Wednesday, March 3, 2010

Sejarah Honda Civic 1972 hingga kini Part 1

Mengimbau Sejarah Model Honda Civic
Honda Civic adalah model Kereta kompak keluaran Honda. Ia mula dikeluarkan pada Julai 1972 sebagai model kereta 2 pintu, disusuli dengan varian hatchback 3 pintu dan model 4 pintu. Model terawal menggunakan enjin 1169 cc pacuan roda hadapan manakala model terkini generasi kelapan mempunyai 2 pilihan enjin iaitu 1.8L dan 2.0L.
Asalnya, seperti juga kereta-kereta buatan Jepun yang lain semasa zaman ia mula dikeluarkan, Honda Civic boleh dikatakan sebagai model "kereta rakyat" dengan aksesori asas seperti radio AM, penyaman udara, pengelap skrin hadapan 2 kelajuan dan rim keluli, tetapi kemudian Honda Civic terus mengalami evolusi tersendiri sehinggakan generasi yang lebih terkini menonjolkan ciri-ciri mewah.
Honda Civic adalah jenama kereta Jepun kedua paling lama bertahan di dalam pasaran selepas Toyota Corolla.
Generasi pertama (1972-1979)
Generasi pertama Honda Civic menggunakan enjin SOHC 1.2L 8 injap, manakala enjin CVCC (Compound Vortex Controlled Combustion) mula digunakan pada tahun 1975 untuk memenuhi tuntutan piawaian emisi Amerika Syarikat yang ketat, menjadikan Honda Civic generasi pertama sebagai satu-satunya model kereta yang melepasi piawaian emisi Amerika Syarikat pada masa tersebut tanpa menggunakan penukar bermangkin.
Model generasi pertama boleh didapati dalam varian transmisi manual 5 kelajuan dan transmisi automatik 2 kelajuan. Ia juga boleh didapati dalam pilihan model 2 pintu atau 4 pintu.

Generasi kedua (1980-1983)
Generasi kedua Honda Civic menggunakan enjin Super CVCC yang telah ditambah baik, iaitu dalam varian 1.3L dan 1.5L. Model transmisi automatik juga turut ditambah baik melalui penggunaan kotak gear 3 kelajuan. Model generasi kedua juga adalah keluarga terawal yang memperkenalkan pilihan badan berbentuk sedan.

Generasi ketiga (1984-1987)
Enjin bagi keluarga Civic generasi ketiga dinaik taraf kepada enjin 12 injap yang lebih cekap. Selain itu, Honda turut memperkenalkan varian CRX, iaitu varian berprestasi tinggi pertama bagi keluarga Civic. Selain itu, model Civic CRX Si adalah varian pertama yang menggunakan sistem suntikan bahan api berbanding varian lain pada ketika itu yang masih menggunakan karburetor.
Model lain generasi ketigaGenerasi keempat (1988-1991)
Model dalam keluarga generasi keempat Civic boleh didapati sama ada model karburetor ataupun model suntikan bahan api. Enjinnya juga dinaik taraf kepada enjin 16 injap, dengan sistem VTEC mula dipasang pada varian Civic SiR. Semua model transmisi automatik bagi generasi keempat Civic mula menggunakan transmisi 4 kelajuan.
Model lain generasi keempat
Generasi kelima (1992-1995)
Bermula daripada generasi kelima, kereta Honda Civic mula popular di kalangan peminat sukan bermotor disebabkan penggunaan teknologi VTEC dalam hampir semua varian, di samping reka bentuknya yang anggun. Sungguhpun demikian, teknologi VTEC-E mula diperkenalkan dalam sesetengah varian dalam generasi kelima ini dengan tujuan utama untuk meningkatkan penjimatan bahan api. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.5L ataupun enjin 1.6L.
Model-model lain generasi kelima Generasi keenam (1996-2000)
Keluarga generasi keenam mula menggunakan teknologi VTEC3 Peringkat, menggabungkan peningkatan kuasa yang diperoleh daripada teknologi VTEC konvensional serta penjimatan bahan api yang didapati daripada teknologi VTEC-E. Di Malaysia, model generasi keenam ini adalah model Honda Civic terlaris sehinggakan pembeli terpaksa menunggu sehingga 6 bulan untuk mendapatkan kereta tersebut setelah ditempah pada minggu kedua pelancarannya. Semua varian Civic pada masa tersebut menggunakan enjin 1.6L.
Sebuah varian berprestasi tinggi iaitu Honda Civic Type R mula diperkenalkan dengan enjin 1.6L ditala sehingga 185 bhp. Model tersebut adalah model kedua yang dilabelkan dengan label Type R selepas Honda Integra Type R.
Model-model lain generasi ke enam
Generasi ketujuh (2001-2005)
Honda Civic generasi ketujuh menggunakan enjin yang lebih besar iaitu enjin 1.7L dan 2.0L untuk lebih kuasa. Kedua-dua enjin tersebut menggunakan teknologi i-VTEC bagi mengurangkan kesan "sentakan kuasa" semasa mekanisme VTEC berfungsi. Varian 2.0L mula menggunakan transmisi automatik 5 kelajuan.Varian Honda Civic Hybrid mula diperkenalkan pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada keluarga generasi ketujuh Civic. Ia menggunakan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik yang mendapat kuasanya daripada satu set tatarajah bateri. Bateri tersebut dicas semasa pemandu mengurangkan kelajuan kereta melalui kesan pembrekan penjanaan semula (regerative braking).
Model-model lain generasi ketujuhGenerasi kelapan (2006-kini)
Model terkini Honda Civic
Kesemua opsyen transmisi automatik bagi keluarga generasi kelapan Civic menggunakan transmisi 5 kelajuan. Selain itu, rekabentuk papan pemuka juga adalah dari jenis hibrid, iaitu gandingan takometer analog dan meter kelajuan digital. Pilihan enjin adalah sama ada enjin 1.8L ataupun enjin 2.0L.Transmisi boleh laras berterusan (CVT) digunakan pada model Honda Civic Hybrid yang mengekalkan enjin 1.3L dengan bantuan motor elektrik, tetapi dengan sistem aliran tenaga yang diperbaharui untuk meningkatkan kecekapannya. Generasi kelapan juga turut menampilkan varian Honda Civic Type R Sedan yang setakat ini hanya boleh didapati di Jepun dan Malaysia

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

19 comments:

fik-autoz said...

honda mmg best..sapa pkai mmg berduit la,hehe

sy mnat honda mayat...sr4 ngn so4

Nazz@Purple said...

Bestnye kalo dapat sebijik..ade sesiapa nak hadiahkan tak..?

Unknown said...

suka honda accord je...hahaha

NAZ said...

civic model dia kurang sikit la. gua minat accord :)

mr.kordes said...

laju gila kete tuh!pakcik kordi minat honda yg mcm wagon pye....blh isi brg kt blkg..hhee..

Zikri Husaini said...

pakai kancil je...huhu..

jejaka anggun said...

nak kenal ngan jejaka bertopeng nih....

irwanmiswan said...

honda memang best...tahan...sedap lagi walaupon dah lame.....

maap geng firestarting...aku dah lame tak tengok entry kowang..nenek aku baru meninggal....al-fatihah

ParkAir said...

best2 honda ni, tapi apakan daya tidak termampu nak bela, heheh..

Naz said...

laju glers... kalo x cekap mau jatuh kat gaung... rajin ko wat research pesal honda civic. memang nampak jauh beza dulu ngan sekarang... kalolah kreta proton kita ada evolusi mcm tu kan best... mcm wira, iswara dll...

Marzukie said...

Tahniah pada firestarting kerana menerbitkan entry yang amat padat tetapi amat menakjubkan.... nampak salasilah keluarga honda civic berkumpul kat artikel ko ni....
aku sedang kumpul maklumat tentang honda untuk research tersebut.... mantap & padat.... tahniah

mazru said...

salam bro..

Nama honda dah sinonim dgn Malaysia..sejak koi kecik sampai lah skrg kenderaan motosikal maupun kereta bagaikan sama2 membesar dgn koi..

tahniah buat n3 nih,banyak membantu mrk yg ingin tahu sedikit sebanyak mengenai dunia honda civic...nice n3 bro...

Abg Din said...

wah... baca model yg tak penah tengok...

thanks kongsi info....

AUTOCITY bIg FaMiLy said...

Hi, Cun la kereta mu..Saja nak tanya, u nak masuk pertandingan kereta dan motosikal kah? AUTO-CITY ada satu AUTO Show (AUTO-CITY Carnival)mungkin akan lancar pada Jun 4th hingga 6th 2010. Pertandingan Audio kereta, Modified Compact car, Scooter Beauty & classical bike.
www.autocity.com.my

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR said...

bro..thankss info pasal honda ni..
agak membantu saya memahaminya...

Unknown said...

boleh tak sesapa sahkan...nickname 'bullet' utk model mana...'dolphin' utk model mana?..sekadar nk tahu...

Windscreen2U Sdn. Bhd. said...
This comment has been removed by the author.
Windscreen2U Sdn. Bhd. said...

Cermin Kereta retak?, baiki cermin kereta anda di Windscreen2U, kami ada cawangan di Butterworth, Bukit Mertajam, George Town, Sungai Petani, Bandar Tun Razak, Cheras, Bangi, Semenyih, dan Doktor Cermin Johor Bahru

Senarai harga cermin kereta boleh didapati dengan hubungi hotline 1700-81-1022

Sound Deadening Store said...

This is very informative content. Nice and unique content. Thanks for sharing this information. I appreciate to this content. I hope you liked this my compliment. acoustic foam panels uk