Pertanyaan yang diajukan..
nabilah_2908 said...hmm..kt sini pun risiko banjir...kalau bencana alam ni..tak boleh claim insurans kan..?
Jawapan Kami..
Thanks pada nabilah bertanya.. Cuma saya ni bukan penjual insurans kereta tapi ada sedikit info berkenaan jawapan tersebut secara ringkas macam kat bawah ni..▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Claim Insurans Kenderaan Akibat Bencana Alam
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tengok ajer kat surat khabar atau berita TV ada macam-macam cerita tentang bencana alam yang sering berlaku kebelakangan ini.. Ramai selalu tertanya-tanya sama ada kita boleh membuat tuntutan insurans kenderaan bagi kerosakan yang diakibatkan kuasa bencana alam.. *Maksud senang faham kuasa bencana alam ni macam banjir, taufan, hurikan, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, gelinciran, tanah, penurunan atau penenggelaman tanah atau gegaran semulajadi
a) Ok back to point, Kalau nak di ikutkan polisi insurans kereta komprehensif yang kita ada ni hanya memberikan pampasan bagi musibah seperti kerosakan atau kehilangan kenderaan akibat kemalangan, kebakaran mahupun kecurian ajerr.
b) Tetapi kerosakan akibat banjir atau apa-apa rentetan daripada banjir dianggap sebagai bencana alam dan kerosakan kenderaan akibatnya disenaraikan sebagai risiko yang TIDAK dilindungi oleh polisi insurans kenderaan. Senang cakap, syarikat insurans tidak akan melayan tuntutan kerosakan disebabkan bencana alam
Antara kerosakan atau kehilangan akibat banjir yang tidak dilindungi ialah:
-kerosakan terhadap kenderaan yang ditenggelami banjir
-kehilangan kenderaan akibat hanyut semasa banjir
-kebakaran dan letupan kenderaan akibat dimasuki air banjir
-kemalangan terhadap kenderaan dengan objek yang dihanyutkan air banjir atau dihempap batang pokok
Selain banjir, bencana alam lain yang tidak dilindungi termasuklah:
- Situasi rentetan daripadanya seperti ombak besar/tsunami, taufan, gempa bumi, ribut kencang, letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau gelinciran tanah
- Rentetannya seperti letupan atau kebakaran kenderaan akibat sebarang jenis bencana alam
- Rentetan akibat kerosakan akibat kenderaan dipanah petir semasa ribut.
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Premium Insurans Tambahan Bencana Alam
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Walau bagaimana pun ada sesetengah polisi insurans sedia ada memberikan opsyen atau di extend untuk cover dan melindungi kerosakan yang berpunca dari kesan bencana alam ni. So benda ni kena tanya insurans kenderaan kita ada tak tambahan polisi untuk bencana alam ni... So kena beli perlindungan tambahan ini
Cuma saya tak pasti berapa jumlah caj premium tambahan tersebut... Sebabnya ada polisi insurans mengenakan bayaran 0.3% dan ada yang caj 0.5% daripada jumlah yang diinsuranskan.
Sebagai contoh,
a)Kalau harga bayaran caj cuma 0.3% dari nilai semasa kereta.
Sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyakRM60,000 cuma kena bayar RM180.
b)Kalau harga bayaran caj cuma 0.5% dari nilai semasa kereta.
Sekiranya kenderaan diinsuranskan sebanyak RM50,000, premium tambahan dikenakan sebanyak RM250.
*Nampak agak mahal, tapi bila terjadi musibah, maka duit kita juga yang selamat.
*Kita boleh membelinya semasa renewal insurans, kalau tak silap saya antara antaranya Easy-Insurans Kasih Motor, SEA insurans, Etiqa, Takaful ada buat Premium Tambahan Bencana Alam ni
______________________________
Pesanan kami
Apa jua musibah datang secara tiba-tiba, kita akan menjadi panik dan buntu memikirkan apa yang harus dilakukan seterusnya. Semoga Allah melindungi kita semua dari malapetaka dan bencana...amin...
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau
saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode
akan datang di ruang Comment
harap dijauhkan la bencana2 alam nih kan...
ReplyDeletemajotiti pengguna kenderaan tahu ttg perkara ini, bagaimanapun penjelasan mengenai tuntutan akibat dr bencana alam yg bro buat sgt2 membantu segelintir org ramai yg masih belum tahu mengenainya...thx bro...
ReplyDeleteperghh kalau tkde leh claim,alamat tercabut rambut kepala ni..ehehee
ReplyDeleteselalunya orang jarang ambik insurans bencana ni.sebabnya mereka anggap mereka takkan kena.
ReplyDeletebaru aku tahu
ReplyDeleteada insurans tambahan rupanya
tapi elok juga kalau diambil sama
I see... tapi biasanya agen insurans tak tanya kita sama ada kita nak tambah perlindungan untuk bencana alam. Diorang cuma tanya sama ada nak cover windshield atau tidak jer. Mungkin sebab daripada pengalaman diorang, jarang ada orang yang nak tambah coverage untuk bencana alam sebab bencana alam kat negara kita agak moderate, tak seperti yang berlaku kepada negara-negara jiran kita...
ReplyDeleteTerbaru dari Logokoko:
[18SX] Telur EXPOSED!
[U] Salah pakai stokin
[U] Hujan
nak buat bayaran tambahan tu boleh,cuma mampu tak mampu je kita ni.hehe
ReplyDeleteselamat malam bro^^
bagi tempat2 yg berisiko..tiap2 tahun pasti banjir...elok sngt ambil insurance tambahan ni..
ReplyDeletetime kasih En Afzainizam atas perkongsian ini.. :)
Aku dah terkena dan xleh wat pe.pe dahhhh
ReplyDeletemacam mana saya nak tahu insuran etuqa ni blh claim utk bencana wabak virus yg melnda sekarang??
ReplyDeleteExcellent work sir....
ReplyDeleteAcoustic noise absorbing foam