Friday, April 15, 2011

RXZ 5 speed, 6 speed, catalyzer Dan korek blok


Pertanyaan yang diajukan..
1)Guest slm nk tanye bley..?? ape sejarah rxz eh...???kenape dorang selalu korek blok kat rxz tue ek...?? trimas bro
2)Guest slm apa perbezaan antara 5 speed, 6 speed, catelyzer? nak modi kasi lawa sikit camner yer tapi nampak stand je.TQ

Jawapan kami...
Jika kita mengikuti sejarah pengeluaran motosikal Yamaha sekitar tahun-tahun 80an dulu, Yamaha RX-Z 135 cc pernah merajai jalan raya suatu ketika dahulu dan nampaknya Yamaha RX-Z masih lagi mendapat perhatian peminat-peminat motosikal tempatan. Yamaha TZM, Yamaha 110SS, Yamaha 125Z dan Yamaha LC135 hanya mengesahkan bahawa motosikal keluaran Yamaha bukan sahaja perlu bergaya dan seksi malah berkuasa. Itulah kelebihan motosikal keluaran Yamaha yang sukar digugat oleh pesaingnya.

Sejarah Yamaha RX-Z 135 Mula dikeluarkan pada tahun 1987 asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek disk tidak berlubang Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.Apa – apapun, tak silap saya setiap tahun pasti akan ada penambahbaikan pada model ni.yang terbaru ni adalah model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter. Tapi rxz 5speed ni kelebihanye top speed sedap pasal enjin die lebih sedap berbanding dgn 6 speed.. Itu membuktikan bahawasanya model ini tak lapuk dek zaman. Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang. sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru iaitu model rxz catalyzer cuma penambahan catalytic converter..Tapi sekarang ramai budak dah convert ke 6 speed or catalyzer pasal nak nampak motor tu baru dan nampak moden..

_______________________________

Perbezaan antara RXZ 5 speed, 6 speed, catalyzer

_______________________________

1) RXZ 5 speed
RXZ 5 Speed pula mempunyai fairing yang lebih kecil berbanding RXZ Boss dan Millenium.Perbezaannya hanyalah pada fairing sahaja.


-ada cover bertulisan YAMAHA macam rxs kat bawah fairing
-fairing pendek
-bentuk signal tak sama ngan 6 speed
-handle sebatang macam LC125 bukan jenis yg asing2 mcm skang tapi sebatang pastu lekat kat tengkuk
-tapak handle sama je ngan LC125
-meter petak tapi serong di kiri dan kanan RXZ dulu2 meter dia bukan bulat2 mcm skang, tp segi2.
-suis on/off takde rasanya
-sarang trotel kabel kat handlebar beza ngan 6 speed
-tank pendek sket dari 6 speed 1st model
- exzos; 5speed : exzos pisang-brek disk lubang panjang - bukan bulat2
-stripe kotak-kotak stripe body stripe - jalur2 bodoh je..
-5 kelajuan sahaja- kaler enjin hitam- signal depan - 4 segi je.. mcm RXS gak

_______________________________
2) Rxz 6 speedRXZ Energy lebih dikenali sebagai RXZ Narong.Rekabentuk sama seperti Boss dan Millenium tetapi perbezaan warna terdapat pada kiri dan kana motosikal.Sukar utk menjelaskan perbezaannya.Tetapi gambar dibawah boleh memberikan keterangan yang jelas
RXZ Millenium dan Boss mempunyai reka bentuk yang sama tetapi pemilihan warna yang berbeza.RXZ millenium menggunakan cover set 2 warna (perbezaan warna set depan dan belakang) manakala RXZ boss direka dengan 1 warna (depan sampai belakang).

-fork panjang sket dari 5 speed...boleh beli kat spare part untk bezakan panjang dia
-fairing boss
-handle clip on
-signal depan bukan petak segi empat tapi bujur dan mengecil kat hujung
-tapak handle dah lain macam YP125 punya bentuk
-suis on/off dah ada..siap sarung kabel trotel
-tank dah panjang sket
-6 kelajuan
-ekzos dah ada tabung exzos tabung mcm melinium tp warne dark green aka itam Versi 6-speed pun ada yg guna ejos pisang (1st gen). Bila dh kuar versi meter bulat, br tukar ejos lain
-bentuk meter dah ikut design YP125/TZR125 tapi meter YP125 yang tengah tu untuk TEMPERATURE...yang RXZ untuk FUEL
-meter bentuk bulat dengan papan meter kaler hitam..ada yang tulisan putih,ada yang tulisan merah

_______________________________
3) Rxz catalyzer

Perbezaan ketara RXZ Catalyzer adalah cover set.RXZ catalyzer direka seolah-olah ikan jerung dan kelihatan garang sesuai dengan prestasi enjinnya.

-fairing dah design baru
-signal depan dah disekalikan kat fairing
-meter dah bulat tapi papan meter dah putih belah rpm kot...tak konpem
-tapak footrest design dah lain..dah ada 'pisau'...
-ekzos dengan catalyzer / catalytic converter...
-lampu belakang dah macam 125Z
-stripe dah konpem la lain ngan rxz 5 speed / 6 speed
-kepak tepi pon dah design lain
-grab bar pon dah macam 125z

_______________________________

Modifikasi Yamaha RXZ kepada Yamaha RZR

Kalau nak nampak cantik sikit Motorsikal RXZ boleh modifide masuk full set RZR punya model... kira tukar kulit ajerrr...awal kemunculannya pada tahun 1989 lampau banyak ada firing gini, tp malang kureng sambutan warga malaya faring cam ni dulu lah...RZR ni adalah model full fairing macam 5 speed untuk model RXZ. Motosikal ni memang sama dengan motosikal RXZ....Motosikal RZR ni ade kat pasaran Taiwan dan Indonesia... Di Taiwan motosikal RZR ni sangat popular kat sana... Berkenaan cc masih sama lagi 135cc..

RXZ: - kepala dan fering body berasingan - shock belakang standert tapi kalau RZR: - pakai fering lengkap. - shock belakang KAYABA tabung nitrogen

Mari lihat rupa Yamaha RZR Fullfaring ni...


RZR ni adalah model yg fullfairing...yg naked mcm 5speed tu model RZX...beza kt fullfairing jer...
Nak pasang Faring RZR kat motor RXZ ni kena welding breaket kat motor supaya kukuh lekatnya..Pastu masuk sticker RZR tukar sticker RXZ je..Cuma sayang sekali Faring RZR ni hanya jadi kenangan pupus begitu je kerana susah mencari spare part..
_______________________________
Tentang korek blok
soalan Guest; kenape dorang selalu korek blok kat rxz tue ek...??
Jawapan kami; Tak tau lah kenapa pemilik RXZ ni suka sangat nak buat korek blok.. ok kat sini aku terangkan sikit pasal korek blok ni dan fungsinya... maaf aku tak ade gambar blok rxz sebagai contoh gambar 125z jer yg ade... harap En. Guest paham yerr...
korek = porting blok (ni fungsi dia nak melawaskan enjin dan jugak secara amnye nak naikkan power motor kena besar lubang ekos dan 4 lubang udara. )potong head = tinggikan compression motorrebore = besar kan lubang dan saiz piston (besarkan bore) secare amnye pickup bertambah tapi tak banyak,depends kat saiz pistonpolish = bersihkan lubang-lubang intake kat blok supaye lebih licin dan smmoth..

banyak risikonya.....
pertama habiskan duit.... selalunya tak tahan, asyik nak turun enjin je....
bahaya kalau speed over limit. tak sesuai dengan motor.

elok tok sah la.....
kalau nak laju, tukar motor yg laju..... 125z ke.... tak laju tukar tzm..... kalau tak laju uga pakai 250..... tak laju juga pakai 1000cc habis citer. kalau nak bua di nasihatkan tukar dengan blok racing blok original tu simpan ajerr... sayang lerr blok standert tu

Motosikal baru korek blok memerlukan proses kematangan yang betul. Malah, lazimnya permukaan komponen yang dikorek lebih kasar berbanding motosikal yang baru keluar kedai.Bermakna, proses kematangan untuk motosikal baru dibaik pulih jauh lebih penting dan memerlukan ketelitian kerana risiko berlakunya kerosakan semula tinggi kerana permukaan yang kasar dan logam yang belum matang yang hanya didapati melalui proses pemanasan enjin perlahan serta sekata.Motosikal yang baru dibaik pulih tidak boleh dipecut sewenang-wenangnya dan menjadi lebih bermasalah jika dibuat begitu. Jika enjin rosak semula selepas dua bulan selepas mengorek blok itu mungkin sesuatu tidak kena berlaku sama ada alat ganti digunakan tidak tulen dan cepat rosak atau proses itu tidak dilakukan dengan betul mengikut spesifikasi kelegaan betul.

moral....Pengubahsuaian perlu mengikut peraturan dan undang undang pihak berkuasa... ingatlah org yg tersayang..... hargai nyawa anda.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

73 comments:

DrSam said...

model RXZ ni memang evergreen dan klasik. kira zaman dia tu antara moto entry level yang hebat lah (atas sikit dari kapcai). Tapi masa student dulu cuma dapat rasa bukan 2nd hand cuma 3rd hand aje, tu pun dah dikira macho habis :)

Nas said...

teringin nk nek moto RXZ.. macam rockers pulak kann?
hehehe..tp nk buat cmne kann...
xde mampu nk beli.. nk pinjm kawan pon segan, takut xreti gne :P

latest entri:

kenapa aku x minat bincang pasal POLITIK?

Admin P@P said...

Assalamualaikum.
Saya sempat memiliki RXZ 6 speeds.
Lepas 5 tahun pakai saya jual sbb nak beli komputer. Masa tu komputer dan internet ni baru nak naik...

Sekarang model sport yang kecik seperti ini kurang kat jalanraya. Banyak modek 'kap' sahaja.

Pernah juga jenguk dan cari kat kedai moto, model terhad dan kurang popular.

TQ

Ina said...

saya takde lesen motor, tak pernah bawak motor..tapi, kalau ada, mungkin dah lama masuk race..he.he.

Firdaus Kasim said...

x dpt lg nk beli RXZ.. gaji x berbaloi

Entri terkini :
Apakah Syarikat Pengiklanan yang Sesuai Pada Blogger Baru

zulkifli said...

klu tak kerana artikel ni, mmg sy x tau psl korek blok yg membe2 sy dok canang tu. thanx for da info :)

Anonymous said...

Saya merasa RXZ dah lewat tahun 2009 tapi dah masuk tangan ke-4. Sepanjang guna sudah 2 kali rebore, kecewa juga kerana saya bukan kaki lenjang hanya buat pergi kerja kerana jarak rumah dengan tempat kerja sehala 55km.

Kalau boleh saya mahukan enjin didalam keadaan asal. Sayangnya motor RXZ model Boss tersadai dirumah rasanya kena rebore lagi.

Cantik pasang firing RZR, ada jual kedai aksesori motor?

Filippo said...

mana la nk dapat lagi Model RZR tu kan...

Unknown Person said...

huhu
motor RX-S tak show skali ?
Huhu
nak taw gak pasal motor tu
abg aku pkai mase zaman 80an

Mohamadazhan.com said...

RZR tu sempoi...unik dan klasik. tak pernah pula jumpa motor tu...

dulu pakai 125Z korek...letih juga, minyak kuat...tak larat nak sara.baik sara diri sendiri lagi bgus.hehe

tehr said...

aku sebenarnya dah takut dengan kelajuan motosikal ni
setakat naik honda cub je aku berani
hehe

Madd said...

rxz...
bawak jalan jauh...
memang best...\
hehehheh

iwan_dextrous said...

skrg mmg trend ad duit lebey je angkt rxz

Unknown said...

satu waktu dulu nak amik z gak, tp x jadi amik cc150...pas tu kuar tzm gua layan lerrr...siap ada group lagi...Yamaha hanya terbaik di malaysia tidak di Asean....still ketinggalan berbanding negara jiran.

satu Hari nanti ~ Gambaran hidup manusia

ayie said...

banyak gak jenis dia.. best2..hehe

Anonymous said...

Betul tu. Tak payah nak modified enjin sangat sebab orang tak pandang pun motor tu laju ke apa ke. Ekonomi sekarang bukannya elok pun. Minyak pun dah mahal. Orang lagi nak jimat sekarang kalau boleh.

Unknown said...

dah kira termasuk dlm kategori lagenda motor RXZ ni. dgn motor ni lah aku lumba haram lepas abis spm dulu kala

Rush IswaraKu said...

menarik juga maklumat ni..pernah juga guna RXz ni masa dulu2...boleh dapatkan maklumat tak sebab2 gear auto kereta lambat "engage"la drp gear satu ke gear dua..rpm 3 lebih baru tukar..lepas tu ok je..gear rosak ke atau apa yg rosak tu..

Alan said...

dulu minat rxz tapi sekarang dah banyak motor yang lebih ekonomi

Fadzli Amir said...

Walaupun tak minat RXZ, tapi ada pengalaman naik, masa study dulu, kitorang merempit ( tapi dulu tak panggil merempit )...masa balik dari KL ke uitm shah alam...race ngan tzm...senag2 je dapat potong mamat tzm tu..hairan gak aku..bukan aku bawak la. aku bonceng kat belakang, member bawak...rasa nak terkeluar jantung masa dia bawak...

mrs kayrul said...

RXZ ku dah jadi tukun...tersadai jer kat umah...belum ada modal nak repair balik..huhuhuhu

ParkAir said...

Ini motor aaa rempit banyak suka.. pakai je motor yg kurang bising aman dunia.

Anonymous said...

minat ngan lampu belakang catalyzer.

Firdaus Kasim said...

terbaik punya entri :)

Entri Terbaru :
Header Blog Ben Ashaari Yang Cun Macam Header Blog Saya"

Firdaus Kasim said...

terbaik punya entri :)

Entri Terbaru :
Header Blog Ben Ashaari Yang Cun Macam Header Blog Saya"

AngahSayang2314 said...

pernah dulu bawa motor nie....terbaiek la..dulu la..sekarang kalau bawa not nice la perempuan bawa tul tak...????

s h a said...

moto ni bising ek...sy lg ske moto yg body dia full... :)

HEROICzero said...

bro. nak tanya. aku ada saman polis, dah check dekat myEG. seatbelt. rm80. tapi x berbayar2 lagi. ada efek x apa2 nanti? roadtax, or lesen renewal.

Woofer Storm said...

bro,baru tahu pasal yamaha rzr fullfaring tu,smart la..bawah cover nampak mcm tzm je pun ada..heheee

*still suka lc,tak thu napa..ehheeee

Fit said...

aku x paham la bro pasal enjin2 ni..makan tau la huhu

Ayie said...

sokong.. blok stendet, sila simpan.. jangan usik.. sayang woo.. Kalau pakai blok racing, lagi tahan lasak dan tebal.. jadi kemungkinan kekerapan ''turun engin'' tuh maybe dapat dikurangkan.. ^^..

*aku tak korek blok.. menyusahkan aje nanti.. Baik pakai stendet.. Yang stendet pun dah mencanak, nak apa lagi..?? hahaha

Sedejecrew said...

ad jual lgi x rxz catalyzer ...
klu ad offer larh ...
offer at fb nie....(ejen P)

Wan Al Asri said...

lau spe2 ad nk jual rxz the boss or catalyzer y murah2 sket..heehe.tlg la offer @fb sy..(wan al asri)...ye..tringin giler nk pakai..tgk membe2 rem..terbako j ase...

indah negeri ku. said...

salam bro..agk2bpe rggt nk kna kua law nk korek blok ngn bli piston..???

indah negeri ku. said...

salam br0 aq nk tye bpe rggt law nk korek b;ok ngn piston skli utk rxz??

indah negeri ku. said...

blok..

Khairul Anuar Bin Khairuddin said...

piston?? ko nk korek blok ke atau ko nk potong blok? ai? aneh ni?

FiQPCGamer said...

nak tanye la bro sekalian,, speedometer rxz sama ngan speedometer kereta ke?
rxz punye speedometer sama ngan 135lc?

Ray said...

x sama la..rxz meter ringan..LC lagi la..tp lc baru meter berat skit..

Unknown said...

nsib baek aq simpan blok original... kluw x dh korek blok tue..haha.. aq guna blok racing,ase2 original,sbb than lama...smpy skunk... pergh!!!! mmg lyan la nek moto nie..!!!

ruzy said...

aq pernah pakai rxz 5 speed nie..siap korek block..cam artikal nie..caberata tue pon kena polish tiap2 bulan lak tue.. memang laju gila..nak cirta gear 3 pon boleh tongkat langit..pas tu pakai exhaust BM orang kata la..bunyi macam nak pegi perang..pernah race kampong ngan ninja dulu 550 ke 600cc. katanya cecah 240kmh..tapi minyak ptrol macam ada sungai petrol kat belakang...jam tu petrol baru $1.10 jer seliter...pernah g konvoi dari batu pahat ke air papan ..kena ikut jalan kampong pasal ada road block..hehehehe..pasal motor bunyi best sgt...cerita pengalaman pasal RXZ nie..tinggal nostalgia.

Unknown said...

Aku perminat tegar rxz sampai skarang ni dah 4 bijik, rxz aku pakai pertama tahun 1997 rxz keluaran tahun 1992 no pendaftaran JCK XXXX, sempat pakai 6 bln sebelum hilang dekat pasar raya time tu umur aku 14 tahun bangga giler ngan kawan2 walaupn pakai lesen agong, selepas kejadian tu aku dah nekad pas aku kerja nnti aku mesti beli sebijik lg, akhirnye pada tahun 2007 keluarlah moto yg aku nanti2kn rxz baru jenis caterlyzer no pendaftaran JKE XXXX, tetapi kegembiraan hanya bertahan 2 hari je selepas aku banggun pg buka pintu moto dah x der.. sedih mcm nk nangis duit gaji aku simpan abis, setelah cukup 6 bln aku dapat duit claim insurans sebanyak 2500 aku bayar duit muka utk rxz yg baru pada tahun 2008 no pendaftaran JKP XXXX, aku sempat pakai moto tu hanya 2 tahun apabila aku terlibat dlm excident langgar devider jalan, setelah di baik pulih moto tu aku bawak dah x sedap body dah lari aku ambik keputusan utk jual, setelah aku jual dgn harga 4k aku buat bayar lagi duit muka sebijik lagi rxz pada tahun 2010 no pendaftaran JMR XXXX sehingga ke hari ini walaupn moto baru ni pn dah pernah masuk bwah teksi, aku dah x akan jual lagi sebab sekarang susah dah nk dapat kalau dapat pn tauke kedai moto tu jual dgn harge 13k gila boleh angkat kawasaki KR.... RXZ TETAP DI HATIKU

sya fiq said...

salam bro..mcm mne nk taw blok rxz tu ori atau local...x usik/korek lgy..x bwd slip bru..??

Biela's Blog said...

orang yg pakai full catal ni siap dengan ekzos catal .
mmg set rpm 12-13 macam tu ke ?
sebab ramai aku tanya pasal set angin semua .
diorang cakap moto diorang rpm 13 .
semua rxz catal owner dia jawab macam tu ..
diorang main long distance , okayy ke macam tu ?

Unknown said...

3kc00 no siri tok blok rx-z adakah blok original moto

Unknown said...

cmner la aku nk cari fearing RZR nie???? leh tlong???

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

3kc00 mmg blok original...yg tu original moto spec thailand....blok tu lg best lenjan highway sbb blok tu ckup cc 135.law blok ori moto spec malaysia 55k xbest sngt sbb cc ats geran rxz mlaysia just 133 je..xbtul2 ckup cc..setting elok2 blok tu....sprint rxz pn kdang2 guna yg tu,mmg kte tngok block standard rxz je..tp cba perhatikan btol2 biasanye moto king2 gunakan blok 3kc00.

Unknown said...

Siapa yg nak jual block 125z dan ekzos saya nak beli

Unknown said...

ade x yg nk jual cover set catalyzer mrah2...

Unknown said...

Bro fork rxz ade tk.. price pls

Unknown said...

Fork ori

Unknown said...

Ca%mne nak tahu yang jenis rxz ni jenis energy/narong

Unknown said...

Saya ni baru 16tahun. Tapi dah dapat merasa naik RXZ. Kira 2hand lah sebab bapak saya punya.dia beli time study kat USM.Yang best nya motor ni walaupon dah lama simpan top speed masih mantap.Dulu harga rxz 6000 jer sekarang dah RM10000.simpan lame lame rxz ni pon bagus jugak.sebab harga naik. Tapi saya masih tercari cari mane nak jumpa cover set blue black line kuning. Siapa tahu boleh comment kat sini

Unknown said...

ada apa2 perbezaan ke rxz malaysia dengan rxz thailand???

Mohd Isa said...

YAMAHA..WOW
SAYA PEMINAT TEGAR YAMAHA,BERMULA DGN RX..RX-S..RX-Z SEHINGGA HILANG DICURI LASTNYA..
BERMULA ERA TAHUN 80AN...
SATU KELUARAN SIRI RX YAMAHA YG MEMBUAT MEMBUAT PESAINGNYA MATI KUTU...

KLU RXZ,SEZAMANNYA ADALAH HONDA RAIDER...TAPI NAK CARI BUAT UBAT PUN SUSAH SIKIT LAA NIH

TQ SAPA YG SAPOT YAMAHA DGN POTONGAN YG SEKSI DAN MENARIK

Unknown said...

Dunia 2 strokes mmg gempak
bapa saya seorang pecinta 2 roda dan pernah memiliki rxz bosh
dia telah memakai rxz tu selama 6 tahun dan kemudiannya dijual akibat kegawatan ekonomi setelah berkhawin. .kalau nak dipikirkan mmg sayang tapi nak buat macamana setelah terdesak..so bapa saya telah menjual nya dengan kedai
bape saya ceritakan yang dia selalu pergi ke kedai tu untuk melihat motor kesyangan.
tapi seminggu pastu ade seorang pemuda datang dan terus berminat ngn motor tu..pemuda tu terus beli tanpa pikir panjang
bapa saya peegi ke kedai tu nak tengok motor kesayangan dia tapi last dah takde so bapa saya pon tanya owner kedai mana moto tu. .taukey cakap dah kena jual
agak sedih bape aku time tu tapi bila 8 tahun berlalu..satu hari bapa aku cite dia nampak rxz dia tu ngn plate ACE 2064 dan dia ternpak seorang pemuda pertengahan umur sedang menaikinya

so dia terus follow sampai kerumah and then tanya motor tu milik siapa
pemuda tu pon cakap dia owner nya anad then bapa aku terus cakap nak beli
pemuda tu tanya kenapa?
bapa aku cakap abang tengok kat geran owner first dia siapa lps tengok geran pemuda tu baru tahu motor tu pernah dimiliki olehbapa aku
tak pikir panjang pemuda tu pon setuju untuk menjual
so sekarang ni bapa aku terus membeli cash dan beri kepada aku untuk menjadi pewaris seterusnya....

Unknown said...

Bole x buat maklumat pasal moto ss110,ss2 dual dan ss2 racing spirit?nak tau ape kelebihan dan kekurangan jentera2 yamaha ni

HaFiZ AsRieY BoY93 said...

yamaha lagenda sekali ye.....

HaFiZ AsRieY BoY93 said...

yamaha lagenda sekali ye.....

Anonymous said...

Lawak betul..

Unknown said...

Aku pon pkai rxz bpk aku...asyik kena hina pkai moto bpk..tpi aku x kesah dri bli moto bru baik pkai moto yg bpk dh x usik..Ye dok?

Joe Yahoo said...

mohon share tuan...

Unknown said...

Aku penah gak dlu keje kilang gila2 keje nk bli rxz.dpt gak aku bli baru rxz..pakai smpi habis bayar. Koyak plastik tuu..lastly moto aku kne rembat lps 2 bulan aku hbs bayar...sape yg rase2 terembat moto aku tunggu la balasan akhirat... Merangkak la ko cari aku.. Moto aku ulang kt flat putra hight. Alam megah...plat number BBG 4818..KALAU RASE NK JUMPA AKU TINGGAL MSJ KORANG KT SINI.. AKU MMG XMAAF SELAGI ORANG YG REMBAT X JUMPA DGN AKU

Ayen24 said...

Salam/ Hai saya nak mintak pendapat dn info dari Admin betul ke (block RXZ klau dh Rebore atas 200 dia panggil RXK) ini info dari kawan saya,saya cuma nk info yg details takut salah info perbezaan block yg dh abis rebore

Unknown said...

block saiz 200 nk buat pe.. sikit2 asyik nk jem. bila dah habis saiz potong dorg masuk piston rxk. ada baiknya cari saiz 100 kebawah baru sedap maen motor. block pon tak bising.

Dale piliph said...

tanjat boboii

shah said...

Skrg dah jadi harga Yahudi bang . Beruntung siapa yg masih simpan. Perghhh

shah said...

Fuhh bukan calang² punya cerita bang. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk hidup. Masuk bawah teksi tu bukan bishe². Betul, skrg RXZ dah jadi harga Yahudi. Parghhhh

shah said...

Terbaik bro. Umur skrg berpa ? Projek kita kurang lebih je. Sy pun dlm projek nak restore RXZ ni. Bezanya yg ni abah aku punya hehehe.

Arejet said...

Jokes zaman batu

Arejet said...

silap la derr

Sound Deadening Store said...

This content is very well written and very instructive. I greatly value the information you provided. Too much, I liked this. I hope you enjoy hearing my praise. Thermal Acoustic Liners