epoie: Aku baru aja beli persona 1.6 auto. Lani dia orang kasi rim 15".Rasa hati nak tukar ke 16"atau 17". Tapi tak pandai sangat. Takut kena ketuk dengan tauke rim, He2. Aku buat buat Modified aksesori keta aku almost perubahan.dimana pengubahsuaian minimum ( ni semua gatal tangan, tak boleh nak tengok bende2 ni standard, sakit mataaa!!!).paling2 koman pun akan tukar rim, main adjustable, tukar air filter, kabel plug,stud bar, tukar ekjos dan tinted..itu sajaaa!!! Keluar je kedai, seminggu ni jugak la aku dah mula mengabihkan boreh. Mintak komen bro.So minta tolong jasa baik. Boleh bagi nasihat
Jawapan Kami:
Thanks bertanya... Camner nak mula jawab soalan En. epoie ni yerrr, sebab aku pun tak mahir bab benda macam ni, cuma yang saya dapat bantu macam kat bawah ni:
Apa Yang Perlu kita Tahu
semasa Tukar Aksesori kereta
-setiap pemilik kereta menyimpan cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai. sebagai contoh: Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuatAdekah anda tahu ape maksud tulisan kat tayar korang ?
Fahami maklumat tertulis pada sidewall tayar
Sport rim 14 inci atau 15 inci?
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.
2. Air filter kon
- trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kereta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.
Tip2 cara terpantas test pilih quality Air filter:Arahkan Filter itu ke matahari, tengok dalam air filter tu, ada cahaya tembus atau tidak. kalau tembus, menunjukkan kertas dia tipis sampai tembus cahaya . kalau tidak tembus, ok punya. k&n dan apexi tidak tembus cahaya.... Kalau guna airfilter tak ada brand , cuba bayangkan kalau habuk yang halus masuk, trottle body atau carburator..
Lagi satu Kalau nak pasang airfilter kalau boleh hadap radiator, angin dari luar kena lalu dari radiator baru masuk airfilter. Kalau pakai piping plak halakan jauh di tepi sudut tepi enjin dengan air filter di tutup dengan holder..
3. Silicon Plug wire
-Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk (kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.
Apa yang panas dan apa yang sejuk?
Sebagai contoh NGK BP7 lebih sejuk dari NGK BP5..Nombor Kod NGK BP7 dan NGK BP5 menunjuk perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji plug...lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.
Aspek membezakannya ialah julat haba ditandakan dengan angka seperti 5,6,7 dan 8. Ia berbeza dari antara jenama.Julat haba 7 bagi NGK tidak sama dengan julat haba 7 bagi Denso atau Champion. Untuk jenama Eropah atau Amerika lebih tinggi nombornya bermakna palam pencucuh lebih panas tetapi sebaliknya jenama Jepun lebih tinggi nombor bermakna lebih sejuk!
Tak kira la spark plug tu ada berapa kepala pun, 1, 2, 3 atau 4 ke. . . . .
fungsi nye tetap same, menghasilkan percikan api, dan percikan api yg dihasilkan tetap 1 walaupun kepala nye 4.. . . . tp advantage nye spark plug tahan lama, keberangkalian spark plug miss percikan api pun kurang. . . . iaitu lebih cekap. . . .
4. Stud bar @ Stabilizing bar
-sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.
4. Muffler Ekzos
-Kalau nak tukar muffler banyak makan modal , banyak yang kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah ...Cuma saiz piping tu yg lagi beza... antara straight pipe & straight flow ni sesuai utk enjin-enjin v-tec ngan mivec je, kalau kat enjin biase tak elok, membazir.. flow ngn straight flow kn ad kelebihan n kelemahan dia... terpulang pada pengguna gak... biasa kedai akan terangkan performance memang rekemen s-flow utk auto, straight flow utk manual tapi agak bising . tapi pakai s-flow mmg senyap skit...
S-flow muffler
KEBAIKAN
- -sangat senyap
- -point kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah oleh itu sesuai untuk penggunaan harian
KEBURUKAN
- -menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing dalam muffler
- -menghasilkan back pressure kepade engine lalu mennganggu aliran angin
- -kurang kuasa di rpm tinggi
Straight muffler
Kebaikan
- -aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing
- -point kuasa berada di rpm tinggi oleh itu sesuai untuk digunakan di track
- -engine yang lebih responsif dan lebih pick-up
Keburukan
- -Bising berbanding S-Flow
- -menaikkan fuel consumption
- -kurang kuasa di rpm rendah
6. Tinted Cermin
-Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan
Penguasakuasaan peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan ini dikuatkuasakan oleh JPJ melalui Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Peraturan-Peraturan 1991 [P.U. (A) 39/19911, di bawah Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan peraturan ini, tahap ketelusan yang dibenarkan pada kenderaan adalah setakat 70% ketelusan cahaya pada cermin hadapan dan 50% pada cermin belakang. adalah dinasihatkan supaya tidak memasang cermin gelap berbentuk fully tinted film pada kenderaan mereka
Pengguna juga digalak menyemak dan mendapatkan kepastian JPJ atau menrujuk tahap ketelusan cahaya pada kenderaan mereka di PUSPAKOM.Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...
30 comments:
thanks for the tips bro..hehehe~
bro..mcm tips2 yg utk perjalanan yg jauh, ape yg prlu diperiksa..ade tk?
sbb aku tkde tau byk sgt..cuma yg biase2 jek..
pastu nk mtk nsht cara penukaran air bateri..=)
Salam,
Tak pernah tahu sebelum ini. Thanks berkongsi ilmu yang berguna...
terima kasih sebab bg info yg bergune =D
entry yg sngt2 berguna
aku nak cari sportrim 12 utk kancil aku. hehehe
belum tukar rim sport walau pun kawan ada cadangkan
risau kalau2 ada kesan sampingan
thanks
belum tukar rim sport walau pun kawan ada cadangkan
risau kalau2 ada kesan sampingan
thanks
fuh!!
banyak main no siri rupanya..
ehehe
baru je tukar tayar 2 biji tadi. 215,45,r17...made in china je rm180 sebiji...
salam, menarik sgt. terima kasih atas informasi. :)
eh! ko suka kereta antik ke kereta terkini?? saja je tanya
nice tips cuma aku xtahu sgt sbb aku xde kereta n xpenah bawak kereta..
tp aku harap ader2 entri2 pasal motor plak... hehehe
sbb aku blurr lagi pasal motor nih
Slm bagus maklumat ni..rupa-rupanya ada juga spark plug jenis sejuk dan panas ye..
salam
tang no kat tayar tu baghu hari ni tau..thanks
nak tambah bnda yang perlu kita tahu semasa mahu menukar aksesori kereta..misti pastikan duit ada seblum nak tukar..ada orang xde duit nak mimpi tukar sport rim..hehehhe
or tu sy la..tukar rim mtor je mampu skang nie..hahahah
Tenkiu 4 da tips, member aku kata kalu tukar filter-kon tu bunyi ada sikit garang betul ka.
tq bro..dapat gak den ilmu
infomasi yg terbaik dari ladang..
good job bro..berinformasi sungguh entri ini..padat, tepat, bernas dan manpan..tq
baru cadang nak angkat air filter kon tu knn..tapi kata cine kedai sato tu minyak manyak kuat lorh..huhu blom tukar eksos mufler straight lg..huhu kate kancil aje pun 660..haha kalau minyak larap kalau kate tu leh ada performance mcm pickup dan lajak ada aku tak kisah..huhu
juga tarikh pembuatan kt tayar...
ada 1 bulatan bentuk bujur tulis 4 angka..contoh : (1212) dua angka depan minggu tayar dibuat, dua angka belkang tahun tayar dibuat.
Salam bro bab muffler tu nk tanya sikit kalau kereta kancil 12 valve pasang muffler kereta wira punya ada kesan sampingan x?
bab muffler..klau enjin 1.3,pipe ekzos upgrade guna 2 inci sdh cukup..sesuai utk high rev..suspension penting dlm ubahsuai kereta utk mnambah kestabilan kereta masa corner..
bab muffler..klau enjin 1.3,pipe ekzos upgrade guna 2 inci sdh cukup..sesuai utk high rev..suspension penting dlm ubahsuai kereta utk mnambah kestabilan kereta masa corner..
tang ekzos s-flow & straight flow tu np for mivec & vtec je sesuai?
tang ekzos s-flow & straight flow tu np for mivec & vtec je sesuai?
Jika anda membeli aksesori kereta berjenama anda mungkin perlu berbelanja lebih banyak wang. Tapi akhirnya akan terbukti ia sebenar lebih berbaloi daripada aksesori yang berstandar biasa dan kualiti rendah.
Terbaik tq
Salam bos..sy pakai myvi manual 1.3..ekzos apa yg sesuai bunyi sedap dan murah..pickup pn ada
Are you aware that this content is one of a kind? This is very well-written and very instructive content. I appreciate you providing this information. Too much, I liked this. I hope you enjoy my praise. soundproof matting for floors
Post a Comment