Pages

Thursday, September 29, 2011

Stesen minyak dan Petrol Pilihan Anda !!



Pertanyaan Yang di ajukan..
NICK IRFAN said... btol ke aku dgr org kata contoh kalau keta pakai minyak shell kena pakai minyak shell je xleh guna minya petronas,cartex atau jenama lain nnt kete meragam ni kwn aku yg kata la entah btol ke x? minyak jenama yg mana lg jimat bro?
guest: antara ron 97 dgn ron 95mana lebih baik dan jimat bro?

Jawapan kami..
Thanks pada Nick Irfan dan guest bertanya dan maaf lambat balas.. Rasanya Saya tak berapa sesuai nak dirujuk dan jawab pertanyaan ni... cuma saya bagi pandangan ajer

kalau menurut apa yang kawan ko kata tu
kebenarannyer aku tak berape pasti la... Tapi kalau ikut aku rasanya memang tak bagus kalau selalu tukar jenama minyak nih, sebab memasing ada bahan tambahan additive sendiri . Lagi baik pakai yang sama. untuk ketahanan enjin.

Untuk
pengetahuan semua petrol di malaysia nih adalah jenis yang sama iaitu senang cakap satu tangki Depot (petrol gred C yang diimport dari Asia Barat). sebabnya minyak dari semua Syarikat minyak tak kira lah Shell ke, Mobil ke, esso ke atau yang lain-lain ni datang dari tempat simpanan dan dari satu sumber yang sama dari petronas. Dari Depoh simpanan Kat Serdang ada 1..kat kerteh ada 1..kat klang ada 1..kat perai ada 1, kemudian dari depoh simpanan ini dipindahkan dan seterusnya petrol ini diberi bahan tambahan/formula kandungan additive rahsia kompeni memasing.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Stesen minyak dan Petrol Pilihan Anda !!
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Saya dapati dari satu kajian tentang Stesen minyak dan petrol pilihan pengguna di Malaysia, menunjukkan Petronas dan Shell mendominasi pasaran disini..

Selebihnya pengguna kat Malaysia ada gak yang tidak kisah pun nak guna kan apa-apa jenis.. Asalkan Stesen Pam tu dekat ngan kediaman mereka atau pun faktor perkhidmatan atenden pam tunggu dekat pam tak payah jalan jauh nak pergi bayar kat kauter atau ada kemudahan selesa seperti MC donald, Burger King,KFC, Surau , Tandas yang bersih dan kemudahan mesin ATM


Kalau kita tengok iklan TV pun macam-macam fomula minyak petrol yang dioffer pakai contohnya Petronas-Primax, Shell-Vpower, Caltex-Techron, Esso/Mobil-Synergy, BP-Quantum dan lelain lagi... yang mana satu lebih baik dan yang mana satu lebih jimat tu tak pastilahhh.... tak berani nak kata..

_______________________________
Bolehkah kita berjimat ?
Harga minyak bahan bakar petrol dah banyak kali naik dah sekarang.. Nak turun harga payah dah... Istilah jimat sekarang ni dah bertukar kepada ganjaran apa yang kita dapat masa beli minyak.. Sama ada cash rebate petrol atau tukaran pointer kepada barang aje yang ada sekarang ni... yang pastinya semua syarikat minyak menawarkan ganjaran kepada pengguna melalui Kad-kad Point dan Kreadit kad atau pelbagai strategi perniagaan lain.. Cuma kad kreadit ni Ambik yang baik jerr ek, yang penting sampai stamement, bayar pada ataupun sebelum due date. Jangan sampai makan diri kerana kad kreadit riba ni ..


a) Ada yang kata Shell lagi menjimatkan dari segi mileage lebih kilometer (save up to 1 litre per full tank of 50 litres, or up to 2%) dan sentiasa come out dengan new addetive.. Cuma setahu saya Minyak petrol Shell terbahagi 2 jenis, Kalau nak performance power pakai V POWER tapi tak jimat. Minyak petrol dia mahal harganya. Kalau nak jimat duit pakai REGULAR tapi performance tak power. kalau guna V POWER memanglah terasa hebat sebab ia RON99 berbanding Petronas biasa yang bergred RON97.. kalau shell bleh guna bonus link .. kalau isi minyak sambil tuh kiter dapat bonus selain tu guna bonus link banyak boleh claim point dari banyak tempat. dapat hadiah percuma hasil menggunakan kad ni. nak claim pun senang.. tak banyak songeh.. Lagi satu Shell selalunya ada buat promosi untuk beli kereta mainan Ferrari atau pelbagai barangan menarik yang ditawarkan.. guna kredit kad Citibank Shell..ada discount 5 % rebate petrol setiap kali isian minyak petrol...besar gak discount rebate tu.. tapi tak pasti lahh betul atau tak..



b) Yang Petronas pulak ada package, Cuba guna PRIMAX 3, ada performance power jugak dan jimat dalam satu minyak,. Tapi PRIMAX 3 memanglah tak sepower performance seperti Shell V POWER dan tak jimat duit macam Shell REGULAR. tapi PRIMAX 3 ade kedua-dua kelebihan tu. Petronas milik malaysia jadi cintailah local produk Malaysia. Kalau korang ada PETRONAS MESRA CARD.. Check point dalam kad tu kalau dah beribu-ribu point korang bolehlah tebus dengan barangan di kedai mesra dan boleh gak mengisi minyak dengan kad itu dengan percuma.kalau guna kad kredit petronas maybank ,CIMB Petronas card dan Banyak kad kredit menyediakan rebate petrol 2% Jika anda spend RM 200 untuk minyak sebulan, anda boleh dapat rebate RM 4.. Oh ye ada minyak baru Petronas Primax95 Xtra ada kuasa pecutan dan penjimatan.belum pernah cuba lgi ni...


c) Esso / Mobil - Setiap kali isi minyak di ESSO atau MOBIL berikan kad SMILES DRIVER REWARD untuk penambahan point. Setiap RM1 akan mendapat 1 point... maknanya jika isi minyak RM10 dapat 10 point, isi RM50 dapat 50 point.. Point leh tukar ke minyak,. sebenarnya apa yang ditawarkan oleh ESSO /mobil yang menarik adalah setiap 1000 point kita boleh tebus/redeem RM15.00 minyak kereta.Kalau guna Kad kreadit Visa Public Bank pulak dapat rebate 8%.. entah lahhh tak berapa pasti pulak..



d) Sebenarnya saya sekarang ni guna minyak Caltex.. Kalau guna Caltex TECHRON, bahan additivenya dikatakan boleh bersihkan enjin dan buat proses pembakaran lagi baik. Penggunaan Caltex dengan Techron boleh jimatkan bahan bakar, dan bersihkan enjin dari deposit daki pada enjin.. Setakat mana kebenarannya saya tak pasti cuma pernah dengar citer ni dulu lah ( kes Caltex menang kes mahkamah terhadap satu syarikat minyak lain tapi keputusan mahkamah diminta tidak diheboh pada umum) Tahun lepas saya ingat Caltex ada buat "Pam, Kumpul dan Menang???" isi minyak kat Caltex la. Isi RM30 baru dapat 1 stiker..Then, pelekatkan kat borang khas caltex . Lepas tue bagi penuh, then boleh la tukar barangan kat kedai star mart mana-mana cawangan Caltex.. Sekarang dah tak ada...

e) BHP sekarang ni tak berapa tahu perkembangannya.. Tapi kalau ikutkan petrol BHP lebih bersih kerana formula yg dicampur adalah 2 kali ganda daripada minyak petrol kompeni minyak yang lain. Sekarang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menguasai pemegang saham 70% manakala baki 30% lagi dimiliki oleh anak syarikatnya, Boestead Group. So rasanya sokong dengan mengisi minyak petrol kat situ sekurang-kurangnya masuk kat Tabung Angkatan Tentera kita ..
_______________________________
RON97 lebih baik daripada RON95?
Dulu kita dengar istilah leaded dan unleaded. Tapi lebanyakan petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded).
Kerajaan menggantikannya dengan petrol RON 92 dan RON 97. Namun RON 92 dihentikan penjualannya dan diganti RON 95, sementara RON 97 pula dijadikan petrol gred premium.


- Kalau nak kata RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi bagi saya tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Maknanya kalau Stesen A jual minyak RON 97, Stesen B juga jual minyak RON 97 kat stesen dia tetapi sebenar nilai RON tersebut adalah berbeza dan ia bergantung kepada strategi serta bagaimana sesuatu syarikat tersebut mahu melariskan produk mereka..

-Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. RON-RON ni bergantung juga kepada jenis additive yang di campurkan.Semua Engineer Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil tu bukan kerja disyarikat yang sama.. Jadi maksudnya disini, Kalau sesebuah Syarikat minyak hendak Meng"UpGrade" atau meng"downGrade" kualiti minyak pun mesti tak sama seragam..

-Dari segi perbezaan perfoment,
RON 97 kurang mudah terbakar berbanding RON 95 kerana kadar benzena RON 97 adalah lebih rendah daripada RON 95 sebab mempunyai kandungan octane. Sedangkan RON 95, sangat mudah terbakar kerana mempunyai kandungan benzena . Walaupun octane mudah terbakar namun tidaklah semudah benzena iaitu kadar flash point octane adalah 4.5 darjah celcius, manakala flash point toluene adalah 4 darjah celcius.

Yang buat makan minyak tu boleh dikaitkan dengan berbagai faktor:

1. Cara Korang bawak Kenderaan
2. Keadaan enjin Kenderaan
3. Keadaan semasa Kenderaan
4. Jenis Kereta yang Korang pakai
_______________________________
Adengan Yang tak terfikir plak




Sekadar berkongsi... Wallahualam
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

52 comments:

  1. bro..klu hang...hang pilih minyak mana ?

    ReplyDelete
  2. aku pilih pam minyak yang ada atm dan bersih. hehehe.

    ReplyDelete
  3. senang cakap minyak tetap minyak cuma yang berbezanya jenis kereta dan jenis org yg memandu itu yang ketara berbeza...:)

    ReplyDelete
  4. Betul la cara memandu tu yang bezakan kuantiti minyak.

    Kalu drive tak banyak tekan brek banyaklah boleh jimat minyak. Pakai brek mematikan momentum, jadi membazirlah sebab daya tujah tu tak dimanfaat.

    ReplyDelete
  5. Link menarik bro.

    http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=260188

    ReplyDelete
  6. biasanya kalau untuk jarak jauh macam atas highway, isilah ron97 penuh 1tank.memang jimatlah.

    kalau untuk kegunaan harian dalam bandau, boleh isi ron95.

    kalau untuk bersihkan enjin, pilihlah Caltex sebab apa mereka kata itu betul.sebab tu mereka menang mahkamah.

    nak lagi jimat pakailah beskal hehehe.

    ReplyDelete
  7. Aku suka Caltex...tapi klau tak de aku bubuh Petronas...dan klau emergency lak...aku bubuh je la aper yg ado...janji keto bule jalan...hehehe

    ReplyDelete
  8. sy paling suka petronas .. lengkap mudah dan slesa :D

    ReplyDelete
  9. ooo..ada lain syarikat lain bahan tambahan.. baru aku tahu.. kalau macm tu kena pakai mnyak yg sama je la kan...lagi bagus..

    ReplyDelete
  10. aku mane yg menguntungkan aku g...fokus pasda kualiti minyak..bese shell la

    ReplyDelete
  11. jadi stiap brand ada kelebihan masing-masing.. aku pakai motor je, slalu isi kat petronas or shell..

    ReplyDelete
  12. I pengguna tetap Shell RON95. I bertukar kepada RON95 semenjak kenaikan mendadak harga RON97. Pada awalnya, RON95 memang kurang power. Itu yang membuatkan I mencuba additive AutoMax Fuel Enhancer yang boleh dibeli dari kedai-kedai Cosway. Ternyata powernya menjadi seperti RON97 tapi pada masa yang sama menjimatkan petrol.

    I pernah jugak try petrol jenama lain, tapi I rasa Shell jugak yang terbaik. Caltex pun boleh tahan. Petronas jugak yang kurengggg.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Gambar dulu-dulu #2

    [10SX] Gambar bermacam-macam KOTE!

    [U] Hujung minggu yang terganggu

    ReplyDelete
  13. dah jadi pelanggan setia shell sejak beberapa tahun ni. rasa minyak shell lagi menjimatkan dari petronas.. satu lagi kat kedai shell disediakan sekali atm cimb. jadi senang nak keluarkan duit..

    ReplyDelete
  14. pkai shell...selesa untuk knderaan saya,,,lbih kilometer..:)

    ReplyDelete
  15. aku banyak guna caltex sekarang ni
    mudah dan senang
    dulu2 aku selalu guna petronas

    ReplyDelete
  16. nice entri ni
    tertunggu2 aku nak tau mane stesen minyak yg terbaik
    tp nas selalu guna petronas dan shell
    kalau stesen lain walaupun dekat tapi cm segan nak isi.. sbb xramai org guna

    ReplyDelete
  17. Orang cakap klu isi minyak kat stesen "S" lebih banyak kuantitinya dari isi minyak kat stesen "P" walaupun kita isi minyak dgn harga yg sama cth RM30... tue yg jd lebih kilometer!

    Sebab ada yg pernah cuba kesahihannya dengan mengisi minyak kedlm 2 botol yg sama isipadu dan bentuk tapi kuantiti isipadunya tak sama untuk ke22 stesen...

    Stesen "P" banyak angin jerk kuar dari stesen "S"... betul ker tak wallahualam!

    ReplyDelete
  18. kalau prince lbh suke shell..tapi kdg2 main bubuh jgk mane2 klu terdesak..

    klu nk jimaat cara kite gune kenderaan tu mesti dijaga..

    ReplyDelete
  19. wah! thnkz bro mmg entry ni aku tunggu2 sbb ramai kwn2 aku buat andaian mcm2 aku pun xthu sbb tu aku tanya ko... thnkz la thu jgk aku sedikit sebyk tentang minyak ni...

    ReplyDelete
  20. ha! lagi 1 xthu la ko dh buat ke x entry psl ezsos?? sbb aku nk thu jgk member yg kata la aku bab2 kete ni xthu sgt... member aku kata kalau exsos pakai besar? minyak pakai byk? btol ke? kalau exzoz kecik minyak jimat? hahaha aku pun x pasti betol ke mitos ni..

    ReplyDelete
  21. oh..kiranya syarikat2 petrol ni macam restoran2 yg jual makanan yg sama...tiap restoran pasti ada specialitynya tuk bersaing & tarik pelanggan... :)

    sy....pengguna setia Petronas.. :)

    ReplyDelete
  22. kalau aku, paling terbaik isi kat shell..minyak banyak tul..hehehehe

    ReplyDelete
  23. bro,sy pilih petronas bro coz ada bank cimb biasanya..eheh snng nak amik duit,tempat dia pun tak kotor sangat dan selesa..hehee

    ReplyDelete
  24. BP sangat sikit isi minyak..tak sampai jauh perjalanan dah abis.. Petronas pulak selalu guna..tapi sama gak cepat habis.. dan saya rasa Shell lagi bagus kot..sebab dapat bertahan lama..memang terbukti shell punya iklan lebik 1 liter tambahan

    ReplyDelete
  25. aku rasa kalau isi shell , lagi lama pula tahan nya dari isi petronas .

    ReplyDelete
  26. ala maybe lory shell tu dh nk kehabisan myk kot.. then stesen terdekat, petronas.. sebab tu jd cm tu.. betul x? hahaha.. saya pun isi myk shell sekarang ni.. lau isi minyak petronas terasa sangat mkn minyak.. hu3..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  27. ala maybe lory shell tu dh nk kehabisan myk kot.. then stesen terdekat, petronas.. sebab tu jd cm tu.. betul x? hahaha.. saya pun isi myk shell sekarang ni.. lau isi minyak petronas terasa sangat mkn minyak.. hu3..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum.
    Setakat ini saya isi minyak ikut kesempatan. Selalu juga campur antara shell dan petronas. Setakat ini tak ada masalah enjin.

    Info menarik. TQ

    ReplyDelete
  29. ada yg ckp caltex terbaik.. techron

    ada plak yg ckp shell jimat.. lebih km

    ada gak yg tak suka petronas.. sbb myk kurang power katanya. enjin selalu knocking..

    yg ron95 la.. kalau ron97 takde masalah.. memang power tp harga plak mahal..

    korang pilih la sendiri nak jimat ke atau kepuasan memandu..

    ReplyDelete
  30. kebetulan bro,
    aku pun mmg tgh guna caltex
    sbb compare ngan petronas
    aku nmpk ada beza gak laa
    drpd segi mileage <-- xcaya tanya aku

    ReplyDelete
  31. rasa macam isi guna minyak shell lagi jimat lak dari petronas.. hehe.. pernah dengar buraqoil? 1st time tengok masa singgah langkawi..

    ReplyDelete
  32. kami bagi advise pada penguna lebih elok guna shell dari petronas..
    ada formula yang berbeza dan kualiti yang berbeza antara kedua2 ini..
    berdasarkan pengalaman bekerja di pelantar minyak dan seangkatannya..

    ReplyDelete
  33. Emmm... Dulu-dulu memang ada terasa perbezaan kualiti antara stesen minyak ni. Dulu boleh dikatakan Esso/Shell/Caltex antara terbaik minyaknya dan penjimatan. Petronas agak kureng kualiti.

    Tapi sekarang, semua hampir sama jek. Rasa sama jek. Petronas pun sekarang dah meningkat kualiti. Kurang knocking dan jimat.

    Tapi yang begitu terasa beza kualiti adalah minyak enjin/EO. Huhu.. Lain jenis, lain jenama, lain gred kita dapat rasa.

    ReplyDelete
  34. aku guna SHELL sebab..? terpengaruh dgn citer kwn2 dan iklan.hahahaha

    aku xguna PETRONAS sbb kuat sgt mkn minyak.

    aku pernah guna CALTEX sbb lebih jimat

    ReplyDelete
  35. ada cara yg lebih mudah bagi membantu dlm penjimatan penggunaan PETROL @ DIESEL. maklumat lanjut sila layari :- www.VGlobalBiz.net/VIP565

    Maklumat juga boleh diperolehi di :- http://www.facebook.com/groups/mfarish565/

    ReplyDelete
  36. Sejak mula dpt kereta wira sy pada 2004 hingga 2010 sy guna petronas enjin sy asyik bermasalah je.brp kali saya tukar ekzos sbb tabung asyik bocor. Selepas sy guna shell semua jd smooth je. Dah takde masalah pape lg. Kalau rm60 tu dr kl sampai ke ayer hitam lepas tanpa isi dan ada baki satu takuk lg.kalau hiway tu biase ler 140km/j.nak ke johor bukan dkt hehe. Itu pengalaman saya menggunakan kedua dua minyak ni la.

    ReplyDelete
  37. bagi aku pilih caltex sebab dekat dgn rumah aku hehe

    ReplyDelete
  38. aku pakai petron....yg dulu dikenali sebagai esso...terbaik untuk mitsubishi

    ReplyDelete
  39. Ha..da pilih ka stesen petrol anda??

    Sy pilih petronas sbb toilet dier okeh dari stesen lain..teetttt..

    Sila la jwb survey nie juga yea
    http://nurmawarku.sharethisstory.net/my-1008270-7422

    ReplyDelete
  40. BOLEH KE BEKAS MINYAK ENJIN MOTOR DIGUNAKAN UNTUK ISI PETROL?

    *SEKADAR AMBIL TAHU

    ReplyDelete
  41. Nk tanya bleh x bayar bil redone

    ReplyDelete
  42. Saya beli minyak Petronas dan BHP..klu emergency baru carik yg lain.. BMF lerr.. Hehe

    ReplyDelete
  43. Saya dari awal beli kereta motor smpi sekarang SHELL je macam bawa ferari😁

    ReplyDelete