Pertanyaan yang diajukan..
shaiful: tolong jawap pertanyaan sya psal mau beli kereta.saya nak beli kereta 2nd tapi tak tau mcm ner nak pilih takut kena tipu. mcm ner nak kira bayaran blnan kete.
Jawapan Kami..
Thanks pada shaiful bertanya...JIKA anda ingin membeli kereta terpakai, mungkin beberapa petua di sini berguna bagi mengelakkan diri anda tertipu. Maklum saja dalam dunia sekarang, peniaga melakukan pelbagai tipu helah untuk meraih keuntungan. Oleh itu, berwaspadalah supaya anda tidak terbeli kereta terpakai yang pernah terbabit dalam kemalangan atau kereta potong.
_______________________________
Tip beli kereta terpakai
_______________________________
1) Harga dan Tahun Keluaran
korang kena pandai cari harga yang sesuai dengan kete yang ko nak beli... jangan tegok satu kedai je... try cari banyak kedai so korang leh compare harga mana yang sesuai ngan kete yang korang nak.. Biasa orang akan tengok tahun keluaran kereta tu... kalau nak yang elok, better ambik yang bawah daripada 5 tahun... kalau korang ambik yang dah 10 tahun keatas, loan tak boleh nak buat... lagi pon kalau kete tu dah lama, mesti dah banyak orang guna... Pastikan anda membuat kira-kira sebelum membuat keputusan.
pakai formula nih...
((Harga keta otr - 10% dpayment) X % interest ) X Repayment Period + Harga Keta selepas tolak dpayment
Jumlah bulan
contohnya:
Harga keta otr = RM100000
Dpayment = 10%
% interest = 4%
Repayment Period (yrs) = 9yrs
((RM100000 - 10%) X 4% ) X 9 + RM90000
108
2) Tengok Mileage biasanya, tok kereta second, better korang pilih yang mileage yang bawah daripada 100000. lagi okay kalau bawah 50000.
3) Owner biasa kita dengar kereta yang orang perempuan pakai ni elok. jangan caye sangat statement tu.. tak semua perempuan pandai jaga kereta... ada gak yang penah accident. so, check sama ada owner sebelum tu pernah accident ke belum.
4) Alatan dalam kereta jangan cari kereta second yang dah banyak modified. biasanya kereta yang dah modified ni banyak giler problem... enjin pon banyak yang dah tukar lain...
5) Reason orang jual kereta. korang kena gak tengok nape orang tu nak jual kereta dia. jarang orang jual kereta sebab nak tukar kereta baru... kebanyakan mereka tukar sebab kereta diorang dah ada problem... tapi tak semua cam ni. ada yang tukar sebab nak beli kereta baru... so pilih la..
6) Pastikan anda periksa baki hutang kenderaan yang anda nak beli tu pada bank, samaada diaorang akan setelkan ke, tengok saman kot – kot ada.. periksa bagi puas hati sebelum membuat sebarang perjanjian.
7) Last skali, sebelum korang beli kereta, korang bawak la member-member korang yang pandai dalam kereta ni.. suh dia check full body. takut ada masalah macam kereta potong ke, kereta bekas accident ke..
_______________________________
Tip buat pemeriksaan kereta terpakai
_______________________________
Perkara yang paling utama semasa membeli kereta terpakai pastikan keadaan cuaca ketika memeriksa kenderaan itu adalah terang. Jangan sekali-kali memeriksa kenderaan di waktu gelap.Ketika anda membeli kereta, periksa beberapa perkara seperti berikut:
1. Luaran : cuba perhatikan badan kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu sama ada kereta itu pernah disimen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan garisan dari hujung depan ke belakang. Sepatutnya lurus sekiranya accident free (tidak terbabit dalam kemalangan).
Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama ketika pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak dibuka).
2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan stereng. Buka getah Pada pillar setiap pintu dan tengok spot welding nye ye.. kalau tak nampak spot weldingnya bermakna kereta tersebut ada masalah, disini kita boleh tau samada kereta tersebut potong atau tak, melihat pada bahagian dalam pillar tersebut.
Selak permaidani lantai di belakang atau di bawah tempat duduk pemandu, perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak).
Bahagian hood depan: Pastikan bar besi hadapan tidak bengkok atau ada sambungan kalau ada kereta tu pernah acsident.
Bahagian bonet belakang: Perhatikan sport weld dan silicon pastikan ianya masih original.. Pastikan juga tiada rekahan dan bekas simen
Bahagian lantai Bawah: Periksa bahagian bawah lantai kereta samaada pernah ditukar atau pun kenderaan itu potong dan sambung. Pastikan sistem ekzos tidak berkarat
Pastikan bahgian bonet belakang tak karat dan Pastikan bumbung tak ada karat diatasnya
3. Enjin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke bengkel dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikannya.Kita boleh periksa keadaan enjin. Tarik dip stick keluar tengok keadaan minyak hitam didalammnya dengan merasanya menggunakan jari sama ada minyak hitam berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan enjin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta itu kerana mungkin salah satu gasket dalam enjin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall enjin tanpa tukar barang dalam enjin. Perhatikan head enjin tidak leaking pada gasket..Perhatikan Master Brake pump.. power stereng dan keadaan radiator dalam keadaan elok tiada tanda-tanda bocor.untuk periksa kebocoran radioter ,buka tudung radioter tank hidupkan dulu beberapa minit Periksa samada terbentuknya buih ataupun tidak pada air. Jika ada, kemungkinan gasket mengalami kerosakkan.Periksa juga kipas enjin, belting enjin dan aircon dalam keadaan elok..
Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang sudah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Hidupkan enjin dan hidupkan penghawa dingin, kedua-dua kipas berpusing, tutup penghawa dingin, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam enjin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan enjin selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam enjin berpusing dan berhenti secara automatik. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos. Perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak. Periksa cermin kereta. Periksa keretakkan pada kaca cermin kenderaan kerana untuk menggantikannya kemudian adalah mahal.Pastikan tali pinggang boleh dipakai. Pastikan 'jeck' clan tayar simpanan berada dalam keadaan baik.Pastikan rim tidak bengkok dan berkarat
4. Buka bonet dan periksa enjin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, injap sudah hendak kena grambal atau piston ring sudah longgar. hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang.
-Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. engine dah makan minyak hitam,dah teruk..banyak carbon
-Asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai. salah tuning..minyak petrol lebih..so keta nih makan minyak la..so soh tokey tuning pa semua dlu kalau nak beli sebab tuning bukan murah woo..
-Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor atau coolant dah bocor so..kena overhaul gak..
Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.
Periksa pendawaian keseluruhan kereta. Ada atau tidak pengubahsuaian. Kadangkala pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakan.
5. Pemanduan : Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.
Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Pandu kereta pada jalan yang lurus, lepaskan stereng dan kereta mesti bergerak lurus bukan menghala ke kiri atau kanan saja. Kalau ia ke kiri atau ke kanan ini mesti ada masalah pada sistem stereng. Ketika memandu uji (test drive), cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta.Tiada masalah semasa penukaran gear. Cuba pusingkan stering 360 darjah.Adakah ia mengeluarkan sebarang bunyi? Cuba anda pandu kenderaan tersebut clan lalui kawasan yang ada bonggol kerana ianya akan menguji sistem suspension
6. Yang akhir, dapatkan nombor casis, nombor enjin, jenis enjin, tahun dibuat, jenis kenderaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati daripada geran kereta.
Periksa sama ada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat itu ke JPJ dan balai polis trafik terdekat dan periksa sama ada kereta tu “selamat” atau tidak.
Badan kereta yang cantik dan cat berkilat tidak semestinya kereta terpakai yang ingin anda beli itu dalam keadaan baik.. Jadi Berhati-hati lah yerr...
Ada tak cadangan lain-lain yang boleh membantu boleh lah korang kongsi ye kat sini
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks...
44 comments:
beli baca entri nie...jadi takut nak beli kereta second nie....better beli kereta baru...masalah pun takde..
bgus tips ni...lagipon skarang tgh survey2 gak kreta 2nd ni...
tips lengkap dr bro afzainizam...pendek citer,kalau tak tau pasal keta...ajak2 le kengkawan yg terer sikit..takat belanja nasi ayam tu ape la sangat berbanding rugi beribu2...
serus bagus tips ni.. nasib baik bro bg tau..nti blh rujuk kalau rasa2 nak beli keta second kat selngor...
terbaik terbaik..
aku baru panning nak beli keta terpakai. dpt jadikana entry ni sbg panduan berharga.. thanks blogger
Tips yang berguna. Tapi selalu aku tengok kebanyakan kereta 2nd mileage antara 50k-100k. Hurm... Jauh gak tu.
Tapi kalau tengok kereta mewah mcm Ferrari 2nd, ada yg masih bawah 10k. Fuh!
sempat lak nk g godeh smue tu..hihi
salam Bro...
memang tengah cari tips
nak sambar myvi second hand
2-3 hari nih..TQVM
:)
pening nak beli keta second hand ni..nasiblah kalau dapat kereta yang betul betul elok.
erkk kalau nak beli second hand, tokey kedai bagi ke bawak pergi bengkel check? rasanya kebanyakkan kedai tak bagi. nak bawa test drive pun tak boleh pergi jauh jauh.
Kakak sebab tak pandai tengok kereta terpakai itu yg belum pernah beli. Takut ada masalah. Kalau nak beli juga kenalah ikut tips ini ye tak?....
oh..sngt berguna entri ni...mcm2 bnda kena check..
kalau la sy..sy pasti bawa org yg lebih arif..kalau pergo sorang2..mau kena tipu...terima kasih atas perkongsian yg sngt berguna ni.. :)
ak hri tu
men beli je...
naseb la ok juga... huhu
wow sgt bergune! tp kurang paham sbb aku bute bende jadah kereta2 ni weh. bawak je aku taw. haha
hmmm...
baik beli 1st hand kalau byk sgt perkara nak diteliti..huhu
Terima kasih kongsi info ini. Perkara ini sangat penting sebab ada kes orang pernah kena tipu beli kereta curi..
tu la. rasanya beli kereta baru lagi elok. kalau second hand mesti banyak masalah..wuu
letsay klu keta baru RM 50k leh dpt myvi persona, klu 50k 2nd hand leh dpt honda city @ vios, bawak pun best n puas hati, asik pki keta malaysia jer...kena tengok nasib gak la...
Nak promote blog ni skit tuan rumah.
http://kadikluang.blogspot.com/
Blog ni ade banyak artikel pasal pengalaman dia beli rumah lelongan, cara beli kereta lelong. Jadi kalau boleh maybe boleh bantu sikit sebanyak pembaca.
entri yang sangat berguna. tq bro.
nak swift...ade yg terpakai yg murah x? haha tetibe..
terima kasih maklumat yg sangat berguna dan sangat boleh diguna pakai....
oklh jgak tip tu....tpi ada jgak yg myusahkan....contoh bwak kwn2 tgk kete...saya le gerenti kwn yg dbwah mesti ckp ok ...sebb bodoh2 dia dpt komisyen beb..lgpon komisyen pembeli gak yg bayar....salesman pon x bodoh...milege boleh ejas ape.....jd fikir cara logik ada ke org beli kete dia simpan je kete.....byk tip yg kat atas tu x betol...mcm saman..lau kete yg nk dbeli byk saman jgn takot sbb saman tsebot akan hilang stelah ditukar nama sbb semua saman akan kekal kpd owner lama.....dn jgak knape nk cek hutang lama sbb lau dh wat loan scara automatik hutang lama akan bataldganti kpd hutang pembeli baru dn pembeli baru akan dpt aggrement dri bank....kpd yg pemberi tip2 kat atas tu lau x tau jgn suka2 tulis beb...ne le jd org marah dn mnutup rezeki org....sekian
salam..baru2 ni ku ada beli keta 2nd hand utk wife,honda jazz 1.5 vtec yr2005.stlah hmpir seminggu guna ku dapati enjin n body luar dlm tip top lg la,cuma bila jln x rata ada kuar bunyi pd bhgian dpn tyar.aku suspek absober dpn kurang ok.satu lg yg aku musykil bonet tempt tyar spare kalo ujan akn penuh air brtakung.aku x psti tmpt mna yg bocor.prsoalannya skg bole ke aku rujuk pada usecar tmpt aku beli keta ni?agak2 korg pihak usecar ni nk gnti or repair aku pnya krosakan td?ada sape2 or bro2 yg bole bg pndapat pd ku yg x pueh ati nih??thnks all.. :)
terimakasih byk2. semua tips ini amat berguna sekali.
Terima kasih atas infonya.semoga admin n the geng murah rezeki dan panjang umur ..
Terima kasih atas panduan berguna ini...alhamdulillah..kini saya sudah mempunyai sedikit ilmu untuk memilih kerete 2nd =>
Terima kasih di atas panduan yang di berikan..:-) kini saya mempunyai sedikit ilmu untuk membeli kerta 2nd..alhamdulillah terima kasih =)
Salam..nk tanye nih..sbgai contoh,kalau harga used car tu rm48000 pada disember 2014..adakah harga kereta tersebut akan menurun pada Januari 2015?berapa byk turun agak2?sbb saya bercadang nk beli used car..
Salam,,,, bos... Saya baru beli kereta 2nd hand triton 2007... saya parking kereta then saya tgk dkt bawah dia ade mcm leaking sikit.... patut ke saya anta balik used car utk repair?? sbb saya baru ambil semalam... thanks
Tips Membeli Kereta
http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/08/tips-membeli-kereta.html
Sy perempuan..d sbb kn tgh survey use car..sy baca entri ni..ye..betul..sy pun ada terfikir pasal saman dn baki loan dr owner lama..kalau bt loan rasanya tak perlu risau..masa bank call masa nj sign kan ade detail harga berapa kereta tu dan berapa yg kita kena bayar pada bank..kereta kn ada susut nilai..ambil tahu berapa cover insurance utk kereta tu..kalau insurance cover 20k shj tp use car tu jual sampai 40k siap rodtax puspakom semua mmg membongak le kan..harga kereta tak akan lebih dr harga cover insurance..tp bila dh bt loan mmg akan lebih la sbb ada interest..interest di luar cover insurance..pasal saman pulak..rasanya kalau kereta tu no.plate ada sngkut kesalahan jln raya or jenayah mesti tak akan lepas punya utk tukar nama...rasanya lah..betulkan kalau salah
nice share thanks,situs togel Singapura prize terbaik dan terpercaya hanya ada disakuratogel,raja nya bandar togel online,kemenangan berapa pun pasti akan dibayar 100%.diskon tertinggi disemua pasaran,bukan bandar kaleng-kaleng,
klik link dibawah untuk bergabung bersama sakuratogel:
http://sakuratogel.xyz/
ATMKIU merupakan situs pokeronline terpercaya, bandarqq, domino kiu, dan agen domino yang aman dan terpercaya sebagai yang terbaik di Indonesia dengan winrate hingga 80% dengan permainan yang adil dan fairplay sesama pemain tanpa boot serta merupakan agen poker online terbaik dan terbesar di seluruh negeri Indonesia.
bandarqq
bandarqq
bandarqq
bandarqq-domino
prediksi togel
paito singapore
PUSAKATOGEL merupakan bandar togel singapore yang aman dan terpercaya di seluruh negeri Indonesia karena telah terbukti sebagai salah satu bandar togel online terbesar dan terbaik dengan memberikan hadiah kemenangan terbesar dan diskon tertinggi.
togel singapore
togel sgp
togel sgp
togel sgp
togel singapura
singapore prize
hongkong prize
nice share bro,very usefull,if you have time take a visit to my website
SINGAPORE PRIZE
PAITO HK
TOGEL HONGKONG
BETASIA8
PUTAR SLOT
JUDI TOGEL ONLINE
Atmqq.org merupakan salah satu bandar kiu online dan poker online terbaik dan terpercaya di seluruh Indonesia dengan presentase kemenangan terbesar dan tertinggi hingga 90% serta menjunjung tinggi nilai Fair Play serta murni melawan sesama pemain server Poker-V tanpa boot sama sekali.
bandar kiu
bandarq
Sakuratogel adalah situs agen togel singapore prize terbaik dan juga terpercaya diseluruh penjuru indonesia,kunjungi situs kami sekarang juga dan jadilah jutawan bersama kami
Singapore Prize
Sgp prize
Togel Singapore
slot qq
slot qq
slot qq
slot qqokbet
link alternatif qqokbet
slotqq
slot online
slot qq online
congratulation bro,you have post an incredible article,im very like that,please visit my website,thank you for sharing
Singapore prize
Daftar Judi Slot Dash86
Berita Berita Terupdate
Dash86 situs agen judi bola dan poker online terpercaya. minimal deposit 25rb. sistem deposit via Transfer Bank. bonus new member 25% dan bonus setiap deposit 30%. daftar sekarang juga dan dapatkan bonus yang berlimpah.
DAFTAR QQ101
QQ222
DAFTAR QQ288
DAFTAR QQ188
LINK ALTERNATIF QQ222
DAFTAR QQ1221
This is excellent and great work. This is too good for me. This really made me happy. Please provide additional information of this kind. We greatly appreciate you sharing this blog with us. soundproofing barrier mat
Post a Comment