Pertanyaan yang diajukan..
kyril bro, bleh x post psal CBR
Jawapan kami..
Thanks bertanya.... maaf lambat jawab.... kalau nak diceritakan tentang Honda CBR ni tak banyak yang dapat di ceritakan kat sini.... apa pun macam biasalah, kita mulakan dengan mengenali sejarah dan generasi Honda CBR ni...
Sejarah Honda CBR ..
Perkembangan dari generasi ke generasi dengan Kejayaan pengeluaran pelbagai model , daripada sekecil CBR125/150, hinggalah kepada model Blackbird CBR1100XX.
Motosikal sport kecil lazimnya mempunyai saiz enjin dari 400 cc kebawah serta boleh didapati dalam pilihan enjin 2 lejang ataupun 4 lejang , tetapi kini semakin kurang motosikal 2 lejang dihasilkan bagi memenuhi tuntutan peraturan emisi alam sekitar. Walaupun saiznya kecil serta berkuasa rendah, prestasinya boleh jadi hampir setara dengan beberapa motosikal sport yang lebih besar.tetapi enjinnya bekerja lebih lasak lagi berbanding motosikal berkuasa besar.
Pada tahun 2006 Motor sport kecil CBR125R berenjin enjin 4 lejang dengan 125cc seterusnya pada tahun 2007 Honda CBR150R telah dinaik taraf enjin 4 lejangnya kepada 150cc tujuannya sebagai pengganti kepada motosikal Honda NSR 150 2 lejang, Honda sebenarnya lambat memasarkan CBR150R ke Malaysia sedangkan ianya telah ‘basi’ di negara-negara jiran seperti Thailand..biasanya cbr150 boleh cecah 158km/j-160km/j
Pada awal 80 an Honda telah mengeluarkan model dalam class sport kecil iaitu CBR400 dan seterusnya ada model CBR450RR dan CBR450SR..Motosikal super sport (juga dikenali sebagai motosikal sport pertengahan) sesuaii untuk prestasi di litar lumba. Motosikal tersebut biasanya mepunyai kelajuan enjin yang tinggi serta bersaiz antara 600 cc hingga 800 cc..Boleh dikatakan CBR 600 model dalam kategori supersport terbaik, menguasai kelas 600cc sejak sekian lama di seluruh pelusuk dunia.dari tahun 1987 beberapa penaik taraf seperti model CBR600F2, CBR600F3 dan seterusnya CBR 600 F4 dan CBR 600F4i..sehingga pada tahun 2003.. kalau CBR600 RR, tulisan RR ni memberi makna Race Replica (replika perlumbaan)..dengan enjin yang masih dikekalkan dengan susunan sebaris dan sama hebat dengan model-model honda siri VT, VTR, VF dan VFR.
Motosikal superbike adalah motosikal sport bersesaran besar antara 800 cc - 1100 cc. Pada tahun 1987 beberapa model kategori superbike Fireblade telah dipasarkan seperti Honda CBR 1000F /CBR1000RR.CBR 900 RR (SC 28) yang memulai kariernya dari tahun 1992 dan berakhir hingga 1995 berenjinkan 4 silinder berkapasitas tepatnya 893ccPada tahun 2004 CBR1000RR dikeluarkan dengan rekabentuk yang agak berlainan dari model-model CBR yang pernah dikeluarkan dimana ekzos diletakkan dibawah ekor, membolehkan reka bentuk ekor diperhalusi dan menjadi lebih kemas dan langsing..pada tahun 2007 penaik taraf CBR1100XX yang merupakan model sport Versi Blackbird mula dihasilkan pada 1997 dan kali terakhir dikeluarkan kira-kira tiga tahun lalu.
Model Honda CBR250R Dilancarkan..
Bulan FEB-Mac yang lalu Semenjak Honda CBR 250 R dilancarkan ..Baru tadi balik kerja ade kesempatan aku terus singgah kedai motor tapi cuma Agak sukar untuk bertemu ‘display’ model sportbike tersebut kerana pengeluaran yang terhad dari Honda..Ingat nak tengok warna merah tapi tak ade..Cuma ade sebijik Cbr 250 warna silver.. Bila tanya taukey kedai ni apa kelebihan CBR250R ni berbanding motor jenama lain? Taukey kedai tu cakap kalau nak dibanding dengan ninja 250, honda lebih baik dari segi handling dan torque, tapi dari segi kelajuan, ninja lebih laju. Cbr lebih vibrate dari ninja :
cbr : 0-100km 8.4 saat. ninja 7.6 saat je. Jadi cbr kalah
Fuel consumption : honda sangat baik, melebihi 70mpg, ninja lebih kurang 63-65mpg je.
Kesimpulan, nak kepada elegance dan ekonomi, pilih honda, nak kepada power, pilih kawasaki, sekarang ninja dah ada versi injection.
Tapi bagi aku faring CBR kali ni macam tak ganazzzzz je.....cuma nampak slim sket…mcm CBR150 je
Apa yang pasti model ini merupakan model gantian CBR150R yang telah lama diberhentikan pengeluarannya. Model yang turut dikenali sebagai Honda MC41 bersasaran 250cc dengan enjin CS250RE, sistem penyejukan cecair 4 lejang DOHC dan 1 silinder dengan empat injap , mampu menghamburkan kuasa maksimum 26 hp pada 8,500 rpm.Walaupun ia dijanakan dengan satu silinder, daya pecutannya dikatakan mampu memecut melebihi 150 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh singkat.mempunyai transmisi enam kelajuan selain menggunakan teknologi sistem suntikan bahan bakar (PGM-FI) model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.
Combined ABS yang berfungsi menjadikan motosikal lebih stabil semasa membrek, Combined Brake System [CBS] adalah sistem brek bersilang antara depan dan belakang manakala Anti-Lock Brake System [ABS] adalah sistem brek yang menghalang roda daripada terkunci sewaktu brek mengejut atau keadaan yang tidak disangka.CBR250R menggunakan suspensi Pro-Link mampu menyerap hentakan dengan sempurna.
Pada mulanya Motosikal itu diperkenalkan di Thailand pada Oktober 2010 kerana kilangnya kat sana, kini dibawa masuk secara kenderaan siap bina (CBU) untuk pasaran global seperti India,Eropah, Amerika Utara, Australia dan negara-negara ASEAN termasuklah Indonesia juga Malaysia dan dijual dalam dua versi iaitu CBR250R standard pada harga RM18,799 seunit dan CBR250R ABS pada harga RM21,799 seunit..kalau beza harganya RM3ooo untuk model ABS mcm mahal sangat la. harga on the road siap dalam 22k tupun model yang tak ada ABS .. mahal sangatkan...di malaysia cukai 200% so sendiri kira hehehe.. Kalau beza harga dalam RM1.5-2.0k, memang 0k lah...Yang pasti di India motosikal ini dijual di bawah RM15 ribu sahaja. lagi murah....Apapun Nanti boleh konvoi dgn motor polis malaysia CBR 250r.
Kalau PDRM gunakan CBR ni....nak cilok2 pun senang...
lepas ni banyak lar mat-mat rempit yang tertumpas dengan polis..
hotnyerrrr minah rempit tu..i loike..hihih
ReplyDeleteGua dari dulu fan Yamaha...honda ni gua tak berkenan kat exzos ngan arm belakang yg nampak simple sangat...cam guna yg 150 gak jerr..
ReplyDeletePenah dulu masa tu Bt3 ada lg, gua n the gang under maju Motor masuk trek jap...pehhh mamat siam tu buat jelingan manja lak...rase nak baling ngan exzos je kat muka derang tu...
mase tu TZM baru kat market kite...TZM sana lagi advance...
apepun mmg kita ketinggalan ngan siam....tension sikkk!!!
telan ayaq liuq je lah
ReplyDeletepolis trafik malaysia tak ramai yang dapat motor besau hehehe
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebest angkut minah kilang ni
thanks bro for the info
ReplyDeletegnas gak hrga dya :D
cool giler...
ReplyDeletemmg cool.. tapi aq x mampu memilikinya.. haha..!
ReplyDeletecantik!! kawan sy ada. wee..kalau pmpuan naik macam mana la agaknya..
ReplyDeleteapakah.. harga mencecah belasan ribu ringgit~ whoaa~ (T.T)
ReplyDeleteps: waah, dari mana belajar cakap sabah ni?? :-O
pelik je akhir sekali tu? hahaha pink2 pun merempit jgk?
ReplyDeletepergh CBR...mengidam balik.. ades.. lepas menjahanamkan sebijik kat langkawi terus stop main motor..
ReplyDeletewahhh motor idaman tuee hehehe
ReplyDeletesmart la motor ni..paling cun...motor yg last sekali..pink lagi..nice..!! hehe.. :)
ReplyDeletejom ke APA KATA HATI pulak,
MAIN MASAK-MASAK
SAYA DUTA
ReplyDeleteY
A
M
A
H
A
=_=
memang dari dulu lagi berkenan dgn motor2 kuasa besar ni,tapii rasanya da kawin ni tak guna kot mau plak da ada baby,nampaknya impian jadi kenangan..huhu
ReplyDeletedulu aku minat jugak dengan model CBR ni tapi masa tu duit ciput nak beli.. dalam angan2 jer lah..
ReplyDeletetuan blog, ada masa cerita sikit pasal generasi nissan skyline.. nama yg tak lapuk ditelan zaman
Dulu time sekolah ada mamat sorang tu bawk CBR... anak orang kaya. Kerek je muka, padahal harta mak bapak hua3. apa2 pun CBR memang mantapp..
ReplyDeletesalam...:)
ReplyDeletelamerr x betandang,maaf agak trbzi kit....saya aderr motor VIRAGO nak cari group since ha3
uuhh...xbrapa paham knapa org minat motor yg mahal2 nie, ujan basah jugak nnt
ReplyDeletesmart r moto nih..
ReplyDeletetp bleh tgk je r, dok mampu kawe nok beli..
Dulu memang minat sangat kat CBR ni...tapi dah tua2 ni beralih arah ke off road dan easy rider lak...hehehe
ReplyDeletesukew2...moto hot n seksi...body full...
ReplyDeleteaku dah try bawak cbr nih...cbr900 ke 1000 eh...aku lupe. pikup memang power,tapi aku tak suke sebab aku suke moto yang rileks2 macam naked bike huhuhuhu....biase la...perot aku ni melekat kat tank...keh3
ReplyDeletekalau x malas,singgahla
kuasa seorang wanita
kopi lincahkan sperma??
Honda cbr250rr 'mc22' ada masuk Malaysia ke?
ReplyDeleteDo you know that this content is unique? This content is extremely instructive and written very well. I greatly appreciate you providing this data. I liked this too much. I hope you find my praise enjoyable. soundproof mat for floor
ReplyDelete