Pages

Tuesday, July 12, 2011

Tip-tip Cuci Enjin Kereta


Pertanyaan yang diajukan..

kindofsoul: salam bro...aku admin blog kindofsoul .. nak tanya bro lah kan. skrg nak tanya macam mana step cuci enjin kereta...ada tuto. thanks for all information..

Jawapan Kami..
Sorry pada semua pembaca agak lama saya menyepi ni tak berblog .... adahal sikit seminggu ni... Ok berbalik pada pertanyaan kindofsoul... aku cuba try jawab lah yerr..kita berkongsi tip2 penjagaan kebersihan enjin kereta

Ramai yg tak menghiraukan kebersihan enjin bay (pasal tak nampak dalaman kot)tapi lebih menitikberatkan kepada kebersihan dan pandangan luar kereta sahaja. Kalau tengok dari luar kereta bukan main berkilat, tapi kalu buka enjin bay, mak datuk teruk.. Enjin kereta berkarat berselaput tebal minyak dan menyebabkan enjin kelihatan kotor tambahan pula apabila debu dan pasir sudah melekat disekitar kawasan lelehan minyak ataupun selalunya kereta langgar lopak air dan terpercik masuk dalam bay enjin..
_______________________________
Carwash?.. dont ever trust them
Selalunya Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM20. Mat bangla ajerr yang basuhhh kereta korang....Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
kalau hantar kat car wash, Dorang confiden je cuci selambe jek tembak ngan air..siap cuci je,wiring radiator fan short,Tak pasal-pasal overheat atau lebih teruk lagi start enjin terus tak hidup..kalau kat carwash tu,diorg ade sejenis liquid macam asid la,khas untuk tanggalkan kotoran kat besi je,kalau kene plastik part,boleh lusuh warna kereta...
_______________________________
Detergent untuk cuci Enjin kereta
Untuk kebaikan korang...Lagi puas hati basuh sendiri bukan setakat jimat duit, kira exercise jugak... Cuma basuh sendiri ni menguji tahap kesabaran koranglah yerr...

Sekarang ada macam-macam jenama detergent untuk cucian dalam enjin kereta.. menanggalkan kotoran, minyak, gris dan pasir yang melekat pada celah- celah enjin.. Lebih selamat dan yang pasti ianya bukan dari liquid yang menghakis


Lebih baik kalau korang dapat cari jenis silicon spray atau engine cleaner spray, boleh membantu menanggalkan kotoran dan minyak yang melekat dan lebih selamat digunakan kerana semburannya cepat kering..dan tidak meninggalkan kesan menghakis...sambil mengilatkan permukaan enjin
_______________________________
Tip Cuci Enjin Kereta
_______________________________
1) First…. Kalau cuci enjin kita akan tutup/ cover part-part sensetif enjin dulu dengan plastik.. Bungkus elok-elok seperti :- fius box,bateri, sensor2, distributor,carberator, Altenator, plug coil, injector dan open air flow dengan plastik, cover enjin tempat plag tuh lapik dengan surat khabar lama atau tutup ngan alumunium foil pun boleh. tutup rapat-rapat supaya air tak masuk dalam lubang spark plug.


Jaga parts yang ada fungsi elektrik dan elektronik...Kalau keta baru selalunya tahan percikan air.. kalau nak tembak air jangan lah pasang tekanan air kuat-kuat.. agak-agak la mane tempat bleh tembak,mane tak leh...

2) Sediakan peralatan basuh seperti Sabun, berus, Baldi, Span, kain buruk dan botol spray..
Kalau ada semua senang lah nak basuh celah celah enjin yang sempit

Petua nak basuh minyak yang melekit kat enjin:
Ambik minyak diesel, minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke +(campur) sikit serbuk cuci pakaian dan gaulkan... pastu tenyeh dan sental kat tempat minyak melekat tu sampai bersih dengan berus....Tapi lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih...

3) Boleh guna botol spray isi air sabun + (campur) sikit minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke... pastu spraykan kat celah enjin bay.. kalau guna takat guna sabun ajerr susah jugak nak tanggalkan kesan minyak yang melekat... cuma lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih macam aku cakap lahh.
Gosok-gosok pakai kain buruk kat celah-celah dinding enjin bay.. atau kalau stail jenis malas amik kain celup ngan air sabun, lap-lap mana-mana yang patut ajer....

4) Atau boleh ambik berus cat celup air sabun tu kemudian tonyoh la pada bahagian celah enjin bay... kemudian siram dengan air...


5) Boleh gak amik berus gigi , celup ngan air sabun, gosok pada celah dinding atau part-part yang sukar untuk dicuci dalam enjin bay…


6) Kalau susah nak tanggal kotoran tu..boleh sental dengan guna berus pada kawasan degil , lagi satu guna berus periuk tapi jangan sental kuat-kuat sangat nanti calar pulak

7) Kalau boleh basuhan pertama, lalukan dengan air sahaja (nak bagi basah)
basuhan kedua,gunakan span la dengan sabun (sentallah mana-mana bahagian yang kotor) basuhan ketiga,Bilas dengan lalukan dengan air untuk hilangkan sabun...

Perlu di ingat... jangan pancut/ tembak air dari tepi atau berhadapan...
Kalau nak siram hanya sekadar lalukan air dari arah atas ke bawah dengan kadar tekanan air yang agak perlahan...

8) Gunakan air Air Blow Gun Duster ( sembur kat celah celah enjin) untuk mengeringkan air.. Atau kalau tak ada kalau ada kipas berdiri, pasang maksimum, halakan ke enjin…
kaedah ni juga dapat keringkan air dengan cepat, sambil nak tunggu enjin tu kering tu, bolehlah lap bahagian badan kereta, vakum kereta, basuh tayar ke...air pun kering dengan cepat..Kalau tak ada jugak kipas angin… buka luas-luas bonet enjin jemur tengah panas terik…

9)Bila bahagian enjin dah betul-betul kering.
bolehlah spray dengan silikon spray kat bahagian-bahagian tertentu untuk naikkan seri enjin tu...
_______________________________
Kasi bersih..kompom kilat punyee...
Korang tengok agak-agak siapa agaknya yang basuh muka dengan muka bertutup tu? rajin kan dia tu....

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.

32 comments:

  1. kami duk anta kat kedai je suruh cuci ,mmg diorg main sembur je, kereta baru skang ni ada protection kot..hehe
    pasni kena usha dulu betul2 cara bangla tu cuci,kalau tak buat rosak engine je..huhu

    ReplyDelete
  2. pic yg last memang xleh blah.. ahaha

    ReplyDelete
  3. nice tips bro....boleh bomark ni untuk di buat cth bila ada keta nanti..haha...(berangan)..bro..pasal read more tu,ada 4 jenis..jadimungkin bro guna di antara yang tidak bersesuaian dgn template bro nie..sblum nie bro folo tuto dari mana?..kalo dari blog aku tu ada satu aje..yang terbaru punya..tapi rasanya baek bro tukar je template SEO FRIENDLY,kalo bro nak nanti aku bg link template tu..

    ReplyDelete
  4. Thanks bro.. before ni aku cuci kat carwash member jer. tapi dia cuci biasa jer.. skrg baru tau cara2 yang betul nak cuci enjin.. luar buruk takper..dalam biar cantek.. thanks bro...

    ReplyDelete
  5. Oh yer... aper pun aku ucapkan terima kasih sebab jawab soalan aku tu.. dah lama mencari jawapan.. thanks a lot

    ReplyDelete
  6. salu hantar carwash je..bateri kena tutup ke? selalu dorang main sembur je kekekeke..nasib nasib baik selama ni kereta takde masalah.

    ReplyDelete
  7. buat sendiri lagi selamat. kalau rosak, tanggung sendiri. kalau antar kedai, diorang xnak bertanggungjawab..wuu

    ReplyDelete
  8. mmg leceh tapi lbh confident klu wat sendiri la...sgt berguna info ni..thanks bro =)

    ReplyDelete
  9. byk yg baru tau ni . tq 4 sharing :)

    ReplyDelete
  10. lecehnya kalau nak buat sendiri...sy pun hntar kat carwash je cuci enjin..
    ada takde pun..sy lap guna kain lembab kt permukaan enji yg berhabuk... :)

    ReplyDelete
  11. Aisehhh bro...2 entri yg last ni mmg menguji kesabaran arr...den x dapek nk buat sendiri mende2 nih...maleh betoi rasenya...keta pun silap2 2/3 bulan sekali bru basuh....

    ReplyDelete
  12. lecehnya cara nak basuh engine nie...aduh..nampaknya tak terbasuh la engine kereta..huhuhu

    ReplyDelete
  13. info berguna....tq for sharing....:)

    ReplyDelete
  14. hmm macam senang jee.. tapi lom berani la nak basuh enjin..

    ReplyDelete
  15. enjin pon kena cuci gak ke? nanti kalo ada masa boleh la praktis teknik cucian yg betul nie......selama nie ak duk cuci kat luar je, yg dalam tue malas sket coz jarang nak bukak

    ReplyDelete
  16. selalu kedai kereta sendiri yang basuh tak tahu cara yang betul...

    lepas ni boleh cuba sendiri, tak susah kalau tgk ni...hehe.buat belum tentu =)

    ReplyDelete
  17. tak pernah aku cuci enjin kereta
    takut nanti terus tak hidup

    ReplyDelete
  18. aisemen wey. da setahun setengah usia kete aku. aku x penah pun basuh enjin die. aku baru berangan nk cuci kat carwash. ko kate x bole plak kan. xtaw pulak boleh cuci sendiri. tapi mcm rumit je. kang lain plak yg jadik. aku mntak tolong ko cucikan bole? hahah =D

    wey, ade efek x kalau da setahun setengah tu aku x penah cuci?

    ReplyDelete
  19. ok ok aku da jumpa thread ni mmg da kena buat heheheh tq...lepas ni aku cuci enjin kereta sampai kilat ehhehehe

    ReplyDelete
  20. masih tak tahu lagi part mana kena cover dengan plastik tu

    ReplyDelete
  21. nak tanya klau tak siram dgn air boleh tak ..just lap guna kain lepas guna spray atau detergent ..ape kesan klau tak bersihkan guna air selepas dilap permukaan yang berminyak dan gris ..mohon maklumbalas..

    ReplyDelete
  22. Sesapa bole tlg bg cerah ckit tang silicone spray tu nk spray bhgn mana? Belting ke, bateri ke, air filter ke, radiator ke, cover cam ke, mana2?

    ReplyDelete
  23. aku cuci enjin keter sendiri...biasanya sabun/chemical untuk cuci enjin ni ada jual kat hardware...aku rasa lebih puas hati buat sendiri...sbb kita sendiri tentukan tahap bersih yg diinginkan...carwash ni diorg kadang2 buat ala kadar je...tapi proses ni memang makan masa (kalau nak result tip top lah)..

    ReplyDelete
  24. Terima kasih untuk tips² yang berguna tuan. Sekarang saya lebih yakin untuk cuci sendiri

    ReplyDelete
  25. Terima kasih untuk tips² yang berguna tuan. Sekarang saya lebih yakin untuk cuci sendiri

    ReplyDelete
  26. Enjin sbnrya x.bole cuci.. Debu x akan rosakkan enjim tp degreaser dan semburan air yg rosakkan enjin.. Cuba lihat dlm buku manual kreta dorg x ada sebut pn tntg pncucian enjin.. Sebaiknya lap saja..

    ReplyDelete
  27. Body kereta kena minyak tar cmmana tu

    ReplyDelete
  28. Knpe ye myvi dh cuci enjin bila nk lock alrm bunyi..spe thu cre nk bg dia norml..dh xblh lock dh ni...bnyi je tiap kli nk lock...

    ReplyDelete
  29. Thank you so much for sharing all this wonderful information. It is so appreciated.
    Electric Motorcycle

    ReplyDelete