Friday, July 15, 2011
Tip Pasang Audio Sound Sistem Kereta
Pertanyaan yang diajukan..
Shaifulrizzam:Salam Brro..boleh ceritakan tentang sistem audio kereta dan fungsi2 alat yg dipasang tu macam amplifier, Speker wofer dan apa-apa lagi sbb aku cadang nak pasang kasi bikin power bingit telinge punya? Terima kasih
Jawapan kami...
Hemm.. Cakap pasai sound ni payah sikit. Subjektif sangat benda ni. Maaf yer... Sebenarnya aku tak pandai bab-bab Audio sistem ni.. Tapi saya cuba terangkan sedikit apa yang saya tahu ajer...
_______________________________
Tip Pasang Audio Sound Sistem Kereta
_______________________________
Setiap pemilik kereta sekarang mesti ader radio, yang kaya tu pakai yang CD player lagik. Tapi ramai gak tak tau aper-aper pasal radio tu, cuma tau 'on' radio, pastu dengar. Ok kat sini kita bincang camner nak bikin sistem audio sound kasi bunyi lebih Ummmmppp....
1) Head unit.
Head unit [cd player, cassette player, DVD player, USB Player, MP3 / MP4] nak sedap, kene mahal skit lah. kualiti terjamin. bukan nak kata jenama brand cap ayam tak elok, tapi tengok nasib la. nasib tak baik, asyik rosak. Kalau pandai pilih masa beli Head unit kadang kala siap ade sub output tak perlu beli pre amp/electronic memang dah power bunyi dia.. Lagi satu masalah head unit cap ayam ni channel radio tak berapa clear nak dapat... puas adjust FM/ AM tak dapat siaran dengan jelas...
2) Pre amp [equalizer] / Electronic crossover
A) Pre-Amp nie adalah untuk control Bass, Volume, Mid, Subwoofer, Tweeter, Mid Bass, Frecuency dan sebagainya ler berkaitan audio...Ia di sambungkan antara amplifier dan cd/radio......Tujuan nyer nak kawal bunyi serta setting bunyi yang di keluarkan.....
B) Electronic crossover pulak dia asing kan bunyi sebelum masuk ke amp.Biasanyer jika anda dah pasang pre-amp, jadi tidak perlu ler untuk anda pasang Electronic crossover
EQUALISERS
Equalizer dengan pre amp nih tak sama yer.. Sebenarnyerr equalizer ni untuk fine tuning bunyi yang dihasilkan oleh oleh head unit. Biasa nyer ader build-in amp yang buleh mengeluar kuasa dalam 20watt hingga 50 watt ajer. Bagi mereka yang tak suka pasang radio kuat, kuat, biasanyer hanya pasang equaliser jer dalam kereta. Equaliser nie biasa nyer tidak boleh dipasang bersama power amp.
3) Crossover [splitter].
Sebenarnya Crossover ( splitter) ni tak sama ngan electronic corssover tu.Crossover ( splitter) berguna kalau ada banyak pasang speaker berlainan saiz kat kereta (selalunya Benda ni selalu disertakan sekali kalau kita beli component tweeter [high frequency], speaker tepi pintu speaker 3 way atau 2 way, woofer [bass], mid [voice], bila pasang Crossover ( splitter) kualiti bunyi beza la sikit ( untuk suport bunyi lebih sedap dan power sikit)...Tujuannya nak asing bunyi high & low...tapi makan ruang la kat bila pasang dalam kereta.
4) Power amplifire atau amp.
Power amplifire tujuan untuk menguatkan bunyi biar bunyi umphh lagi power dari head unit.. Power amplifire berkualiti rendah atau tak cukup kuasa akan memberi bunyi yang tak berapa jelas...
Power amplifire pasang letak bawak seat je. amplifier ada banyak wooo, 1 way, 2 way, 4 way, 8 way [nih je habis kuat aku pernah tengok].
OK maksud 'way' nih,adalah berapa banyak speaker boleh sambung. 1 'way' untuk 1 speaker. jangan 1 'way' untuk 2 speaker, alamatnya cepat rosak la amplifier tu.. Kalau 1 way nih biasanya khusus utk WOOFER satu ketul je , kalau 2 way nih common use... boleh digunakan pada speaker 3 way ataupun digabungkan dengan cross-over khusus untuk TONG SPEAKER WOOFER dalam bonet belakang kereta.Kengkadang tu amp tu ade build in punya crossovers yang akan membahagikan jenis frekunsi bunyi mengikut speaker yang betul.
Sebenarnye nak tentukan keenakan dan kelunakan muzik yang dikeluarkan dari Power amplifire tu... depend pada support pada head unit, speaker dan assesori yang korang gunakan... misalnye.... kalau Power amplifire tu boleh support 500w, tapi power yg dikeluarkan dari head unit hanya 100w... mane lah tahan beb.... cam bunyi katak dlm tempurung jee lee.... satu lagi.. kalau Power amplifire support 500w, head unit pun support 500w jugak.. tapi yg slac kat speaker cuma support 250w... tak pasal.. pecah hancur speeker tu..so, kuasa amp dan speaker mestilah sama beb.. hope yang tu terpentingg ok...
Cuma nak pasang Power amplifire ni kene tarik power direct dari bateri, dan perlu signal power dari head unit tarik power dari bateri, masalahnya bila sentiasa 'ON' Power amplifire, esok pagi tak boleh nak start kereta pulak karang.
Kebiasaan yang aku tengok, wayar yang dia orang guna sekurang-kurangnya saiz wayar Direct Cable 10mm. Saiz wire bergantung kepada berapa banyak amplifier yang korang nak guna.
Dalam pemasangan audio sistem kereta (Radio,power amp,dll) sangat la penting memakai fuse,kalau tidak ape apa short berlaku jahannam semua.. fuse pun bergantung pada berapa banyak amplifier yang nak kongsi pada satu wayar. tapi lagi bagus kalau fius diasingkan khusus utk satu amplifier saje.
5)RCA cable
RCA Cable tu pon penting gaks. Kalau nak bunyi sedap kena pakai jenis elok nye. Tengok metarial cable tu. Selalu cari jenis yang mengalirkan arus lancar. Paling baik jenis ade gold plate.sekurang-kurang kena pakai cable....2 x 1.2 m & 2 x 2.5 m.....
6)Speaker mid & tweeter
Komponen yang paling penting sebab speaker mengeluarkan bunyi. Tanpa speaker, takde ler bunyi. Kalau korang pakai single speaker standard yang siap dipasang pada kereta, tu sebenar nyer masih tidak mencukupi untuk mendapatkan bunyi yang best. Speaker yang besar tidak dapat menghasilkan bunyi frekuensi rendah manakala speaker kecik plak tak buleh nak keluarkan bunyi bass. Oleh sebab tu, untuk mendapatkan bunyi yang best, gabungan speaker besar dan kecik digunakan iaitu tweeter, mid range, mid bass dan sub-woofer.
Selalu ade 2 jenis speaker. Satu speaker biasa (mid,tweeter,1 way, 2 way, 3 way). Satu lagi component speaker (ade crossover selalu 1 mid & 1 tweeter). Component speaker ni selalu lebih mahal dari speaker biasa tu. Speaker ni kena pastikan watt dia jangan banyak sangat beza dari watt per channel amp tu. Contohnya speaker tu 150W amp per channel 300W.Boleh menyebabkan speaker tu rosak.component set speaker 5 or 6 inch dan 3 x9 inch 3ways speaker. Ni pon dah cukup best dah.
7) Woofer, sub woofer..
Woofer speaker besar 1 way, Selalunya guna 8 inci speaker, magnet yang besar.khusus untuk bunyi bass [boom power] boleh buat pintu bonet bergegar.tapi 8 inci dah tak kuat sekarang nih. nak sedap, try 12" punya speaker.( lagi besar speaker tu, lagi besar magnetnya, lagi besar gelombang bass yang boleh ditampung. lagi banyak la body kereta yang bergegar.Kalau nak bunyi woofer yang sedap, kene ada amplifier 1 way, khusus untuk bass sahaja, baru la speaker nih jadik ACTIVE WOOFER.... dari jauh pun boleh dengar bunyi BASS.. kalau nak beli Woofer kena pasti kan power amp tu boleh tendang (watt dia
lebih dari sub tu). Contohnya kalau beli sub 350W 12inch. Tapi amp dah bridge pon baru 160W. Kat sini dah rugi sebab tak dapat pakai sub tu ke maximum level. Baik pakai je sub 150W rege dia beza banyak dari 350W tu.Sub Woofer ni kena tengok setting macam mana kita nak. Bunyi soft atau hard bunyi bass. Tu semua kena setting kat pre amp / electronic crossover or kat Radio Head unit(yang ade RCA sub output aje) ade setting software.
8) Speaker Wire
Speaker wire pon penting gaks cari yang elok nye punye...Kalau nak bunyi speaker clear elok tukar wire yang agak besar sikit.. agar lancar bunyi yang dihantar pada speaker keluar..Jangan pasang terbalik punca +/ - kepada -/+ nanti bunyi yang keluar pun tak sedap..
9) Box untuk Sub.
kalau nak pasang sub-woofer dalam keto, pastikan dulu keto tu muat untuk letak sub-woofer punyer box dalam bonet, sebab kat situ ajer ler tempat yang sesuai, Kalau pakai kancil plak, sila pakai akal sikit, jangan ler beli sub-woofer 15" punyer. 12" punyer pun dah cukup besar.
Box ni pon ade 2 jenis satu tuib (Bazooka) dan yang satu jenis lagi box (1 or 2 sub). Box sub ni banyak di jual kat kedai accessori. Bazooka berbentuk silinder bulat sesuai untuk kereta yang ruang tempat simpan nye terhad (contohnya Proton satria)... Kalau jenis Box Double voice tak same ngan single voice nye box... nih bergantung pada tuan empunya. ada orang suka letak 2 biji WOOFER..pastu pasang amplifier 2 way... perghs...sedap nih...keluar habis taik telinga.. heheh...
10) Capasitor
Kalau pasang lebih dari satu Power amplifire atau pakai sub banyak boleh pasang capasitor.. Capasitor ini berfungsi untuk menyimpan cas karan dari bateri ko supaya aliran karan yg sampai ke kompenan audio system stabil dan sekata sepanjang kau mainkan sound kereta ko.. terutama yg kaki blast sound tu... sebab kalau sound system blast lama aliran karan akan berkurangan.. jadi sound kualiti akan menurun , tidak steady.. so bila pasang benda ini dia akan cuba simpan cas karan untuk membantu menstabilkan aliran arus karan sepanjang blast sound tu... tapi kalau mahu betul berfungsi benda ni , kau kena cari brand yg betul bagus dan mahal.. sebab sekarang ni terlalu banyak clone , jual pun murah. jadi kalau beli brand macam ni fungsi benda ni tidak terserlah untuk membantu.. cuma aku tengok hanya sekadar perhiasan..
11) voltage stabilizer [VS]
elok la pakai Voltage Stabilizer ni kalau dah pasang amplifier sampai 4 ketul.nih tujuannya nak stabilkan voltage dalam kereta. Voltage Stabilizerni dia simpan cas elektrik,dan amplifier akan tarik cas-cas melalui Voltage Stabilizer ni. jadi tak ada la korang dengar bunyi putus-putus.
Pesanan kami...
Entah di mana silapnya, sebuah kereta tiba-tiba terbakar yang bermula dari bahagian belakang (bonet).Kebakaran dipercayai berlaku akibat sistem pendawaian pada sistem audio kereta yang dipasang di bahagian bonet...
Apa pun perlu diingatkan wiring audio sound sistem kena buat bebetul.. pelbagai kemungkinan boleh berlaku, jika terdapat banyak gadget melibatkan wiring didalam kereta, kemungkinan besar boleh berlaku litar pintas..kadang-kadang wayar tu terdedah dan banyak sambungan haram wiring tak ikut specs ke.. boleh menyebabkan short circuit... kereta boleh terbakar wehhh... Cari orang yang bebetul mahir jer buat wiring kereta korang tu yerr
Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
61 comments:
ada jugak kes kreta terbakar sbb wiring yer..
i like...
macam wiring rumah gak nampaknya
silap2 boleh terbakar
mak aii. hehe saya jarang dengar radio dalam kereta., kdg2 je..
salam Boss...menarik gak artikel ni..boleh wat rujukan..selamat bekerja untuk semua warga firestating..terbaikk..
benda berkaitan alat sound ni mmg aku suka tapi nak pasang memasang hampeh aku x reti.. tgk wayar berselerak pun dah rasa serabut kepala..
perghhh.lame gila aku x jejak sini..byk dh miss..hihihi...
btw sound nie benda paling utama untuk kereta..baru feel nk drive..ahhaha
terbakar telinga pasang audio kuat2
sampi terbakar tewww.. ehehe
bab dengar letup2 nie memang best. tapi bab pesanan tue, tak berani pulak nak wiring sendiri.hehehe.
new look. nice.
speaker kat pintu keta aku asyik rosak je sebab tutup pintu kuat sangat.
speaker standart chap ayam yang kat belakang lagi kuat dari sperker mahal yang bubuh kat depan.boring gila huhuhu
akupun takut keta terbakau sebab dah macam benda pasang..kalau tengok kat bawah dashbot dah bermacam wayar berselirat.
ada anak kecik bro, tak bole pasang speaker besar2 bole rosak gegendang..:)
kalau tgk kereta yang pasang sound system ni mmg syok, ada sampai bepuluh ribu habis nak pasang benda2 ni je..minat le katakan..
padan muka terbakar..tu la..memekak je...huhu
aku pakai sound system standard je weh. haha
nampak macam best je.. tp dah kene warning kereta terbakar.. terus tawar hati..hehe
errrr...bukan ke kereta yg bunyi kuat2 mcm ni mentangkan marah pada org lain..yer la mengganggu ketenteraman yg lain..huhuhu...
nak buat permintaan sikit..
actually aku berhajat nak beli kereta nissan sentra auto keluaran 2001-2003.
boleh kasi review sikit tak pasal model ni. sparepart susah tak nak cari? mahal ke?
budi baik tuan amat dihargai.. :)
tahniah..semoga makin maju jaya dari krissauto.
bahaya jugak ye kalau tersalah wiring...
suka yg ori..
masih sedap lagi sound hehe
nice tips bro..sgt membantu...
layan home theater kt umahlg best bro...heh!
fuhhh, bile baca part yg last tu, terus nervous nk pasang .. hoho
minat jgak bab kedabam kedeboom ni.beli HU macam jvc panasonic kenwood clarion ada nama dalam SQ(sound quality).thanks
salam broo..currently aku kai head unit kenwood ngan cd player + usb + ipod ntah pekejadah tu skali ngan speaker mohawk (tweeter ngan speaker bulat) yg telah diletakkan pada pintu depan kiri dan kanan. aku bcadang nak kai sub woofer & amp..aku kai kancil je pn..tp nak sound boom boom..soo bagus aku kai amp 1 way dan sub yg sama walt utk pnghasilan bunyi bass yg power? utkpngetahuan bro masa psg mohawk speaker tu dah dipsg skali crossover biasa 2 ketol diletakkan pd bawah dashboard..mohon bantuan dr bro..thx a lot..
Gua memang pakar wiring tp kwn2 asyik ckp macamana nk bunyi yg sedap..tp pakai brand cap ayam..gua pun pening nk wiringkan camana...
Ok bg kekawAN yg nak pakai cap ayam,
1)Speker/wofer - die mmg bunyi kebab0m. . msalah die sini, impak bunyi die xdapat di keluarkan dgn kuat walaupun kita da guna volium yg tgi n power am y brand. .
2) power am - kkdng kalau yg tlampau chap ayam, cthnya 1200watt, tp bila kita guna speker brand pun xkuat, ini kerana k0mpen cap ayam ada yg xsempurna pmbikinan die or diagram y ckup resepi. . Keh6x. .
3) bg yg bru blajr wayaring, mesti ada rasa berani dan takut, tjuan berani, supaya kita berani mencuba serta kita dp blajr sdri dlm pada itu jimat kos, sifat tkut perlu supaya kita hati2. .
4)wayaring seng pa yg kita taw body keta negatif(-) n bila kita nk sambung aliran positif(+) kena guna wayar khas xpun wayar untk wayaring ruma pun xpa. . yg ptg aliran die dp menampung aliran elektrik dgn laju.
5) kena pasang satu k0mpenen pd wayar p0sitif, aku lupa pa name benda tu, in kerana bila kita matikn keta, seluruh k0mpenen keta tmasuk lampu serta sistem audio kita akn aut0matik mati. . Ini untk keselamatan. . .
6)ok e.2 saja yg dp sa k0ngsikan nti saya akan k0ngsikn diagram cra mewayring sistem audio. . Ok. . See u again. . .
Radio ori campro leh tak msuk power m?
Radio ori campro leh tak msuk power m?
Aku lg best.baru beli set radio skali blh support dvd n aku wiring sendiri.slps smnggu aku bau hangit rupanya speaker dh kong.pkai speaker standard watt xsama dgn radio aku beli.adoi fulus lg.nsb baik radio set ok just speaker kong abes
Aku lg best.baru beli set radio skali blh support dvd n aku wiring sendiri.slps smnggu aku bau hangit rupanya speaker dh kong.pkai speaker standard watt xsama dgn radio aku beli.adoi fulus lg.nsb baik radio set ok just speaker kong abes
nak pasang sitem audio ni kena kelulusan jpj ker sebab melibatkan wiring
assalam bang, aku ada mslh cket, woofer aku bunyi x ganas la, sound yg soft cthnye rnb ke lagu lady gaga ke die blh lyn lagi, tp ble aku psg techno dance ke clubbing2 ke out bunyi nye.
Jeles tgk bass org lain yg hard bunyi nye. Gedegang2
Tolong saya macam mana nak pasang power amp
salam saya nk tny. air tertumpah dkt kapet yg ltk monoblock bole rosak ke? sbb basah truk. sy buntu.
Slm.. Radio sy dpt on.. Tp bila tekan apa2 button kat radio tu, dia mati balik.. Ada pyelesaian? Please.. Stress jadinya..
Klau pasang power amp + radio standart boleh ker..?
Klau pasang power amp + radio standart boleh ker..?
monoblock baik apa ye
monoblock baik apa ye
maksud per channel tu apa?
maksud per channel tu apa?
Minta kelulusan bomba dan penyelamat malaysia
Salam.. Sy tgk mohawk ada warna merah, silver & crystal. Mne yg baik ye?
Sama lah kita
cara pasang wayar
power amp kereta pesona
Boleh pasang bro tpi tengok org yang pasang sebab sekarang kedai semua main pasang je org kuli dia... saya pun buat pasang system kereta jugak bro dah banyak kereta saya buat sampai sekarang takde masalah.... tergantung pada kedai dan tangan yang pasang
Ye betul tu bro.. aku pon pakar wiring system... dia orang nak bunyi kaw tapi barang nak yang murah
Dah pasang ke klau tak wassap i 011-28260013
Kalau player tak boleh simpan setting chanel,rosak apa ye?bila off enjin setting semua lari.on kereta kena setting semula.tolong bosku.
Salam otai2 sekalian,,nak tanya nie kalau pasang power amp kena buat suis on off ke ,sebab saya pasang sentiasa on dan bateri cepat kong.???
nk tnya..sy pakai woofer bwah seat sbijik,saiz 10 inci,tweeter,speaker pintu masih lagi original perodua..head unit dh tukar,bunyi boleh laa,sdp la jgk dgr,tapiiii,,,kalau nk lagi jernih bunyi nya nk tmbah ape lagi yer..
x perlu..ada salah sambungan wayar la tu..wayar api mmg direct ke bteri 1...1 wayar lagi ke wayar on/off head unit...bila on suis bru hidup amp tu..
Tukarkan wayar api (bateri). Kuning direct bateri, merah switch.
Bang nak tanya.way dengan channel Sama ke?
SIERRA SR-230..350w max power 2/1 channel mosfet AB power amplifier��speaker yang sesuai dengan amplifier ni macam mana?
kalau pakai 1 amp 600 watt dan 1 monoblock 2400 watt perlu ke pakai additional 1 lagi beteri.
Salam bang nk tanya sikit.. saya ad pasang speaker dpn mid bass.. belakang coaxial 600w max tapi kenapa bunyi dia mcm pecah2 bile volume kuat.. head unit x support ke??
Adoii,, dh knpa pasang kuat2, tahu ada ank dlm kereta x pyh la pasang kuatnya. Bergantung pd keadaan bro.
Aku pun guna kancil, guna power amp 1800w 2way, subwoofer 12" + box speaker 6x9 3way x2 dh cukup padu. Bergegar kepala otak.
Speaker belakang 600w tu cuba guna box speaker.
Nice article please click this link o visit my website...
noise absorbing foam
Post a Comment