Pages

Sunday, November 28, 2010

DIY Tip Spray Cat Carbon Fibre Effect pada kereta

MR. Viva bertanya lagi
Happy Birthday bro :D Terima kasih krn jwb soalan ttg CF ni ye. Mmg amat berguna maklumat tersebut pada Gua .Tapi ade x teknik menggunakan cat spray tin . kalau boleh bantu Gua lagi bro.

Jawapan kami
Thanks kembali . Selain dari tampalan sticker, ade cara lagi iaitu gunakan spray tin aeresol atau spray gun .kalau pakai cat spray atas bonet baru nampak real sikit kan ..

Barang-barang diperlukan:
Sekeping shelf liner ( getah tempat alas pinggan mangkuk, berbentuk petak-petak)
Spray Tin Aeresol warna silver, hitam dan Clearcoat
Masking tape

Tip Spray Cat Part kereta Carbon fibre effect..
First macam biasalah.... Gosok part tersebut dengan kertas pasir halus kemudian bersihkan dari kekotoran dan minyak.. Spray cat warna silver pada keseluruhan part tersebut...
Ambil shelf liner... potong ikut bentuk permukaan part tersebut... letakkan diatas (tutup) permukaan part tersebut..
Spray cat warna hitam atas permukaan sheft liner pada part tersebut... Spray Selapis aje sudah memadai tetapi pastikan semburan tersebut rata dan sekata .. kemudian biar seketika kering sebentar... tanggalkan sheft liner tersebut.. lihat hasilnya...
balas dengan selapisan spray hitam ( spray atas permukaan part nipis sahaja) menutupi warna silver tersebut... biarkan kering sebentar... kemudian barulah spray clear plak untuk kilat sikit...
Jemur lagi part tersebut... biarkan cat clear benar-benar kering.... barulah pasang part tersebut pada tempat asalnya...

Tip Spray Cat Carbon Fibre Effect Hood/ bonet kereta
Kalau korang tak mau tampal sticker korang boleh gak spray hood / bonet depan kereta korang... Korang boleh gak gunakan tip-tip ni...... Spray cat aje nampak corak fibre carbon tu... baru macam nampak bebetul real..Tekniknya lebih kurang sama aje ... macam kat bawah ni
Spray keseluruhan hood bonet kereta ngan warna silver.... Tutup keseluruhan bonet ngan Shelf liner... kalau boleh cari shelf liner yang agak besar ukurannya...
Selepas tu spray lah selapis warna hitam di atas permukaan hood bonet tersebut... Tunggu kering tanggalkan shelf liner tersebut... pastu baru boleh naikkan spray clear plak.... dah siap...

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Wednesday, November 24, 2010

DIY Tip Pasang Sticker Fiber Carbon pada kereta

Soalan MR. VIVA
Salam Bro :D slalu tgk org advertise pasal carbon fiber sticker nih. anyway kalo pasang ni ape gunanye? just lawa2 or ade function utk tahan panas ke? ada tak tip camner nak pasang carbon fibre ni bro pasal nak jimat kos install kat kete? pasang kedai mhal sgt lah.

Jawapan kami..
Function dia untuk tujuan decorate jer pun....tapi kebaikkan dia elok lak kalau pasang dekat hood depan....tak ader la ada hadapi masalah hood dpn terluka akibat stone chip... batu terbang kena hood depan kan calar burok plak kereta korang kan...kalau tahan panas tu mungkin tidak kut. Ok kat sini aku citerkan siket tentang sticker Carbon fiber ni macam kat bawah ni ye...

Sticker Carbon Fibre.
Carbon fibre merupakan satu bahan komposit yg dihasilkan yg mana ianya ringan, tahan dan kuat. Kebanyakan kereta drag ke, drift ke, track ke, sume mengidamkan carbon fibre pada kereta masing2 terutama kat hud depan (nampak sket gagah dia. Hehe..) Carbon fibre atau bahasa ringkas dia 'CF' ni senang je nak cam. Rupabentuk dia petak-petak antara hitam dan kelabu.

Terdapat dua jenis sticker Fiber carbon ni

1) Fiber carbon sticker jenis print sahaja
sticker fiber carbon jenis ni hanya di print aje... jenis ni tak berapa tahan dan cepat pudar warnanya....tapi murah

2) sticker jenis sulam dan timbul
Sticker ni jenis yang ada tekstur dan boleh rasa kat atas permukaan.Sticker carbon sulam ni dipasang bagi mereka yang inginkan keunikan pada kenderaan masing-masing, ianya lebih tahan dan bentuknya timbul pada permukaan sticker tersebut. structure macam fabric sket.. mahal lah harga nya...Terdapat banyak pengeluar sticker fiber carbon , tetapi antara yg popular ialah 3M. 3M ni dikenali kerana ketahanan dan kualiti produk nye.. Sekarang pun teknologi dah canggih. Sticker yg dikeluarkan pun dah menarik dan yg terkini bentuk 3D pada sticker tu sendiri. Dah hampir nak sama macam ori fiber carbon tu.

3M CARBON FIBER (USA)
Kalau nak pasang cari brand 3M. tahan panas sebab sticker tu kalau 3M ori dia takkan lekang walaupun panas.. 3D CARBON FIBER (KOREA)


Tip Pemasang Sticker Carbon Fibre kat hood/bonet kereta

Kos untuk 1 hud carbon fibre mencecah ribuan ringgit (Mahal tu!!). Akan tetapi ramai yg suka pada corak dan bentuk sticker itu. Jadi tidak hairanlah apabila banyak pengeluar sticker mula menjual sticker yg mempunyai corak seperti carbon fibre (nk beli ori x mampu, sticker pn jadi la..Jadi korang boleh lah pasang sendiri kalau nak jimat kos..
Tampal Sticker pada bonet kereta ..Ratakan Sticker dgn Felt edge squeegee.. gunakan heat gun utk memudahkan melentur sticker pada bahagian hujung bonet.. ratakan sticker dan pastikan tiada air buble..
Gunakan heat gun utuk memudahkan sticker rata kat bahagian tepi hujung bonet.. Sekali lagi ratakan sticker supaya tak berkedut... dah siap semua potong lebihan stiker dengan pisau yang tajam.... dahhh siappp pasang sticker kat bonet tu pun...
Tip Pasang Sticker Carbon fibre kat Side mirror kereta

Selalu ada nampak side mirror carbon fibre kat kereta... tapi kalau kita kreatif kita boleh buat sendiri dengan tampal aje sticker carbon fibre kat side mirror kereta korang lagi jimat tau...

Mula-mula Tanggalkan kertas kat belakang sticker tu pastu lekap aje kat side mirror gunakan heat gun untuk membentuk dan melenturkan sticker.... ratakan sticker ngan edge squeegee plak... Pastikan tiada air buble dan tiada kedutan .... dah tu barulah lebihan sekeliling sticker dipotong ngan pisau.... siap dahhh kat bahagian side mirror tu....
Tip Pasang Sticker Carbon Fibre kat Lampu acsesoriKat lampu acsesori pun boleh gak tampal sticker carbon fibre ni.... cuba korang tengok kat bawah ni... boleh buat sendiri lahh....
Korang kalau kreatif boleh buat ni.... kalau ada lampu acsesori cabut keluar dulu pastu tekap pakai kertas lukis bentuk permukaan lampu tersebut...
Pastu lukis plak atas sticker tu..... potong ngan gunting ikut bentuk lukisan lampu tu.... bersihkan atas permukaan lampu ..Pastu mulakan kerja kerja menampal plak sticker tuKalu ada sambungan lain.. Pastikan jalur carbon fibre tu selari ngan garisan sebelah dia... kalau ada gelembung air buble cucuh ngan api lighter skit... Jangan lama tau mau terbakar plak sticker tu... pastu picit-picit kat gelembung tu..kasi buang angin dia... siap dahhhh....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

Monday, November 15, 2010

Air Balang Kenduri Kahwin Air Katira

Salam pada pembaca Blog kami... agak lama kami tak berblogging... Maaf kerana sejak dua tiga minggu ni kami agak sibuk memenuhi permintaan dan tempahan menyediakan Perkhidmatan Membuat air minuman di beberapa lokasi majlis perkahwinan sekitar Daerah Pontian, Daerah Batu Pahat dan Daerah Kulai...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Air Balang lagi....
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Sebenarnya kami mendapat tempahan membuat air balang untuk satu majlis Perkahwinan dekat Pekan Lima Kedai, Gelang Patah.. Tuan Rumah mohon kami menyediakan set air balang 6 pelbagai Jenis kesemuanya untuk majlis perkahwinan anaknya... Apapun kami cuba memenuhi tempahan seperti yang dipinta..


Majlis Perkahwinan bermula 11.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 6 jenis air minuman telah tersedia.. sila pilih sila rasa silalah menjamu dahaga....

Mari lihat lebih Jelas Air Balang tersebut ...Macam-macam ada.. marii-mariii semua ada pilih aje nak mana satu... boleh rasa satu persatu... tak payah bayar Tuan rumah Pengantin dah bayar kat kami... kira Tuan rumah belanje...

Kebiasaannya Air Asam Boi dan Milo Ais memang mendapat sambutan pengemar kanak-kanak..Air Katira dan Mata kucing merupakan minuman istimewa kalangan dewasa... memang laris dapat sambutan gak

Wahhhh makcik sabar ye... pilihlah yang mana satu air yang berkenan dalam hati... ambik aje...


AIR KATHIRA
Ramai yang pasti tertanya tanya Air katira ni air apa?

Untuk menjawab soalan ni Air katira ni ni Secret resepi yang berasal turun termurun dari keluarga kami . hah air katira yang kami buat ni mengandungi Kembang semangkuk, getah anggur (katira) gula batu dan banyak lagi bahan-bahan herba lain

Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini. Terdapat dua versi buah katira: satu versi yang dikenali sebagai gam karaya boleh didapati di kedai ubat India, manakala satu versi lagi yang dikenali sebagai getah anggur boleh didapati dari kedai ubat Cina. Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.


Dengan kesempatan yang ade kami snap -snap gambar kat majlis tersebut berlangsung..

Kugiran anak muda menyerikan majlis perkahwinan tersebut....

Walaupun hujan agak lebat namun tetamu yang hadir tak mengecewakan... Ramai gak....

Pengantin lelaki dah sampai dahhhhh..... Segak berbaju merah beb... muka berseri-seri nampaknyer... diarak ngan paluan kompang..

Sebelum sampai ke pelamin ada drama sikit. Cara orang Johor meraikan pengantin agaknya. Pengantin di kenakan tol sebelum sampai ke pelamin. Terdapat 3 tol hari itu. Tol yang pertama terletak di bawak pintu gerbang. Ada 4 orang sedara mara pengantin perempuan menunggu kat situ.
Tol Plus Kedua ohhhhh makcik-makcik ni mintak duit tol lahhhhh.... pokai lahhh kalau cam tu pengantin lelakinya lagi ramai yang tunggu depan tu...
Tol paling last perlu di bayar wooooo.... untuk mak andam plakkk.... mak andam tu pau pengantin lelaki lah lahhh...
Adegan ini hanyalah adat budaya sahaja untuk memeriahkan acara majlis perkahwinan....


Alhamdulillah murah rezeki kami kali ni,Rezeki kami Syukur ..... kami banyak mendapat perkhidmatan menyediakan perkhidmatan air minuman dan katering masakan kenduri amat menggalakkan... itu yang kami agak sibuk sejak kebelakangan ini...
Untuk Tempahan Hubungi Kami

(Buat Permulaan Tempahan hanya dapat kami buat sekitar Daerah Pontian, dan KulaiJaya hinggalah Sekitar Johor Bahru )
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air katira
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni air katira antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air katira habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah ....Seperti biasa kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...

Bahan-bahan:

  • 410 gm susu cair
  • 500 ml ais krim soda
  • Getah anggur (katira)
    Sagu 3 warna
    cendol
    cincau - potong
    Gajus, Badam atau kacang tanah goreng - buang kulit
    sedikit asam boi
    hirisan kurma cina dan buah semangkuk
  • Barli, buah kundur atau buah kabung
  • kismis
  • biji selasih
  • air secukupnya

Bahan sirap hijau:
Gula batu atau gula pasir (ikut suka manisnya)
sedikit pewarna hijau
daun pandan

Cara membuat:
Untuk sirap hijau: Jerang air dan gula batu atau gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

DIY Tip Hood bonnet kereta karat berlubang

Soalan dari Kerol
Nak tumpang tanye, camne caranya nak kasi cun balik hud sy ni?DIY la kirenye..pasal sy tengah xde bajet nak anta kedai..pakcik sy kate mau 2.5k total kalo masuk kedai..thanks..ni gambonye..sy ingat nk try gune spray je,tp sebelum tu baik consult dengan orang yg pakar..hud die berlubang2 cam kene tembak shotgun..
Kami Jawab:
Thanks bertanya.Minta maaf agak lambat jawab soalan anda.. Rata-rata Hood kereta iswara mmg macam tu lahh.... selalunya masalah yang timbul ialah karat berlubang macam bekas kena tembak .... habis berlubang-lubang... Apa pun cara terbaik adalah dengan menukar baru hood depan tu... tak kiralah sama ada tukar baru punya atau second hand punya....
Hood bonnet kereta karat berlubang
Tapi seperti sedia maklum mmg kos nya agak mahal .. kalau nak beli hood baru rasanya mau RM 200.00 terbang wehhh... cuma risikonya , Insya Allah tak berulang
Masalahnya sekarang adalah bajet terhad...Saya sendiri akui kewangan memang agak membebankan...Apapun saya syorkan beberapa perkara untuk mengatasi masalah hood tersebut... Tapi tak jamin ianya boleh bertahan agak lama... buat sementara waktu tu boleh lahh.... makan tahun gak kalau nak karat balik...
Cara Pertama: Simen Balik tempat lubang...
Mula mula gosok hood kereta tersebut sampai tanggal catnya untuk buang karat dan tengok kat mana tempat berlubang kat atas hood tersebut... Pastu korang bolehlah simen tutup lubang lubang hood tersebut..
Gunakan Simen poly putty, iaitu simen yang biasa orang tampal kat body keta tu. ada dua jenis, kaler merah, dan kaler kelabu. simen ni kena campur ngan hardener/catalyst (kaler kuning). kalau simen ni je tanpa hardener, takkan keras. yang kaler merah lagi keras dari kaler kelabu.
Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat, Sapukan hard putty atau simen filler pada ruang-ruang yang terbuka atau celah-celah lubang menggunakan scrapper plastik atau besi.. Ratakan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 jam. Selepas kering, gunakan kertas pasir grade 600 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Gosok pakai air supaya terus dapat buang habuk dan tidak bersepah-sepah.

Kemudian gunakan kertas pasir grade 1000 untuk keseluruhan hood tersebut. Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul2 licin dan sesuai. Permukaan yang paling rata dan licin adalah yang terbaik dan hasilnya amat dipengaruhi oleh faktor ini.
Dah siap gosok licin, barulah anda spray lapisan pertama primer atau undercoat. Tapi ingat! Anda perlu gunakan surat khabar untuk melindungi bahagian yang x perlu di cat . Gunakan masking tape untuk melekatkan surat khabar. pastu baru lah boleh spray cat yang dikehendaki kemudian dah siap baru spray clear plak...
Cara Kedua: Tampal Lubang gunakan Fiber glass... Jika tampalan Fiber Glass ....Tampalan menggunakan fiber glass pada bahagian karat berlubang.. Jika bocor karat tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan jimat kos adalah dengan cara tampal fiber glass ..Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan hood kereta tersebut.... Tampalan gunakan serabut-sebut benang fiber glass... kemudian susun atas lubang pastu sapu campuran resin kat atas fiber glass tu... biar kering dan ianya akan mengeras .. kalau boleh buat lapisan demi lapisan... kalau lubang tersebut amat teruk....
Tapi sekarang dah senang Korang boleh cari Polyster fiber Glass puty filler aje dah senang dah macam simen body puty gak, tapi ade campuran fiber glass dalam simen tu.. Senangkan...
Nak beli gi kedai hardware Cakap jer fiber glass filler untuk body kereta, mau yang keras punya.Fiberglass puty filler kit tu datang dalam tin kecik cam tin wax keta tu. Hardener dalam tiub .. Bukak tin, cedok sikit, letak dalam bekas. Benda alah ni dalam bentuk gel sebab resin . Titiskan hardener, gaul sampai sebati dan sapu cam kita sapu gam jer.
Ada lagi satu korang carilah OSPHO felid kedai hardware...sapukan benda ni kt tmpat yg berkarat (bersihkan tempat berkarat dulu) ia akan mematikan karat ...dah kering bleh terus simen and cat.....
Cara Spray Hood depan Guna Spray Tin Aeresol...
Hadkan jarak spray dari botol spray adalah sepanjang ukuran sebotol tin spray tersebut. Spray dari kiri ke kanan pada tempat yang berbeza dengan cepat. Jangan sampai banyak cat bertompok pada satu tempat. Biar nipis sahaja dulu untuk lapisan pertama. Kemudian buat lapisan kedua selepas cat kering dalam 15-20 minit. Sehingga semua permukaan dilitupi primer. Pastikan anda menggoncang tin spray dengan betul sehingga bebola di dalam spray tin tu bergerak agak bebas menandakan bahan cat sudah sebati dengan gas dalam tin

Spray clear coat setelah spray warna hood anda kering sepenuhnya dalam setengah jam selepas lapisan ketiga spray warna. Jangan buat lapisan tebal untuk clear coat. Cukup dua lapisan yang sangat nipis untuk memelihara warna dan lebih tahan kepada cuaca
Apapun jangan ambil mudah tentang bonet kereta yang karat berlubang ... takut akan lebih melarat teruk lagi karang.... Kang banyak lagi duit modal nak kluar repair balik kereta tu....
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart atau coloum comment.. Thanks