Pages

Thursday, June 2, 2011

Tip-tip Claim Insuran Kereta kemalangan



Pertanyaan yang diajukan

Guest: syarikat insuran ade x tetap kn berapa jumalh maksimum yang boleh kita klim dari diorang..contoh nya kemalangan jlnraya

Guest:diorng ade tetapkn berapa percent yg kita blh claim dr diorng?

Jawapan Kami:
Thanks Guest ( entah tak tau apa nama dlm Shoutbox) kerana bertanya...Saya bukan agen insuran tapi saya cuba apa yang saya faham sahaja...
_______________________________
Jumlah Claim Insuran Kereta kemalangan
_______________________________
First untuk mudah faham sila semak Cover note insuran korang.. Apakah nilai coverage insurans kereta anda.. Seperti gambar kat bawah.

(klik untuk perbesarkan gambar)
_______________________________
Tuntutan insurans akan dibayar mengikut peratusan tertentu

a) Kalau harga kereta RM100,000, kita cover RM100,000 maka sum insurance cover 100%.

b) Kalau harga kereta RM100,000. Tetapi insured cuma RM70,000
Bila berlaku kemalangan dan katakan kos pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 70% atau RM7,000. ini kerana premium dibayar cuma 7/10 saja. ( kalau salah mintak korang perbetulkan balik yerr)
_______________________________
Contoh Perkiraan Untuk Lebih Jelas Lagi..

*Harga kereta / full settlement loan = RM 100,000

*Coverage insurans kereta RM 70,000 sahaja

*Total kos baik-pulih kereta accident = RM 10,000

Jumlah tuntutan yang akan dibenarkan

(Sum insured / market value kereta) x kos repair
(RM 70,000 / RM 100,000) x RM 10,000 = RM 7000.00 sahaja.

* Baki RM 3000.00 owner kereta perlu settlekan sendiri dengan bengkel

Untuk pengetahuan bersama, apabila membeli / renew insurans kereta, pastikan anda letak jumlah coverage insurans (sum assured) yang sama dengan nilai pasaran kereta tersebut (market value) atau nilai settlement loan kereta. Ini kerana, sekiranya kereta anda under-insured (coverage insurans lebih rendah dari market value), tuntutan insurans akan dibayar mengikut peratusan tertentu (tak cover penuh). Bila tak cover penuh, kerana anda tak kisah coverage rendah maka apabila tuntutan tak dapat penuh, janganlah anda mengamuk atau marah-marah tak tentu hala. Prosedur tuntutan insurans sudah dinyatakan dengan jelas di dalam polisi / sijil insurans.

_______________________________

TIP-TIP BAGAIMANA MEMBUAT TUNTUTAN INSURAN
_______________________________
Membuat tuntutan insuran biasanya menjadi satu perkara yang menyukarkan bagi sesetengah pihak.Secara ringkasnya saya terangkan seperti dibawah...

A)Tuntutan Akibat Kesalahan Sendiri (Own Damage Claim)
1) Pemegang polisi boleh membuat tuntutan terhadap kerosakkan akibat kesalahan yang dilakukan sendiri jika kenderaan dilindungi oleh polisi "comprehensive".
2) Membuat laporan polis dalam masa 24 jam apabila berlakunya kemalangan seperti yang terkandung di dalam undang-undang.
3) Hantar kenderaan anda ke bengkel yang disenaraikan untuk tindakan segera. Semak bengkel panel bagi syarikat insuran anda.
4) Dapatkan borang tuntutan daripada syarikat insuran anda. Isikan maklumat lengkap bersama tandatangan dan hantar bersama beberapa dokumen yang diperlukan dalam masa 14 hari :

- Salinan asal laporan polis
- Anggaran kos baikpulih kenderaan daripada bengkel
- Salinan :
a) Polisi Insuran / "Cover note"
b) Geran Kenderaan
c) "Roadtax disc"
d) Kad Pengenalan dan lesen pemilik kenderaan
e) Kad pengenalan dan lesen pemandu kenderaan
f) Dokumen perjanjian sewa beli (jika ada)

Untuk tindakan segera, anda dinasihatkan supaya menyertakan semua dokumen yang lengkap terus kepada ibu pejabat Insuran kereta anda ataupun cawangan-cawangan yang berhampiran semasa membuat tuntutan. Anda juga digalakkan untuk menyertakan nombor telefon sepanjang tuntutan dibuat supaya pihak dapat memberikan maklum balas terhadap tuntutan anda..
Perlu di ingatkan semasa tuntuntan dibuat, anda akan kehilangan NCD semasa (ia akan bermula dari 0% kembali).

B)Tuntutan Bukan Akibat Kesalahan Sendiri (No-Fault Own Damage Claim)
Tuntutan ini juga seperti akibat kesalahan sendiri. Bezanya hanya pemegang polisi tidak akan kehilangan kadar NCD semasanya. Tuntutan hanya boleh dilakukan sekiranya kemalangan berpunca bukan daripada kesalahan pemandu. Ia ditentukan berdasarkan siasatan dan laporan pihak polis. Langkah-langkah membuat tuntutan adalah sama seperti di atas termasuklah tambahan beberapa salinan dokumen seperti :

a) Surat pengesahan mengatakan "No-Fault Own Damage"
dan butiran insuran pihak ketiga (perlu dibuktikan oleh JPJ)
b) Laporan polis pihak ketiga
c) Siasatan pihak polis
d) Lakaran kemalangan dari pihak polis (jika ada)

Moralnya di sini, Di masa akan datang, apabila beli insurans apa pun, biarlah berurusan dengan wakil insurans yang boleh bantu terangkan dengan jelas cover insuran kereta kita, janganlah kita berkira sangat kerana insurans ini bertujuan untuk menutup kerugian kewangan yang berlaku ke atas harta-benda / kehidupan anda.

Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks"

21 comments:

  1. bagusnye info nih...balik nnti nk cek la..

    ReplyDelete
  2. perghh tak paham pasal insurans ni semua..pening kepala nak pikir..salu biar bengkel je yang settle.

    ReplyDelete
  3. nak sangat kalau firestarting ni complite semua entri dalam bentuk PDF.
    huhuh.

    blog lengkap boleh wat rujukan.

    ReplyDelete
  4. Yg penting jgn nak sgt insuran murah...pas tu bila eksiden x boleh nak cover...last2 diri sendiri gak yg rugi....

    ReplyDelete
  5. baru ni aku tahu No-Fault Own Damage Claim ni, pemegang polisi tidak akan kehilangan kadar NCD

    berbanyak terima kasih, bro

    ReplyDelete
  6. blog ni sentiasa menyampaikan info yg berguna utk pemilik kenderaan.. nice info

    selama ni x amik tahu sgt pasal claim insurans ni. cuma tahu byr insurans jer tiap2 tahun..

    ReplyDelete
  7. serius..info no sngt penting.. tq..

    ReplyDelete
  8. pernah mintak insurans sbb motor hilang..huhu leceh la

    ReplyDelete
  9. info yg bagus dan penting utk semua pengguna kereta. thanks!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.
    kadang-kadang pihak insuran sengaja letak nilai lebih rendah dari nilai semasa, jika kereta dah settle semua hutang.

    Sama-sama mendapat manfaat dari info ini.

    TQ

    ReplyDelete
  11. thanks bro. sangat berguna ni :)

    ReplyDelete
  12. dulu pakai insuran AM insuran pastu excident org langgar, so repair le kereta pakai insurans sendiri dulu pastu cover insuran diorg, alih2 bila check NCD naik plak, hangin kami dibuatnye,last2 check AM insuran yg silap, pastu tak citer byk lg tukar insuran lain ,penipu sungguh diorg ni,

    skng pkai takaful ikhlas, minta2 le betul2 ikhlas..

    ReplyDelete
  13. Cuma 1st party insurans sahaja yg layak menuntut insurans atas kesalahan sendiri. Kalau 3rd party hanya boleh tuntut pihak yg salah itupun jika dia yang salah. kalau sendiri yang salah, kenderaan dia insuran kita tanggung tapi kereta kita sendiri tanggung. Jadi belilah 1st party walaupun mahal sikit tapi value tinggi k.

    ReplyDelete
  14. Salam nak tny. Klu kereta lebih pada 5 tahun dan berlaku kemalangan involved 3rd party(kena langgar dari belakang). Insurance tak cover original barang dan tak boleh claim 100%

    ReplyDelete
  15. Salam nak tny. Klu kereta lebih pada 5 tahun dan berlaku kemalangan involved 3rd party(kena langgar dari belakang). Insurance tak cover original barang dan tak boleh claim 100%

    ReplyDelete
  16. Situasi sama dgn ak momocha, kereta da lebih 5 tahun insuran ckp xcover 100% untuk barang original baru, tp kalau nak yg ori baru jgk kena tambah 25% of the price. Contoh barang rm1000, so ak kena tambah rm250. Dah la org lain langgar ak plk kena keluar duit baiki kereta sendiri. Betul ke procedure dia mcm ni? Atau ada ke cara lain untuk tak keluar duit tp still dapat barang yg ori? Mohon sape2 boleh bagi pandangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..mcm ne da citer psl keta? Klu part sy dia kata 7 tHun plak

      Delete
  17. Hai nk tanya..aritu sy kene langgar..sy x k adjuster..sy buat sendiri..sementara tggu kereta siap,sy ckp nak kereta pakai semenyara..memandangkan jln jauh n dah ptg,keta sewa x dpt cari diorg offer bg kereta kompeni tuk sy pakai..dan lama sy pakai sampai keta siap 2bln lbh juga la lamanya..soalan sy dsini bole x sy claim lost of use ngan diorg..tp sy x seea kereta..kompeni diorg sediakan tuk sy pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai nk tanya..aritu sy kene langgar..sy x k adjuster..sy buat sendiri..sementara tggu kereta siap,sy ckp nak kereta pakai semenyara..memandangkan jln jauh n dah ptg,keta sewa x dpt cari diorg offer bg kereta kompeni tuk sy pakai..dan lama sy pakai sampai keta siap 2bln lbh juga la lamanya..soalan sy dsini bole x sy claim lost of use ngan diorg..tp sy x seea kereta..kompeni diorg sediakan tuk sy pakai..

      Delete
  18. This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. thermal insulation sheet

    ReplyDelete
  19. Thank you so much for sharing all this wonderful information. It is so appreciated.
    Electric Motorcycle Street Legal

    ReplyDelete