▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Side income Air balang Kahwin..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Seperti biasa Majlis Perkahwinan bermula 10.oo pagi... kami sudah memulakan persiapan tersebut... untuk menyediakan pelbagai air minuman untuk para tetamu tuan rumah pengantin... kesemuanya 6 jenis air minuman telah tersedia.. . Mula lah kerja kerja penyusunan set meja dan bancuh air...
Ade kelainan sikit kali ni .... kali ni semua orang perempuan sebagai pelayan tetamu dan tukang ceduk air... hah ni semua terdiri daripada family aku sendiri... bisnes family katakan... baru meriah dan ade kelainan sikit kan...
Dah siap sepenuhnya menu kali ni adalah Hawaii Bleu, Milo ais, Laici, Katira, Air Asam boi dan istimewanya ade Air soya dan Cikong sejuk.....
Air Hawaii blue telah di upgradekan sikit lebih sedap dari biasa.... air asam boi tu memang dah sah sedapnyerr...
Air Milo memang kemestian... Air Katira memang jadi tread mark kami pun...
Dua menu baru yang kami bawa khas kali ini iaitu Air soya dan Air cikong sejuk...
Jangkaan kami selalunya meja kami penuh sesak ngan tetamu yang nak ambil air.... Majoritinyer mengatakan banyak variasi pilihan sampai tak tahu nak pilih mana satu...
Woooo sangat lah sesak dan sibuk sekali.... melayan tetamu mendapatkan minuman.... kira tak menang tangan lahhh sambutan menggalakkan...
Masih sibuk melayan kerenah tetamu....kami tetap servis perkhidmatan melayan mesra para tetamu... pilihlah... pilihhh.... yang mana satu air yang berkenan ... semua sedap belaka tau...
Memang ramai tetamu yang hadir.... penuh semua meja tu....
Biasalah paluan kompang mengiringi mempelai ....
Tengok memang sepadan bagai pinang dibelah dua.. Sama cocuk sama padan... ...So kami disini doakan agar kalian berdua berbahagia hendaknya jua..
Ni air cikong antara air paling laris sekali masa majlis tersebut...Kali ni air cikong habis dulu.. Ramai yang Bila minum air ni... banyak yang puji enak rasanya... Alhamdulillah .... kami nak kongsi bersamalah resepi air ni...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Resepi Air Cikong atau Laici kang
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bahan -bahannya
- 4 biji kembang semangkuk
- 1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
- 12-14 biji buah mata kucing ( kering )
- 7-8 ketul buah kabung/kundur
- 6-7 biji Buah Laici
- 10 biji Laici,
- 10 biji Kurma cina
- Sedikit Barli, sedikit biji selasih
- Sedikit gajus digoreng atau kekacang
- Sedikit Kismis
- Satu uncang Tea cina
- Cincau dipotong kecil-kecil
- Sedikit Biji teratai
Cara membuatnya - rendam kembang semangkuk , selama 1 jam sehingga betul-betul kembang didalam periuk yg berisi 1/12 - 2 jag air.
- buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya
- masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yg berisi air kembang semangkuk tadi masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih setelah mendidih
- masukkan pula sedikit tea cina, gula batu, Kurma cina, cincau, barli,biji selasih, buah kabung/kundur, kacang, kismis, biji teratai dan kacau.
- tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dgn air dan bolehlah padamkan api. sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing
23 comments:
meriah!!!
pastinya ditempat pengambilan air..
xjmpa lagi yg bt cm ni bro..semoga maju jaya..
wah meriah gila
harus kembung minum macam2 air kalo p wedding gini
kuikuikui
wah memang bagus idea kau ni.. rasanya dah macam jual air pulak dekat kenduri kawin ni.. hehehe
best2..
ada banyak pilihan..
nanti kawen nak bwat camtu jugaklah..
hehe
x gemar laici kang..x tau apesal ^_^;
air laicikang memang sedap time panas2 bahang tengahari...1st time aku makan pon time umur 19tahun...ek..lambatnye :P
latest entri:
mengapa aku kecik hati dengan nuffnang dan tak follow balik blog tertentu?
bagus idea ni! nanti kalau kenduri nak panggil orang air balang! lagi meriah
sedap air tu bro
hehe
DAHAGA pulak tibe2...;-)
wuu.byknya air..
free pula tu confirm saya cuba semua jenis kalau pegi situ.
best2 bisnes air balang ni.. ayah aku pun wat ni gak sket2..
air katira n cikong tu kat johor je ada.. kat KL tak jumpa.. ada la gak tapi tak sama cam johor.. =)
air katira dgn cikong tu tak pernah rasa lagi tu.. kena cuba rasa ni..huhu
siap ade resipi lagi tu..
nak buat mcm byk je,rasanya sesuai utk majlis kenduri je..:)
slalu klu kawin air plg2 pun 2 jenis je, ni yg nampak kelainannya..:)
1st time tgk knduri wat gni..slalu open house da la...
nizam..order air cikong 1..tamo buah kundur..eh boleh ke aku request cenggitu? ahahaha
per nah g knduri ngan style mcm ni. best2. air hawaiin blue tu cam best. terliur lak. hehe
wahhh besnya...mcm2 ada ek...terus dahaga tgk...
salam perkenalan juga tuan blog~
salam^^ rina dtg singgah. wohh air byk2 kat atas tu sgt menarik hati! =D
meanriknya...sy tk pernh jumpa lagi kenduri kahwin sediakan air bnyk2 mcm ni... ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
GIVEAWAY: YANAMIB
Assalamualaikum Afzainizam
selamat maju jaya dlm perniagaan
Wassalam
Tahniah.. saya doakan rezeki saudara semakin bertambah dan perniagaan air balang semakin maju..:)
nanti knduri nak buat macam nie jgk la..mesti best..byk pilihan..
Are you know This content is very unique? This is very nice content and very informative. Thank you for sharing this information. I liked this too much. I hope you like my compliment. Thermo Acoustic Liners
Post a Comment