Wednesday, February 23, 2011

Kereta Motorsikal Hello Kitty

Pertanyaan yang diajukan email
Shikin: Salam,kite ade baca blog bro. Kite nak tanyala.Kite de Kancil ngan kaler pink. Ingat nk mekap ala2 kancil hello kitty jer taruh sticker hello kitty dengan bermacam aksesori Hello Kitty letak bantal2 hello kitty ke. taruk flipflap tapi cari xde pn. yg kite jmpe MU dgn pink panther je. ke kite yg x reti nk cari?. Huhuhu.. Bro boleh bagi pandangan tak cmne nak mekap. Lgi stu bro, seswai tak kalau hello kitty ni bubuh kat motor atau skuter. Jawapan Kami:
Thanks bertanya..Camner nak jawab yerr... Eeeemmmm agak rumit memikirkan jawapan.. kena buat research history dulu...
Sejarah Hello Kitty..
Agak lari dari kebiasannya entri yang sebenarnya.
Memandangkan Hello kitty ni kartun favourite,. so, ni serba sedikit sejarah karektor anime Jepun yang mempunyai ramai peminatnya iaitu Hello Kitty Watak seekor, kucing putih bercirikan bow atau hiasan lain pada telinga kiri, dan tanpa mulut. Sejarah Hello Kitty ini bermula apabila sebuah syarikat dari Jepun iaitu Sanrio telah memperkenalkan produk pertama iaitu dompet duit syiling wanita di Jepun pada tahun 1974 di Jepun diikuti dengan Amerika pada tahun 1976. Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. Shimizu pada tahun 1975 watak tersebut diserahkan pada Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih selama lima tahun manakala pereka ketiga pada tahun 1980 adalahYukoYamaguchi..Animasi pertama Hello Kitty diterbitkan di Amerika (dengan kerjasama Jepun) dan diberi nama Hello Kitty’s Furry Tale Theatre, animasi ini ditayangkan pada tahun 1986..setakat ini hasil royalti untuk barangan-barangan Hello Kitty dan produk sampingannya ialah berjumlah lebih dari satu billion dollar Amerika. Siapakah yang menyumbangnya..hehe..siapa lagi kalau bukan peminat Hello Kitty

Obses Modifide kereta Hello Kitty dan tanggapan orang?
Begitulah juga dengan para peminat kereta yang sanggup berhabis wang ringgit mekeup kereta dengan tema Hello Kitty. .
.selalunya yang obses Hello Kitty ni turut meminati Warna pink, warna yang lembut & feminin yang memang sinonim dengan wanita... Tapi sekarang aku nampak orang lelaki pun ade gak makeup kereta dia colour pink dengan sticker Hello Kitty tampal kat body kereta...

Mungkin Ramai orang yang berpandangan lelaki bukan jantan kalau kereta diorang colour pink... lagi teruk dianggap (PON_#N) maaf cakap...Itu pandangan diorang lahhh jadi tak salah diorang membuat persepsi...mungkin pandangan kita berbeza.. apapun.. bagi aku pulak.. obviously kereta tiada jantina.. unisex... kereta dia yang beli jadi dia punya suka lahh nak buat apa... nak buat Hello Kitty ke, Doremon ke.. ultraman ke...Superman kerr..

Design Luaran ...
Berbalik pada Soalan yang diberikan... Kat sini ade beberapa gambaran untuk disign Hello Kitty ni... biasanya banyak dari jenis kereta kompak japan macam Kancil , kelisa, kenari dan ada gak dari kereta Honda Jazz yang di modifikasikan lah...
Selalu aku tengok kat autoshow Hello Kitty ni, tread mark colour pink selalunya.... Sekarang ramai sangat aku perhatikan penggila-penggila kereta membuat ubah suai kereta mereka kepada konsep Hello kKitty ni...
Dalam ruang enjin..
Minat punya pasal, mahal takda masalah buat mereka. Hatta mereka yang bekerja dengan pendapatan kecil pun sanggup berabis beribu duit semata-mata untuk menghias kereta mereka dengan cantik..
Sampai dalam enjin pun Hello kitty..
Ni Gambaran ruang dalam kereta plakkk...
Macam macam aksesori diorang bubuh...Perhiasan perlu jugak di dalam kereta..agar memberi sedikit impak ketenangan pada pemandu..tapi tak perlu terlalu xtream.tapi kalo nak hias pun, agak2 la.. jgn la sampai mengganggu pandangan korang time drive..karang korang gak yg susah.
Memang betul...dalam kete ni kena sikit dihias tapi berpada-pada arr..jangan ler buat cam menghias ala-ala macam kat rumah lak.. bila pandangan terlindung, terlanggar plak tau plak marah..........

Aksesori yang boleh dicari...

Ni pandangan aku kalau nak bubuh aksesori tak yah lah banyak banyak... menyemak ajerr...cukuplah sekadar sekotak tisu yang simpan dalam bekas yang cantik...pewangi kete supaya dalam kete bau harum semerbak....tak yah lerr boh toys sebesar-besar badak kat dalam kete tu..berderet-deret toys dalam kete tu..Dah macam penjual toys lah pulak.


Hello Kitty kat motorsikal..
Kalau Hello Kitty ni nak bubuh kat motor pun tak ade masalah... cuma kena tengok lahh kesesuaian motorsikal dengan designnyerrr....
Adooiiii ...masa tengah belek-belek internet jumpa plak Superbike warne pink dengan design hello kitty... isshhh macam tak sesuai ajerrr nampak...
Kalau kat scooter tu untuk pompuan bawak rasanyerr sesuailahhh kan warna dia ngan design Hello Kitty ni..
Kalau Motorsikal dah pink Hello Kitty ... Helmet pun mestilahhh Hellow kitty gak kan baru sepadan ngan motor....
Amaran.... Khususnyer Kaum Pompuan...
Tolong jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai.. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik
Biar ‘penjenayah’ susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni melindung pandangan bilamana penjenayah bersembunyi dicelah kereta,Sebab penjenayah tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih.. Secara baik maafkan saya.. saya nasihatkan awak ni..
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

39 comments:

De Mois said...

Alamak..yang motor 2 valentino rossi ke yang pakai?? Haha

Revolusikan hidup dengan SuaraSendiri

Anonymous said...

boleh accident ni kalau terlampau bnyk anak patung tuh. =.="

Ct Arina said...

kalau ade duit sume pn boleh buat! ;D

Unknown said...

aku malu nak pakai kete @ motor macam ni..nak naik pun fikir 2/3 kali...hehe

mas saari said...

salam..TQ kerana sudi singgah blok saya, jom follow2 ok!

eeee...comelnya tapi saya tak minatlah~

en_me said...

bersepah2 tewww.. uhuhu

Faten Rosli said...

gile banyak hello kitty kat kereta ni.. semak plk rasa.. huhu

fadwa daud said...

thanks ziarah blog saya:)

berhenti hujan muncul pelangi,
burung keluar mencari rezeki;
ziarah anda disanjung tinggi,
saya kembali membaca enrti:)

comel hello kitty tu~
:)

Fadzli Amir said...

rasa macam terover sgt la..kalau yg sedang2 saja ala2 iwan tu ok kot...hehehhe

AngahSayang2314 said...

wahh cantik...angah suka stering yg love tue cantik hehehee

mrs kayrul said...

salam perkenalan kembali....dtg follow..

smarted giler semua kereta & motor2 tue...

s h a said...

wahhh...beshnyew...pink...nk jgk pink2...tp namo hello kitty...boleh x?

ayie said...

perghh..gila kucing..huhu

ibnuismail said...

mak oiii...semua nak hello kitty pinky. nanti termuntah la org yg nak repair kete tuh nanti.hahah

aima in luv said...

wahhh,,, aima mnat gak hello kitty nie...
comel gle kn...
hehe

mykhalis said...

akujuga nak jadi peminat hello kitty ahh..hehe

nabilah_2908 said...

alahai....lelaki & Hello Kitty..sngt la tk sesuai... ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
PENYAKIT LUPA

Noor Fatin said...

ala bestnya warna pinkkk. huhu teringin pulak nak pakai kete warna pink dan ada hello kitty tuu. tapi tu la, ada rsiko yg perlu ditanggung.. huhu

lalink7 said...

seriously..aku rasa aku la pempuan yang tak suka hello kitty..hmm..jadi entri nie di skip dgn laju2 tapi jgn isau tetap setia mengomen..hehehe

irwanmiswan said...

aku nye lc kalo wat hello kitty ok x??keh3

Unknown said...

macam kenal jer keta kat atas tu...wuuu

Unknown said...

Pehhh...gilerss laa..tak sanggup gua nak abeskan riburiban semata2 nak buat/tambah acc mcm nih...

Ina said...

cantik la..cute..tapi..saya mmg tak minat lar patung-patung tu semua..semakkkkk

Mohamadazhan.com said...

huish, obseessss hello kitty tahap apa ni.hehe

fiezah91 said...

hehehe..stiker hello kitty tu comel tapi kalau dlm kereta dihias gitu nampak semak lak T_T

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kereta letak pic tu dan pink tak ganas

Anonymous said...

aku bkn pminat hello kitty ni..klu obses nmpk serabut jer

Unknown said...

apesal pink je smuanya? hehe

mie said...

fuh!!
hebatm semua hello kitty..
heheheee

Unknown said...

err..taqpi hello kitty tetap sinonim dengan kaum perempuan. kalau lekai pun guna tema hello kitty kat kereta atau motorsikal, rasa terlalu janggal pulak

vendoline said...

ni kes obses terlampau la..segan lak aku tengok laki yang buat theme cmni gak

Nerzhul said...

yuck.

Kyril said...

pinkkkkk glar
smpai sket mta :D

Asri Alam said...

serabut ja aku tengok. patung mainan mengalahkan bilik budak pempuan. sticker alahai taman rumput. lebih suka tgk K car yg modified retro & classic mcm opti tak la serabut sgt

Hunny Kitty said...

blogwalking~

Unknown said...

Caman nk dpt accessori tu..

Perunding unit amanah said...

I pun minat mekap kereta.. Tema hello kitty..

Semalam i baru beli alas tempat duduk kereta hello kitty dari my friend..

I memang regular customer dia, asal ada barang baru, dia mesti mms i gambar & contact i...

u all kalau minat tema hello kitty untuk kereta boleh call 0197375812

prinsesskittyku said...

woww...hello kitty...sy mmg hantu dan terlalu obses dgn hello kitty and warna pink..sy rancang nak cat kereta sy warna pink..tema hello kitty...tp kereta sy masih baru...terpaksa memendam rasa...

Sound Deadening Store said...

Are you aware that this content is one of a kind? This is very well-written and very instructive content. I appreciate you providing this information. Too much, I liked this. I hope you enjoy my praise. van conversion range