Salam Ramadan... Tak ada apa yang nak diceriterkan kat sini... Cuma nak kongsi Story pasal cat kereta nissan sunny lama ni aje... Kami dapat tempahan dari seorag owner kereta nissan ni... nak cat kereta lamanya ni... apa pun kami cubalah sedaya upaya untuk berikan perkhidmatan tersebut...
Ni rupa depan kereta tersebut setelah di cat.... mungkin malam tak berapa jelas sangat gambarnya sorry ye...
Baru polish kereta ni... tu pun belum siap lagi ... nak push keluar cepat..
Kira ok lah ye lah kalau dari tepi... maklumlah kereta lama kan...
Last kerja-kerja pasang barang yang telah di tanggalkan tu....
Kulitdoor trem tu kami balut balik pakai PVC warna Cream... ni tolong buat aje...
Dah selesai pun pasang barang... Apa pun kami minta maaf pada owner atas beberapa faktor kelewatan sikit disebabkan last minit baru dapat selesaikan balut door trem tu... dan kerja polish agak lambat sikit ... terima kasih kami ucapkan...
Pertanyaan Dari Shoutmix Box dan Comment Box
Pertanyaan Dari Shoutmix Box dan Comment Box
Last sekali.. Ambil kesempatan ni nak jawab beberapa soalan dari pengunjung blog kami
Pertanyaan dari whiter:
whiter: A'kum. Nak tanya pakar ngecat kereta nih. Apa beza white champion dan pearl white. Yang mana lebih cantik jika dipadankan dengan wira. Trm Ksh
whiter: Juga, apa kebaikan dan keburukan kedua-dua jenis color putih ni.
Kami Jawab
Sorry lambat jawab soalan tersebut.... perbezaan antara Champion white dan Pearl white ni... camner ye nak cakap ye... kalau champion white ni colour dia agak nampak macam warna 2K solid lah kira putih aje.Putih betul lah..
Tapi kalau Pearl white ni lain macam sikit colour dia... ada nampak effect sikitlah... kalau putih dia pun bukan putih sangat tapi berkilat... kalau kita cat kereta pakai pearl ni kita bolehlah pilih sama ada nak letak effect kereta tu colour apa... misalnya pearl biru ke, pearl orange ke, pearl hijau ke, pearl merah ke ... itu terpulanglah kat korang putih korang tu nak campur ngan colour apa... jadi bila korang tengok kereta tu putih kebiru-biruan atau putih ke oren-orenan, atau putih kehijauan... kira colour tu nampak hidup lah kiranya...
Beza Antara Champion White dan Pearl White..
Untuk perbandingan cuba korang tengok perbezaannya kat bawah ni...
Kalau kereta bulat macam kereta honda ni kedua-dua colour ni memang nampak cantik.. tapi korang bolehlah tengok perbezaan putih kedua-duanya tu.. Champion White ni nampak putih aje.. tapi kalau putih Pearl ni agak nampak lagi berkilat dan berseri sikit.Pearl nampak cantik bila waktu panas dan cerah terutama pada waktu tengah hari panas terik kerana nampak colour dia timbul.. .. walaupun sikit aje perbezaan putih kedua-dua kereta tu namun... yang jelasnya colour pearl ni nampak lebih berseri lagi...
Persoalannya bila kita padankan pada wira plak... hah korang tengoklah sendiri wira champion white dan wira pearl white tu ye... terpulanglah pada pandangan mata anda mana yang warna putihnya nampak lebih menawan..
Selalunya memang banyak orang pilih colour Pearl ni cuma ia sesuai ngan kereta-kereta yang berbentuk body bulat sebagai contoh Kereta Honda, Wira dan Satria memang padan ngan colour ni.. Tetapi bukan untuk kereta berbody rata.. tak berapa sesuai untuk kereta Iswara, Kenari, Van atau lori kerana akan nampak colour dia bertompok tompok, bercapuk-capuk dan nampak kusam berbelang-belang.. Bagi saya kereta ni tak akan nampak cantik bila cuaca mendung nampak kereta ni macam kotor terutama pada warna pearl white..
Masalahnya bila cat colour ni.. kalau tak betul-betul yang mahir buat colour pearl ni tak jadi effect pearl ni.. kereta akan nampak macam colour biasa-biasa aja.. nampak macam cat matellic padahal itu warna pearl.. bukan senang nak buat colour pearl ni beb.. nak timbulkan pearl macam nampak colour tu hidup pada cat tu pun kena cari orang yang pandai buatnya.. begitu juga kalau kereta ni accident payah gak nak samakan colour tu balik..lagi satu kereta putih pearl ni kena rajin basuh supaya sentiasa nampak bersih selalu..
Pertanyaan dari Life Kami. blogspot
LiFe KaMi said...
uis jauh la plak johor, bole tak tlg kasi detail skit mcm mana warna rupa warna diamond, special,3D senang skit nk pilih..
uis jauh la plak johor, bole tak tlg kasi detail skit mcm mana warna rupa warna diamond, special,3D senang skit nk pilih..
Jawapan dari kami
Kami jawab secara ringkas lah ye...
Warna Metallic
Warna Metallic
warna matallic ni pada kereta yang biasa-biasa aje kan... kira colour dia ni lebih cantik dari warna solid lah...
Warna pearl ni nampak cantik bila waktu panas dan cerah terutama pada waktu tengah hari panas terik kerana nampak colour dia timbul.. macam keterangan kat atas tu kita boleh pilih lah nak effect pearl apa.. nak pearl biru, pearl merah, pearl hijau atau apa-apalahh...Bagi saya kereta ni tak akan nampak cantik bila cuaca cerah tapi kalau cuaca mendung nampak kereta ni macam kotor terutama pada warna pearl white..
Spacial effect colour
Ada bezanya warna spacial effect ni... kalau tambah ngan spacial effect ni nampak warna tu lagi menyerlah.. kalau bubuh pada warna solid fuhhh warna solid tu pun nampak menyerlah gak.. tujuannya ialah menggantikan colour pearl yang tak berapa sesuai dipadankan pada bentuk body kereta MPV yang bodynya nampak rata.. warna spacial effect ni nampak hidup warna tu berubah bila waktu cerah dan gelap.. ok warna spacial effect ni kalau kita lihat betul-betul effect colour dia akan nampak seakan-akan metallic tapi ada sedikit pearl... warna dia lebih lembut dari pearl dan lebih terang bintik-bintik matallic dia...
Yang ni Colour Sparkle Colour.. kalau ikut gred cat colour jenis ni adalah lebih baik dari colour Spacial effect plak... kerana manikmanik matellic lebih nampak jelas timbul memancar-mancar bila di bawah sinaran matahari... nampak metallic dia lebih kasar... kemilau lah sinaran colour dia... dan ada nampak macam pearl juga...
Colour Crystal plak adalah campuran antara pearl+ Metallic+ Spacial Sparkle effect... Jadi ianya lebih nampak soft colour dia... lebih menarik ... ni kira cat ni ada nampak lebih class tinggi sikit dari yang lain-lain...
Diamond Colour
Diamond plak waktu tengah hari colour ni nampak menarik dan waktu malam pun bila di suluh cahaya nampak bling-bling kilat-kilat pada kereta tu.Yang ni kiri Diamond dia jenis halus-halus.. tak berapa nampak.. kalau yang jenis halus ni kena buat taburan manik-manik tu rapat-rapat susun biar cuma nak buat nampak manik-manik dia tak bertindih tu kena bajet spray cat tu seimbang dan berselerak sekata..Kalau kanan yang ni jenis Diamond dia kasar-kasar yang ni elok nampak kasar-kasar manik dia tu.. kalau yang jenis ni tak apa tak payah susun manik rapat-rapat dah nampak cantik...Diamond berbintik 5 colour( Lip lap atau bling-bling tu ada pelbagai warna). Tapi jarang-jarang orang menggunakan colour itu.. Kerana proses catnya agak rumit sedikit kerana memerlukan ketelitian, ketekunan dan tumpuan penuh semasa semburan dilakukan. Kerja semburan dilakukan dengan berhati-hati dan cermat supaya serakan bling-bling tu sekata tidak bertompok-tompok, tak balance, tak terlampau padat, tak banyak, tak sikit dan susunannya teratur. Elakan cat meleleh.. susah nak repair touch up balik.. rumit kan...
Diamond Colour
Diamond plak waktu tengah hari colour ni nampak menarik dan waktu malam pun bila di suluh cahaya nampak bling-bling kilat-kilat pada kereta tu.Yang ni kiri Diamond dia jenis halus-halus.. tak berapa nampak.. kalau yang jenis halus ni kena buat taburan manik-manik tu rapat-rapat susun biar cuma nak buat nampak manik-manik dia tak bertindih tu kena bajet spray cat tu seimbang dan berselerak sekata..Kalau kanan yang ni jenis Diamond dia kasar-kasar yang ni elok nampak kasar-kasar manik dia tu.. kalau yang jenis ni tak apa tak payah susun manik rapat-rapat dah nampak cantik...Diamond berbintik 5 colour( Lip lap atau bling-bling tu ada pelbagai warna). Tapi jarang-jarang orang menggunakan colour itu.. Kerana proses catnya agak rumit sedikit kerana memerlukan ketelitian, ketekunan dan tumpuan penuh semasa semburan dilakukan. Kerja semburan dilakukan dengan berhati-hati dan cermat supaya serakan bling-bling tu sekata tidak bertompok-tompok, tak balance, tak terlampau padat, tak banyak, tak sikit dan susunannya teratur. Elakan cat meleleh.. susah nak repair touch up balik.. rumit kan...
Ni colour yang paling mahal sekali... dan amat payah nak buat kira orang profesional yang boleh buat colour dia lebih bermaya dan hidup... kerana bila kita pandang dari pelbagai sudut kita akan ampak colour kereta ni dah jadi colour lain lah... misalnya kalau kereta tu colour 3D hijau nescafe ... bila pandang dari sudut berlainan colour kereta ni berubah jadi coklat... atau dari sudut lain plak akan nampak jingga colour... Namun dikatakan... colour ni tak dapat kelulusan JPJ... Jangan lah korang pakai colour ni... kira salah kalau guna colour cat ni... coz kereta dah nampak macam colour binatang sesumpah.. asyik tukar-tukar colour... pihak JPJ pun tak dapat nak tau kereta ni sebenarnya warna apa... wehhhh memang diorang cakap kereta cat 3D Colour ni dah macam binatang sumpah-sumpah asyik tukar warna aje..
33 comments:
hehehe nak tuka kaler kaler duit pon bleh tukar kaler kan best... yg biru leh jadi biru kehijauan suma...(RM1 > RM50) kan best tol tak hehehe
salam kunjungan dan salam ramadhan
dunker-season.blogspot.com
Wahh chantekk pearl kan..sah2 kete jadi menyerlahh..patutlaa tgok kat jalanraya nampak kaler kete org berkilat2..rupanya pearl..
warne pearl tu mmg cun..
saya suka pearl colour
putih and ada pearl pink2 sket
kalo keta yg tak metalic tu color pe..cat dia tak berkilat lansung..nampak cm kasar ..cam baldu pun ade..huhhu
rasa nak cat balik keta..tapi tak tahu ler bila.
Cam best tgk kale pearl tu....
nissan sunny???
hahhaha..teringat aku kat kereta ayah aku tyme 2002-2006 dulu..huhu..bersempit2 7 orang kami masok dalam kereta nissan..nasib baik diorang kecik2 lagi...
erm..xbiasa lah nak gne cermin yang bercolour2 warna warni tuh..nanti jpj xlulus..huhu
baru aku faham putih pearl ngan champion..metalic ngan special effect..lawak plak bomoh ngan sesumpah tu..hahaha
"Kasut Termahal Dunia Tapi Bukan Kasut Raya"
wah..
nizam...polish jrr dekat raya nee
champion white pilihan hati :)
la nak cat baju raya aku bro?
putih memang menawan kanns.. ehehe
memang lawa-lawa semuanya..saya dah follow blog ya..maaflah lambat sangat nak follow, ada banyak kerja.. =)
tolong cat kereta buruk gua
sila singgah sudah di terjemahkan
sori le bro semenjak 2menjak 3menjak ni busy skit tak sempat main blog..mmg class le penerangan ko, baru kami paham, umah kat putrajaya jauh gak tu nk ke johor, terima kasih la yer,pasni bole decide nk kaler ape,ingt white pearl smart juge,jimat le skit..
sori bro..lama xmasuk sini
aku da lama xberblog
bz skit
aku pilih champion white!
hehehe
terbaik
kl kaler pearl, kuning pearl ke, pink pearl ke, mmg menarik..kl putih xbrp minat la.hehe
salam ramadhan 14
lam sunggah angah tak kunjung blog nizam nie.. rasa macam banyak tertinggal.. apa2 pun angah try feedback balik
oittt cantik la warna putih perl nice i likeeee
thanks for info
oOOoooo baru tau beza cat2 nih..
terasa nak tukar cat myvi itam ===> pearl white ^^
nmpk suci je~~
kereta kancil wife aku warna ungu + pink yg di effectkan dgn pearl. memang nampak berkilat seperti baru basuh walaupon dah dekat sebulan tak basuh. cuma kat area tayar tu la kena kilatkan slalu supaya nampak semua berkilat. aku tak penah nampak warna kereta yg sama mcm kereta wife aku dari dulu smpai skang. memang unik sangat. pandainye wife aku pilih wane dan effect pearl tu. harga cat rm1200 je...buat kat ayer tawar, perak. kedai cat kat dlm ladang kelapa sawit.
Rizal Yusuf, ayaq tawaq kat kedai mana?? dekat la skit dgn umh cheq !!
Haritu baru nampak satu kereta kancil ni guna cat 3D. Smart gilerr.
Dari belakang tengok kaler purple, lalu tepi jadik hijau gelap camtu.
Cantik sangat masa tengok dia bertukar kaler tu.
Salam..klu wira areoback cantik kaler apa ek?sblm neh kaler hijau matelic..
Nk no ws
Nk no ws
Kalau tukar warna dari solid white ke pearl white perlu kelulusan jpj ke?
Teringin nk cat myvi ngan cat putih. Tp, yg mana sesuai ye Champion ke pearl white ya??
kalaw kereta dah siap cat..tapi tak kilat sangat. boleh ke kita suruh tukang cat tu tambah kan spray balik dengan tembak leaker..ada effect apa2 x
Nak tnye apa cot warne bekho 580 super k
Saya ingin mengecat kereta Vios model 2003 yg sekarang berwarna emas. Apa warna sesuai dan nampak elegan?
Wrna apa yg terbaek untuk cat kereta hOnda taun 1995..biaq nmpak ranggi n elegan
This is a unique and nice post. Thank you for sharing this information. I liked this post too much. Hoped you liked my comment. We offer sound-deadening products for Room Studio and also cars. thermal insulation roll
Post a Comment