Sejarah Nissan Skyline
Pengasas model nissan Skyline ialah Shinichiro Sakurai. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mencipta kereta lagenda Datsun / Nissan Skyline.Model sentuhan asli pakar automotif Jepun itu boleh dianggap raja bagi mana-mana kereta sport GT Jepun yang dilengkapi dengan segala teknologi terbaik dari pengeluar Datsun itu satu ketika dahulu. Skyline adalah satu jenama besar dalam industri automotif dunia. Pencapaian cermerlang Skyline dalam dunia permotoran memang agak digeruni oleh pengeluar-pengeluar kereta dunia. Sampai sekarang pun Skyline masih wujud dengan generasi barunya
Nissan suatu masa dahulu lebih dikenali dengan nama Datsun. Kereta-kereta datsun ini memang popular dikalangan rakyat malaysia kerana reliablity dan juga penjimatan minyak serta kos yang murah untuk diselenggara.Terdapat pelbagai variasi kereta Datsun antaranya Skyline. Skyline merupakan salah satu sports car jepun. Kini Skyline lebih dikenali dengan nama Nissan Skyline. Kereta ini memang terkenal dengan Prestasi dan kelajuan.Nama Skyline bermula dengan syarikat kenderaan Prince Motor Company yang memajukan dan menjual barisan sedan Skyline sebelum bergabung dengan Nissan-Datsun. Singkatan GT-R mewakili Gran Turismo Racer sementara GT-B bagi Gran Turismo Berlinetta.
Generasi Pertama 1957-1963
ALSI-1
Skyline pertama telah diperkenalkan pada April 1957,di bawah jenama Prince, Ia menampilkan enjin GA30 1.5 L (1482 cc) menghasilkan 44 kW (60 kk). Ia menggunakan ampaian belakang tiub de Dion dan berkeupayaan 140 km/j (87 mp). Berat kereta ini adalah sekitar 1300 kg. Prince Skyline telah dikeluarkan sebagai sedan empat pintu dan gerabak stesen berpintu lima.dan dipasarkan sebagai sebuah kereta mewah.
ALSI-2
Skyline ini dimodenkan dengan lampu puncak empat persegi pada 1958.
Model ini dikuasakan dengan sebuah enjin 1.5 L yang diubah sedikit dikenali sebagai GA-4 OHV (1484 cc) menghasilkan lebih kurang 70 hp (52 kW) @ 4400 rpm dan dikeluarkan sepanjang 1961.
BLRA-3
Skyline Sport ini menampilkan badan Michelotti buatan tangan dalam versi-versi coupe dan boleh tukar. Kereta-kereta ini menggunakan enjin 1.9 L (1862 cc/113 in³) GB-30, menghasilkan 96 kk (72 kW) dan 113.5 ft·lbf (154 N m). Sementara hanya beberapa ratus sahaja yang dibuat, Prince Motors mempunyai kumpulan penggantian produk yang agresif dan mereka boleh dilihat (bersama model-model arus perdana syarikat tersebut) di dalam kebanyakan filem-filem Toho di awal 1960an.
Pada tahun 1968 Skyline GTR pertama dikenali sebagai "PGC10" berbekal enjin 2.0 L DOHC S20 I6 dibuat 160 hp (120 kW) pada 7.000 rpm dengan 118 N • m (87 ft • lbf) of torque. Kekuasaan itu disampaikan oleh seorang 5-speed transmisi manual ke roda belakang. Ini pada awalnya model ni adalah sebagai sebuah sedan empat pintu dan coupe dengan kod chassis "KPGC10".
Generasi kedua (1972-1977)
pada tahun 1972 banyak perubahan telah dilakukan hingga terbinanya Skyline versi "C110", dan siap sepenuhnya pada tahun 1973 . dengan berbekal enjin s20 i6 2.000 cc DOHC menghasilkan 160 hp pada 7.000 RPM kuasa menghantarnya ke roda belakang melalui 5-speed manual gearbox tetapi masih menggunakan Chasis asal KPGC10. ianya merupakan printis kewujudan GTR. Percubaan tersebut tidak berjaya kerana cuma 197 kereta terjual dan pengeluaran Nissan Skyline GTR dibatalkan tahun 1973 .
Generasi 3 (1989-1994) R32 GTR
Nissan Skyline GTR R32 di bina pada 22 Mei 1989, Nissan memutuskan untuk membolehkan pengeluaran yang tidak terhad yang mula dijual pada bulan Ogos 1989. Dengan yang baru 2,6 liter twin-wheel drive turbo semua sistem yang direka oleh Nismo dimasukkan ke dalam produksi sebagai Nissan Skyline GTR R32. Pengeluaran dijalankan dari Skyline GTR R32 adalah 43.394 unit.
R32 Engines
- 1.8 CA18I I4
- 2.0 L RB20E I6
- 2.0 L RB20DE I6
- 2.5 L RB25DE I6
- 2.0 L RB20DET I6
- 2.6 L RB26DETT I6 (GT-R)
Generasi 4 (1995-1998) R33 GTR
Generasi ke-4 Skyline GTR adalah "E-BCNR33" (R33) pada tahun 1995..Skyline R32 ni lebih kurang macam pencetus era kegemilangan untuk siri skyline kerana model ini dikatakan lebih berjaya berbanding model-model skyline sebelumnya. Bermula pada model ini jugalah Nissan telah memperkenalkan siri GTR yang telah terbukti sebagai "monster" pada kalangan-kalangan performance car. Selepas kejayaan yang dicapai pada Skyline R32 .
R33 models:
HR33 GTS - 2.0 L RB20E SOHC I6, 130 PS (96 kW, 172 N m)
ER33 GTS25 - 2.5 L RB25DE DOHC I6, 190 PS (140 kW, 231 N m)
ENR33 GTS-4 - 2.5 L RB25DE DOHC I6, 190 PS (140 kW, 231 N m) AWD
ECR33 GTS25T - 2.5 L RB25DET DOHC turbo I6, 250 PS (184 kW, 294 N m)
Bermula Januari 1999.Nissan menerusi model Skyline R-34 adalah model yang cukup berjaya mengubah imej kereta sports Jepun yang satu ketika dahulu dianggap 'murah' dan tidak tahan lasak.
Nissan Skyline R34 Models:
GT - 2.0 L RB20DE NEO I6, 155 ps (114 kW)
25 GT, GT-X, GT-V - 2.5 L RB25DE NEO I6, 200 ps (147 kW)
GT-FOUR - 2.5 L RB25DE NEO I6, 200 ps (147 kW) AWD
GT-T - 2.5 L RB25DET NEO turbo I6, 280 hp (206 kW, 343 N m)
Model R-34 ini telah diuji di litar Nurburgring, Jerman untuk membuktikan kepada media dunia bahawa kereta sports coupe ini mampu memberi saingan kepada kereta-kereta buatan Amerika Syarikat dan Itali yang dikira hebat pada masa itu
Dengan enjin yang besar 2.6 liter enam silinder sebaris daripada modelGTR sebelum ini telah ditingkatkan untuk digunakan untuk model GTR yang terbaru ini.Prestasi off-boost telah ditingkatkan dengan penggunaan pengecas turbo seramik galas berkembar,manakala aci sesondol dan penalaan injapnya telah diubahsuai untuk memberi kelancaran pergerakan pada bahagian rpm rendah.
GT-R Edition:
Di Jepun ,tahap atau angka maksima yang dibenarkan oleh industri motor jepun ialah 280bhp dan kereta GTR ini dapat mencecah sehingga 277bhp.Bagaimanapun mengikut laporan yang dikeluarkan oleh Nissan,GTR ini mampu menghasilkan lebih daripada 277bhp iaitu angka yang tidak keterlaluan iaitu 290bhp.
GTR ini mampu mengejutkan sesiapa yang memandunya kerana ianya lebih pantas daripada GTR sebelum ini.Model ini mampu mencapai 0-96km/j dalam masa 5.0 saat dan 160km/j dalam masa 13.0 saat.Sunguh pantas bagi sesiapa yang hanya memandu kereta enjin biasa.
Models:
GT-R - 2.6 L RB26DETT twin-turbo I6, 332 PS (244 kW, 392 Nm)
GT-R V-Spec - Additional aero parts, brake ventilation ducts, diffuser.
GT-R V-Spec II - As above + carbon fibre bonnet NACA duct.
GT-R N1 - Blueprinted N1 motor, no A/C, no stereo, no rear wiper, basic interior trim.
GT-R M-Spec - Leather interior, softer suspension with “Ripple Control” dampers, heated seats.
GT-R V-Spec II Nür - As above V-Spec II + N1 motor, 300 km/h speedo.
GT-R M-Spec Nür - As above M-Spec + N1 motor, 300 km/h speedo.
GT-R NISMO R-tune
GT-R NISMO Z-tune - 2.8 L (bored and stroked) RB26DETT Z2 twin-turbo I6, 500 PS (368 kW, 540 Nm) Z1 and Z2
Namun begitu, untuk membolehkan mereka yang kurang berkemampuan (tetapi kaya) memiliki model yang hampir sama, pihak Nissan telah memperkenalkan model GTS-T (juga ada seperti GTS, GS empat pintu dan berbagai lagi). Model ini dipasangkan dengan enjin Neo 6 turbo berkapasiti 2.5 liter yang menggunakan asas daripada enjin RB25DET dalam pembinaannya.
Beza antara GTR dan GTS secara visual ialah reka bentuk luarannya yang menampilkan imej sporty yang berbeza. Model GT-R didatangkan dengan bumper hadapan besar, sepasang lampu kabus yang dicantumkan dengan isyarat membelok serta sepasang fender yang lebar. Lampu belakang antara kedua model ini masih sama.
Generasi 6 (2007-sekarang) R35 GTR
Generasi baru daripada GTR pada 2007 semasa berlangsungnya Tokyo Motor Show. Nissan telah menyambung kehebatan siri skyline melalui R33 dan R34 dan lebih cemerlang melalui model R35.Kuasa asal enjin GT-R ialah sekadar di bawah 500bhp, tetapi kuasa sebenar yang mampu dijana apabila modifikasi menyeluruh dilakukan boleh mencecah 1000bhp. Tidak hairan kenapa model tersebut mendapat pujian menggunung daripada majalah automotif terkemuka British iaitu Top Gear dan diberi anugerah ‘Supercar Of The Year 2007′.
Model GT-R adalah model yang mendapat perhatian seluruh khalayak pencinta dunia kereta sport dan ianya sering dibandingkan sebagai pesaing paling terdekat kepada kereta bernilai jutaan dollar iaitu Porsche dan Ferrari. Menakjubkan bagi sebuah kereta yang berharga dalam lingkungan RM600k sehingga RM700k apabila dinilai setaraf dengan kereta yang berharga melebihi RM 1 juta.
Seperti diketahui umum, Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton negara juga memiliki sebuah GT-R yang ditala oleh M7. Memang hebat dan boleh tahan citarasa Datuk Lee Chong Wei. Main badminton pun boleh jadi kaya dan mampu memiliki kereta yang berharga lebih RM600k. Oleh kerana harganya yang terlalu mahal jika dibandingkan dengan model kereta sport yang lain, kelibatnya di jalan raya di negara kita agak jarang kelihatan.
tuan blog, ada masa cerita sikit pasal generasi nissan skyline.. nama yg tak lapuk ditelan zaman