Kemeriahan Hari Raya lebih dirasai apabila laungan takbir bergema untuk melahirkan rasa kesyukuran dan mengagungkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Allah memerintahkan kepada kita mengakui akan kebesaran dan keagunganNya dengan mengucapkan takbir Aidilfitri. Ucapan takbir pada malam Hari Raya itu merupakan ibadah yang kita lakukan untuk melepaskan Ramadhan dan untuk menyambut kedatangan . Oleh sebab itu, disunatkan kepada kita mengucapkan takbir dengan mengangkat suara, bermula waktunya dari terbenam matahari malam Hari Raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang Hari Raya.
Firman Allah Ta‘ala:Maksudnya:
"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."(Surah Al-Baqarah : 185)
Malam Raya ku....
Malam ni Aku nak pulang berhari raya kat kampung halaman aku kat Pontian beraya kat umah Mak Ayah aku...Nak buat persiapan sikit sebelum bertolak pulang... Malam raya ni aku basuh kereta dulu sebelum bertolak pulang... Esok kan raya semua kena nampak serba baru.. kereta aku ni kereta lama cuma baru basuh aje....
Malam ni Aku nak pulang berhari raya kat kampung halaman aku kat Pontian beraya kat umah Mak Ayah aku...Nak buat persiapan sikit sebelum bertolak pulang... Malam raya ni aku basuh kereta dulu sebelum bertolak pulang... Esok kan raya semua kena nampak serba baru.. kereta aku ni kereta lama cuma baru basuh aje....
Semalam ingat nak basuh tapi tak sempat.. nak balik kampung baru ingat nak basuh kereta... Puas aku sental ngan sabun... tak bersih-bersih gak...
Sabar aje lahhh ni lah kerja last minit... tak ape lahhh... esokkan dah nak raya setahun sekali ajekan...
Perjalanan Pulang Kampung..
Lepas basuh kereta aku kemas-kemas barang packing baju-baju masuk dalam kereta... Tanpa lengah masa, start kereta bermulalah perjalanan balik kampung...fuhhh masa drive kereta ni dengar lagu raya kat radio.... semacam aje perasaan ... Sayu ade gembira pun ade... sedar tak sedar perjalanan aku dah sampai sempadan masuk daerah Pontian... Wahhh dah nak sampai dahhh nampaknya...
Sampai aje kat jalan masuk kampung menuju ke rumah aku dah nampak dah lampu likor terang benderang sepanjang jalan... lagi terasa bahang raya ni... Sapa lah agaknya yang pasang pelita raya ni ye...
Sampai depan rumah mak ayah aku nampak plak lampu lip lap... mengelip-ngelip cahayanya ... Sahh memang raya sakan lah nampaknya... suasana Raya makin terasa...
Tengok anak jiran sebelah main bunga api... bebudak memang seronok main bunga api ni... teringa masa aku bebudak dedulu cam ni lah aku dulu... main gak bunga api ni....
Sampai depan rumah mak ayah aku nampak plak lampu lip lap... mengelip-ngelip cahayanya ... Sahh memang raya sakan lah nampaknya... suasana Raya makin terasa...
Tengok anak jiran sebelah main bunga api... bebudak memang seronok main bunga api ni... teringa masa aku bebudak dedulu cam ni lah aku dulu... main gak bunga api ni....
Dari Sayup-sayup kedengaran bunyi dentaman Meriam buluh... wehhh ada lagi budak kampung main meriam buluh ni.... eeemmmmm bahaya betul lahh... tapi aku dedulu pun sama gak ... main gak meriam buluh ni... tapi dah dewasa camni rasanya aku nasihatkan lah jangan main meriam buloh ni... Bahaya... Bahaya...
Pagi Syawal... Satu Hari Raya..
Pagi Syawal... Satu Hari Raya..
Tahun ni sederhana sahaja...Yang penting sekali dapat lagi merasa kuih muih dan juadah raya dari air tangan seorang ibu lagi.. dalam dunia ni masakan mak yang paling best sekali.. tiada tandingannya... tahun ni emak banyak buat kerepek-kerepek aje... biskot-biskot pakai beli aje.... tak sempat nak buat lah
Sebenarnya aku berdarah campuran bugis Sebelah Abah dan jawa Sebelah Emak.. Jadi setiap tahun Mak, Abah dan kami sekeluarga akan sebuk kat dapur untuk menyediakan juadah pagi raya.. Setiap tahun menjelang hari raya ini lah hidangan wajib bagi bagi keluarga kami iaitu Burasak dan Lepat Loi (makanan orang bugis) dan Lepat pulut daun kelapa (makanan orang Jawa).. mungkin korang tak pernah jumpa kut..Pagi syawal macam ni baru dapat makan makanan pertembungan tradisi masyarakat Bugis dan masyarakat jawa.. payah kan kena buat dua-dua sekali.. supaya tak berperang plak antara Bugis dan Jawa...
Mehhhh kita buka apa yang ada terisi kat dalamnye tuuu.... jomm kita menjamu selera yeee....
Mehhhh kita buka apa yang ada terisi kat dalamnye tuuu.... jomm kita menjamu selera yeee....
Tradisi Bugis Dan Jawa...
“Siapa yang masuk ke kawasan perkuburan lalumembaca Surah al-Ikhlash sebelas kali, kemudian menghadiahkan,pahala bacaan itu untuk orang-orang yang mati, maka dia akandiberi pahala sebanyak bilangan (pahala) orang-orang yang mati.”
Hadis yang diriwayatkan oleh Ad-Daruquthni:
Burasak....
Macam ni lah rupanya Burasak ...Ni makanan tradisi kaum bugis (darah bugis mengalir dari keterunan Ayah aku). Tapi bila tiba time raya lah dapat merasanya.. Bagi masyarakat Bugis burasak ni di makan dengan Asam pedas ikan parang.. tapi boleh lah di kenakan ngan rendang ke.. ayam masak merah ke.. serunding kelapa ke..lodeh atau kuah kacang.. tak kesah ape pun janji perut aku kenyang..
Burasak ni diperbuat dari nasi beras wangi..di buat seperti nasi lemak dan di bungkus dengan helaian daun pisang muda kemudian di urut dan diratakan menjadi satu bungkusan kecil.. dan diambil di susun 4 atau 5 keping di bungkus sekali lagi dengan daun pisang tua plak di ikat dengan tali kemas-kemas.. kemudian di rebus...tak boleh terlalu sekejap takut cepat basi dan tak boleh terlalu lama takut nasinya hancur..
Selain Burasak.. makanan masyarakat Bugis lain seperti Lepat Lue diperbuat dari pulut sedap gak yang ni..
Uniknya ianya berbentuk segitiga, kemudian bungkusan kecil segitiga di susun akan menjadi bentuk bulat di dalam daun pisang dan di ikat...penggunaan daun pisang amatlah penting sebab untuk jadikan bungkusan besar daun pisang di gunakan berlapis-lapis..agar bila di rebus tidak masuk air....masa rebusan memakan masa 6 hingga 8 jam untuk hasil yang baik dan ianya tahan lama untuk di simpan...
Lepat Pulut Daun Kelapa ...
Hah yang ni adalah lepat pulut daun kelapa makanan tradisi orang jawa ( aliran darah emak aku keturunan Jawa)
Hah yang ni adalah lepat pulut daun kelapa makanan tradisi orang jawa ( aliran darah emak aku keturunan Jawa)
kaum Jawa mempunyai tradisi membuat 'lepat pulut' . Seperti ketupat, ia juga dibungkus dengan daun kelapa tetapi bentuknya panjang dan direbus sama seperti ketupat nasi.Isinya diperbuat daripada beras pulut yang direndam dan dicampur dengan kelapa muda dan garam. Lepat pulut sedap dimakan dengan rendang. Kebanyakan orang pertama kali makan nya mungkin makanan ni agak pelik rasanya.. mungkin lain tempat lain makanannya.. lain suku keturunan lain plak yang merasanya.. klu orang nogori sembilan memang lah tokak dio makan lomang.. klu orang terengganu, kelantan dan utara memang lah sedap lagi makan ketupat palas.. nak buat cam mana tekak orang kan.. tepuk dada tanya selera...
Sembahyang Sunat Aidilfitri...
Lepas makan baru pergi sembahyang sunat aidilfitri kat Masjid Jamik Bandar Pontian.. kena pergi awal-awal nanti tak dapat masuk masjid ... selalunya kalau datang lambat masjid penuh... kang kena sembahyang luar kaki lima plak kang.... Ziarah Menziarahi & bermaafan sesama kita
"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) " al-Hujurat (49) : 13].
First raya ni.. aku dapat bersama berkumpul satu keluarga.. kira bersyukur sangatlah ada Mak & abah lagi, dapat jumpa semua adik beradik aku.. Yang paling penting dapat cium tangan mak & abah mintak ampun maaf dan keredaan mereka berdua
Seterusnya dari rumah mak ayah aku kat Pontian, aku dapat jugak balik beraya kat kampung halaman asal aku kat Batu Pahat kerabat orang jawa..ni baru real balik kampung sebenar-benarnya... balik ziarah semua rumah Pakcik & Makcik aku.. Jumpa semua sepupu-sepupu aku.. Seronok lama tak jumpa mereka ni semua..Duit Raya...
Yang paling tak bestnya raya ni... banyak keluar duit raya lah nampak gayanya..Anak buah ramai sangat pening kepala aku ni.. tahun ni tak adenya aku nak bagi RM10 sorang.. jangan harap..aku boleh bankrap.. mampui ramai sangat.. Alahai... bebudak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak kan...
Ziarah Pusara Arwah Atuk dan Nenek Arwah Atuk dan Nenek telah lama kembali ke Rahmatullah.. Ku hadiahkan al-Fatihah dan bacaan surah Yassin.. Nostalgia bersamanya, ku akan kenang selamanya..
“Siapa yang masuk ke kawasan perkuburan lalumembaca Surah al-Ikhlash sebelas kali, kemudian menghadiahkan,pahala bacaan itu untuk orang-orang yang mati, maka dia akandiberi pahala sebanyak bilangan (pahala) orang-orang yang mati.”
Disunatkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan duduk,terutamanya membaca Surah Al-Ikhlash sebanyak sebelas kali ataumembaca Surah Yasin, kemudian menghadiahkan pahala bacaan itu kepada mereka.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks & Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Hah bagi lah ucapan raya kat aku sekali kat entry bawah ni sekali ye
raya sakanns tewww..
ReplyDeleteperghh meriah gila kampung lu bro. makanan pun pelik2 je. duit raya rm50 mana tempat kasi tahu la lubang haha
ReplyDeleteTengok meriam buluh tu menggamit nostalgia. kat kampung saya dah tak ada lagi orang main meriam buluh tu.
ReplyDeletememang nampak meriah sungguh suasana beraya dikampung tu. Makanana pun klasik! Isteri saya pun orang Bugis, tapi tak pernah pula makan burasak dan seangkatan dengannya tu :)
selamat hari raya
ReplyDeletenak wet raya !!!
oh itu rupanya makanan keturunan bugis..still ada lagi budaya ayah afzainizam..kene belajar wat tu..supaya tak terus di telan zaman..anak2 cucu afzainizam nanti
ReplyDeleteleh merasa
New Entry "Buah Vanilla Sekilo RM 1,500"
seiring salam deruman yoshimura ori,nilai persahabatan tak ternilai dgn LC Transformers,walaupun ranggi bergaye dengan arai crank,melawan arus angin dengan honda petak, biarpun hati sekering mat rempit, bila takbir bergema menangis jua,
ReplyDelete.:SALAM AIDILFITRI:.
.:MAAF ZAHIR BATIN:.
::budakkampung39.blogspot.com::
salam aidilfitri,
irwanmiswan
meriah raya...raya sakan nampaknye
ReplyDeleteslmt hari rAYA....raya kdua saya balik johor,kg ayh sy kat parit besar,rengit btu pahat..dekat ke ngn umh bro?
ReplyDeleteantara yang menarik n3 ni:
ReplyDelete1. kereta aku ni kereta lama cuma baru basuh aje. pergh... sedap susun ayat!
2. x tahan meriam buluh tu, ingat zaman orang putih dulu2 ke nak meriam kapal perang. ahaks...
3. meriah tu disambut dengan susunan api pelita dan lampu kelip2. kat umah nenek dah xder lagi kot coz cik noi dah beraya kat umah bini dia tahun ni.
4. nasiblah burasak tu kaum bugis dan saudara mara yang terdekat makan, kalau macam ketupat dah xder serinya raya coz sekarang ramai yang guna ketupat mini atau segera dari gunakan ketupat anyam daun kelapa.
5. yang last tu, nakkkkkkk duit raya cam dak tu dapat. nakkkkkkkkkkkkkkkkkk. hehehehe
salam aidilfiri gak nizam...aku nie pun da lama tak singgah blog2 sebab beraya mmg tak sempat nak berblog ...tension betul..ermmm..meriahnya aidilffitri di sana bunga api n meriam..kat kg aku xmeriah pun..xde pape..hahahahah
ReplyDeleteselamat hari raya bro :)
ReplyDeletebagi orang lain raya memang meriah tapi bagi aku raya tetap sama macam tahun tahun lepas..takde apa apa perasaan dah.
napa burasak tu macam nasi himpit..mak aku buat balut pakai daun pisang juga..tapi aku orang minang heheee.
F
ReplyDeleteU
U
U
Y
O
O
O
O
O
mik ko!!! dr mlm raya sampai ke raya dia post
naik muntah baca!
hahaha
lu mmg sakan raya kot
KONPEM MUKA LU CERIA2. OMEY2 je pagi raya kan kan kan..
haha
slamat hari raya jugak... thanks da singgah kt my blog... kalo intersted in fashion, singah2 la lg k..:)
ReplyDeletenizam... selamat hari raya...
ReplyDeleteeh nizam org bugis ke?? angah pun sama gak?? tapi atuk la...
byk betul budak tu dpt duet raya
ReplyDeletetak aci!!
selamat hari raya walfaezi
ReplyDeletekemaafan pohon bersama-sama
semoga diberkati ramadhan yg dilalui
sayunya hati bila takbir raya bergema lagi......:)
selamat hari raya tuan umah..
ReplyDeletebestnya raya dia.. meriah2.. (^__^)
memang meriah betul raya ye..
ReplyDeleteperbagai juadah yang ada yang aku pun tak pernah lihat lagi..hehe
Aduiii... Tengok burasak teringat kat kampung. Rasa macam nak balik jek sambung raya. Huhu..
ReplyDeletemeriahnyew raya en afzainizam kita ni...selamat hari raya maaf zahir batin...
ReplyDeletemaaf da lame x datang...bz cket...
macam sedap je burasak tu. tak penah makan la. hehehe
ReplyDelete