Pages

Saturday, April 9, 2011

prosedur- kancil Convert kelisa - wira Convert 4g

Hari ni nak jawab tiga orang yang bertanya soalan..Sebenarnya kami tak arif tentang enjin kereta ni,. Adelah lebih elok ditanyakan oleh pakar modifikasi yang lebih profesional... ape pun kami cuba jawab... Tapi ini cuma pandangan kami.. tak semestinya betul..

A) Pertanyaan yang diajukan..
unnamed: aku nak tukar enjin wira aku..ape prosedur yang aku kena buat untuk jpj d. puspakom?

Jawapan kami..
Nak terang dengan detail pun aku tak tau nak terang camne..secara ringkas macam kat bawah..
_______________________________

Prosedur menukar enjin

1) sebelum Convert, kene hantar surat ke jpj putra jaya bahagian teknikal (kawal selia), memohon utk tukar engine..contohnya 1.3 sohc ke pada engine yg diingini lah...mohon kat JPJ Putrajaya nak tuka enjin... kire '0' lagi takde apo-apo... just kita bagitau "saya memiliki wira 1.3 dengan no engine bla bla bla, dan ingin memohon untuk menukarkan enjin nya kepada 4g91 dohc atas sebab enjin lama dah kong contohnya la"

( cuba klik untuk besarkan)

isi borang apa tah pastu pastikan segala dokumen lengkap:bagi skali ngan fotostat
-resit jual beli..
-no enjin dalam surat kastam mesti sama ngan no yang di cop pada enjin
-geran fotokopi(pastikan kt geran tu nama pemilik kenderaan la)....
-dapatkan surat dari pomen ttg aper yang dibuat/ditukar pada suspension, brek,mounting dll
-kalau lebih sikit sikit dari 25% tadi kene dapatkan PG10..... kene hantor jpj negeri untuk dia tengok then dia bagi surat PG10
-salinan ic empunyer keter
-kalo masih loan kene dapatkan surat pelepasan dari bank

2) JPJ putrajaya bahagian. teknikal (kawal selia) akan kuarkan surat kelulusan atau tak lulus...tunggu seminggu atau dua minggu... kalau lulus, ko bleh teruskan buat convert...JPJ akan luluskan kalo permohonan kita masih dalam had yang dibenarkan, cth yg tak dibenarkan ialah 1.3 ---> 1.8, atau cc yg melampau-lampau, atau jenis enjin yang tak sama langsung... kalo putrajaya cakap boleh, baru pi hafkat, wokshop, dan buat convert kereta tu...

3) bila dah siap kete convert, kene bawak kete ke mana2 jpj (negeri) terdekat untuk dipandu uji.( test drive )..kalo lulus, jpj akan keluarkan surat lulus..... bawak surat kelulusan/kebenaran dari jpj putrajaya tuh sekali...ok, kat jpj nih, diorang test drive kete kita, make sure suspension n braking mantap..alignment tayar pi wat dulu..jgn lupa minta resit result dari kedai tayar tuh.. kalo kedua-dua nih ok, memang takde masalah utk lulus..JPJ kuarkan surat "kereta ini selamat" dan lulus.....

4) bawak surat jpj lulus nih tadi ke jpj putrajaya (kawal selia) dan dapatkan lagi satu surat dari mereka, dan dalam surat tu akan berbunyi lebih kurang macam nih la ayat dia " sila bawak kenderaan tuan ke puspakon utk pemeriksaan"...Kalau nak senang kerja cari runner untuk urus semua hal ni..atau tak mahu pakai runner, kalo convert yang kita buat masih dalam had yg dibenarkan.. save duit, cuma masa la akan rugi sket.. sebab banyak prosedur...

kat puspakom nih, dia chek kita punye brek, suspension, lampu tinggi, chaisis, side slip tapi semua pakai mesin, diorang test drive je...kalau tak lulus kat sini, kita kene la repair ape yg tak lulus tuh, maybe brake ke, henbrek ke,pastikan brek blakang anda mencengkam .kebanyakkan gagal sebab brek blakang je tapi kalo chasis kantoi ade potong bodi ke, kene sita la hehehhe...

resit sejumlah RM 30 setiap kali pemeriksaan dilakukan. tidak akan dipulangkan walaupun gagal. bayangkan kalau 10 kali gagal.anda akan melayang RM300 ...Kalau dah banyak kali gagal bagi runner jer buat. settle masalah semua.

klu lulus puspakom...Pergi tukar no enjin kat insuran ko dulu...
klu kete tu masih ada hutang ngan bank...Pergi bank tersebut dan mintak surat ape tah...klu takde hutang...pergi JPJ terus ajer... dah settle kalo lulus, pegi jpj negeri bawak result, surat beli enjin apo semua untuk potong no. engine... utk menukar no enjin pada geran... surat kastam, resit, laporan puspakom sume diorang akan ambil yang ori punya so sesiapa yang nak wat rekod tu fotostat la bebanyak ye... make sure buat copy utk setiap result, sebab jpj akan simpan yang original....

_______________________________

B) Pertanyaan yang diajukan

Guest klu tkr enjin kancil 660 p kelisa pass ke??

Jawapan kami
Kalau ikut prosedure sekarang convert enjin cuma dibenarkan 25% saja

_______________________________

1) Bagi enjin asal 660 (0.660 + 25% =0.91)

kancil 660 takleh pasang enjin kelisa, kerana lebih 30%. Untuk pengguna kete kancil utk pengetahuan kite semua, enjin kelisa 1000cc kalo dimasukkan kedalam enjin bay kancil ia mmpunyai desakan hampir same dgn enjin L2 stendet,memang power pun.. kalau tukar kepada transmisi manual lagi gempak, tapi keburukan nyer tak boleh endorse..tak akan diluluskan oleh JPJ kerana kenaikkan cc yang mendadak dari 660cc kepada 1000cc tapi untuk 850cc nak ke 1000cc tak tau laa mungkin boleh.. ruang enjin muat rasanya, tapi kena buat wiring dulu . kos ubahsuai tak berbaloi kut, baik beli kelisa terus.

So saya nasihatkan..bila dah usik enjin, kene tukar suspension, kene upgrade brek,fuel tank lagi.kalau swap enjin kelisa GUNA gearbox 1.0 balik byk ubah gearbox mounting enjin mounting kena pakai 850 punya .. pendek kata, usik satu semua kene usik. kena ingat kancil punya body tu tak kuat mana.pastu space dalam tu mmg cukup-cukup makan je.cukup keluar cukup masuk.accident lain cerita.jarang aku tengok yang 100% selamat bila naik kereta tu.

Baik kompom bebetul ngan JPJ n Puspakom..baru tak nyesal di kemudian hari..
kira sekarang nih sebelum mula buat apa-apa tindakan, harap tanya dulu JPJ ..

_______________________________

C) Pertanyaan yang diajukan

BloggerYastro said...

satu soalan lak bro,gua guna wira A/b U.K spec 1.3....system gua rasa sama tarap ngan 1.5 yg domestic, yg beza cuma engine jerr..gua rasa lerr...
So kalau gua nak tuka engine camne lak tu? masih mengikut spec tidak melebihi 25% power, atau camne?

Jawapan kami

Pada saudara Yastro Kalau ikut prosedure sekarang convert enjin cuma dibenarkan 25% saja jadi kena ikut spec dalam geran asal kereta tu... kalau dia tulis 1.3 maka ianya bukan 1.5..
perkiraan 25% kereta proton 1.3, 1.5, 1.6, 1.8 & 2.0

_______________________________

1) Bagi enjin asal 1.3 (1.3 + 25% =1.55)

dari enjin asal. 1.3 maksimun untuk 1.5 saja yang lepas JPJ. sama ada nak masuk enjin 4G15 standard magma 1.5 atau nak masuk 4g91 - 1.5 dohc masuk engine 4g91 karburator. 4g91 ada 2 spec.iaitu karburator atau injektion.

Engine:4G15 12 VALVE 1500cc SOHC

4G15 standard yang asal enjin magma 12valve cc dalam 1468cc sohc

Ko nak pakai enjin pe? NA ker TURBO?

Walaupun 4G91 cc dalam 1496cc., tapi memang boleh pergi punya power ....alang-alang tukar enjin baik pakai 4G91

4G91t 1.5 liter Turbo Engine

masuk 4G91 takde masalah tapak enjin. setiap pertukaran enjin kenalah dapat endorsement dari puspakom dan jpj. ini keperluan standard.enjin 4G91 1500cc boleh didapati dalam bentuk carb atau EFI. jika kamu guna carb, proses conversion lebih mudah kerana tidak memerlukan ECU dan sistem wiring yang kompleks.jika guna EFI lebih rumit. tapi EFI lebih ekonomi dan berkuasa.

4G91t 1.5 liter Turbo Engine

Kalau kamu nak masuk enjin 4G91t sudah cukup memadai..endorse pun senang..
_______________________________

2) Bagi enjin asal 1.5 (1.5 + 25% =1.75)

4g92 - 1.6 sohc (wira)@1.6 dohc@1.6 dohc mivec.

kalau mau tahu beza Beza antara 4g61 dgn 4g92 lebih kurang sama je 1600cc. 4G92 engine berteknologi lebey baru berbanding 4G61 yg agak lama dan rare. 4G61 senang sikit nak endos klau tak silap la sebab tak banyak nak modified pada tapak mounting. Dlm segi performance tak pasti la yg mana lg terer...manakala 4g92 mivec nie enjin 1.6 twincam ada sistem vvt. maknenye pada satu rpm akan ada satu sentapan kuasa dr rpm 5.5krpm ke redline. 4g92 pula ialah sejenis engine yg mana pada masa kini semua orang memanggilnya dengan nama engine MIVEC....dimana engine ini terkenal dengan system nya yang mabeles dalam era engine-engine mitsubishi ini....ini adalah antara keluarga engine mitsubishi yg latest lepas technology vr4.. oh ya, 4g92 ini juga terbahagi kpd 3 jenis iaitu : 4g92 (standard) ialah yg biasa, 4g92 (silvertop) ialah lebih laju sedikit dari yg standard...dan 4g92 (blacktop) ialah sebuah engine yg mempunyai LSD dan sesuai untuk dijadikan sebagai kereta lumba (ber turbo)..... Sekarang ni aku dengar halfcut mivec mahal woo...kalau tak silap kawan aku cakap dekat Rm8k..entahlah tak pastilahhh.

_______________________________

3) Bagi enjin asal 1.6 (1.6 + 25% =1.85)

4g93 - 1.8 sohc@dohc (best woo)NA @ turbo kereta mestilah memasang brake disk pada ke empat2 roda bagi kenderaan yang tukar enjin 1.8 keatas..

4) Bagi enjin asal 1.8 (1.8 + 25% =2.05)

4g94 - 2.0 Mulai 2006 Senang cakap selain dari model Proton perdana dan seangkatan dengannya,model proton yg lain haram convert masuk enjin 2.0.. antara reason die-chasis proton tak mampu tampung kedesupan enjin2 2.0. enjin overpower than chasis. not balance. (aspek security la) untungla sape yg sempat endos sebelum 2006 ni.nasib diorang lah lepas endosement tp klu enjin ni kong, tetap x bleh nak pakai engine 2.0 sbb syarat baru telah diguna pakai lagi satu mesti ada masalah karenah birokrasi,jpj ckp skang nye law keta convert 2.0 dah takeh ditukar hak milik..klu nk jual kira takleh tukar nama.

Cuba korang tengok Surat pekeliling yang dikeluarkan

( cuba klik untuk besarkan)

( cuba klik untuk besarkan)

Menjadi satu kesalahan bagi pemilik kenderaan yang membuat pengubahsuaian terutama pada enjin tanpa kebenaran JPJ dan akan dikenakan tindakan. “Bagi mengelakkan tindakan diambil, pemilik kenderaan diminta supaya sebelum menukar enjin, berurusan dengan JPJ dan membuat permohonan terlebih dahulu bagi memastikan pengubahsuaian itu dilakukan mengikut piawaian ditetapkan,"Awas Kereta Anda Boleh Disita

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

37 comments:

  1. Amboi..sampai tahap nak tukar enjin tu...tak termampu lagi gamaknya...hehehe

    ReplyDelete
  2. rasanye x minat aku nk tukar2 enjin nie...

    ReplyDelete
  3. xleceh sngat lah klu nk tukar klu smua aspects lengkap.. p bek bli kete baru kan alang beralang.. haha

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Afzainizam

    payah juga yer utk tukar injen

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. hari tu bapak saya terbeli keta yg telah ditukar enjin tanpa kelulusan jpj. bapak saya beli cash, dia malas nak masuk puspakom, masa nak jual balik dah masalah. dia pegi balik kat tempat dia beli, dan nak buat report polis, org tu pulangkan balik duit bapak saya. kena berhati-hati kalau nak beli keta terpakai cash ni kan...

    ReplyDelete
  6. owhh bestnya nak tukar enjin,actually aq x paham jg bab2 enjin ni,tapi aku dtg sni sbb nak tambah pengetahuan
    :) maseh bro ^_^ k bai :DD nnti dtg sni lg

    ReplyDelete
  7. kalau honda macam mana pula? lebih kurang ya convert engine?

    cth ferio convert b18?

    ReplyDelete
  8. tak berapa minat tukar2 enjin nie. tukar kereta terus la. hehe

    ReplyDelete
  9. banyak prosedur lur nak tukar enjin..
    duit pun banyk melayang...

    ReplyDelete
  10. 4g91 mmg engine dia agak rare sikit skg nih...tp nampak gayanye mmg itu je la harapan gua..turbo??
    Hehehe....x lalu la bro...gua nk bwk family jerr..cuma nak cari 4g91 auto ni yg mungkin agak susah sikit...manual pun gua dh maleh dah...penat tekan clutch jerr..
    Apepun thanks bro...mmg byk informasi kat sini.


    Errr dengo2 4g91 pun makin naik gak reganya....

    ReplyDelete
  11. Pening kepala Tira baca. Pakai kereta standard je cukup takyah pening kepala. Tukar enjin power mana pun tetap orang cakap "Alaa, proton je". Kalau nak power sangat pergi beli Ferarri sebiji habis citer. :p

    ReplyDelete
  12. haha..pakai wira jer...sekali tgk enjin ferari..itu dasat sgt la bro..eh boleh ker? xreti la..pakai yg mana ader sudah..

    ReplyDelete
  13. bro;
    thanks 4 d info.
    Tp aku x minat la nk tukar2 enjin. maybe sbb aku bkn jenis main keta kot..

    ReplyDelete
  14. perghh leceh gak..tapi kalau nak tukar blok macam 1.3 kepada 1.5 pun kena pegi jpj ke?

    ReplyDelete
  15. cukup la enjin sedia ada..tak kuasa la aku nak tukar2 nie

    ReplyDelete
  16. ooooo macam tue leceh gak kan...banyak keje kena buat kan??

    ReplyDelete
  17. mak aiii...banyaknya prosedur...huhu...


    jom ke APA KATA HATI pulak ;
    PART TIME PAPARAZZI

    ReplyDelete
  18. blog kau pasti akan jadi rujukan aq bila aq dah ada kereta nnti.. hehe..

    ReplyDelete
  19. banyak juga urusan untuk dapat tukar enjin ni
    aku tak suka tukar
    lagi bagus beli kereta baru je

    ReplyDelete
  20. uihh!!
    gue baru tahu tentang semua info ni..
    ehheheee

    ReplyDelete
  21. salam bro.macam biasa,penerangan yang terbaik walaupun aku je terbalik nak fhm ni..heheee tapi rasanya dari nak ubah enjin lagi mantop,bagu beli baru..memang mantop la orang kata..tak gitu??hehee

    *Nak tanya boleh?heheee antara motor kapcai yang ada,motr mana yang tahan dan jimat nak servis?honda,yamaha,suzuki?dll

    *135 lc dan rxz,mana lagi best nak beli bro?confius..heheeee
    apa kelebihan dan kebrukan motor ni??
    kalau dah pena kuarkan,cuma bagi link dia kat sy k..thank bro..respek ^^

    ReplyDelete
  22. wah blum mengerti msih tentang begituan :D


    #################################
    Mohon dukungannya atas event blog yang sedang saya ikuti..
    Mohon dibantu dengan mengklik “recomend facebook” dan mengcomment artikel saya
    Thanks ya semua

    mari kita menjadi pengguna IT yang sadar akan lingkugan
    “green computing to save our earth”

    >>> http://www.greand.co.cc <<<<
    #################################

    ReplyDelete
  23. macam pening tapi sebenarnya tak susah..siap duit semua lepas tu suruh je bengkel uruskan..dorang boleh siapkan lebih kurang 2 minggu..pergi puspakom pun runner boleh settle..

    kalau kita ikut law, memang hidup kita tersepit..kata orang tua tua, undang undang dibuat untuk dilanggar..berapa juta orang dalam malaysia, takkan jpj nak aim kita sorang je kan hehehehe.

    ReplyDelete
  24. bukan senang nak tukar engin keta ni byk procedur, baik beli yg trus puas hati..

    ReplyDelete
  25. slalu nye, org klu endorse, brake ketat mane pown, still akan gagal

    xtaw kenape sebab nye

    ReplyDelete
  26. salam..saya baru lepas convert kancil msk kelisa..alhamdulillah xde masalah sgt masa nak endose.
    just 4 info klu dri 850 ke 1.0 xde masalah. ape yang penting masa pasang enjin tu mounting enjin xkacau. asalkan xlebih 25% cc enjin asal.

    pasal brake tak ketat tu, mmg kali pertama saya xlepas, tapi lepas pergi service balik brake n test kali ke-2 dah ok.

    just nak kongsi ilmu.. pada sapa2 yg nak enjin kancil power mcm turbo tp bajet ciput bleh la cuba enjin ni..hehhehe..

    nice blog bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam boh, boh tukar enjin dr 850 ke 1000, perkakas bwah seperti lower arm,drive shft,absorber, knukcle pkai yg kncil ke kelisa?

      Delete
    2. Salam boh, boh tukar enjin dr 850 ke 1000, perkakas bwah seperti lower arm,drive shft,absorber, knukcle pkai yg kncil ke kelisa?

      Delete
    3. salam bro..baru jumpa kt sini org msuk kelisa dlm kancil..sye 660 ke 1000..hehe..brake pakai ape skng bro..mcm xbrape puas braking, pstu brase gegaran bile speeding 120 ke 140..drive shaft pakai ape bos..

      Delete
  27. saya pakai kembara second kluaran pertama..buat cerita pasal kembara.. orang kata banyak masalah..

    ReplyDelete
  28. Nak tukar enjin motorsikal boleh ke? Tengok kat mudah.my ada enjin dari thailand. Enjin baru dan cc lebih besar dari yg asal. Motor wave 100. Enjin baru tu 125cc. Jenama LIFAN.

    ReplyDelete
  29. Nak tukar enjin motorsikal boleh ke? Tengok kat mudah.my ada enjin dari thailand. Enjin baru dan cc lebih besar dari yg asal. Motor wave 100. Enjin baru tu 125cc. Jenama LIFAN.

    ReplyDelete
  30. Nak tnyaa kalau kancil 660 tukar ke enjin L5 lepas endorse tak ?

    ReplyDelete
  31. Kalau convert engine...perlu ke tukar gearbox/ wiring lain?

    ReplyDelete
  32. Dekat Laman Web JPJ mereka Tulis 30%😅

    ReplyDelete
  33. Berape agaknye kos kalau nak tukar enjin 4g91..tu yea ade x kedai yg tukar enjin dan sekaligus urusan jpj??

    ReplyDelete
  34. This content is very well written and very instructive. I greatly value the information you provided. Too much, I liked this. I hope you enjoy hearing my praise. acoustic foam

    ReplyDelete