Pages

Monday, October 11, 2010

Air balang Kenduri Kahwin Air Jagung Spacial


Salam pada pembaca Blog kami... agak lama kami tak berblogging... Maaf kerana sejak dua tiga minggu ni kami agak sibuk memenuhi permintaan dan tempahan menyediakan Perkhidmatan Membuat air minuman di beberapa lokasi majlis perkahwinan sekitar Daerah Pontian, Daerah Batu Pahat dan Daerah Kulai... melalui salah satu cabang bisnes selain bengkel cat kereta... Ini salah satu cabang bisnes sampingan hujung minggu untuk menambah pendapatan kami melalui tempahan perkidmatan membuat air balang dan katering dari bisnes keluarga kami...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang Kenduri kahwin
 ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rezeki kami Syukur ..... kami banyak mendapat perkhidmatan menyediakan perkhidmatan air minuman dan katering masakan kenduri amat menggalakkan... itu yang kami agak sibuk sejak kebelakangan ini...

Sebenarnya minggu lepas aje kami mendapat dua tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat Pontian Besar dan kampung Sanglang.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 10 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta.. Terima kasih Kami ucapkan pada Tuan Rumah dan Pasangan Pengantin Baru kerana member kesempatan dan kepercayaan atas pekej minuman yang kami tawarkan...
Taukey Azlie dan saya sedang membancuh air minuman yang ditempah oleh tuan rumah...

Persediaan akhir sebelum majlis bermula.... pada pukul 11.00 tengah hari... kena cepat -cepat siapkan juga segera...
Para Petugas kami sedang bertungkus lumus melayan kehendak tetamu jemputan..








Waktu kemuncak adalah pada pukul 2.00petang hinggalah pukul 3.30 petang.. amat sesak premis minuman kami...
Ni waktu kemuncak sangatlah ramai tetamu yang ingin menikmati air minuman yang kami sediakan...

Otai .... Orang lama tapi suaranya amat mantap sekali....
Ohhh... Ni penyanyi Wanita band tersebut suaranya memang amat merdu sekali
Ni lah Pasangan Pengantin baru tersebut... Siap bernyanyi lagi.... So romantiknya
Tarian Zapin Pontian ... Sekarang kat Johor dah jadi tradisi persembahan zapin pada majlis kenduri kahwin
Kedengaran paluan kompang pengantin meraikan pasangan mempelai sedang bersanding..

Iringan paluan kompang yang diketuai oleh seorang pompuan... amat mengagumkanlah...
Tak putus-putus tetamu jemputan hadir memeriahkan majlis...

Tetamu yang datang menjamu selera.... wooo sedap sekali masakan nasi beryani gam tuan rumah tau...
Singgag sana pelamin raja sehari ni bertemakan putih... cantik sekali lah....


Akak-akak tunjuk aje kami akaan ambilkan air kegemaran Akak ye...
still masih banyak tetamu yang masih menunggu untuk mendapatkan minuman yang kami sediakan...
Wooo... Makcik nak air ape ye selagi masih ade ni raasaa ajelah....
At last Pukul 5.30 kami mulalah start nak kemas barang-barang... Coz pukul 6.00 petang majlis akan berakhir.. dan memang kami jangkakan pukul 6.00 petang tu kesemua air balang licin habis... senang sikit nak cuci balang air nanti... Alhamdulillah
Dengan ini kami mengambil kesempatan yang ada untuk promosi bermacam-macam jenis air dari Fire Starting. Enterpise.. Ini kira kami punya projek family kiranya... satu family bersama mengusahakannya.. salah satu cabang bisnes perniagaan yang kami telah jalankan..

Untuk Tempahan Hubungi Kami
(Buat Permulaan Tempahan hanya dapat kami buat sekitar Daerah Pontian, dan KulaiJaya hinggalah Sekitar Johor Bahru )

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Jagung Spacial
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air Jagung antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni Jagung habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
Bahan-bahan
- 3 sb pati air jagung(cap double lion)- 3 sb susu cair
- Jagung tin (cream style)
- Sedikit puding jagung (ada dijual dalam paket)
- Aiscream perisa jagung- 4 sb gula- 1 cwn air masak sejuk- ice cube/ice kisar
cara-cara
satukan semua kacau sebati,masuk dlm gelas yg berisi ice cube atau ice kisar.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

13 comments:

  1. bro..contest tu xconvo pun boleh masuk..

    ada 2 kategori
    1. upload pic convo...

    tp bagi yang xconvo lg atau takde pic convo, boleh join yang ni :

    2. buat ucapan convo paling unik untuk aku atau untuk org lain, member or adik beradik lain...

    hadiah cermin mata rayban tu..jgn tak join bro...rugi2...hehe

    ReplyDelete
  2. wohoo..lagu tema pon lagu orang kawin ni..ahaha...cepat2 la kawin bro..

    ReplyDelete
  3. bro bukan rasanya dah pernah entry pasal ni ke? maybe 2nd promote :)

    ReplyDelete
  4. bro, apa beza air katira ngn tembikai susu?
    air katira tu air pe?fes time dgr ni.hehe

    ReplyDelete
  5. mmg terbaek la bisnes ko ni bro..simple tp menarik..pandai ko perbagaikan perisa air tu..

    New Entry "Rumahku dimasuki biawak dan nama pelik resort"

    ReplyDelete
  6. wah.. kalau macam tue kan nanti bole bro angah nie open table kan??? hehehe

    ReplyDelete
  7. dahaga plak tgk air ais dalam entry ko ni.. eh! air katira tu air ape???

    ReplyDelete
  8. kalo gini kenyan minum air je la kat kenduri...hihiihii

    ReplyDelete