Pages

Saturday, February 12, 2011

Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh

Soalan yang diajukan

Nabiel said...
bro..mcm tips2 yg utk perjalanan yg jauh, ape yg prlu diperiksa..ade tk?
sbb aku tkde tau byk sgt..cuma yg biase2 jek..
pastu nk mtk nsht cara penukaran air bateri..=)

Jawapan Kami..

Thanks pada Nabiel bertanya soalan tersebut... Aku tak tau lah ini normal atau tidak. Setiap kali nak jalan jauh, sehari atau dua hari sebelum tu…aku akan ada simptom-simptom seperti berdebar-debar, tak senang hati,sebabnya bila nak jalan jauh ajer macam tak confident nak bawa kereta. Boleh sampai ker kereta aku ke destinasi yang nak dituju… Jauh plak tu perjalanan… Macam-macam persolan timbul…

Tips-tips nak buat periksa kereta

Kat sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke destinasi dengan selamat.

1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel

Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar

2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin

Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min

3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake

Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.

4)Pemeriksaan Minyak Power Stering

Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).

5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant)

Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar

6)Pemeriksaan fungsi Wiper

Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih
Windshield Washer Fluid lagi bagus

7)Periksa Getah wiper

Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.

8)Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..

* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..

Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi

Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…

9)Pemeriksaan Keadaan Tayar

Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis..Ukur tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa.. Pastikan Bunga tayar tidak botak.. tengok yang bahagian dalam sebab selalunya tak perasan.. lihat gak kat dinding tayar kalau ade benjol tu pun tak elok..

10)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos

adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.

11)Periksa bawah Lantai tempat parking kereta

Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.

Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.

12)Pemeriksaan Battery Basah

Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...

13)Pemeriksaan Battery kering

Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..

14)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta

Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.

Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.

Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.

Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.

Temperature gauge-Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda. .

Radiator tersumbat
Hos atau sambungan karat dan bocor
Tutup radiator rosak
Air kurang dan tiada air dalam reservoir (tangki simpanan)

Indicator ABS-cuba perhatikan indicator ABS ni...selepas 3 4saat...dia akan padam..menandakan sistem abs berfungsi...kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning.....

15)Periksa ada tak bawa barang penting dalam kereta Barang seperti Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air atau minyak bila keadaan terdesak.. Pastikan ade Jack tayar beserta spanar bukak tayar. ade lampu picit semasa keadaan kecemasan seperti kereta rosak pada waktu malam untuk suluh bahagian enjin.. Kena ada gak jumper Bateri dan spanar tool box kena standby ade cukup lengkap.. senang bila mana nak gunakannya... juga peti kecemasan (first aid tool kena ade dalam simpanan..)

16) Ingatan pada korang?
Tolong buat kunci Spare simpan dalam dompet atau wallet... manalah tau tetiba kunci hilang atau tertinggal dalam kereta dengan pintu tertutup tak boleh buka... hah ni lah kunci pendua yang boleh kita gunakan... dah banyak dah kejadian dimana pintu kereta sukar dibuka sampai panggil tukang kunci minta tolong buka pintu kereta... itu pun kalau boleh bukak kalau tak bleh camner..
Atas kesempatan ini kami mengucapkan
Salam Maulidur Rasul

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...

70 comments:

  1. aku selalu tertunggu2 update2 ko kat blog nie. pesal setiap penerangan ko pesal sesuatu topik, panjaang lebar dan complete. bab kali nie memang sangat2 brguna buat sesiapa saja yg nak wat perjalanan jauh, x kira kreta apa skalipun. ada jugak beberapa prkara aku trlepas pandang. lepas baca tips ko nie, aku akan cuba ikut. aku selalu gak travel jauh. kalo x maintain kreta, cepat la rosaknya... thanks bro!!!

    ReplyDelete
  2. ish saya if nak jalan jauh antar je kedai. nak cek sendiri mmg x reti. huhu. cek minyak itam dgn air je tau

    ReplyDelete
  3. info yg bagus

    yeah say no to valentine's day

    ReplyDelete
  4. terima kasih banyak-banyak! tersangat bagus! :)

    ReplyDelete
  5. bagus maklumat2 ni semua...syabbas bro...pasal v-day tu, orang tolol je yang sambut...!

    ReplyDelete
  6. tenkiu2....sy xpenah pon check smua bnda2 tue, slalunya hntar kedai je. dulu mcm buta kereta, skang nie ok skit coz ada info2 camni.

    salam maulidur rasul kpd smua:)
    n say no to valentine

    ReplyDelete
  7. aku salu pergi servis je sebelum jalan jauh.

    ReplyDelete
  8. terima kasih buat entry ni..buta info ttg kereta

    ReplyDelete
  9. superb...giler...lengkap..satu pakej..thanks a lot..berguna sesangat

    blog fakta: http://kindofsoul.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. slm bro...

    thank info mnrik ni,lepas ni ada bnda nak tnya pasal kereta ni.hehee tapi nanti fikir dulu nak tnya apa dia..dah lupa la..ngeeee

    ReplyDelete
  11. nice info bro...aku selalu ulang alik johor-melaka...kete stkt nie alhamdulilah x ad prob

    ReplyDelete
  12. nice info bro...sesuai untuk SkY yg salu berulang alik dri kedah ke Kl nie =_=..byk tips2 berguna..keep it up bro..dan moga ukhhuwah di dunia blogging akan berpanjangan heeee.=_=

    aa..I'M REALLY AGREE WITH THE STATEMENT SAY NO TO VALENTINE DAYS!

    Diterima Menyertai 100 Penulis Editor!

    ReplyDelete
  13. terbaek....alief nak bookmark entry ni..untuk kegunaan masa akan dtg..sebab alief baru dpt lesen..byk tak tahu pasal kete...thanx broo...nice one..!!

    ReplyDelete
  14. sama ngan aku
    asyik berdebar je bila nak jalan jauh

    penerangan yang sangat lengkap
    sebahagiannya aku tak pernah periksa pun
    hehe - aku memang cuai

    ReplyDelete
  15. thanks bro, ur blog very interactive and useful to a car owner.
    suka suka!
    haha!

    ReplyDelete
  16. Afzainizam, info yang bagus..terima kasih.
    http://inanazir.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. yesza~hehehe
    thanks bro utk tips nie!!=)
    aku mmg memerlukan sgt..hehehe
    aku dh siap bookmark page ko nie..hehehe..
    thanks again=)

    ReplyDelete
  18. menarik info ni sbb ayah dan mak aku selalu jalan jauh ziarah sanak saudara thnkz! kena bookmark ni

    ReplyDelete
  19. tentu sekali anti hari kekasih ni.

    ReplyDelete
  20. best la...kenapa sy lambat jumpa dgn blog ni...huhuh..

    terkesan di hati bab tayar...rasanya tayar dah botak tu...huhuh.. ;)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BILA MOOD KE LAUT

    ReplyDelete
  21. salam bro, salam maulidur rasul

    info ringkas dan menarik! tq

    ReplyDelete
  22. bila baca entry ni, byk sebenarnya yg aku tak buat bila nak pi jalan jauh. thanks.. boleh buat rujukan entry ni.. too much nice information

    ReplyDelete
  23. nice.. betul tu..macam ayah aku..bila nak pulang..mmg buat macam2 pemeriksaan kat kereta.. hehee
    yup3.. katakan tidak pada valentine day n katakan ya pada maulidurrasul :)

    latest entri:

    tumbuhan yang amat pelik di dunia!

    ReplyDelete
  24. Agak2 nya, orang lagi ramai sambut maulidur rasul ke atau yang lagi 1??

    Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

    ReplyDelete
  25. Penerangan sangat jelas seperti biasa, tak seperti ruangan auto kat dalam paper, orang tanya lain dia jawab lain. teruskan usaha bagus ko. satu lagi x nak buat domain sendiri ke, informasi kat blog dah terbaik ni..

    ReplyDelete
  26. wow bgus2..
    ak dr xtw paper benda nih leh trus pandai klu slalu tgk blog ko nih...
    leh ak ajar sis ak....
    klu sblm nih pepehal ak anta bengkel jew klu camni ak leh jd terer hahhah....
    tp kn da x penerangan penjagaan utk scooter???
    slalu keta jew...

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. terima kasih.. byk sgt membantu..
    tenkiu..
    tenkiu..
    tenkiu..

    singgah jap!
    ~ http://adamzico.blogspot.com/

    ReplyDelete
  29. suka..suka..suka.. bab nie terperinci sangat...apa pun nak ucap salam maulidur rasul..

    1. jikalau suhu air-cond dalam kereta kita tahap panas @ tak berfunsi.Kemudian pergi ke kedai tuk tambah kan gas tapi gas penuh..Bila di belek2 rupa2 paip gas air-cond tersumbat..
    Kemudian di betul kan lah..
    Selepas tue ok seperti biasa...lat 2-3 hari jadi balik macam tue bila check balik gas air cond tak ada pula gas tersumbat & gas abis...
    Jadi ada ke cara2 lain yg perlu angah tahu tuk air-cond nie bro puas pikir..

    ReplyDelete
  30. mmg lengkap la tips ni, bagus jadi rujukan bla nak check keadaan kenderaan.
    rasanya ko dah bole buat majalah kereta ni..hehe

    dulu alarm ngan kunci kereta hilang kereta dah tak bole buka terpaksa pgil mekanik abis system alarm kena tukar lain..huhu

    nak tanya sistem alarm kenapa terlalu sensitif bunyi guruh pun bising,bunyi kereta exzos besar pun bising mcm mana nak bg kurang skit sensitif sensor tu,

    ReplyDelete
  31. byak input..sangat berguna...
    rajin cari bhaan..blog contoh..hhee

    ReplyDelete
  32. Info bermanafaat tuk semua...skg ni ramai yg bz sangat sampai tak sempat nak check keta masing2....

    ReplyDelete
  33. tq!cayalah boss!!info yg memang cool!

    ReplyDelete
  34. Banyaknya benda nak kena check. Nampak sangat perkara ni penting. Kita ni orang perempuan manalah mahir bab-bab macam ni. Terima kasih atas info macam ni.

    P/s: Gambar battery charge indicator tu bentuk macam Poke Ball. Hehe.

    ReplyDelete
  35. bnyak kne cek.. huhu.. rajin2 kn diri untk kselamatan besama.. :)

    ReplyDelete
  36. Air Radiator (coolant) yang kaler ijau tuh, Kelihatan menawan.. Err, Anti-rustkah air tu..?? ^^

    ReplyDelete
  37. bagusla tips ni.mmg detail.Hope nanti bgtau penjagaan motorsikal lak untuk jalan jauh..thanks..

    ReplyDelete
  38. Hmmm... minyak power steering pon kena periksa jugak ker?

    I servis kereta kat Proton Servis. Diorang akan advise biler tiba masanya untuk tukar minyak power steering. Bukannya selalu kena tukar pon, kan?

    Entri terbaru --> Logorithm's Wordless Wednesday #2

    ReplyDelete
  39. menarik entry ni bro .. hebat explainationnya ...

    klo aircond keluar rasa haba je kenape eh ?

    ReplyDelete
  40. waa..best laa layan blog u bro...dapat ilmu dan pengetahuan..thanks..sokong laa blog ini...yes..yes..yes

    ReplyDelete
  41. padan & tepat tips maintain kereta dat TT

    @mien eaststar
    Berkemungkinan gas aircond dah kurang @ ade kebocoran pada cooling coil/piping aircond. @ worst case scenario...compressor a/c dah kong

    ReplyDelete
  42. proton saga fl...dekat meter digital utk minyak tetibe ade kuar pekataan "trip"...knape erk..

    ReplyDelete
  43. thanks utk info ni, byk mmbntu sy utk test JPJ esok :)
    Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)

    ReplyDelete
  44. Bagus sangat-sangat perkongsian di blog ni.. 5 bintang.

    ReplyDelete
  45. thanks bro.. tips yang sangat berguna... hehe.. wat sendri pun boleh.. x perlu hantar kedai.. jimat skit.. x susah pun..

    ReplyDelete
  46. blog boss bagus..
    saya dapat tau sikit bab bab kereta ..walaupon saya tau bab kereta.byk gak yg saya terlepas pandang...bab bab lain ..terbaikboss....

    ReplyDelete
  47. Kalau nk jln jauh mmg akn check kete sambil2 cuci. Pernah tgh cuci tayar terpandang ada paku tercucuk. Baru2 ni pun sama. Tp mslh tayar sudah merekah. Bila check rupanya dh 12 tahun x tukar tayar blkg. Nk tergelak pun ada. Biasa tgk bunga je. Slmt x jd apa2 walau dh byk kali jln jauh

    ReplyDelete
  48. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  49. Sangat berguna. Terima kasi bro.

    ReplyDelete
  50. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  51. Sangat berguna. Terima kasi bro.

    ReplyDelete
  52. Hari ini masa saya nak keluar rumah, ayah saya kata lampu brake dah nyala, lepas periksa, dia tambah minyak break dan bagitau ni benda semua kena berhati-hati sebab akan memberi kesan kepada nyawa kami.

    ReplyDelete
  53. Setiap kali pergi trip, suami saya akan periksa minyak enjin, air dan cuci kereta. Sebab dia, saya dengan anak saya boleh pergi main dengan selesa.

    ReplyDelete
  54. post ni dah lama, walaupun lama, benda yang kena jaga pun sama je, beberapa minyak kena jaga elok2, tapi biasa aku pun hantar ke bengkel saja, sebab mereka lebih pro dari kita.

    ReplyDelete
  55. @Nor Hatini, biasa suami ko guna minyak apa untuk engin? yang lain punya minyak aku x penting, yang penting bagi aku ialah minyak engin, banyak beza minyak engin sekarang

    ReplyDelete
  56. Nor Hatini, pergi trip, aku pun akan periksa minyak engin, cuci kereta, check spare tayar juga

    ReplyDelete
  57. aku lain sedikit, selalu gi trip hanya tukar minyak hitam...
    takut bawah kereta nanti separuh rosak... hahaha...
    biasa tukar murah minyak shj... apa minyak hitam kamu cadang kan

    ReplyDelete
  58. Kedai dekat rumah saya suka galakkan pelanggan dia guna caltex, adakah dia bagus untuk enjin kereta?

    ReplyDelete
  59. @Hanah: mesti nak check, kadang2 rosak separuh perjalanan susah nak cari kedai baiki... lebih baik check semua...

    ReplyDelete
  60. @Huzzein: saya rasa janji setiap kali ada tukar minyak engin mesti blh jaga baik2 kereta... x kesah apa brand shj... biasa shell yg byk sebab beli dekat petrol station...

    ReplyDelete
  61. @mushroom poon Kereta tu guna helix high mileage, sebab husband i kena travel banyak, jadi guna minyak enjin tu. Kalau untuk trip pun boleg guna juga

    ReplyDelete
  62. @hanah sahah kan!!! kalau ada periksa sebelum pergi trip agak selamat sikit, kalau rasa lama tak tukar minyak engin, tambah angin tayar atau gas aircond, semua kena periksa dulu, baru dpat kurangkan masalah semasa pergi trip.

    ReplyDelete
  63. nampak banyak orang pandai jaga kereta, harap-harap semua orang ada satu trip yang gembira dan selamat.

    ReplyDelete
  64. sebenarnya semua minyak engin sama je, semua bengkel kereta guna x sama minyak engin, mungkin brand lain lebih murah dari shell, tapi aku rasa shell lebih power

    ReplyDelete
  65. ya, baik kita hantar kereta ke servis tiap2 kali bila sudah sampai masa untuk servis, cek semua sebelum pandu jauh, aku setiap kali guna shell helix hx7 untuk kereta saga flx aku, tahan and sunyi engin

    ReplyDelete
  66. Terima kasih banyak2 atas tips yang diberikan

    ReplyDelete
  67. Terima kasih bnyk Kpd tuan blog, semoga ilmu yg diberikan menjadi amal kebajikan kepada tuan

    ReplyDelete
  68. Are you aware that this content is one of a kind? This is very well-written and very instructive content. I appreciate you providing this information. Too much, I liked this. I hope you enjoy my praise. soundproofing barrier mat

    ReplyDelete