Pages

Tuesday, September 21, 2010

Kumpulan Marhaban Taman Melati...Terima kasih

Marhaban Ya Marhaban kali ini....
Masyarakat di Johor secara tradisinya kebanyakkannya akan membuat rombongan marhaban dari rumah kerumah jiran tetangga atau penduduk setempat... klu orang Jawa Sebut sebagai " Bara'an"
Sebenarnya aku pulang ke Kulai ni kerana nak buat persediaan untuk malam ni .. taman perumahan tempat aku ade buat marhaban dari rumah kerumah antara tetangga kejiranan sempena sambutan hari raya.. aku turut serta menyertai Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki tersebut..

Lepas Isyak dari Surau Tempat aku konvoi beramai- ramai berjalan kaki... Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki memulakan ekspedisi terjah dari rumah ke rumah jiran yang beragama islam.. ziarah hari raya antara sesama kita...
Dah banyak rumah kami ziarah ... dan kini rombongan marhaban tersebut sampai kat depan umah aku... Sekarang Rumah aku kena terjah lah plak... tiba giliran aku jadi tuan rumah menjemput rombongan marhaban...

Bila pintu umah aku terbuka.... Jemput masuk semuanya ye.... selamat datang ke teratak kami ... Rumah aku kena serbu beramai-ramai... meriah sungguh malam ni...
Oleh kerana terlampau ramai sangat jadi sebahagian ahli rombongan marhaban Kumpulan lelaki terpaksa berada di luar rumah... Rumah aku tak termampu menampung kapasiti rombongan yang hadir... Rumah aku pun bukannya besar mana pun..Aku anggarkan seramai 1o0 lebih lah orang ahli rombongan marhaban yang hadir.. Sebagai tuan rumah aku mohon maaf atas kesulitan tersebut.. harap maaf ye.. Bacaan Marhaban di mulakan... Selawat dan salam keatas junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Doa kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan murah rezeki di pohon keatas tuan rumah.. dan ucapan maaf dilafaskan pada wakil rombongan Marhaban mewakili penduduk taman perumahan..
Eeemm rasanya penduduk taman perumahan aku tak ade salah pun kat aku... tak ade masalah lah antara aku dan mereka semua... Mungkin aku yang bersalah terhadap mereka...
Diakhirnya bacaan doa'an memohon kesejahteraan, keberkatandan kemurahan rezeki keatas isi rumah.. Alhamdulillah ada yang mendoakan kami sekeluarga nampaknya... Amin moga makbul doa tersebut

Mendengar ucapan tuan rumah (aku lah) untuk memperkatakan sesuatu sebagai tanda terima kasih atas kesudian hadir kerumah kami... Dengan kesempatan ini ucapan Salam Hari Raya Aidilfitri.. Kami menyusun jari memohon ampun Maaf Zahir & Batin jikalau ade salah silap selama ini tanpa kami sadari....kepada semua Kejiranan Rukun Tetangga Penduduk Taman Melati, Bandar Indahpura... Terima kasih sekali lagi.. Kalau ade umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi tahun hadapan....
Sedikit buah tangan (ole-oleh) aku untuk dibahagi-bahagikan pada ahli kumpulan rombongan Marhaban kumpulan lelaki .. Klu orang Jawa panggil " Bontrot" Sebagai tanda penghargaan atas kesudian hadir beramai-ramai meraikan Hari Raya bersama-sama ziarah menziarahi dan membacakan marhaban di rumah kami... Sebagai Tuan Rumah kami amat terharu atas kesudian dan muafakat kejiranan datang berkunjung.. Ribuan Terima Kasih kami ucapkan...
Alhamdulillah sesudah selesai ... Ada sedikit jamuan ringan untuk para rombongan marhaban... Dijemput untuk menjamu selera apa yang ada.... rezeki raya lahhh...
Kenangan masa lalu....Oh ye aku... Masa kecik-kecik aku dulu-dulu kalau balik kampung datuk aku...Orang tua-tua baca marhaban ...Lepas je selesai marhaban kat rumah... Kita orang budak- budak kecik masa tu... main Meriam Buluh... BooooM...BoooooM.... Berlawan lawan... sebagai menyambut rombongan marhaban tu konon nya... best-best... marhaban-marhaban gak... pastu gi belakang umah cari port sesuai main perang-perang ... siap ada buat kubu.. renjemen askar batelion ke 11 lah kononnya...
hah geng lain umah marhaban lain pun mana tahan serang lah weeehhhh... lawan siapa paling kuat... kubu diaorang pun boleh tahan gak... renjemen askar ke berapa tahhh...Pastu tunggu aje lahhhh... nanti korang kena kejar plak ngan orang-orang tua yang terganggu masa baca marhaban tu... kena kejar lahhh kita orang lari lah lintang pukang ...
tapi sekarang dah berubah... Orang semua dudok bandar dan taman perumahan.. jangan buat kerja giler main meriam buluh... sekarang line tak clear... Polis datang tangkap korang... Awas....Amaran bermain Meriam Buluh Merbahayakan Kesihatan.. Jangan bermain meriam buluh ye...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment..

Wednesday, September 15, 2010

Antara Burasak Bugis dan Lepat Pulut Daun Kelapa Jawa

Salam Aidilfitri...
Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir Aidilfitri. Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan . Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya.
Firman Allah Ta‘ala:Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)
Malam Raya ku....
Malam ni Aku nak pulang berhari raya kat kampung halaman aku kat Pontian beraya kat umah Mak Ayah aku...Nak buat persiapan sikit sebelum bertolak pulang... Malam raya ni aku basuh kereta dulu sebelum bertolak pulang... Esok kan raya semua kena nampak serba baru.. kereta aku ni kereta lama cuma baru basuh aje....
Semalam ingat nak basuh tapi tak sempat.. nak balik kampung baru ingat nak basuh kereta... Puas aku sental ngan sabun... tak bersih-bersih gak...

Sabar aje lahhh ni lah kerja last minit... tak ape lahhh... esokkan dah nak raya setahun sekali ajekan...

Perjalanan Pulang Kampung..
Lepas basuh kereta aku kemas-kemas barang packing baju-baju masuk dalam kereta... Tanpa lengah masa, start kereta bermulalah perjalanan balik kampung...fuhhh masa drive kereta ni dengar lagu raya kat radio.... semacam aje perasaan ... Sayu ade gembira pun ade... sedar tak sedar perjalanan aku dah sampai sempadan masuk daerah Pontian... Wahhh dah nak sampai dahhh nampaknya...
Sampai aje kat jalan masuk kampung menuju ke rumah aku dah nampak dah lampu likor terang benderang sepanjang jalan... lagi terasa bahang raya ni... Sapa lah agaknya yang pasang pelita raya ni ye...
Sampai depan rumah mak ayah aku nampak plak lampu lip lap... mengelip-ngelip cahayanya ... Sahh memang raya sakan lah nampaknya... suasana Raya makin terasa...
Tengok anak jiran sebelah main bunga api... bebudak memang seronok main bunga api ni... teringa masa aku bebudak dedulu cam ni lah aku dulu... main gak bunga api ni....

Dari Sayup-sayup kedengaran bunyi dentaman Meriam buluh... wehhh ada lagi budak kampung main meriam buluh ni.... eeemmmmm bahaya betul lahh... tapi aku dedulu pun sama gak ... main gak meriam buluh ni... tapi dah dewasa camni rasanya aku nasihatkan lah jangan main meriam buloh ni... Bahaya... Bahaya...

Pagi Syawal... Satu Hari Raya..
Tahun ni sederhana sahaja...Yang penting sekali dapat lagi merasa kuih muih dan juadah raya dari air tangan seorang ibu lagi.. dalam dunia ni masakan mak yang paling best sekali.. tiada tandingannya... tahun ni emak banyak buat kerepek-kerepek aje... biskot-biskot pakai beli aje.... tak sempat nak buat lah
Sebenarnya aku berdarah campuran bugis Sebelah Abah dan jawa Sebelah Emak.. Jadi setiap tahun Mak, Abah dan kami sekeluarga akan sebuk kat dapur untuk menyediakan juadah pagi raya.. Setiap tahun menjelang hari raya ini lah hidangan wajib bagi bagi keluarga kami iaitu Burasak dan Lepat Loi (makanan orang bugis) dan Lepat pulut daun kelapa (makanan orang Jawa).. mungkin korang tak pernah jumpa kut..Pagi syawal macam ni baru dapat makan makanan pertembungan tradisi masyarakat Bugis dan masyarakat jawa.. payah kan kena buat dua-dua sekali.. supaya tak berperang plak antara Bugis dan Jawa...
Mehhhh kita buka apa yang ada terisi kat dalamnye tuuu.... jomm kita menjamu selera yeee....
Ayam masak merah tu dan rendang tu Abah yang masak ... Sayur lodeh ni mak aku plak yang masak.. burasak plak time raya cam ni aje dapat makan.. ketupat segera tu nak makan ngan sayur lodeh... hahhh ado lomang pakcik aku dari Negeri Sembilan import mari.... belasah aje....
Tradisi Bugis Dan Jawa...
Burasak....
Macam ni lah rupanya Burasak ...Ni makanan tradisi kaum bugis (darah bugis mengalir dari keterunan Ayah aku). Tapi bila tiba time raya lah dapat merasanya.. Bagi masyarakat Bugis burasak ni di makan dengan Asam pedas ikan parang.. tapi boleh lah di kenakan ngan rendang ke.. ayam masak merah ke.. serunding kelapa ke..lodeh atau kuah kacang.. tak kesah ape pun janji perut aku kenyang..
Burasak ni diperbuat dari nasi beras wangi..di buat seperti nasi lemak dan di bungkus dengan helaian daun pisang muda kemudian di urut dan diratakan menjadi satu bungkusan kecil.. dan diambil di susun 4 atau 5 keping di bungkus sekali lagi dengan daun pisang tua plak di ikat dengan tali kemas-kemas.. kemudian di rebus...tak boleh terlalu sekejap takut cepat basi dan tak boleh terlalu lama takut nasinya hancur..
Lepat Loi...
Selain Burasak.. makanan masyarakat Bugis lain seperti Lepat Lue diperbuat dari pulut sedap gak yang ni..
Uniknya ianya berbentuk segitiga, kemudian bungkusan kecil segitiga di susun akan menjadi bentuk bulat di dalam daun pisang dan di ikat...penggunaan daun pisang amatlah penting sebab untuk jadikan bungkusan besar daun pisang di gunakan berlapis-lapis..agar bila di rebus tidak masuk air....masa rebusan memakan masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik dan ianya tahan lama untuk di simpan...

Lepat Pulut Daun Kelapa ...
Hah yang ni adalah lepat pulut daun kelapa makanan tradisi orang jawa ( aliran darah emak aku keturunan Jawa)
kaum Jawa mempunyai tradisi membuat 'lepat pulut' . Seperti ketupat, ia juga dibungkus dengan daun kelapa tetapi bentuknya panjang dan direbus sama seperti ketupat nasi.Isinya diperbuat daripada beras pulut yang direndam dan dicampur dengan kelapa muda dan garam. Lepat pulut sedap dimakan dengan rendang. Kebanyakan orang pertama kali makan nya mungkin makanan ni agak pelik rasanya.. mungkin lain tempat lain makanannya.. lain suku keturunan lain plak yang merasanya.. klu orang nogori sembilan memang lah tokak dio makan lomang.. klu orang terengganu, kelantan dan utara memang lah sedap lagi makan ketupat palas.. nak buat cam mana tekak orang kan.. tepuk dada tanya selera...

Sembahyang Sunat Aidilfitri...
Lepas makan baru pergi sembahyang sunat aidilfitri kat Masjid Jamik Bandar Pontian.. kena pergi awal-awal nanti tak dapat masuk masjid ... selalunya kalau datang lambat masjid penuh... kang kena sembahyang luar kaki lima plak kang....
Ziarah Menziarahi & bermaafan sesama kita
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) " al-Hujurat (49) : 13].

First raya ni.. aku dapat bersama berkumpul satu keluarga.. kira bersyukur sangatlah ada Mak & abah lagi, dapat jumpa semua adik beradik aku.. Yang paling penting dapat cium tangan mak & abah mintak ampun maaf dan keredaan mereka berdua
Seterusnya dari rumah mak ayah aku kat Pontian, aku dapat jugak balik beraya kat kampung halaman asal aku kat Batu Pahat kerabat orang jawa..ni baru real balik kampung sebenar-benarnya... balik ziarah semua rumah Pakcik & Makcik aku.. Jumpa semua sepupu-sepupu aku.. Seronok lama tak jumpa mereka ni semua..

Duit Raya...
Yang paling tak bestnya raya ni... banyak keluar duit raya lah nampak gayanya..Anak buah ramai sangat pening kepala aku ni.. tahun ni tak adenya aku nak bagi RM10 sorang.. jangan harap..aku boleh bankrap.. mampui ramai sangat.. Alahai... bebudak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak kan...
Ziarah Pusara Arwah Atuk dan Nenek
Arwah Atuk dan Nenek telah lama kembali ke Rahmatullah.. Ku hadiahkan al-Fatihah dan bacaan surah Yassin.. Nostalgia bersamanya, ku akan kenang selamanya..

“Siapa yang masuk ke kawasan perkuburan lalumembaca Surah al-Ikhlash sebelas kali, kemudian menghadiahkan,pahala bacaan itu untuk orang-orang yang mati, maka dia akandiberi pahala sebanyak bilangan (pahala) orang-orang yang mati.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni:

Disunatkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan duduk,terutamanya membaca Surah Al-Ikhlash sebanyak sebelas kali ataumembaca Surah Yasin, kemudian menghadiahkan pahala bacaan itu kepada mereka.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks & Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Hah bagi lah ucapan raya kat aku sekali kat entry bawah ni sekali ye

Wednesday, September 1, 2010

DIY Spray kereta putty filler & fiberglass


Soalan dari Syah

Pertanyaan Syah: Salam Bro, Saya nak tau.. Kereta iswara saya atapnya berkarat tapi taklah terlalu teruk sangat.. saya cdn nak buat sendiri utk pakai raya..
Pertanyaan Syah: selepas saya menggosoknya ngan kertas pasir... apakah bahan apply untuk tutup kawasan yg digosok tu..? Then saya nak spray cat metalic.. guna yg tin.. Bro ada tip tak..?

Jawapan kami: Biasanya kereta iswara ni akan berkarat kat bahagian atas... walau bagaimana pun kena bertindak cepat sebelum karat tersebut merebak lebih teruk lagi.. Ok kat sini kami sertakan sedikit sebanyak berkenaan simen kereta ni.. Korang boleh buat sendiri gunakan Putty filler macam kat bawah ni.. Jika karat Tersebut kecil.....Boleh tampal lubang karat dengan campuran simen .. Tapi kena kikis dulu karat tersebut baru boleh tampal dengan simen... Cara ini juga boleh digunakan pada lantai kereta melibatkan karat yang kecil..
Jika tampalan Fiber Glass ....Tampalan menggunakan fiber glass pada bahagian karat berlubang.. Jika bocor karat tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan safe kos adalah dengan cara tampal fiber glass ..Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan lantai tersebut.... Ada lagi satu korang carilah OSPHO kat kedai hardware...sapukan benda ni kt tmpat yg berkarat (bersihkan tempat berkarat dulu) ia akan mematikan karat ...dah kering bleh terus simen and cat.....Pertanyaan Jipeng
Soalan Jipeng: Bro gua nak tanya pasal kalau calar kat motor camne nak tampal simen kat tempat calar tu ... nak raya ni motor gua dah banyak calar kira gua nak buat sendiri lah.
Jawapan kami: Caranya sama gak korang boleh gunakan Putty filler ni tampal kat calar coverset motor korang. sama aje caranya macam kita buat simen pada kereta ni..

Soalan azma 0601

Soalan azma0601 : klu ada karat ckit je dlm seinci lebih kat area tpt isi myk tu,berapa agak2 kena byr?

Jawapan kami: Eeemmm lebih seinci karatnya.. selalunya memang banyak karat kat bahagian tepi tempat isi minyak .. tak taulah kenapa banyak kereta mesti ada karat kat bahagian itu..Tapi kena gak tengok jenis karat tersebut .. kang kadang ada jenis karat yang reput atau karat yang berlubang atau karat yang jenis hanya atas permukaan aje... jadi kami kena kenal pasti jenis karat tersebut... jadi kena tengok dululah tahap mana karat tersebut barulah kami boleh tafsirkan cara mana yang sesuai untuk memperbaikinya... harga tuee tak tau lah nak kata... kena tengok dulu lah ye Itu lah tak taulah sama ada kena simen aje ke atau nak buat tampal pakai fiberglass tu karat kat tepi bahagian isi minyak iteww..Soalan abudine83

Soalan abudine83: Salam bro. Sy nk tanya. Kt mane nk dapatkan spray dpi autocolor nih kt area kulai & JB?dh byk kedai sy pergi tp x de plak. Yg bayk kt kedai Samurai je

Jawapan kami: Eeeemmm ko kena gi cari kat kedai bancuh cat.. selalunya kedai motorsikal pun ade gunakan cat tin DPI ni..Pasal aku tengok diorang cat motosikal pakai DPI atau an. mesti ade lah kalau cari...

Ok kalau tak jumpa tin aerosol biru korang cuba try cari tin aerosol tin putih macam kat bawah ni... mesti
jumpalah ... memang ade jual kat kedai jual barang-barang hard ware pun ade...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

Pertanyaan Side skerting BLM

Antara Fiberglass dan PU
Pertanyaan Bro Gingko Jojoba:
Bro beza antara PU dan Fiberglass punya side skerting? boleh terangkan tak.
Jawapan kami:
Bercerita berkenaan Fiberglass dan PU Fiberglass harganya murah tapi kalau PU ni mahal sikit....
Fiber ni senang patah atau pecah tak kiralah fiberglass putih ke, fiberglass warna hitam ke atau fiberglass warna kuning... Sebab tu harganya murah sikit....Tapi Klu PU meterial ni tahan sikit hah cuba tengok kat gambar bawah ni.... boleh bengkok... harganya tentu lah mahal beb... Ok kalau PU ni cuba korangi lihat gambar di bawah...
Pertanyaan dari Bro Fareez..
Bro Fareez:
salam bro, nak tanyalah... kawan pakai saga blm metallic black.. klu kawan nak cat bodykit (front,side, rear), berape bro ambek?
Jawapan Kami
Kalau cat spray metallic black side skerting kira depan belakang tepi tu kami ambil dalam lingkungan RM 250.00..

Soalan Bro Guest to Azli (facebook)
Guest to azli: bodykit saga blm brp ek? siap cat n psg...
Jawapan Kami thanks pada pertanyaan BLM nanti aku akan entrykan pasal harga dan bodykit BLM tunggu ye... untuk harga BLM yang biasa sila klik http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/06/proton-blm-body-kitt-sudah-ada.html dan Sila lihat entry http://firestartingautomobil.blogspot.com/2009/07/blog-post_9096.html
Guest to azli : modulo full skirting rm330 tu pu ke fiber? + ducktail spoiler LLSP 125 rm170..siap psg n cat kan? Harga
Jawapan Kami: full set skerting tak termasuk harga cat.. harga cat kena ikut jenis warna kereta anda.. kami tak boleh tafsirkan harga cat kereta anda...nak kena lihat jenis ape warna kereta anda..
Guest to azli: ok..set tu pu ke fiber?kete aku granite grey..set skirting siap cat brp?spoiler + cat brp?
Jawapan Kami: harga cat 1 set sketing Rm250..set sketing faiberalass..klu PU dlm Rm700 hinga Rm800..harga boleh runding datang ke kedai kami untuk keterangan lanjut..
Guest to azli: boleh tak bagi cadangan sikit sama ada masuk bumper atau side skerting keliling. boleh tak bagi contoh-contohnya mana yang agak menarik untuk masukkan kat BLM aku tu dan harga.
Jawapa kami: Silalah tengok sendiri sedikit sebanyak macam kat bawah ni siap harga tapi tak masuk upah pasang ye.

Terjah Mereka itewwww
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks