Pages

Thursday, June 23, 2011

Generasi Kawasaki Ninja dan Kips


Pertanyaan yang diajukan..
ashraf salam...boleh cerita sejarah motor kawasaki ninja 150rr terutama kawasaki cyclone dengar kata motor ni pantas
_______________________________
Jawapan kami..
Thanks pada yang bertanya... Tak banyak yang saya tahu tentang jenama motorsikal Kawasaki ni.. Sebabnya saya tak menggunakannya...
Kawasaki AR 125

Kawasaki membangun dinasti “Ninja”nya 20 tahun yg lalu . Dan dikatakan pada awalnya model-model ninja pada asal nya pada tahun 1982 bermula 125 cc iaitu Model Kawasaki AR 125..


Pada masa tu enjin AR125 sudah dilengkapi radiator dikatakan motorsikal terawal menggunakan sistem radiator. ( 6 tahun kemudian barulah Honda NSR menggunakan Radiator) Suspensi belakang monoshock. Lampu depan halogen 55W. Fairing besar yang sporty dengan fairing full set sampai bawah.. AR125 ada 2 versi

1) versi Thai-Malay memakai Enkei palang lima MADE IN JAPAN, fairing bawah full set sampai bawah dan header knalpot, serta knalpot chamber dengan silencer glasswool.

2) Versi Indonesia spoke wheel dengan tenaga lebih kecil dari varian castwheel (CW)

Yang pastinya pada masa itu AR125 versi Thai-Malay tenaganya lebih besar dari RX-King. Padahal RX-King saat itu sudah berkapasitas 132cc sedangkan AR125 hanya 124cc. seingat aku tahun 97 pernah tengok race waktu itu ada sebiji AR125 dengan gagah berani bertarung melawan NSR, KRR, TZM.

_______________________________

Kawasaki GPZ600, GPX600
Motosikal terbaik kawasaki pernah kuarkan di era 80an.. . walau pun cuma 908 CC tetapi mampu menyemburkan tenaga 115 horsepower Dengan top speed 240 Km/jam .Pada masa tu GPZ 900 menundukkan Suzuki GSX 1100 EF, Honda VF 1000 F dan Yamaha FJ 1100.


Pernah tengok GPZ 900 dalam citer movie Top Gun.. zaman-zaman cerita Tom Cruis..


Ko tengok GPZ600 dan GPX600 pun ada kat jalan lagi. Rupa macam nak roboh, tapi sekali dia pecut...
_______________________________
Kawasaki ninja ZZR, ZXR
Generasi Ninja pun semakin bertambah setelah munculnya ZX-6, 7, 9, 10, 12 sampai ZX 14.. ZZR, ZXR sume yg model 4 lejang save fuel comsumption....nak rempit pon sedap tapi tak le selasak 2 lejang..Model dari siri ZX atau Ninja adalah antara model paling banyak dijual oleh Kawasaki di serata pelusuk dunia. Setiap siri ZX lazimnya dituruti dengan nombor. Nombor ini mewakili kapasiti enjinnya. Antara yang popular di Malaysia adalah ZX-2R atau ZXR 250, ZX-6R pula adalah bagi 600 cc dan tentunya ZX-10R mewakili 1000 cc...











Walaupun tiada lagi pengeluar lain di Malaysia yang masih memasarkan model 150cc 2 lejang belum sampai masanya teknologi 2 lejang akan berkubur.Kalau ditanya mana-mana pemilik motor ni rata-rata mengatakan top speed boleh cecah 180-200km/j. So tak payah nak pening-pening modi pakai standard dah tak larat nak layan power motor ni. Cuma kekuatan pickup kurang sedikit dari NSR atau TZM. Tapi tak payah risau tujuan utama kita bukan nak berlumba.

Model kawasaki terdahulu ZXR-250 telah mendapat sambutan hangat berikutan ianya diasaskan dan rupa lebih kurang sama dengandari abangnya sendiri iaitu ZXR-750, kerana dibalut dengan fairing besar. Dengan berbekalkan enjin 249 cc, Type Four-stroke , Bahagian radiator dari Denso dan dilengkapi dengan kipas yang senyap untuk menyejukkan enjin dengan liquid-cooled, DOHC, parallel twin.. Sebenarnya yang membuat kan ianya berbeza adalah Ninja 250R sebab 2 cylinder 8v..Ninja ZXR250 ...4 cylinder 16v inline...
_______________________________

Generasi KIPS & SuperKIPS
Sebenarnya agak sukar nak kenal rupa bentuk model-model kips dan super kips ni seakan -akan sama ajer tetapi boleh dibezakan dengan rupa enjin, dari segi kedudukan block dan sistem KIPSnya


KIPS
Enjin dan Chasis dikeluarkan pada tahun 1989 (kat malaysia).kips cuma ada satu liang utk aliran ekzos melalui power valve, manakala superkips ada 2. lihat blok enjin. kips cuma ada 1 powervalve sistem.

Antara model-model motorsikal kips adalah:
-kr
-krr
-krr-b
-victor
-victor-s
-victor jazz
-victor classic (enjin krome)



Super KIPS
Enjin dan chasis dikeluarkan pada hujung tahun 1993 (kat malaysia). superkips lebih kuasa enjin dan juga menjimatkan petrol, walaupun menggunakan 2 powervalve sistem ,berbanding powervalve yang digunakan oleh NSR (RC - rotating control) dan TZM (YPVS).
kelebihan powervalve superkips ialah ia berfungsi secara mekanikal sangat susah utk rosak, melainkan ada tangan yang gatal pergi usik berbanding Power valve yang digunakan TZM dan NSR yang selalu kita dengar cepat rosak...Valvenya (Super KIPS) tidak mendadak terus macam TZM yang menggunakan controller. Bukaannya sedikit demi sedikit mengikut bacaan RPM.

Antara model-model motorsikal Superkips adalah:
-KR-Z
-KR-X
-Serpico
-Scopion
-ZsR
-Zsr Cyclone


Apa yang pasti kips dan superkips berbeza blok enjin. blok 1724 dan 1878 berbeza. blok 1878 dan 1855 pun berbeza. tak boleh tukar blok saja. mesti tukar PowerValve sekali. kerana PowerValve kips berbeza-beza ikut blok.
1724 = KRZ standard
1855 = ZSR Cyclone
1878 = ZX
Zaman dulu ZSR Cyclone"Terpantas Dalam Kelasnya "keluar tahun 1998 klau tak salah aku... Memang made in thailand...Replica racing terpantas dalam model KIPS... Tzm semua hisap asap tau masa tu...

Minyak biasalah motor 2 stroke makin tinggi RPM makin kuatlah. Yang teruk adalah penggunaan minyak 2T menjadi satu kewajipan kena jaga 2T ni jangan sampai kering nanti jem block plak...

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks..

40 comments:

  1. kacaknya kalau lelaki naikkkkkkkkk. pehhhhhhh. hehe smart sgt moto ni..

    ReplyDelete
  2. semakin ramai mampu beli ninja.. klu dl sekali sebulan je dpt tgok org naik ninja

    ReplyDelete
  3. huhuhu....x mampu nk pakai motor ninja nie..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Masa belajar kat U pernah memiliki AR125. Saya juga pernah memiliki RXZ. Ketara AR kurang pick-up. Tetapi bila dah laju, memang hebat. (pakai yang second-hand saja).
    Nostalgia masa remaja?

    TQ

    ReplyDelete
  5. perghh.. kawasaki... sentiasa berangan nak bawak motor cam ni.. hehehe...

    ReplyDelete
  6. salam sejahtera bro, terima kasih sentiasa saja berkongsi ilmu. semoga maju jaya. aku suka sangat dengan super bike. ikhlas daripada farouq.

    ReplyDelete
  7. gambar last tu paling best
    tapi kenapa tak pakai topi?
    hehe

    ReplyDelete
  8. Entri ni membuatkan aku mengenangkan semula Victor aku...moto pertama yg aku miliki...pas tu TZM la ni Kriss...balik semula kpd kawa tech jugak...hehehe

    ReplyDelete
  9. masa kecil dulu aku minat motor kawasaki ZX7..rasa macam gagah je nak pulak kaler hijau tu.

    ReplyDelete
  10. Eyh..budak kecik ni. jatuh kang..haha...

    Member SS badan kecik je, tapi pakai ninja. SS ni bawak wave je. Cehh

    Menarik di SuaraSendiri
    Entry khas buat Jozan

    ReplyDelete
  11. mcm belalang sikit bentuk motor ninja ni kan..huhu.. ;)

    ReplyDelete
  12. tak berapa suka sgt model kawasaki ni.. ntah kenapa rasa mcm ketinggalan sikit berbanding model honda, yamaha dan suzuki..huhuhu

    ReplyDelete
  13. dulu2 pakcik pakai tzm je kot. tp rase mcm hensem + stylo gile die naik moto tu. wakaka

    ReplyDelete
  14. Tak berapa minat Ninja ni, kalu model macam Ducati minat. Tapi mampu tengok je la..

    ReplyDelete
  15. Kawasaki KIPS memang berkuasa bagi segmen motosikal ber CC kecil. Walaupun tak banyak mcm kapcai, tapi kalau hujung minggu boleh tngok konvoi KIPS ramai2. Best...!

    ReplyDelete
  16. nk tny sket..
    tips2 untuk pengjagaan superbike..

    ReplyDelete
  17. ninja80 n ninja100 xde ke ? hehe

    ReplyDelete
  18. mengingat kan saya pade ninja saye yg GPX je lah. Saya na ninja tu lgi la. Tpi syng nye tak de lg moto mcam tu lah. Moto saya koyak karena jatoh terlindar truck. Heemz. Krang hanye biza terdiam je di gudang dengan body koyak.

    ReplyDelete
  19. bro ... antare kips ngan super kips mne lgie sedap/laju ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepuk dada tanya selera.. kips pn laju tapi orang banyak convert ke super kips...tambah2 moto lama.. kr pn okey dahh

      Delete
  20. Assalammualaikum bro....sy pengguna kr victor...apa malasah apabila top speed api mcm putus2...disebabkan koil api atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum bro....sy pengguna kr victor...apa malasah apabila top speed api mcm putus2...disebabkan koil api atau sebaliknya...

    ReplyDelete
  22. Boleh suggest kedai kat area mana nk baiki kawasaki KR150 kasi nampak baru?

    ReplyDelete
  23. Boleh suggest kedai kat area mana nk baiki kawasaki KR150 kasi nampak baru?

    ReplyDelete
  24. ya betul enjin kawasaki yg mampu memfolow lama2 di hway utara selatan pada kelajuan 160km/j berterusan selama lebih 2 jam.
    Hway star x mampu nk memfolow.
    padahal klau nk ikutkan riders tu ramai.
    base on pengalaman taun 98 selalu ulang alik jb-ipoh-jb tunggang nsr 150 rr

    ReplyDelete
  25. Still x boleh beat Nsr sp..plg kencang,steady long distance,dgn single arm,replica repsol fuhhhh..

    ReplyDelete
  26. Sebenarnya semua model Kawasaki yang berfairing dipanggil Ninja. Contoh terdekat macam ER6F dipanggil Ninja 650 ntuk model luar negara, sama jugak dengan siri ZZR, ade market nama Ninja ZX14 ada market ZZR1400. Begitu jugak dengan Ninja ZX150RR. Kalau cerita tentang Ninja 250R, sebenarnya Ninja ni takda kena mengena pun dengan ZXR250. Ninja 250R dari siri EX250 yang bermula dari awal 80-an. GPZ250R, GPX250, ZZR250 dan Ninja 250R adalah satu keluarga dan banyak part yang boleh dikongsi antara satu sama lain. kod E pada abjad pertama merujuk pada jenis konfigurasi enjin parallel twin Kawasaki, mcm ER6 dan tak dilupakan juga Ninja GPZ500 dan versi naked dengan nama siri sendiri- ER5. zx2 dalam model performance focused dalam siri ZXR. semua siri ZXR bernadikan 4 dapur kecuali Ninja ZX150RR yang ada pada nama, kod chassis dan kod engine takde sebarang kod ZX pun. model ZXR ada berbagai kapasiti start dari 250cc, 400cc, 600cc, 750cc, 1000cc, 1100cc, 1200cc, 1400cc -semuanya 4 silinder sebaris. de-tuned model biasenye akan diberi nama ZZR- tak fokus pada track, riding position tak agresif dan lebih tegak, tork low-mid rpm yang tinggi, lebih fokus pada city dan sport touring (walaupun kod chasis masih ZXR dan enjin zx 4 silinder sebaris). Walaupun post dah lama, tapi sekadar share ntuk peminat2 mesin Kawasaki. Peace

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah, tq for sharing the infos...mana2 info yg masih x dimasukkan..boleh la update..

    -zsr owner

    ReplyDelete
  28. Nice..seronok membaca artikel ni..tq info bro

    ReplyDelete
  29. Engine kips boleh pkai block superkips x?

    ReplyDelete
  30. Salam.nk tnya skit knpa RR sya tngh ride bru2 ni full trotter ujun mcm plaq lup smput2 lpas trotter rsa mcm ok tpi miter mkin lma down smpai mati tros mto ingtkn plaq tkr baru pon sma .chek api body coid tkda tros gnti yg baru body coid pon sma l. Mnta jsa2 kwn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ada shock dimana mana tuu, cdi dengan retifier dah check ke ,atau suis on off ke shock..

      Delete
  31. Kenapa madi tak pakai kawasaki kat filem rempit??

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  33. This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. soundproofing barriers

    ReplyDelete