kereta Awak ada Perfume ke?
Siapa yang tak mahu hidu bau kereta yang harum nyaman dan menyenangkan. Hmmm, boleh dikatakan aku ni salah sorang yang suka jaga kereta juga walaupun tak lah sehebat mereka-mereka yang menghabiskan duit beribu-ribu semata-mata untuk modified kereta mereka. Aku sekadar pandai jaga kebersihan kereta, hari-hari lap dan memastikan kereta sentiasa berbau yang amat menenangkan minda.
Korang punya pewangi kereta jenama apa?
Ambi Pure? Glade? Ambi Pure adalah wangian yang berasaskan cecair dan juga berminyak. Aku tengok banyak orang guna glade sport dgn ambi Pure jer sekarang ..
Tip-Tip Refill semua pewangi kereta..
Sebelum ini, jika pewangi aku habis, aku akan buang dan beli yang baru. bagaimana nak menjimatkan kos pewangi kereta dengan isian semula pewangi yang telah habis.Jika pewangi kereta kita telah habis, kita bole tambah semula tanpa perlu membuangnya.
Sebelum ini, jika pewangi aku habis, aku akan buang dan beli yang baru. bagaimana nak menjimatkan kos pewangi kereta dengan isian semula pewangi yang telah habis.Jika pewangi kereta kita telah habis, kita bole tambah semula tanpa perlu membuangnya.
Cari Pure Trends ade jual kat pasaraya. Harga RM3.90 saja. Mula-mula, cabut penutup pewangi kereta kita yang telah habis pastu gunakan straw untuk mengisi supaya tidak tertumpah ...
Pernahkah terjadi sebegini?
Dibawah merupakan beberapa contoh kerosakkan yang disebabkan oleh wangian tersebut..
1.Cecair Meleleh keluar.Mungkin botol tak masuk rapat kat housing....... Kebocoran cecair wangian tersebut boleh menyebabkan warna konsol penghawa dingin anda lusuh...
2. Botol perfume siap dengan housing berklip. Ianya perlu diklipkan ke grill penghawa dingin anda. Jika tidak diawasi dengan betul, dengan tidak sengaja klip tersebut boleh mematahkan grill tersebut atau konsul pecah terkopek ...
Perfume letak atas dashboard..
Perfume yang comel dalam botol diletak atas dashboard kereta memang cantik selain ianya dijadikan hiasan..
Glade Scented Gel..
Aku suka bauan dari Glade Scented Gel ni...haruman terdiri dari lemon, lavender dan jasmine.. tapi masalahnya kotaknya besar sangat tak tau nak letak kat mana...
Paper Air Freshener ...
Sebelum ni adelah aku beli pewangi kereta Little Trees ni bentuk pokok krismas..wangi lah pulak..bau die just nice.. tak sakit hidung sebab tak terlampau wangi.. pewangi yang agak tahan lama kalau tidak buang plastik die..
Perfume geletin atau Perfume tin..
Pernah juga gunakan perfume jenis geletin ni... tapi kena cari yang jenis tahan panas punya kalau tak mau kering geletin tu.. Lagi satu aku pernah menggunakan Aroma organik dari California Scents. Unik dan klasik. Aroma yang betul-betul semulajadi. Pewangi biasa dipasaran boleh membuatkan kita pening atau mabuk disebabkan bahan kimia atau alkohol yang dicampur. Lebih-lebih lagi kalau kita letakkan di dalam kereta. California scents mempunyai aroma yang betul betul natural, tenang, santai ..
Mini Air Revitalisor dan Ionizer
Korang pernah tengok tak... Mini air revitalisor dan juga mini ionizer ni di pasang melalui soket smoking tu... ionizer menyingkirkan bau busuk,bau hapak, bau rokok, membasmi bakteria dan mengelakkannya dari membiak semula. Membersihkan udara dari pencemaran dan menyingkirkan bahan cemar seperti bakteria, kulapuk, fungi, parasit, wasap merbahaya, asap dan bahan kimia Selain itu menghasil kan aroma terapi seakan bau besi tujuannya Ion negatif meneutralkan Ion positif menghasilkan Aura Aromatherapi segar…maksudnya kat sini bila kita memandu kita tak akan mengantuk kerana rasa segar
Tip-tip perfume kereta murah asli fresh
Ramai yang mengeluh bila harga minyak baru-baru ni...termasuk la aku...adhooiiiii...nak berjimat cermat macammana lagi ni....tengah drive tetiba aku tertengok perfume keta aku habis pulak...mmm...mungkin aku kena tukar perfume keta ni ke jenama yang lebih murah....save la sikit....
Perfume LIMAU KASTURI..
Senang je...Ambil Sebiji Limau Kasturi korang kupas kulit limau pastu selit guna pencungkil gigi .. letak lah kat celah aircorn korang... baunya lagi best asli segar lahh...
Perfume DAUN PANDAN WANGI..
Cara Mudah pergi belakang rumah Ambik daun pandan beberapa helai..Hiris hiris halus halus jadi bunga rampai..Masukan dalam punjut uncang organza mcm ni ... Gantung dalam kereta... semerbak bau pandan satu kereta...
Perfume Bau Potpuri..
Ambil potpuri campurkan sikit Aroma Oil tak kisah lah dari jenis apa.. Body shop ke atau apa-apalah dan bungkus dgn kain cantik-cantik... dah siap gantung kan.... kalau dah tak ade bau boleh refill bubuh balik Aroma oil tu...
Tip Meneutralkan nyah bau busuk/hapak
Korang tak payah pun pasang ionizer atau Air Revitalisor ... gunakan petua orang tua-tua..
Ambil sedikit serbuk kopi…bungkus dalam kain letak dalam kereta.. Atau Ambil dua tiga keping roti letakkan dlm kereta ...Insya Allah Bau hapak hilang jangan plak biarkan roti tu sampai berkulat plak yerr...
Awass.... Awasss...
Korang tak payah pun pasang ionizer atau Air Revitalisor ... gunakan petua orang tua-tua..
Ambil sedikit serbuk kopi…bungkus dalam kain letak dalam kereta.. Atau Ambil dua tiga keping roti letakkan dlm kereta ...Insya Allah Bau hapak hilang jangan plak biarkan roti tu sampai berkulat plak yerr...
Awass.... Awasss...
Perfume dalam kereta boleh meletup??
Bahaya letak tin pewangi udara dalam kereta. Ia sepatutnya diletakkan di rumah bukan di dalam kereta. Mengapa tidak boleh diletakkan dalam kereta terutamanya kereta yang selalu parking ki kawasan terbuka dan terdedah dengan cuaca panas?
Ini pewangi kereta, sape punya nii? so hati hati dengan pewangi yang jenis bertin seperti ni..Bila anda meninggalkan kereta di tempat yang panas terik,dengan keadaan cermin yang bertutup rapat.. Pastu cari kat mana plak spray airfresher yang di letak kat sini."Haii dah hilang dah..." Awas... Ianya akan meletup biasalah dia kan bergas, di belakang tin pun ada instruction. "Hah ni dia ...Jumpa jugak Air frasher Spray tu dah melekat kat cermin depan kereta..... baik ajer...."Semoga entry kali ini bermanfaat.. Kalau rasa Nak saving punya pasal...jom amalkan penjimatan ini. Berjimat lah dan jadilah pengguna yang bijak. Hehehe
Jika terdapat sebrg maklumat yg disampaikan salah, sila betulkan ya... Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks
43 comments:
Aku dah lama tak letak pewangi dalam kereta.
Aku suka ambipur.
wanginyerrr.. ehehe
aku pakai ambipur
penah letak tin peyembur dlm kereta. tak terfikir pulak benda bahaya boleh jadi
arghhh!!!
menakutkan yg boleh meletuip tue!
huh! mcm2 perfume ada...
macam2 jenis aneka perfume ye.. aku pun prefer Glade Scented Gel tu.. wangi gak..
perghhh bro..
thanx info nih..
kwn suka beno part perfume asli dr limau kasturi tu..
bile dah pakai lidi nice plak ghupernyer..
tak terpikir pon sblm nih..
hahaaa....
~kwn pkai glade sport edisi world cup tu.dah pernah abes kosong pastu kwn refill pkai ambi pure refill tp still tak baw laa.. adehh..
perfume dalam kete dah habis lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dah. sampai skrg x ganti. asal lupaa je nak beli
tak tau lak roti @ serbuk kopi leh nyah bau....nice2.
aku pakai glade jenis gelatin..4.90 je..pernha juga pakai ambipure dgn refil tu..tapi bau refil kuat sgt..lama lama nanti dia jadi pekat.
wah,guna limau kasturi...teramat kreatif...boleh dicuba saat terdesak nih...ambe kureng skit dengan perfume nih,sebab ader perfume yg terlalu kuat baunya,menyebabkan ambe fenin kefala la...
ada lagi satu benda yang nyah bau. ada jual dekat JJ. dalam dia kalau tak salah aku arang kot. memang kereta tak bau langsung r. member aku pakai.
muahaha..letak buah limau pon dah wangi dah..
dah lama aku tak letak pewangi dalam kereta..sekarang kalau balik kg.. letak daun pandan wangi je.. jimat dan tiada kimia.. hehehe
hahaha biar betul, tak tahu pulak akan meletop.. thanks info tu.. and mana nak dpt perfume comel tu, yg hello kitty.. comellaaa...;)
apezs follow here
haha.. yg gantung tu.. mmg wangi pon..
pewangi kereta ni xbagus...ia bersifat menghakis..kalau nak bagus guna car sterilizer biozone lg bagus...try tgk kat blog ni
http://sense-of-health.blogspot.com/
letak roti??? x basi ke?
car parfume suma tak tahan lama...plg kuat seminggu bro...
guna daun pandan lagi siok...
heh!
entry yg bgus...
thnx 4 dA Idea n tips...
x nk jd cm perfumes yg meletup 2 abis jahanam keta bapak ak nti...
x psal2 kner kjar dek bapak ak stu kg nti kih3....
idea potpuri tu best..ade gak terpikir..tp disebabkan malas..smpai skrang tak buat2..beli je ambi pure..
salam, nice info..
mintak tukar link, saya dah linkan blog saudara di blog saya..
http://kenevoputih.blogspot.com/
Aku suka pandan wei
salam singgah
blog anda bnyk ttg kereta !
menarik minat saya yg ingin ambil lesen keta nnti..
hehe..
btw follow blog ni
info menarik ni bro..hehee
bahaya tu....
jangan disalahgun sudah la
bro keta kaw mesti macam2 bau wangi ada,, sebab macam2 perfume boleh test,, btw mmg best juga post ni,, menarik wehh
wah pertua yg berguna nie thanks nizam biasa angah guna pewangi jer
Assalamualaikum Afzainizam
Alhamdulillah
banyak menafaat dlm n3 ini
terima kasih
Wassalam
Part roti tu memang betul la, member aku lupa ada beli ayam dengan ikan dalam kete. Lepas tu busuk kohong bau kete, letak roti lepas tu terus kurang sangat bau dia...
sy suke gune paper air freshner vanilla...bau die memang besh...x kuat sgt... :)
hohh menakutkan bole meletup! erk, skarang gak g kuakan tin pewangi -_-
aku suke california scents.. teramat menyenangkan & lain dari yg lain... kwn2 yg naik kete pun tanya guna minyak wangi ape..
tp tu le masalahnya, susah sgt nak dpt kat mesia ni... ada sape2 jual x? sebelum ni beli RM15 setin, tp skrg org yg jual tu dah x niaga lagi...
Slm,,sy ada pewangi ambi pur spray rm 5 je,,30 ml.... Call. 012 - 297459
minta izin dari tuan punya blog nak share info/gambar ini, boleh tak?
http://www.facebook.com/pages/Pewangi-Kereta-Car-Perfumed-Haruman-Semerbak-Wangian-Kampung
http://scentnote.blogspot.com/ tgk ni pewangi rumah yg terbaik :)
The best place to buy car accessories is the Internet. The Internet provides an unlimited access to products and goods one needs in his day-to-day life.Gel Car Perfume
Sy ada jual ambipur car dgn harga yg separuh lebih murah dr kdai. Berminat kol 0133876670 tq
Wangian sangatlah penting untuk kita semua. Contohnya wangian untuk kediaman dan kenderaan.
Ramai antara kita memiliki pewangi-pewangi ini, dan bermacam-macam bentuk dan bauan. Ada yang mahal dan ada yang murah.
Nabi SAW sendiri amat menyukai wangi-wangian dan benci akan bau busuk dan kotor.
Nabi SAW tidak akan menolak jika diberi wangi-wangian.
Nabi SAW bersabda “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah ia menolaknya,kerana sesungguhnya ia ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.”(Shahih riwayat Ahmad,Nasa’i, Muslim, dan Abu Dawud dari Abu Hurairah)
Wah menarik, macam2 perfume ada..Hebat
Assalamualaikum Tuan, boleh saya mintak izin untuk share konten tuan ini di fb saya? Saya akan letakkan kredit blog tuan dia atas konten fb saya.
Are you know This content is very unique? This is very nice content and very informative. Thank you for sharing this information. I liked this too much. I hope you like my compliment. acoustic foam roll
Post a Comment