar tetapi pembelian motosikal tersebut dibuat atas nama bapanya dan dilindungi oleh polisi SINGLE RIDER.(Bermakna motosikal tersebut tidak ditanggung risikonya apabila ditunggang oleh orang lain) INSURANS Penting Jika kena Musibah...Sebagai contoh
Perkara penting yang perlu korang amik perhatian tentang INSURANS . Kat malaysia ni…Insurans ni penting untuk melindungi pembawa polisi dan juga orang yang kene musibah…
korang kene ler amik insuran first party kalau korang buat loan …kalau dah abis bayar loan…boleh amik 3rd party insurans tapi ingat… 3rd party insuranced hanya cover kerosakan dan perubatan orang yg kene musibah. korang yg pembawa polisi sorry laa…kuar duit sendiri baiki motor… Jadi terpulang untuk korang pertimbangkan beberapa faktor seperti jenis insurance samada 1st party or 3rd party, coverage yang ditawarkan sekiranya berlaku musibah, samada komprehensif yang melindungi anda dan orang lain untuk cover bil perubatan dan repair motor atau sebaliknya… Berbincanglah dgn agen insurans dan kasik faham betul2…
Tak Ade Lesen Memandu atau Lesen “P” (Probationary Drivers)
Akta Pengangkutan Jalan 1987 (akta 333) di bawah seksyen 26(1) menegaskan :'.....tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan motor daripada apa-apa kelas atau perihal,di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang dibenarkan.....'
Ingatlah, tanpa lesen yang sah kemalangan yang terjadi tiada tuntutan insurans. Ertinya jika anda maut ketika memandu tanpa lesen, tidak ada apa-apa tuntutan insurans boleh dibuat. Samalah seperti mati katak. insuran tak ada cover punyalah...
alkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..
i hate motor
ReplyDeletehuhuhuhu
toing toinggg
ok sekarang saya faham! sangat penting info kali ini :)
ReplyDeleteBagus pulok demo punya penerangan ni dari kawe dok paham sehabuk butir pun adelah nampok skit... pasal insuran cover ni...
ReplyDeleteMotor kawe nok kena cover All Rider gok nampoknya ye....
malang dok berbau plak...
beb betul gak selalu orang ambik yang paling murah kira 3rd party punya kalau nak claim mmg tak berbaloi....
ReplyDeletefirst party ni mmg bebetul pentinglah terima kasihlah bro sebab ko buat aku celik mata pasal insuran ni....
nice info bro
ReplyDeletebanyak...in4 yg dapat
ReplyDeletethanks....
soalan...kalu,kenderaa kita hilang ( dicuri )
bole krrr...claim insuran
aku penah pakai road tax piang...
ReplyDeletesbb takda duit...
ala..comelnye moto kecik tu
ReplyDeleteJA xder moto pun. keta pun xder. so nak amik insurans apa eh? insurans punggung mcm JLo ok x?
ReplyDeleteoh..baru paham..thanks info...
ReplyDeletebro, ape beze first party dgn third party... sy dh masuk setahun angkat wave 110, tp x sure nk ambik first party all rider or third party all rider.. mohon pencerahan bro
ReplyDeleteizin copy ye.. info sgt baik utk pelanggan2 takaful motor saya..
ReplyDeletetapi Takaful tak amik motor LC ����
ReplyDeleteContoh kalau kita ambil insuran third party dan all rider,contoh ayah naik motor lalu kemalangan dan patah bahu..adakah boleh claim sebab ada allrider
ReplyDeleteApa Apa maksud cover type : comprehensive
ReplyDeleteMacam kawan saya dia beli dengan kawan..semalam dia terlibat kemalangan..tetapi owner cakap single rider.. bila check balik polisi insurance ,dekat situ ada tulis had penunggang all rider . Jadi saya nak tanya , berikutan masalah kawan saya ni..boleh ke tak kawan saya tu nak claim daripada agensi insurance yang diambil..
ReplyDeleteThanks bro ataa penerangan ini ..
ReplyDeleteRamai y tak tahu beza first party dan third party termasuk lah saya sendiri ..
Tak menjawab soalan yang ditanya. Pembonceng boleh ke claim insurance atau dengan kata lain diinsurankan untuk insurance all rider atau single rider?
ReplyDeleteSelamat pg, assalamualaikum.. Saya nak bertanya repot kemalangan... Jika lewat, lebih Dr seminggu,, bolehkah buat tuntutan insuran
ReplyDeleteaku pernah beli motor ex5 terpakai dengan bayaran tunai rm3100 dan aku nak beli insuran first parti tokeh kedai tak nk buatkan..dia bagi aku third parti.. genap 2 bulan aku pakai motor tu kena curi..nak klim apa pun tak dapat tokeh buat tak tau..memang celaka
ReplyDeleteTerbaikkkk infonya...TQ
ReplyDeleteI hope you liked this my comment because this is very unique content. I really liked and appreciate this content. Thanks for sharing this information. thermal insulation sheet
ReplyDelete