Pages

Thursday, December 22, 2011

Tip Alignment dan balancing tayar kereta


Pertanyaan yang diajukan..
Zack bro hari tu aku nk buat algment kat
kereta aku, pormen tu kata skru camber kena tukar . apa beza alignment..balancing dgn adjust chamber?
Jawapan kami..
Thanks pada zack bertanya.. maaf agak lambat balas.. Sebenarnya saya bukan pomen kedai tayar... jadi sebenarnya saya tak berapa tau pun pasal alignment tayar ni pun.. tapi saya bagi sikit info untuk pengetahuan bersama...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Aligment & Balancing Tayar Kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Buat alignment Tayar
Alignment ni istilah teknikalnya...car/handling/suspension geometry setting.
dimana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Kalau allignment lari,buat lah balik allignment . Cuma allignment ni bergantung pada steering rack. Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________
TOE-in TOE- out
Alignment juga kita sebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang.. tapi axle belakang tu tidak lah semua model boleh adjust bergantung kepada sistem suspensinya
TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ni ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang kedalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar) ini kalau kita tengok dari hadapan kereta lah...Biasanya adjust TOE harganya lingkungan RM15 ke RM25 saja

_______________________________
Caster Dan Camber

1)CASTER= yang pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepas tu dia adjust nut untuk bagi selaras balik.Tapi bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah


_______________________________
2) CAMBER= pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dipandang dari depan samaada dengan menambah screw camber yang boleh adjust.. kalau tengok tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu. Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. Biasanya adjust CAMBER ni lebih kurang dalam RM15 ke RM20 pertayar

_______________________________
Tanda-tanda CAMBER ada kemungkinan lari
1) mungkin camber lari semasa langgar lubang yang kuat
2) Kalau nampak tepi tayar tu dah berbulu je. ( tayar dah makan sebelah )
3) Cuba try pusing steering kekiri dan kekanan semasa kereta kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering dah senget sebelah ajerr
Pergi hantar check kat kedai tayar la jawabnya.



Selalunya kereta standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam tu. manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber
_______________________________
Perbezaan antara camber screw biasa dengan adjustable camber

A) kalau kereta kita dah buat lowered kasi rendah, ada pakai spring sport, absorber sport yang tapak rendah, atau spring potong atau sport rim besar ... kedai tayar selalunya akan advice menukar camber screw asal standard -0.5 degree itu kepada adjustable camber -1.5 degree.. Hah adjustable camber -1.5 degree ni mahal sikit harganya sebatang RM 15-25... kadang kala kedai tayar ni sembelih harga mahal.. Itu baru harga bolt, belum masuk upah tau ..
Selalunya pekerja kedai tayar akan cakap kat kita “ Hallo bos. camber sudah lari, mau setting kasi betol balik. satu tayar RM 25 linggit ooo...”


B) Kalau Kereta Standart tak ada lowered-lowered tak pernah tukar absorber selain absorber standard, spring pun standart kilang punya pakai camber screw biasa-biasa ajer (-0.05 degree ) tak perlulah pakai yang jenis adjustable chamber (-1.5 degree punya ) suruh ajer kedai tayar tengok keadaan senget tu macam mana.. negative or positive kemudian buat correction screw camber asal, kasi straight balik.. bleh la pakai...

Cuba minta orang kedai tayar yang sedang buat alignment jelaskan (explain) apa maksud gambarajah dan angka-angka di skrin komputer wheel alignment tersebut. Tanya mekanik tu dulu maybe ada sebab lain kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-Tayar botak tak sekata ke ? atau
-Jalan kena selalu pegang steering ke? atau
-Memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
Hah ... Selalu kita serah bulat-bulat kat kedai tayar... mana lah kita tak kena sembelih harga... tak tau pun apa sebab yang dibuat alignment tu...



_______________________________
Bacaan berdasarkan reading kat skrin komputer wheel alignment tersebut

A) unit ukuran TOE biasanya dalam mm.
ada juga yang guna degree.
TOE 0 mm bermaksud tayar tegak lurus ke arah depan.
TOE +5mm bermaksud tayar terkangkang keluar sebanyak 5mm dari hub.
TOE -5mm bermaksud tayar terkangkang masuk sebanyak 5mm dari hub.

B) unit ukuran CAMBER adalah degree.
CAMBER 0 degree bermaksud tayar tegak ke atas.
CAMBER -1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar masuk ke dalam sebanyak 1 degree.
CAMBER +1.0 degree bermaksud bahagian atas tayar keluar ke luar sebanyak 1 degree.

Ini cuma agak-agak ajer (kalau salah tolong bagi tau yerr) Tengok computer screen tu contohnya.. kiraan nya tayar kiri atau kanan kalau boleh mesti sama condong.. Tapi payah nak dapat.. sebabnya tayar kita tu memang dah makan sebelah... tu yang payah nak dapat perfect

A) kalau duduk dalam petak hijau contohnya .. selalu nya antara tolerence +0.1 hingga ke -1.5 degree masih kira ok lagi lah...tapi kalau kanan condong sangat(-ne) dan terkankang dari kiri.. steering akan berat sebelah.. kalau lepas stering kereta akan kekiri.. dan sebaliknya..

B) kalau duduk dalam petak merah contohnya.. camber kereta tersebut memang sudah lari, masuk ke dalam ruangan "merah" di luar toleransi camber yang dibenarkan. tentukan perbezaan antara kiri kanan tak lebih dari 0.5 kira masih ok lah tuu..
Kadang kala walau pun merah pun tayar kiri lebih sikit tak apa tak menjejaskan dan memberi effect sangat pada tayar, tapi tentukan every 10,000km rotate tayar..
_______________________________
Buat balancing tayar
Balancing pula imbangan tayar beserta rim. ini nak make sure putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar).Kalau rim keluar kilang memang ok...cuma tayar ada tolerance pembuatan. so, kena buat balancing. Over the time pun kena buat juga sebab tayar dah lusuh...luar dan dalam tak sama kadar hausnya. Balancing tayar ni disarankan setiap enam bulan.

Kalau masa bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing mungkin sebab tayar kita berpusing tak seragam atau tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
Ok pasal steering gegar ada satu masalah lagi yang mungkin berkaitan iaitu ada kemungkinan sport rim dah bengkok..

Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

Hantar ke bengkel engineering. (biasanya diorang boleh buat). Ia mengambil masa lebih kurang 1/2 hari utk disiapkan bergantung pada bengkel. Diorang akan bakar sportrim tu kalau bengkok teruk sangat untuk bulatkan balik. So,stanby je la kalau warna pada sportrim tu akan hilang sebab diorang bakar. Kalau tak berapa teruk,diorang akan ketuk je dan lay sedikit pada bahagian yang berbonjol. Tapi hasilnya tak la perfect macam beli sportrim baru. Cuma sedap la sikit kalau nak pakai. . Kos lebih kurang RM50-RM100 bergantung pada bengkel.
_______________________________
PESANAN KAMI..

Cuba bayangkan kereta, apabila tak pernah nak buat alignment, camber lari habis, Mungkin risikonya lebih besar lagi nanti… So janganlah kita suka ambil ringan ...kalau tayar dah terkelepet atau terkepak terkeluar macam kat gambar atas tu... pulak tu masa drive kereta laju... Boleh accident tau..

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

90 comments:

  1. selalu suh kedai buat je semua..aku pakai absorber dengan spring sport..tapi tak pernahpun tukar adjustable camber...kena tukar ke?

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak buat alignment + balancing. Dah masanya nak buat nih sebab kalau jalan tak pegang stereng kereta akan membelok. Thanx for reminding bro! :-)


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Makan taik

    [U] Deretan rumah kedai yang paling hodoh di Malaysia!

    [U] Video khas ulangtahun ke-18 Tragedi Highland Towers

    ReplyDelete
  3. Huu hari tu lepas kereta aku excident alignment lari giler b***...seb baik member yang pinjam kete tu dah g wat alignment balik..bagus r blog ni..

    ReplyDelete
  4. bnyak benda lagi sy tak tau pasal keta ni bro..

    #malu bertanya sesat jalan..

    ReplyDelete
  5. aku baru je ejas sumer ni minggu lepas...rabak gak la dlm 2 rats kesemuanya...sebijik nut kene tuka...ok la tue...hehehe

    ReplyDelete
  6. huhu aku akan aligment n balancing tayar kereta family aku sekali mase tukar minyak hitam. takot pape jadi kan. hehe, tapi sayang. gua belom ade kereta.

    ReplyDelete
  7. awal bulan ari tu, beli tayar baru untuk ganti tayar kereta depan yg dah botak. tukar sekali dengan chamber screw rm300 jugak la kena~ sobsob

    ReplyDelete
  8. terbaikk bro! keep on writing :)

    ReplyDelete
  9. salam.

    Kalau kereta dalam kelajuan 80km bergegar kemudian dalam kelajuan 100km kembali normal.masalah balancing juga ke.

    ReplyDelete
  10. dah buat alignment dan balancing,tapi kereta tetap tak jln lurus,still membelok ke kiri...kenapa haa????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timbang punya camber...alat yg mcm penimbang air tu

      Delete
    2. aku kena cmni, anto alaigment terus ok smpai skrng.

      Delete
  11. Kalo nak tau rim yg bengkok tu kedai rim akan cek mcmana ek..sebb sy xpasti rim yg mana yg bengkok..dpn atau blakang...kete gegar kalo bawa lebih 110..bhg depan rim ke bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. anto balancing 4 rim tyr baru tau

      Delete
    2. Kalau tyr bengkak bole jd ke. Ke mounting engine? Bwk 110kmj stering jd lari

      Delete
  12. kalau masa brek rasa bergegar..apa yang tak kena?

    ReplyDelete
    Replies
    1. check breakdisk, breakpad klu nipis, absorber bust

      Delete
  13. brake tapi rasa gegar tu bermakna brake dics anda bengkok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perdana v6 pakai adjustable,tayar belakang tak dpt tegak.perlu press ke? Penat kocek nk tukar tayar..

      Delete
    2. kalau perdana v6 pakai adjustable,tayar belakang tak dpt tegak.perlu press ke? Penat kocek nk tukar tayar..

      Delete
  14. perdana kalau pakai adjustable mmg tayar blkg xdpt tegak ke? Perlu ke press? Dan selepas alignment pun tayar ttp mkn sblh..koyak kocek kawan..

    ReplyDelete
  15. Sy bru tkar adjustable hi/lo absorber brand wings (bagus ke?). Baru 2 ari pakai. Adjust paling tgi yg boleh sebab dh rndah skit dr standart spring dia. Absrber keras skit la. Just nk tnya utk rendah depan & blakang kena same ke atau blakang kasi lowered skit utk sedap lg? Pakai myvi 1.3 , 2006 edition. TQ

    ReplyDelete
  16. Nak tanye bro, klo kereta jalan ditempat xrata dia bunyi kasar di bhgn tgh. Ape puncenye eh? bile belok kiri/kanan atau jalan rata ok je..

    ReplyDelete
  17. Hai..saya nk tanya..saya baru beli kereta honda civic tp aritu saya ade pegi buat alignmet then org kedai 2 ckp x ada chamber..jd sya nk tau ada effect ke kalau x pakai chamber??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kereta honda chamber dia lain,kita kna jek upper arm n nuckle...sbb kete honda xde skru chamber....

      Delete
    2. Honda klau lower kne pkai adjustble upper arm bru bleh adjust..klau press tkut x tahan lame..

      Delete
  18. Hahahaha
    Die xjawab... tuan tanah! Mane tuan tanah!
    Bgos blog hg nih!
    Mgkin anda da xtgk da blg nih, tp jasa anda akan dihargai wahai tuan tanah!

    ReplyDelete
  19. Hahahaha
    Die xjawab... tuan tanah! Mane tuan tanah!
    Bgos blog hg nih!
    Mgkin anda da xtgk da blg nih, tp jasa anda akan dihargai wahai tuan tanah!

    ReplyDelete
  20. salam bos...pa mslh klu keta jln lurus tp body kereta nmpak senget...ibarat mcm ketam la...adkh chamber?toe?or perlu alligment...axle dh -ve 5....tlg mnta pnjlsn...

    ReplyDelete
  21. salam bos...pa mslh klu keta jln lurus tp body kereta nmpak senget...ibarat mcm ketam la...adkh chamber?toe?or perlu alligment...axle dh -ve 5....tlg mnta pnjlsn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sm kereta sy pun mcm tu..dh tukar excel blakang,agliment pun sudah

      Delete
  22. Salam, saya mggunakan kereta Unser tayar belakang kiri makan luar & tayar belakang kanan makan dalam so akibat kerosakan teruk saya terpaksa tukar 2 tayar baru. Foreman cakap sbab tayar kiri angin kurang dan tayar belakang fix tak boleh adjust chamber kecuali tukar bush pada rod spring belakang. Sebelum ini saya rasa ada foremen pernah adjust chamber belakang. Boleh tolong explain. T.Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. chck absorber bost tidak mounting absorber sdah makan..

      Delete
  23. klu tayar depan lebih lebar dari tayar belakang ada effect tak? tayar lebar tu plak lebih besar dari rim.. kenapa?

    ReplyDelete
  24. assalam..nak tanyer..saya ade masalah steering..bile belok kekiri steering rase ringan dr ke kanan..dan steering balas x cantik bile sy belok kekiri..dan steering perlu dipegang setiap mase nak pastikan kenderaan bergerak lurus..agk susah bile bawa di lebuh raya..lenguh tangan..dah tiga kali buat aligntment..masalah masih x selesai..mohon feedback

    ReplyDelete
  25. pg td bru tukar chamber+aligment drive shaft boot+gear oil gn skali upah pomen .hbs la dlm rm200

    ReplyDelete
  26. Hi semua aku yazir dr johor and nak tanya pendapat korang....
    Aku pakai kereta honda accord SDA 2.0 tahun 2004. Aku gi buat alignment mcm biasa, tauke kedai bgtau chamber angle tayar depan sebelah kanan reading nye +0.8. Normal reading tok kereta honda -0.8. Dia kata upper arm depan kena tukar. So was2x ngan dia, aku terus gi honda SC and suruh dia org buat inspection. Ape yg aku dpt tahu.....absorber dpn dah start leaking, upper arm rosak ngan lower arm bush depan ' kiri kanan ' kena tukar.. so aku pun gi spare part beli semua barang nie and da tukar skali. Lps tu aku gi buat alignment balik.....chamber angle tayar dpn masih x ok!!!!
    Ape masalah kereta aku ek???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko g cr kedai yg bleh adjust chamber...

      Delete
    2. Utk keta yg gne upper arm..klau keta 2 dh kasi lower..lebih baik pkai adjustble upper arm..adjustble upper arm ni utk kasi adjust chamber..klau yg standard punye xleh adjust..

      Delete
  27. Hi semua aku yazir dr johor and nak tanya pendapat korang....
    Aku pakai kereta honda accord SDA 2.0 tahun 2004. Aku gi buat alignment mcm biasa, tauke kedai bgtau chamber angle tayar depan sebelah kanan reading nye +0.8. Normal reading tok kereta honda -0.8. Dia kata upper arm depan kena tukar. So was2x ngan dia, aku terus gi honda SC and suruh dia org buat inspection. Ape yg aku dpt tahu.....absorber dpn dah start leaking, upper arm rosak ngan lower arm bush depan ' kiri kanan ' kena tukar.. so aku pun gi spare part beli semua barang nie and da tukar skali. Lps tu aku gi buat alignment balik.....chamber angle tayar dpn masih x ok!!!!
    Ape masalah kereta aku ek???

    ReplyDelete
  28. salam,mcmana nak setlekan tayar viva belakang makang sebelah?

    ReplyDelete
  29. Salam...klu myvi tukar sport rim 15 8jj...yg lain semua standart...perlu ke tukar skru chambers...???

    ReplyDelete
  30. Salam.smlm sy tkar tyr 2 biji.then pomen tu ckp kne tkar chamber nut.actually perlu ke x ea

    ReplyDelete
    Replies
    1. krna tukar klu skru chmaber dh haus atau bengkok....kebanyaknnye skru chamber bengkok...

      Delete
  31. Terima kasih admin semoga usaha anda diberkati allah....amin.

    ReplyDelete
  32. salam td ak g kdai tyr tuk aligmnt..tyr kete ak sbln lalu baru tkr 4bji tyr..mse tkr tu x bt aligmnt sbb kdai tyr tu xde aligmnt system kt sne..so pg td bru bt aligmnt...lps aligmnt ak test drive blk uma...tp steering ttp gk membelok ble kt lepas steering..so ak nlk kdai tyr tu bgtau problem nlum settle..so pomen cek2 pastu gtaw bungaa tyr x sme tebal...mcm mne ble jd mcm tu sdg kn tyr ak 4 bji ak tkr mse yg sme.. klu cmni mslh pomen x professional atau mslh kete ak ?

    ReplyDelete
  33. Tak payah adjust..jangan kena tipu dengan mereka. Kecuali kau nampak tayar kau senget macam nak patah tu..boleh lah buat. Aku dah banyak kali kena tipu dari kereta kancil, Citra dan sekarang Grandis. Masa pakai Citra, selalu kena adjust chamber padahal tak perlu pun. Jangan bazir duit anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer betul.. Manjang suh tuka chamber. Mentang2 kt ni perempuan

      Delete
  34. Hi, sy mulanya nak adjust alignment je kat kedai KB TYRE & Air Cond Services (SA0271409K) NO. 23, PUSAT PERDAGANGAN SURI PUTERI, PERSIARAN JUBLI PERAK, SEC 20 SHAH ALAM. tapi bila check tgk dia cakap CAMBER lari kena tukar CAMBER BOLT kiranya dalam sebiji RM35 jugak. kalau tak tukar CAMBER BOLT tu kemungkinan tak dapat nak adjust camber dengan betul. Tapi bila dia bukak CAMBER BOLT asal pnya kereta tu tgk mcm ok je xda bengkok apa pun.kalau bengkok pon xnampak dengan mata kasar maybe dalam berapa micron je. Betul ke kereta sport rim standard baru guna setahun atau memang diorang nak untung lebih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya klau tukar skru adjustble chamber ni utk keta yg dh kasi lower je..spe2 yg ada niat nk lower kn keta 2..gne la adjustble chamber..

      Delete
  35. salam, kereta saya sekarang sterengnya sudah tak kembali straight selepas membelok dan terasa berat semasa dipusing. saya baru tukar drive shaft, lower arm & steering rack. apa puncanya? adakah disebabkan installation yg tak betul atau ada part yg rosak? saya pakai kancil, tiada power steering.

    ReplyDelete
  36. Assalam...blh tak bgtau saya harga balancing 4 biji tayar dan alligment sekali?Alligment tayar depan saja ke atau dpn blkg?sebelum ni sy dh buat alligment. (P/Persona thn 2012...first time 2 thn pakai keta,kena tkr camber...betul ke?dh tu...dlm sminggu aje..ok..jadi smula..ok Bos tQ..asdalam.

    ReplyDelete
  37. salam nak tanya kereta persona pakai 10 bln bila bawa ada bunyi dup dup dup kat depan .apakah masalah nya proton cek kata tayar bunga tiada.tapi kedai tayar kata lower arm tolong saya

    ReplyDelete
  38. salam nak tanya kereta persona pakai 10 bln bila bawa ada bunyi dup dup dup kat depan .apakah masalah nya proton cek kata tayar bunga tiada.tapi kedai tayar kata lower arm tolong saya

    ReplyDelete
  39. Informasi yang sangat berguna...thanx a lot bro...

    ReplyDelete
  40. Salam tuan, saya baru tukar steering rack dan absorber depan kereta kancil dan terus buat alignment. masalahnya bila saya pandu laju terasa kereta terhuyung hayang ke kiri kanan. Apa masalah tu tuan.

    ReplyDelete
  41. Norazman. Sila periksa peha kereta anda. Mungkin ball joint dah rosak atau nut tak ikat.

    ReplyDelete
  42. Norazman. Sila periksa peha kereta anda. Mungkin ball joint dah rosak atau nut tak ikat.

    ReplyDelete
  43. Salam. Nak tye. Keta kancil kalau below kekiri keta akan membuang ke Kiri. Sama dgn kanan. Cuma kanan xteruk sgt. Masjid sy. Bil corner Kiri tpi corner sikit je tpi keta akan oergi sedara mngejut smpai msuk link sembelih. Ap masalah yer. Tq

    ReplyDelete
  44. Bro I nak Tanya sikit.. I Punya tayar depan haritu baru tukar suspension absober.. sekarang tengok roda tu macam kedepan belok boleh gesel bumper.. apa agak2nya.. dah keluar bnyk duit tp yak leh settle...pening..

    ReplyDelete
  45. Bro I nak Tanya sikit.. I Punya tayar depan haritu baru tukar suspension absober.. sekarang tengok roda tu macam kedepan belok boleh gesel bumper.. apa agak2nya.. dah keluar bnyk duit tp yak leh settle...pening..

    ReplyDelete
  46. salam bro... nak tanya skit... kalau lepas tukaq absorber link belakang kena buat balik x alignment...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wssalam..ya..
      kena buat alignment balek.

      Delete
  47. Sy bru pakai alza setahun.. tayar makan dalam.. dah tukar tayar 4bji dh allgmrnt masih lari belah kiri.. ape masalah nya tu..

    ReplyDelete
  48. Salam.knpa tayar blkg innova saya bhgian dlm terkopak luar haus angin cukup.tk

    ReplyDelete
  49. Assalam. Saya pakai estima. Masalahnya, tayar depan makan sebelah luar. Apa puncanya.

    ReplyDelete
  50. selapas kedai tayar menukar skru camber... break jadi berbunyi... apa masalah nye ye??

    ReplyDelete
  51. Wahai tuan tanah...kalau steering jadi kosong lepas 2 kereta jadi lari2...sebab ini jugak ke

    ReplyDelete
  52. thanks atas penjelasan. bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa kos repair engin honda wave yg jammed? Bantuan segera

      Delete
  53. Tuan, sy Ade tukar skru camber di kedai, kna hrga rm70 utk satu tayar..2 tayar sy kna rm140 n termasuk alignment total rm165..Blh sy Thu, sy da kna tipu dekat kedai tu ke?😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tadi baru tukar tayar baru, dan masa nak buat alignment, dia suggest tukar screw camber , harga satu screw termasuk upah rm50/sebatang

      Delete
  54. Best la tips kat sini...tuan baru ni saya upgrade rim dr 16 ke 17"...on da way blik ke tmpat kerja...bla drive +110 bgegar stering n body kereta skali sbb apa yek...

    ReplyDelete
  55. Salam...Sy bru tukar tayar hadapan 2 biji..siap buat aligment dan balancing lepas tu bila bawak bunyi mcm lalu kawasan tk rata tp stering tk brgegar knp ye ke faktor tayar baru...

    ReplyDelete
  56. salam...sy baru saja tukar tie rod in pda kreta kancil sy..lepas tu htr buat alignment...lepas alignment tu bila bawak kreta rasa mcm stering lembut sgt...lalu jln x rata stering membuang seolah2 terkehel...apa masalahnya,tayar pun haus sbelah dalam...sebalah kanan saja...

    ReplyDelete
  57. Kedai tayar semua tak sama harga dan tak sama cakap . Klu blh semua nk tipu duit . Scraw chamber rm50 sebiji . Lpstu ini tak ok la itu tak ok la . Dah fedup la . Taktau mana 1 nak percaya .

    ReplyDelete
  58. Nak tnya.. Saya pkai myvi se.. Bru lps aligmnt n tukar nut chmber smua.. Bila naik 140 stering mcm awan awangan.. Knpe ek

    ReplyDelete
  59. Hi sye nak Tanya, saya da tukar tayar baru sport rim baru, adjustable baru, lower arm baru. Tapi bila berjalan stering masih lari ke kiri. Ape masalah ye ye?

    ReplyDelete
  60. Hi saya nak tanya, saya pakai myvi 2109. Semalam buat alignment, sebelum ni setting tayar depan dua2 1.5. Semalam dia cakap, sepatutnya satu tayar 0.5 dan lagi satu 1.5, betul ke ni?

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum..Sya nak tanya kalau buat alignment kereta kancil berapa harga ?

    ReplyDelete
  62. mantap blog ni tapi nampak mcm lama tak update

    Suria Cinta

    ReplyDelete
  63. assalammualaikum..nk tanya. hri tu sya buat alignment bila saya bwa kereta rpm jadi berat...

    ReplyDelete
  64. Yq atas sharing.
    Hal alligment.
    Masa drive sorang ok jer.bila ada penumpang kiri.
    Stering mula tarik ke kiri.
    Alligment dah buat.tapi belom solve

    ReplyDelete