Pages

Friday, June 18, 2010

Kembara Mahkota Johor 2010 Edisi Khas

Keberangkatan Kembara Mahkota Johor 2010
KMJ adalah lambang keprihatinan
istana terhadap rakyat jelata.
Kembara Mahkota Johor edisi 2010 bakal menemui kita semua, khususnya rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim yang penuh makmur dan damai ini. Tarikh 26 hingga 28 Jun 2010 telah diperkenan sebagai hari-hari bersejarah KMJ pada kali ini.Menjunjung kasih ke atas Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang telah berkenan mencemar Duli turun ke pelusuk Negeri untuk bersama-sama mendekati hal ehwal rakyat jelata di Negeri Johor Darul Ta'zim ini.
“Selain meninjau pembangunan yang dilaksanakan di negeri ini, penduduk luar bandar, golongan miskin, anak yatim, orang kurang upaya (OKU), petani, penternak dan nelayan turut diberi perhatian sewajarnya.
“Penjelajahan kali ini sarat dengan aktiviti kemasyarakatan seperti bantuan perumahan, penjagaan kesihatan, program ekonomi, kebajikan, agama, pendidikan dan riadah,”
Mendekati Rakyat
Melalui Kembara Bersama Keluarga DiRaja
Kembara Mahkota Johor 2010 ini amat bersejarah sekali memandangkan Kembara ini buat kali pertamanya diketuai oleh DYMM Tuanku Sultan Ibrahim semenjak dimasyhurkan sebagai Sultan Johor. Sudah pasti seluruh rakyat di negeri Johor amat ternanti-nanti kemunculan DYMM Tuanku dan para rombongannya di setiap lokasi yang akan dikunjunginya.Keterujaan rakyat jelata pada setiap Kembara Mahkota Johor adalah pada kenderaan yang digunakan oleh DYMM Tuanku sepanjang perjalanan kembaranya. Pada tahun ini, KMJ mencatat keunikan tersendiri apabila DYMM Tuanku telah memilih lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai pemacu utama perjalanan.
Ini adalah KMJ pertama DYMM Tuanku akan menggunakan Lokomotif setelah edisi-edisi sebelum ini menampilkan pelbagai jenis kenderaan seperti motosikal, kenderaan 4x4 dan bot.Bermula dari Stesyen JB Sentral di Johor Bahru, rombongan KMJ akan menjelajah Negeri merentasi semua stesyen KTMB yang terdapat di Johor dan ke Stesyen Gemas Negeri Sembilan untuk membuat "turning" sebelum berpatah balik ke Selatan.Stesen Gemas ini mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya lokasi Kembara Mahkota Johor yang berada di luar tanah jajahan Johor Darul Ta'zim. Pemergian ke stesen ini dibuat memandangkan di stesen ini terdapat kemudahan untuk membuat "Turning" koc dan kepala keretapi.Sebagai Sultan yang terkenal dengan sifat kreatif dan sukakan cabaran, DYMM Sultan Ibrahim akan mempamerkan kebolehan dan kemampuan memandu sendiri lokomotif KTMB ini dan dijangkakan upacara penyerahan lesen memandu lokomotif kepada Tuanku akan diadakan di Stesen Segamat pada hari ketiga Kembara selepas DYMM Tuanku melakukan "Turning" di Gemas. Kepala lokomotif akan diletekkan di atas 1 Turn Table ini dan DYMM Tuanku akan menolak (memusing) kepala lokomotif ini secara bersendirian! bayangkan betapa gagahnya DYMM Tuanku .
HARI PERTAMA BANGUNAN JB SENTRAL (JOHOR BAHRU) – KAMPUNG PERTANIAN (KULAIJAYA) – DEWAN RENGGAM (KLUANG) –JALAN STATION & DATARAN PERSIARAN DATO’ ISMAIL HASSAN (KLUANG) – KEM MAHKOTA (KLUANG) - BERMALAM DI KLUANG
HARI KEDUA STESYEN KTMB KLUANG – KAMPUNG MELAYU CHAMEK (KLUANG) – KAMPUNG PAYA MERAH, LABIS (SEGAMAT) – PEKAN TENANG STESYEN (SEGAMAT) – DATARAN SEGAMAT(SEGAMAT) – KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH SEGAMAT- DEWAN ORANG RAMAI KAMPUNG JAWA (SEGAMAT) - BERMALAM DI SEGAMAT
HARI KETIGA STESYEN KTMB SEGAMAT – STESYEN KTMB GEMAS – DEWAN SERBAGUNA BEKOK (SEGAMAT) – PEKAN LAYANG-LAYANG (KLUANG) – DANGA CITY MALL / BANGUNAN JB SENTRAL ( JOHOR BAHRU)

Tempat bermalam Rombongan Kembara Mahkota Johor... Semuanya akan tidur di sini

Galeri Kembara Mahkota Johor Terdahulu

Pada Tahun sebelumnya acara Kembara Mahkota Johor ini menggunakan Motosikal Berkuasa besar keserata pelusuk negeri, Menggunakan Bot untuk laluan laut dan Kenderaan pacuan empat roda ke kawasan pendalaman.Pendekatan baginda yang melupakan soal protokol apabila berdampingan dengan rakyat pelbagai kaum amat disenangi penduduk negeri

Motosikal jenis Harley Devidson
Kembara Mahkota Johor
Seringkali penjelajahan KMJ ini menggunakan motosikal berkuasa tinggi jenis Harley Davidson yang dicat warna kuning berbelang hitam seperti seekor harimau. Ia memang dipanggil motor harimau..

Kemesraan Sultan Johor bersama rakyat
Seperti yang anda semua tahu... Sultan Johor adalah seorang yg amat mesra rakyat... sebagai seorang rakyat Johor, saya berbangga mempunyai raja berjiwa rakyat dan mendoakan agar Kembara kali ini dilimpahi keselamatan dan kejayaan yang terbaik. Amiin.
Daulat Tuanku!

Geleri Video..Imbas Kembali.. Klick sahaja
Videos :Majalah 3 - Kembara Mahkota Johor 2008

Videos :The 10th edition of the
'Kembara Mahkota Johor 2008"

Videos :Kembara Mahkota Johor Jelajah Pulau 2007

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

14 comments:

  1. daulat tuanku!

    tunaku mmg mesra rakyat!!!


    cayalah!

    ReplyDelete
  2. Daulat Tuanku.
    Kami doakan semoga perjalanan tuaku selamat kedestinasi.
    Tuanku memang berjiwa rakyat. suka mengambil berat keadaan rakyat.

    nampaknya kali ini info yang diberikan begitu menyentuh dan mengagumkan. sebagai rakyat menyanjung tinggi sultan johor ni.


    teramat cantik blog bro kali ini.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Daulat Tuanku. Menjunjung kasih atas sultan Johor.

    Kawe amat kagum sultan Johor ni. amat mesra rakyat. kawe harap usaha tuanku mendapat sokongan rakyat . beginilah contoh seorang raja tak kenal statusnya sebagai raja negeri untuk mendampingi rakyat.
    info demo begitu menarik. siap ade lagu zapin . promot kembara mahkota. syabas kawe ucapkan.

    ReplyDelete
  4. sultan johor yg sempoi n mesra rakyat...keep it up......:) saye org kl..xde sultan..huhu

    ReplyDelete
  5. salam..

    Sultan Johor adalah antara Sultan2 yg hebat di negara kite..

    semuge nt akan diperturunkan kehebatanye kepada waris2 yg akan dtg..insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. best betol mengembara ..motor dia smart la yang gamba rimau tu..kalau bid kat lelong..mesti melompat2 harga dia..

    New Entry Pawaka19 Dot Com

    "Mak Aii! Tawaran Burger Singa Sempena Piala Dunia"

    ReplyDelete
  7. yup...bkan aper af,sebab entri kamo terlalu panjang bg setiap entri..coz bende nie melambatkan sye nk komen..lagi 1..setting ur post a comment dalam bentuk pop up window...saling nasihat menasihati...tp entry kamo still menarik.keep it up :)

    ReplyDelete
  8. wow..layout baru...

    kat bp xde train..macam mana tuanku nak turun ek??

    ReplyDelete
  9. daulat tuanku :)
    rajin lu bro cari pic semua. sangat details. baru orang kenal apa itu raja raja melayu :)

    ReplyDelete
  10. Salam dari kami... Fire starting mengucapkan setinggi-tinggi peghargaan atas sokongan anda semua pada kembara mahkota Johor ini... Terima kasih...

    ReplyDelete
  11. Hope you liked this compliment because this is very unique content. I really appreciate this. Thanks for sharing this information. soundproof foam

    ReplyDelete