Aku Sudah Pulang...Sudah lama aku beraya kat kampung.. Kini tibalah masa untuk pulang balik ke Kulai.. Esok aku kerja lah.. dah nak mula buka bengkel balik.. Rasa malas pulak nak balik.. rasa tak puas beraya sakan kat kampung..
Melepasi Pintu Gerbang....Dah Sampai sempadan antara Daerah Pontian dan akan masuk ke Daerah Johor Bahru tengah...Perjalanan pulang agak lancar jalan tak sesak lengang... tak lama lagi aku sampai kat rumah aku lah... dah nak dekat sampailah ni...
Lepas Isyak dari Surau Tempat aku naik motosikal konvoi beramai- ramai... Rombongan Marhaban Kumpulan Lelaki memulakan ekspedisi terjah dari rumah ke rumah jiran yang beragama islam.. ziarah hari raya antara sesama kita...
Dah banyak rumah kami ziarah ... dan kini rombongan marhaban tersebut sampai kat depan umah aku... Sekarang Rumah aku kena terjah lah plak... tiba giliran aku jadi tuan rumah menjemput rombongan marhaban...
Orang datang rumah aku... baru buka pintu rumah aku sendiri.. tunggu sekejap ye...
Bila pintu umah aku terbuka.... Jemput masuk semuanya ye.... selamat datang ke teratak kami ... Rumah aku kena serbu beramai-ramai... meriah sungguh malam ni...
Bacaan Marhaban di mulakan... Selawat dan salam keatas junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W.. Doa kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan murah rezeki di pohon keatas tuan rumah.. dan ucapan maaf dilafaskan pada wakil rombongan Marhaban mewakili penduduk taman perumahan..
Oleh kerana terlampau ramai sangat jadi sebahagian ahli rombongan marhaban Kumpulan lelaki terpaksa berada di luar rumah... Rumah aku tak termampu menampung kapasiti rombongan yang hadir... Rumah aku pun bukannya besar mana pun..Aku anggarkan seramai 150 lebih lah orang ahli rombongan marhaban yang hadir.. Sebagai tuan rumah aku mohon maaf atas kesulitan tersebut.. harap maaf ye.. 
Sedikit buah tangan (ole-oleh) aku untuk dibahagi-bahagikan pada ahli kumpulan rombongan Marhaban kumpulan lelaki .. Klu orang Jawa panggil " Bontrot" Sebagai tanda penghargaan atas kesudian hadir beramai-ramai meraikan Hari Raya bersama-sama ziarah menziarahi dan membacakan marhaban di rumah kami... Sebagai Tuan Rumah kami amat terharu atas kesudian dan muafakat kejiranan datang berkunjung.. Ribuan Terima Kasih kami ucapkan...
Dengan kesempatan ini ucapan Salam Hari Raya Aidilfitri.. Kami menyusun jari memohon ampun Maaf Zahir & Batin jikalau ade salah silap selama ini tanpa kami sadari....kepada semua Kejiranan Rukun Tetangga Penduduk Taman Melati, Bandar Indahpura... Terima kasih sekali lagi.. Kalau ade umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi tahun hadapan....
Esok Rombongan Marhaban Kumpulan Perempuan akan datang berkunjung pula... kami akan menantikan rombongan anda ..
Kenangan masa lalu....Oh ye aku... Masa kecik-kecik aku dulu-dulu kalau balik kampung datuk aku...Orang tua-tua baca marhaban ...Lepas je selesai marhaban kat rumah... Kita orang budak- budak kecik masa tu... main Meriam Buluh... BooooM...BoooooM.... Berlawan lawan... sebagai menyambut rombongan marhaban tu konon nya... best-best...
tapi sekarang dah berubah... Orang semua dudok bandar dan taman perumahan.. jangan buat kerja giler main meriam buluh... sekarang line tak clear... Polis datang tangkap korang... Awas....Amaran bermain Meriam Buluh Merbahayakan Kesihatan.. Jangan bermain meriam buluh ye...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks & Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Hah bagi lah ucapan raya kat aku sekali kat entry bawah ni sekali ye..

Dah raya macam tak percaya je lah.. Di sini aku nanti akan solat sunat aidilfitri.. aku sempat gak ambil gambar suasana pagi selepas solat subuh .. Tah lah pagi tu aku rasa sangat sayu.. banyak yang aku fikirkan... tah tau kenapa
Pagi syawal ni baru dapat makan makanan tradisi masyarakat Bugis.. setiap tahun menjelang hari raya ini lah hidangan wajib bagi bagi keluarga kami.. mungkin korang tak pernah jumpa kut..



Dapat jugak tangkap gambar bersama.. bukan senang dapat bersama semua adik beradik..Selagi masih ada aku nak simpan kenangan indah ini
Tahun ni sederhana sahaja...Yang penting sekali dapat lagi merasa kuih muih dan juadah raya dari air tangan seorang ibu lagi.. dalam dunia ni masakan mak yang paling best sekali.. tiada tandingannya
Yang paling tak bestnya raya ni... banyak keluar duit raya lah nampak gayanya..Anak buah ramai sangat pening kepala aku ni.. tahun ni tak adenya aku nak bagi RM10 sorang.. jangan harap..aku boleh bankrap.. mampui ramai sangat.. ni je yang aku mampu..
Seterusnya dari rumah mak ayah aku kat Pontian, aku dapat jugak balik beraya kat kampung halaman asal aku kat Batu Pahat kerabat orang jawa..ni baru real balik kampung sebenar-benarnya... balik ziarah semua rumah Pakcik & Makcik aku.. Jumpa semua sepupu-sepupu aku.. Seronok lama tak jumpa mereka ni semua..
Dan paling penting Ziarah Pusara Arwah Atuk dan Nenek yang telah lama kembali ke Rahmatullah.. Ku hadiahkan al-Fatihah dan bacaan surah Yassin.. Nostalgia bersamanya, ku akan kenang selamanya..



.jpg)
B.jpg)
.jpg)

Setelah kontena mereka sarat dipenuhi oleh barangan tersebut , mereka akan menguruskan hal penghantaran dari jepun ke malaysia. Proses ini memakan masa antara 10 hari ke 2 minggu..Setelah sampai ke pelabuhan di sini pula terdapat satu risiko yang dikuatiri oleh pihak pengusaha tersebut iaitu masalah karat pada barangan tersebut akibat terkena tiupan angin laut yang dikatakan sedikit lebih tajam dan mudah menjadikan barang besi keluli menjadi berkarat.. Setelah barangan tersebut selamat di hantar kepelabuhan, maka tibalah masanya untuk pengusaha tersebut berkemas dan brsedia untuk pulang semula ke negara asal.

Kenderaan yang ditahan dalam operasi bersepadu Polis Trafic dan JPJ...kereta sudah sangkut mau cerita kat balai
Saman yang dikeluarkan oleh Polis Trafic dalam operasi yang dijalankan.. kacau beb.. line tak clear
.jpg)
.jpg)
Ehhh banyak lah pulak... yang kemek kecil-kecil tu
Owner tetiber je nak pasang Spoiler belakang... kami layan je lah
Hah buat ape tu bro... ini pose tidor ke tengah kerja tepi kereta... biasalah time puasa-puasa nikan letih beb...
Tanggalkan balik spoiler tu baru gantung... kan senang nak cat...
Hasilnya seperti dibawah ni...... hah gambar kat bawah ni...
Hah yang ni dah siap dah .... nampak macam baru belikan....
Colour hitam baru cat bersinar-sinar .... time raya cam nilah nak tunjuk kereta baru ( baru cat ) tu gambar owner ambik kereta... terima kasih ye..