Pages

Tuesday, June 7, 2011

Sejarah Honda EJ @ EK



Pertanyaan Yang di ajukan
Mohamadazhan hjDesa said...
salam bro..informasi yang menarik! lepas ni cerita sikit ttg honda EK..sejarah dan model EK di dunia =)
_______________________________
Jawapan kami...
Terima kasih kepada Mohamadazhan hjDesa kerana bertanya... Apa pun kenali sejarah pembuatan Honda Civic ni dahulu
_______________________________
Sejarah Honda Civic
_______________________________

Generasi pertama (1972-1979)
Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1.2L 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat, menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.
Model generasi pertama boleh didapati dalam varian transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.
_______________________________
Generasi kedua (1980-1983)
Generasi kedua Honda Civic menggunakan enjin Super CVCC yang telah ditambah baik, iaitu dalam varian 1.3L dan 1.5L. Model transmisi automatik juga turut ditambah baik melalui penggunaan kotak gear 3 kelajuan. Model generasi kedua juga adalah keluarga terawal yang memperkenalkan pilihan badan berbentuk sedan.

_______________________________
Generasi ketiga (1984-1987)
Enjin bagi keluarga Civic generasi ketiga dinaik taraf kepada enjin 12 injap yang lebih cekap. Selain itu, Honda turut memperkenalkan varian CRX, iaitu varian berprestasi tinggi pertama bagi keluarga Civic. Selain itu, model Civic CRX Si adalah varian pertama yang menggunakan sistem suntikan bahan api berbanding varian lain pada ketika itu yang masih menggunakan karburetor.
Model lain generasi ketiga_______________________________
Generasi keempat (1988-1991)
Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.
Model lain generasi keempat
_______________________________
Generasi kelima (1992-1995)
Bermula daripada generasi kelima, kereta Honda Civic mula popular di kalangan peminat sukan bermotor disebabkan penggunaan teknologi VTEC dalam hampir semua varian, di samping reka bentuknya yang anggun. Sungguhpun demikian, teknologi VTEC-E mula diperkenalkan dalam sesetengah varian dalam generasi kelima ini dengan tujuan utama untuk meningkatkan penjimatan bahan api. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.5L ataupun enjin 1.6L.
Model-model lain generasi kelima_______________________________
Generasi keenam (1996-2000)
Keluarga generasi keenam mula menggunakan teknologi VTEC3 Peringkat, menggabungkan peningkatan kuasa yang diperoleh daripada teknologi VTEC konvensional serta penjimatan bahan api yang didapati daripada teknologi VTEC-E. Di Malaysia, model generasi keenam ini adalah model Honda Civic terlaris sehinggakan pembeli terpaksa menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kereta tersebut setelah ditempah pada minggu kedua pelancarannya. Semua variasi Civic pada masa tersebut menggunakan enjin 1.6L.
Sebuah variasi berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra Type R.
Model-model lain generasi ke enam
_______________________________
Honda EJ @ EK...
_______________________________

Ok, berbalik pada pertanyaan Mohamadazhan hjDesa.. Pengeluaran model Honda Civik bermula pada generasi ke 6 bermula tahun 1996 sehingga tahun 2000. kalau kat jepun pulak panggil EK tapi kalu malaysia local made dipanggil Civic EJ . Sebenarnya Honda EK, model EJ juga dikeluarkan pada tahun yang sama, bezanya model EJ agak lower specnya. Model EK yang paling best sudah tentu yang bernadikan enjin ‘killer turbo’ iaitu Vtec.

Jenis-jenis Enjin Vtec

1. Vtec kecil,

Vtec kecil, tulisan Vtec adalah lebih kecil dari tulisan DOHC. Vtec kecil, dekat intake manifold dia ada tulis PGM-F1 dan gearbox dia kabel type. Kalau Vtec kecil ialah PR3 atau PW0.

2 Vtec besar,

Vtec besar dekat intake manifold dia takde tulis apa2. ECU dia P30.

_______________________________

B16a, B16b dan B18c pula adalah nombor yang merujuk kepada blok enjin

a) B16a, B16b

Bagi B16a, B16b, cara nak kenal ada beberapa cara :-

Kalu yg standard Malaysia = 1.6cc (1590cc) SOHC vtec/non-vtec. Code enjin bermula ngan D16y...130hp.

Kalu JDM = 1.6cc (1595cc) vtec. Code enjin B16A..170hp. Dikenali sebagai vtec besar.
= 1.6cc (1595cc) engine code..B16b.. model EK9....185hp..

Utk VTEC besar no siri engine dia B16A-5XXXXXXXX. Vtec kecil B16A-1XXXXXXXX. tp ada version yg kata, 1st version Vtec besar, no engine dia starting dgn B16A-1XXXXX juga

_______________________________

b) B18C

Bagi B18C /GSR, cara nak kenal ada beberapa cara :-
1. No engine utk B18CR selalunya B18C-2XXXXXXXXX. ECU - B18CR - ECU dia - P73.B18CR punya head kaler merah,
No engine utk GSR selalunya B18C-1XXXXXXXX. ECU - B18CR - ECU dia - P72.GSR kaler hitam.GSR intake terbalik

tapikan...Kedua-duanya tu bleh ditukar untuk nampak/jadikan dia B18CR.Sama ada B16A atau B18C, kedua-duanya memang enjin yang power gila. Pecutan kalu pakai B16a DOHC vtec mmg takleh disangkal lagi ah...kalu standard tuning cun...mmg leh tapau 1.6 mivec (175hp) dalam 400m drag.

_______________________________

Perkataan EF, EG, EJ @ EK, adalah merujuk kepada model chassis.

1) EF9. Model civic Tahun 1988 - 1991. Model civic yang mula-mula pakai enjen DOHC VTEC 1.6cc B16a 160hp. Model ni kat malaysia ada yang panggil civic mayat. Body yg amat ringan dan amat sesuai digunakan kat litar mahupun di drag strip.

_______________________________

2) EG. Model civic Tahun 1992 - 1995. kat malaysia juga dikenali dengan panggilan 'civic bullet' atau 'civic dolphin'. Di jepun ianya pakai enjen B16a 1.6cc DOHC...kat malaysia pakai enjin D15b SOHC (ada juga model sohc vtec). Ada model 4 pintu dan juga 2 pintu.

Kalu model 4 pintu chassis codenya ialah EG9 juga dipanggil CIVIC FERIO.

Kalu 2 doors pulak EG3 dan EG6..

_______________________________

3) EJ @ EK. Model civic Tahun 1996 - 2000.

EJ6 (model tahun 96 - 98) ialah Model 4 pintu.

EJ7 (model tahun 99 - 2000) enjen 1.6cc D16y sohc(malaysia)

EK3 model dari Jepun ada dua jenis enjin 1.5 dan 1.6 sohc

EK4 berenjinkan 1.6cc DOHC VTEC.

EK2 model 2 pintu enjin D16y, 1.6 sohc

EK9 enjin B16b DOHC VTEC type R (model yg hanya dijual di Jepun).

Exterior tak byk beza...spoiler EK4 hat mcm tiang gol tulah....kalu EJ rendah je spoilernya. Lampu signal belakang cuma beza pada kaler..kalu EJ kaler kuning...kalu EK kaler putih. Pastu lining pintu kalu EJ kaler krom kalu EK kaler itam plastik.

Model ferio dalam keluarga civic ni setakat ni ada kat model EG dan EK sahaja..
yang dikatakan model ferio ni ni ialah civic EG/EK yang 4 pintu.Yang model 2 pintu tak di panggil ferio

_______________________________
Generasi ketujuh (2001-2005)
Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan.Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan penjanaan semula (regerative braking).
Model-model lain generasi ketujuh_______________________________
Generasi kelapan (2006-kini)
Model terkini Honda Civic
Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia

_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

55 comments:

  1. Honda Civic terkenal sebab engin dia power. pilihan ramai.

    Dulu saya keliru juga.sebab banyak sangat jenis kereta civic. rupanya lepas remaja sikit baru tau, rupanya civic ni banyak generasi.

    satu lagi, honda macam tak kereatif pilih warna untuk kenderaan dia. huhuh,,

    ReplyDelete
  2. kereta honda terutama EK tak turun turun harga kat Malaysia ni.jenuh dah aku tunggu.harga enjin tak payah cakaplah.mahal gila baii.

    ReplyDelete
  3. uuh...da byk cucu cicit honda nie rupanya....ak suka design honda dari toyota. tapi warna xdak byk pilihan

    ReplyDelete
  4. hmm mmg x heran la..honda ni mmg kegeraman org ramai..

    ReplyDelete
  5. bukan nak mengomen pasal entri ni yea. Hanya nak inform mengenai jawapan saya dalam entri
    http://izhamwong.blogspot.com/2011/06/projek-taugeh-kasar-3.html

    Sekian...

    ReplyDelete
  6. seriously honda is my fav...tpi memandangkan cos maintanance yg tinggi..ak lebih refer kete malaysia..hahahaha

    ReplyDelete
  7. wah bnyk juga ea honda civic nie..mcm 2 generasi tpy yg ltest memang cantik.. hehe

    ReplyDelete
  8. mcm ni rupanya sejarag keta ni

    ReplyDelete
  9. Aku pun minat gak dulu keta nih...mase bujang dulu hampir2 nak beli civic "mayat"...hehehe

    #Seb bek arwah bapak aku x bagi masa tu...klau idak, merempitt ngan keta plak laa

    ReplyDelete
  10. wow...
    caye la generasi honda...^^
    best2...

    ReplyDelete
  11. wah... honda.. nak CRV..CRV.. huhuhu..

    ReplyDelete
  12. eh! bro nnt buat entry psl radio kat kete? radio apa yg sesuai utk sesuatu kete ni.. cadangan jer ni..

    ReplyDelete
  13. dulu masa sek mmg ada hajat nak angkat honda ek tu, tapi skang da takde keluar yg baru, yg lama tkut gear box problem, last2 beli vios jer..:)

    ReplyDelete
  14. honda memang best smooth je kalau bawak..dari toyota yg keras je..

    ReplyDelete
  15. oh baru tahu..banyak dah suku sakat dia.. honda mmg best tapi harga pun blh tahan jugak..

    ReplyDelete
  16. bile agaknye dpt pakai honda civic generasi ke 8 nie tah...hehe

    ReplyDelete
  17. mmg best...pki b16b type r pn dh rase power mencanak2..kalo pki b18cr..b20...k20a...f20b...tah camane la agaknyer...

    ReplyDelete
  18. Beza tag merah ngn biru ape plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Body tag biru made in japan..merah 0r ijau asl japan jgk tp psg kt mlysia..hihihi

      Delete
  19. Beza tag merah ngn biru ape plak

    ReplyDelete
  20. Honda ek 4door memang sesuai untuk org yg rase nk gune dlm tempoh yg lm

    ReplyDelete
  21. bro, pintu or bumper or fender EK 4 doors boleh masuk tak gi Eg 8 ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 0rg mlysia ni kreative..mcm2 blh nk c0nvert..tp cdngn aku eg biala di kac0k eg..ek bia la di kac0k ek dri segi luaran..yg b0dy 0ri kn lg lawa nmpk..tp klu part2 enjim ik0t suke ati la nk sumbat t0y0l2 ap..huhu

      Delete
  22. nice2.. igt nk beli jenis 2 pintu lah..

    ReplyDelete
  23. .... HII KENGKAWAN .... SYA NAK MODIFY EJ6 4 PINTU ... KAT AREA IPOH MANA WORKSHOP YANG BIASA BUAT

    ReplyDelete
  24. aku bru je bli honda ej,,,tpi mcm nk convert Ek9,,,agk2 mahal x?just nk tukar bumper dpn blakang,,dgn bonet,,lmpu blakang,,,agk2 bpe modal?bru nk blaja main kereta ni,,huhu

    ReplyDelete
  25. bro..bodyparts ni sesetengah kita bkh taw original or x...tp mcm mne kl bonet blakang ek 99..
    kt mana blh thu yg ianya ori sbb berat pn x sama

    ReplyDelete
  26. penerangan terbaik . sekali buka leh kenal suma model honda . terbaik admin

    ReplyDelete
  27. Salam admin..minta terangkan pasal model accord pula boleh..dan enjin2 spt b20a k20 dsbnya..nice article..

    ReplyDelete
  28. Pakar modify honda sila jumpa Jelan lorong aman 4, puchong bt13, kg.seri aman.. Tapi takat nak servis kete je x payah la jumpa dia..

    #Type R adalah putih sahaja. Warna rasmi. Asal dari Jepun sahaja. Model typeR nampak luaran sama, tapi sebenarnya chasis & tuning enjin dibuat semula.. Tu pasal harga typeR beza 60% dari harga biasa. Sayonara to Type-R no more.

    ReplyDelete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. Nk tnya ckit...kwn bru angkt ek b20b type r turbo... Ecu hondata.
    Ada x ecu yg boleh tune b20b turbo?

    ReplyDelete
  31. Nk tnya ckit...kwn bru angkt ek b20b type r turbo... Ecu hondata.
    Ada x ecu yg boleh tune b20b turbo?

    ReplyDelete
  32. mcm mana plak kalo nombor chasis EJ9-XXXXXX?

    ReplyDelete
  33. sy ingin bertanya ttg model2 lame civic ni..kenapa harga still tak turun even kete ni lebih drp 5tahun dah & macam mane ketahanan enjin kete trsebut untuk jangkamasa lama if beli,jual,beli,jual balik tp market price still xturun?? & kalau nk buat loan utk model lame ni,still diterima ke? terima kasih

    ReplyDelete
  34. Salam bos..nk tny detail spec n code njin k20..pncerahan bos..tq

    ReplyDelete
  35. ek3 d15b bole masuk ke gearbox auto d16b

    ReplyDelete
  36. ade x sape2 tahu. kereta honda eg dan ek ni mase baru2 keluar kat malaysia ni zaman tahun 1996 dan 1994 berapa harga die? sbb klu mcm skrg ni 2016 kluar baru 115k harganya.

    berapa pula beza harga 4 pintu dan 2 pintu eg dan ek model masa zaman tu. seriously nk tahu sbb zaman dia keluar sy masih budak sekolah rendah. skrg baru mampu pakai.

    ReplyDelete
  37. Eg6 dulu taun 97 beli 2nd hand rm 70 ribu..bayangkan kalau baru kluar bape agaknya harga

    ReplyDelete
  38. Klau ej8 nak convert luar ek brapa harga?

    ReplyDelete
  39. Klau ej8 nak convert luar ek brapa harga?

    ReplyDelete
  40. Byk juga sejarah. Sy pon br 2bulan beli ej6 sohc. Nk cvert ek makan modal la. pelan2 kayuh la sapa geng ej6.mr talhah selamat kita br nk bjar jugak. Jom menuntut. Hehe

    ReplyDelete
  41. ni tanya klu honda civic so4, minyak geabox jenis ape yg ssuai utk guna masa service ye,minta pencerahan,tq..

    ReplyDelete
  42. Nk tnya enjin kereta eg bole msuk enjin ek tk waring semua sma ka atau ada perbezaan

    ReplyDelete
  43. Spe tau harga asal honda ek 4 pintu? Ek4d.

    ReplyDelete
  44. Boleh x cerita pasal sejarah dan generasi honda accord lak?

    ReplyDelete
  45. Buatan dekat jepun atau kat Malaysia..biru buat kat jepun..merah buat kat Malaysia..tp still barang jepun huhu

    ReplyDelete
  46. Nak tanya...enjin asal ej6...ape eh...tq

    ReplyDelete
  47. This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. Our thermal insulation roll

    ReplyDelete
  48. Thank you so much for sharing all this wonderful information. It is so appreciated.
    Electric Motorcycle

    ReplyDelete