Guest: harga tinted cermin kete bpe ekk?
Jawapan kami:
Minta maaf pada Saudara Guest kami bukanya buat tinted kereta ... Tapi kami dah pergi tinjau banyak kedai tinted kereta sekitar Johor Bahru kebanyakkannya menawarkan harganya dalam lingkungan
untuk kereta sedan standard - RM 490( 4 cermin pintu Super tint + cermin belakang dan depan biasa )untuk kereta MPV atau super saloon - RM590( 6 cermin pintu & sisi + cermin belakang & depan biasa )
tapi ada gak yang menawarkan harga RM40 - RM150 pun ade tapi tinted cap ayam lahhh...
Tinted Cermin Kereta Kita...
Hari ini, begitu banyak jenama filem tinted yg bagus dan berkualiti, tidak kurang sekadar imitation.
kalau ikut fungsi utama tinted ialah untuk keselesaan melambatkan kemasukan cahaya panas keselamatan dan keselamatan- cermin tidak pecah berderai ketika kemalangan dan menyukarkan pencuri untuk memecah masuk...Sekarang banyak kedai tinted menawarkan harga sangat menarik dan berbeza2 antara setiap jenama.saya tidak boleh cadangkan apa2 jenama, terpulang pada poket anda dan pilihan peribadi.
Yang pastinya tinted cermin tu ada ciri-ciri macam kat bawah ni.Tapi biler memasang tinted glass pastikan1) ianya tidak terlalu gelap atau terlalu kilat hingga tidak nampak penumpang di dalam.
2) ianya mempunyai waranti utk elakkan jadi menggelembung atau bubbling-bubbling
Tips paling utama utk menguji filem tinted - pasangkan spot light dan rasakan serta merta samada ianya panas atau suam2.... kalau leh rasa panas, cuba produk lain
Tips paling utama utk menguji filem tinted - pasangkan spot light dan rasakan serta merta samada ianya panas atau suam2.... kalau leh rasa panas, cuba produk lain
Tinted cermin anti pecah - cegah perompak & Pencuri?
Adakah tinted kereta anda mempunyai ciri keselamatan di atas, ketuk banyak kali tapi cermin tak mudah pecah, atau tinted kereta anda hanya mempunyai ciri sejuk sahaja?Sekarang ni banyak kes ,Penjenayah dengan mudah pecahkan tingkap kereta anda. Boleh mengakibatkan masalah rompakan, kecurian dan cederakan orang. memecahkan cermin kereta utuk mengambil barang-barang aksesori berharga dalam kereta. Untuk mengatasi masalah cermin kereta di pecahkan.. banyaklah kedai aksesori memperkenalkan tinted cermin khas berfungsi anti pecah..bukan tak pecah sukar dipecahkan..
Video ni....Cermin anti Pecah..
Video ni.. Senangnye Pencuri Pecah cermin kereta
Video ni.. Pencuri Pastu curi barang dalam kereta..
Video ni.. Pencuri Pastu curi barang dalam kereta..
Tinted Kereta Perangkap Diri Semasa Kemalangan? Fikir-fikirkan ye!!
Namun , sedarkah kita Tinted cermin yg ditampal dgn penapis haba khas boleh menjadi perangkap kepada diri sendiri dan penumpang lain.. bayangkan kalo kereta tercampak dlm sungai.. dan kita x boleh nak pecahkan tingkap pesal bertinted... masalah jugak kan... atau berlaku sebarang kemalangan yg tak terduga, kebakaran, adekah kita mampu menyelamatkan diri..dalam suasana cemas fikiran panic tak mampu berfikir dengan betul.. cara terbaik selamatkan diri dengan cara pecahkan cermin untuk keluar..Bayangkan lah jika kita sendiri pun tak mampu pecahkan cermin bagaimana pula dengan bomba dan pertahanan awam pasti mengambil masa untuk membuka pintu tersebut mengeluarkan mangsa..
Beza Tinted Cermin Lamined dan Tempered
Lazimnya jenis lamined selalunya dipasang pada bahagian cermin hadapan, jenis tempered pada bahagian belakang dan sisi kenderaan.. pada bahagian hadapan lamined dipasang terdiri daripada dua lapisan yang dapat melindungi pemandu terkena serpihan kaca jika cermin itu pecah terkena batu semasa memandu.. lamined sukar dipecahkan, hanya retak kecil atau pecah berbentuk satu jalur garisan retak.. berbaza pula jenis tempered pula akan pecah berderai keseluruhannya.. perkara ini perlu dipastikan agar mesti ade tinted tempered di pasang pada bahagian sisi dan belakang bertujuan memudahkan untuk di pecahkan semasa kecemasan atas sebab-sebab keselamatan (Bomba)
Nyawa anda adalah sangat penting diselamatkan jika kemalangan berlaku berbanding jika pencuri memecah cermin anda mengambil aksesori dalam kenderaan .. aksesori dalam kenderaan anda masih boleh dilindungi dengan insuran ganti rugi yang boleh dituntut pada bila-bila masa...Fikir dulu ... anda mampu mengubahnya..anda mampu selamatkan nyawa terus melayang..
Peraturan JPJ Berkenaan Cermin Kereta...
Berdasarkan undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini, di bawah Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, kadar ketelusan cahaya menerusi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklah sekurang-kurangnya 70% diukur dengan menggunakan suatu pengukur yang ditetapkan. Manakala kadar ketelusan cahaya menerusi cermin di lain-lain bahagian kenderaan hendaklah sekurang-kurangnya 50%. korang kena hantar Puspakom Check ketelusan cahaya cermin tu...
Jika langgar Peraturan JPJ...
Bagi pemilik kenderaan yang didapati melanggar peraturan cermin gelap akan dikenakan tindakan seperti berikut:
1. JPJ mengeluarkan Notis PG1 iaitu Larangan Penggunaan Kenderaan dengan tempoh selama 10 hari. Dalam tempoh ini, pemilik kenderaan dikehendaki menukar cermin gelap kepada cermin yang mematuhi tahap ketelusan cahaya yang dibenarkan.
2. Pemilik kenderaan dikehendaki membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan. Setelah dipastikan cermin kenderaan telah ditukar, JPJ akan mengeluarkan Notis Menarik Balik Larangan iaitu PG2.
3. Walau bagaimana pun, sekiranya pemilik kenderaan gagal mematuhi Notis PG1 (iaitu tidak membawa kenderaan kembali ke Pejabat JPJ untuk pemeriksaan), JPJ akan mengeluarkan saman JPJ 22 kerana gagal mematuhi Notis PG1.
4. Penalti bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Notis PG1 adalah kompaun maksimum RM300 dan kenderaan disenaraikan hitam sehingga Notis PG1 dipatuhi.
Yang Tak mau dilihat bila Tinted kena cabut tu...
Cermin gelap Kereta..Persoalannya adakah berkenderaan dengan cermin gelap ini satu keperluan atau untuk bergaya semata-mata?
Macam-macam pendapat orang lahh... Tapi itu juga kemungkinan yang berlaku..larangan memakai Cermin gelap ni dapat membendung potensi kegiatan jenayah (bimbang jika kenderaan bercermin gelap digunakan penjenayah)..dan Membendung potensi maksiat dalam kereta... segelintir orang buat projek dalam kereta agaknye..Bagi saya jangan ada pengecualian jika penguatkuasaan ke atas cermin gelap ditetapkan. Maksud saya semua daripada kita, Walaupun golongan VIP sekalipun harus tertakluk kepada undang-undang.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"
Macam-macam pendapat orang lahh... Tapi itu juga kemungkinan yang berlaku..larangan memakai Cermin gelap ni dapat membendung potensi kegiatan jenayah (bimbang jika kenderaan bercermin gelap digunakan penjenayah)..dan Membendung potensi maksiat dalam kereta... segelintir orang buat projek dalam kereta agaknye..Bagi saya jangan ada pengecualian jika penguatkuasaan ke atas cermin gelap ditetapkan. Maksud saya semua daripada kita, Walaupun golongan VIP sekalipun harus tertakluk kepada undang-undang.
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"
tinted aku x cukup gelap ler. ingat nak pakai lain pulak..member aku siap pakai 3 lapis untuk cermin belakang..tempat aku jpj tak kacau sebab pekan kecil.lain ler bandar besar cam kl or jb.
ReplyDeletekalau dekat aku nak buat tinted =)
ReplyDeleteko ni keje kat bengkel kereta ke? mcm2 pasal kereta ada! wah! dan ada jgk yg aku bru thu... thnkz berkongsi kami semua...
ReplyDeletewow..18sx
ReplyDeletecemburu tak ingat kang jpj terhadap crv aku kang
ReplyDeletetinted yg murah utk nmpak bergaya je..xde fungsi menghalang haba pun..tp halang cahaya matahari tu ada la kot..pastu pakai dalam setaun, da pudar..alang2 nk pakai, bek pakai yg mahal,..org kata biar mahal, jnji berkualiti, tahan lama, baru puas ati..xgitu bro?
ReplyDeletetp ikut poket masing2 la kan,..
eh..bukan 8 ciri istimewa cermin tinted la..cuma ader 7..hehehhe..mmg ader banyak kebaikan tint cermin..tapi bila ader keburukan,mmg la payah...lagi2 time eksiden...susah nak kuarkan orang yang tersepit...last2 mangsa boleh meninggal kalau lambat bantuan....
ReplyDeletelatest entri:
pengertian sebenar seksi
rasanya kene ada 1 tingkap..xperlu ditinted..untuk pintu keselamatan..
ReplyDeleteNew Entry "Si Penggila dan Si Buang Tebiat , Remi Gaillard"
wah menarik semua pasal keta ni..minat.kena rajin datang sini lagi ni
ReplyDeletehuhu..tinted untuk 18sx..x bleh blah..itu hanya sesuai kpd mereka yg x mampu nk sewa rumah..ahaha
ReplyDeletemari sewa rumah.
ReplyDeleteeh! ko jual kereta x? kalau kereta second berapa? bapak aku tanya....
ReplyDeleteaku punya tinted aku pasang masa Promosi.... dah 3 tahun pakai, stil ok....
ReplyDeletebetul tue nizam apa yg patut kena ikut dia punya peraturan.. kan?? tapi kan angah kalau terlalu gelap pun dah pakai dah dulu sekarang jer tak tukar2 dah nak 3 tahun dah.. masih elok lagi tapi yg depan lak dah 8 tahun dah.. still ok
ReplyDeletebetul tue nizam apa yg patut kena ikut dia punya peraturan.. kan?? tapi kan angah kalau terlalu gelap pun dah pakai dah dulu sekarang jer tak tukar2 dah nak 3 tahun dah.. masih elok lagi tapi yg depan lak dah 8 tahun dah.. still ok
ReplyDeletetinted kereta mainan.. gerenti jpj tak cekup kan.. hehehe..
ReplyDelete18sx watpe tewww.. ekeke
ReplyDeletewah.. good info pasal tinted kereta nie. Jangan la terlalu gelap sangat kalau nak tinted tue pun. kadang2 menyusahkan kita jugak nak memandu. jangan sampai kene tangkap dalam kereta sebab buat maksiat. kang tak pasal2 malu plak.. hahha..
ReplyDeleteblog bro ni bagus betul le, banyak kami blajar pasal kereta ni,thank u..
ReplyDeletekira kat kedai tu promosi tinted harga 100 lebih cap ayam la ye..
ingat nk buh gak, tinted lama dah pudar..:)
kalo tinted lame calar.. bleh tambah layer baharu x.. x payah buang..sbb syg tinted lama tiptop serap haba cuma makin lama makin terang..ade pengalaman pasal tinted bleh kongsi yek..TQ
ReplyDeletenak cari tinted.. tp mahal pulak haga atas tu.. dlm rm300 ada tak?
ReplyDeleteTinted murah rm150 seluruh kereta 014-2246420
ReplyDeleteSalam.. sy buat tinted rm300 utk viva waranty 5tahin ok x harge tu? Die bukan tahan pecah.. mcm mne? Huhuhu... org ckp mahal... btl ker??
ReplyDeleteStandart kalau rm 300 tinted tu kerete xrase bahang lpas jemur tgh panas kire ok jgk la. Tp masih blh rase bahang cahaya matahari direct ke tgn jgk kan. Yg jenis rasenye lpas 3 tahun dh mcm xtapis haba dah kot
DeleteBerapalah harga tinted kereta selepas GST ni ya?
ReplyDeleteWind Autoglass Supplies
ReplyDeleteSemua syarikat insurans diterima.
Percuma Tint film Berjenama
untuk maklumat lanjut sila layari
blog
www.cerminkereta.my
Website Rasmi
www.autoglass.com.my
facebook
https://www.facebook.com/CerminKeretaWindscreenz
Nice post. I liked this too much. barrier shield soundproofing
ReplyDelete