Pertanyaan yang diajukan
kudin_46: halo bro...nak tanya sikit...kete sy nie agak tinggi..jadi target sy nak lowed skit.. nk kurangkn gap antara tayar dgn fender kete, tp tak tau lowed kete..ade tip tak? bleh x bg pjelasan yg trperinci, kesan baik n buruk.plz help me..
Jawapan kami
Thanks bertanya pada kudin_46 .. Sebenarnya bab ni tak berapa tau sangat lah.. cuma saya bantu berikan sedikit pandangan secara ringkas ajeer...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip rendah / lowered kereta
Beberapa perkara yang perlu kita buat untuk membantu merendahkan kereta korang adalah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukar part-part standart kereta korang kepada part-part spot yang boleh membantu merendahkan kedudukan kereta korang.. antaranya ialah :
1) Tukar Spring Sport
Walau pun rasanya tak banyak membantu merendahkan kereta korang ..Carilah yang bersesuaian dengan performance kereta .. kena tengok jugak, cuba kira berapa lingkaran lebih berbanding spring stendard sedia ada tu... Cuba juga bandingkan ketinggian antara spring standert dan spring sport yang mana lebih rendah
Kalau nak masuk sport spring sahaja pun ok gak, tapi lam-lama absorber stendet tuh leh leaking.. kalo nak masuk sport spring sahaja better pakai yang branded lowering spring yang jenis baik :
- Eibach, GAB
- Jamex, Proride
- Tien, APM
- Kayaba RS
- Sachs
- H&R
Ukuran lowering sport spring pun kekadang ada orang tak puas hati, so sebelum beli sport spring tuh, tengok ukuran dia 45mm, 60mm, 80mm atau sebagainya.... tengok bebetul buat perbandingan kerana banyak perbezaan diantara ketinggian , jumlah gelung , diameter dan ketebalan besi spring juga menentukan performent kereta korang.. kat tepi spring tu selalunya ada tulis..
Jangan pulak dah beli nanti potong sport spring tuh lagi..makin lowered laa kereta tuh..dah hasilnya...rate spring akan lari dan kereta akan suffer masa kat cornering. Nak beli spring tuh, make sure yg ada pembalut pelindung supaya spring tuh tak direct contact dengan absorber punya tapak. Macam aku punya, Jamex, ada pembalut tuh..so ia akammencegah spring dari direct contact. Kalu pakai spring lowered tapi spring tu lembut sangat pun handling kereta tetap tak sedap.
2) Penukaran Sport Absober
Yang sebenarnya absorber yang menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. kalau nak tau absober tu tinggi atau lowered ke tak, kita check dan ukur tinggi antara kaki absorber dengan mangkuk yang nak tutup spring tu.. Ketinggian kaki absorber dengan mangkuk spring tu tak sama tinggi antara satu jenama dengan jenama lain...
Tukar spring dengan absorber skali gus sebab setiap sports spring yang di rekacipta dah kira berat/ketinggian (kg/mm) kereta..bila spring kereta dah direndahkan maka kestabilan kereta turut berubah..so absorber stock(dari pengeluar asal) dah tak relevan lagi.. Kalau beli Spring jenis baik, kena laa tukar rate absorber macam :
- Monroe Sensa Trac
- Koni
- Kayaba
3) Adjustable Absorber
Kalau amik adjustable, baik yang betul-betul branded cam HWL & Titan brand luar baik punya dalam RM2000++ la. kalo adjustable yang Malaysia keluarkan seperti GAB,HWL,HOTBITZ harga bawah RM2000 sahaja...Tapi ni memang kompom OK. Pilih ajer nak yang camner , nak HI/LOW atau SOF/HARD cuma kebanyakan 'adjustable absorber' bergantung pada spring yang kita pilih. kadang tu'adjustable absorber' kita beli memang siap dah ade spring lagi.
4) Potong spring
Eeemmm Kadang tu ada yang ambil mudah kerana kosnya murah..Melakukan Spring Compress kemudian depan potong 2 lingkar ...dan belakang 3 lingkar... Bila lingkaran coil telah dipotong atau dibuang 1 lingkaran(turun 1 inci) akan menyebabkan shaft absorber menghentak terlalu kuat bila kereta masuk lubang atau terhentak dalam masa pemanduan yang ganas. Minyak hydraulik dan seal yg bertindak sebagai penahan kebocoran juga akan cepat rosak. Spring standard adalah sesuai untuk absorber standard kerana ia di design mengikut beban,ketinggian spring dan panjang max dan min shaft absorber.
atau ada yang siap bakar Spring kereta tu…Sampai kadang-kala ukuran dia sudah tidak tepat dan menggangu keselesaan untuk kita memandu coz hentakan jadi cepat kurang diserap dan tak berapa main.Itu yang kelihatan tinggi sebelah kedudukan kereta nampak tak stabil.. ketahanan coil spring jadi rendah..besi bila dipanaskan molekul dia akan berubah..tu yang menganggu kekuatan besi tersebut.. pastu nanti tahap lantunan kereta akan menjadi tinggi.... So Tolonglah jangan buat benda ni semua….
So it's yours...
Senang citer camni je lah....tahap modifikasi lowered kerete bergantung kepada cara pemanduan agresif/pasif tuan punya kerete tu sendiri dan juga kesesuaian jalan yg biasa dilalui oleh tuan punya kete tu.....
"Orang kata kalau tak nak dipukul badai jangan berumah ditepi pantai, tapi kalau dah tak kisah pasal badai... ape salahnyaa..."
Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks.
95 comments:
bro azli yg bijaksana, kenapa kalo turun dari genting highlands, brek tayar kete tetibe bau hangit? camane nak elakkan? sila bagi penjelasan.. terimakasih, dan selamat menyambut ramadhan..
thanks bro
for the info
yg penting xmau potong spring
da serik!!
=_=
aku pakai spring sport..sekarang absorber 4 batang depan belakang dah kong..itupun x tukar lagi hehehe..
keta lowered sedap..rasa macam bawa ferarri..tapi sakitnya jalan kat malaysia ni macam jalan kat afganistan..berlubang lubang..bongol pulak buat macam taknak bagi orang lalu je.baik pasang tembok terus kalau dah buat bongol tinggi tinggi.
tukar spring paling berkesan. rendah la dia nanti. hehe
Bila dah kena lowered ada bumps mulalah sengetkan kereta. Hah.... kakak tak minatlah... Budak muda selalu sukalah...
fuh...dah lama tercari blog yang bagi tips2 pasal kete akhirnya jumpa gak....bagus lah!!!
Proton Wira Aeroback I dah sedia rendah dah... tak perlu untuk direndahkan lagi. Hehe...
Afzainizam reti buat HHO generator tak? Betul ker HHO generator berupaya menjimatkan penggunaan minyak dan sejauh mana keselamatan penggunaannya?
dah jadi follower... bagus post ni.. nak try ubah suai keta sendiri... itu pun kalau menjadi..hee
Salam.
dah pernah lowered kancil guna spring sport. Rasa naik papan je. tak ada serapan langsung. pastu tukar balik yang asal, tapi tinggi macam unta pulak, siap berlenggang bila jumpa koner.
TQ atas perkongsian.
banyak tak bagus ek daripada bagus. ermmm. tapi cantik.
menarik info ni...selalu tgk kereta rendah...tapi ada yang boleh setting tinggi naik tu macam mana ya? macam dalam movie fast furious
memang habis bahagian bawah..
Zaman aku dh tak de dh lowered2 nih...standert je dh cukup....x lalu dh nak naik cam kuda lagi...hehehe
Zaman aku dh tak de dh lowered2 nih...standert je dh cukup....x lalu dh nak naik cam kuda lagi...hehehe
Sy pakai adjstable tein hl/sh utk civic es tp xcukup lowered.apa perlu sy buat?ada lg ke spring pendek utk adjstable.?
bro, nak tumpang tanya...kete aku rendah sangat...sebab absorber standard + spring sport...merancang nak tukar absorber sport + spring sport...adakah kete aku akan maintain rendah? kalau aku nak tinggikan balik, kena guna standard ke?
tukar spring sport dan absorber sport... ada perbezaan tahap kerendahan kereta anda nnt... percayalah... saya dah buat... proride punya brand... pasang kat kenari, depan jarak dua jari, belakang dua jari setengah... comfort.... cuba bayangkan brand yang lagi better dr proride...
kenyataan yg benar bro... keta klu cari mkn pnya jgn la kc lowd.. tp untk malam minggu blh la
bro, nak tanya sikit. sy x pernah pakai adjustable ni. tapi, adjustable ni boleh ke rendahkan absorber je tanpa rendahkan spring? sorry kalau salah tolong betul kan ya kawan2 (Y)
Bro nak Tanya Kalau nak lower kereta tapi nak comfort guna Apa yang baik ?
salam . sy tak menahu sangat pasal kereta neyh . saya nak tukar absorber . kawan2 sarankan pakai proride dan tukar spring sekali so ape pendapat kawan2 :'(
salam bro..nk tnye fd2 nk lowered skit better pkai spring ape yg sesuai n sedap bwk? tein, eibach, h&r..yg mne better bro?
dari sya pakai wira convert evo..satria gti n skrg honda ek..sya ttp dengan GAB hi low soft hard..terbaik prestasinya..
dari sya pakai wira convert evo..satria gti n skrg honda ek..sya ttp dengan GAB hi low soft hard..terbaik prestasinya..
kalau kereta 1.5 pakai absorber 1.6 empat empat side...then tukar spring ja...jangan sesekali potong spring...
ulaganayagan: spring apa yg perlu ditukar..?
sy wira sedan 1.5 A enjin standard caburator. bercadang nk tukar absorber yg lama, dpn dah bocor kiri-kanan, belakang dah kong (keras), suma standard kecuali depan (potong spring 1 gelung).
mna ada asober kong boleh keras,dh tentulah lembik minyak dh bocor.
Tulung dulu urang susah ni . Kalau iswara sedan ya bukan aerobeck . Nak lowed biasanya kalau main potong spring depan berapa round belakang berapa rouns . Sebab skg da potong 1~1 depan belakang . Tpi mcm xsmart ja masi . Tolong dlu bh ..
Tulung dulu urang susah ni . Kalau iswara sedan ya bukan aerobeck . Nak lowed biasanya kalau main potong spring depan berapa round belakang berapa rouns . Sebab skg da potong 1~1 depan belakang . Tpi mcm xsmart ja masi . Tolong dlu bh ..
Lowered mmg nampak cantik tapi dah serik dah. Bawak kereta mcm kuda bila jln berlubang dan beralun. Kat seat blkg ada makcik-makcik, teruk aku kena basuh.
Lowered mmg nampak cantik tapi dah serik dah. Bawak kereta mcm kuda bila jln berlubang dan beralun. Kat seat blkg ada makcik-makcik, teruk aku kena basuh.
Terima kasih sebab bagi info, saya memang harus loweredkan spring depan kancil saya sebab depan tinggi sikit daripada belakang. Kene buang 2 loop. so far dalam sebulan ni tiada masalah pada absorber dan alighment saya. bila nak buat cornering sikit gila saya boleh rasa kereta terangkat sebelah hahaha.
Boleh sesiapa bagitahu mengenai harga dan jenis :
1. Spring lowered/sport
2. Absorber sport.
3. Muffler ( Nak kasi berderum sikit)
4. Sport Rims.
Harap dpt membantu. Kereta saya masih standard lagi.
Boleh sesiapa bagitahu mengenai harga dan jenis :
1. Spring lowered/sport
2. Absorber sport.
3. Muffler ( Nak kasi berderum sikit)
4. Sport Rims.
Harap dpt membantu. Kereta saya masih standard lagi.
Boss kalau kelisa guna spring Kancil standard lowered tak ...
Boss kalau kelisa guna spring Kancil standard lowered tak ...
Tumpang tanya...
kancil standart kalau nak tukar spring lowered... Spring apa yg okay ?
nak 2 inchi jarak fender dgn tayar... Ada sesiapa bole tolong...
Tumpang tanya...
kancil standart kalau nak tukar spring lowered... Spring apa yg okay ?
nak 2 inchi jarak fender dgn tayar... Ada sesiapa bole tolong...
Nak tumpang tanya pd kawan2... Saya pkai vios 2014. Pkai rim 17. Tp jarak tayar ke fander leh masuk 2.5-3 jari.. So absorber & spring ape yg bsesuaian?
Ahahah tu la... Tu yang tak best bila coner..
Ahahah tu la... Tu yang tak best bila coner..
serik knapa bro
Boss mana blh beli eibach spring utk viva ?
Salam admin sekeluarga... Saya pkai honda jazz gd.. Absorber standard spring sport.. Biler pillow body tu.. Ada gap anak jari boleh masuk...biler speed bounce sikit kena body..pening ohhh.. Ingat nk tukar adjustable ada cadangan tk jenama...
Klu proton waja nk tukar spring honda sm4 bleh x
Assallammualaikum...
Sedikit tips saya nak kongsi bersama...saya menggunakan Spring dan absorber Volvo S40/stok {rear} potong 2 lingkar
Spring Vr4 dan absorber Monroe/minyak {front} potong 1 lingkar
Pendapat saya, Jenis Spring ini dari jenis heavy duty dan amat stabil dalam kelajuan tinggi kereta wira 4g93 saya..
ckup dgn spring sport APM
Macam mana nak tahu absober stendet baru ok ke tak.
aku nak rendahkan kereta tapi aku nak naik bonggol takde menyusahkan orang belakang atau takpayah nak sengetkan kereta.... ada ke yang macamni ??? tolong tolong
Your website is so cool. I am impressed by the info that you have on this site. It reveals how nicely you understand this subject.plak bh
Bos nk Tanya.saya dh tukar absorber performance provide skali dengan spring sport provide. Tp msalah sekarang bila naik 2 org do belakang dh mendap kreta.tayar dh msuk dlm mudguard. Saya it bila tkr pakai spring sport msalah begini tak Akn berlaku. Agak2 apa yg saya perlu buat utk elak berlaku lg. Kereta wira.
Sbb bile turun genting,kita bnyak main brek.sbb tu Bau hangit.ni pandangan sy yg selalu turun naik genting sanyen minggu 2 3 kali.bg untuk elak kan tayar Bau hangit, naik je lah cable car.hehehhee
pakai stopper la bang...konpem x sngkut
salam nak tye la, sy bru tukar spring sport sahaja utk kereta saga flx, tibe2 bile bwk rase ade bnyi la kt spring tu lbh2 bile time nak belok.
Salam bro..krta sy bnyk mslh suspensiaon la tpi x tahu nak gnti yg mne,sbb bila langar lubang bunyi macam besi berlaga tpi sy dah tukar rear arm tpi masih bunyi lagi bila langar lubang.mintak tolong sifu2 yg ada bgi penjelasan dan tip utk sy sedapkn suspension sy.satu lgi stering kereta sy tak ikut tayar kenapa ye sy dah buat aliggment tpi masih sama jgk.tolong sifu
hmm
Salam sifu.. Klau pakai spring sport depan, blkang pkai standert.. Boleh ke.?skdar brtanya
Assalamualaikum,nak tanya,saya pakai kereta wira sedan absober standard spring standard,masalah saya bahagia depan tinggi belakang rendah contoh belakang boleh masuk 4 jari depan boleh masuk 5jari,boleh tak saya potong spring standard depan saya jadi 3 jari Boleh masuk.mintak bantuan....
Pada saya, nak elakkan bau hangit boleh guna petua tradisional. Sebelum turun tu, cari cari daun pandan segenggam bersama cekor putih, rendam bawah cahaya matahari dalam sebesen air berukuran 24 diameter, bukan dia fadilla atau dia insan pertama yang bertakhta, itu bukan. Kemudian, airnya dibuat minum oleh yang akan memandu bersama setitis pati gaharu, inshaInsha akan turun bersama ambulan dan dan tiada lagi bau hangit.
Aku gune vios spring std ak potong then ak inject lg tmbah minyak semua empat2 absorber..dh 3 tahun pakai still cun..klw nk inject absorber kne cari yg btl2 pro..
Bolih jer kalau nak potong sprin kereta Iswara, absorber Monroe front rear, spring depan rsv4, spring belakang Volvo 850, spring rsv4 potong 2 lingkar manakala spring Volvo 3 lingkar ini kerana spring Volvo memang tebal dan mantap, kereta lancar menyusuri jalan berlekok atau berlubang, Cornering stabi memang Fun la dan paling best kalau ramai penumpang dan barang dalam boot penuh ini kerana spring Volvo kalau lagi berat lagi sedap....hehehe
Betul kah...spring perlu di ganti jika spring dah mula kurang anjalan?
Ad bosku...adjustble tein memang spring tinggi...sy pakai dpn 6inci...rate 8k
saya pakai spring sport apm dan saya nk swap spring saya depan ke belakang dan belakang ke depan sebab saya layur spring belakang setengah inci bolehkkah saya tukar mcm 2 sekadar bertanya
Yg to pakai la air suspension..
hahaha😂 . aku punya keta kancil pun sama, depan tinggi melangit blkng tenggelam .
ramai yang guna 4 flex terbaik katanya. tapi harga mahal.. . spring huku murah terbaik juga,dln rm180 xsilap set, xkeras xlembut yg pasti lowered. belum ada modal nak beli..
gelong spring tu xmasuk betul kedudukan dia kat tapak mangkuk absober tu.. , kena jek keta ejas masukkan smula .
bos semua nk tnya..kalau myvi boleh ke pakai spring standard honda? untuk rendah and confort
boss nak tnya sy guna kereta wira tapi asober standrt dpn belkag spring spot. tapi tetap rasa keras jugak bila pandu. adakah sbab tayar ataupun asober standrt tidak sesuai masuk spring spot.
Nak tanye tentang perbezaan rate spring... Beza rate 8k..6k..4k.. untuk adjustable..?
Saya pakai kereta satria lama.. nak masuk sportrim 16.. jadi rate spring mane saya kene pakai... budak baru up bertanye.. hehe
Standard bawak aman sentosa
Salam bos nk tye spring standard vios dugong saiz berapa mm?
Brek panas... Kalo xnk hangit tukar brekpad than pnas.. Tgk material....
kalau dh lowerd tapi nak tukar jadi standard macam asal kena tukar absorber & spring je ke.?ade part lain yg kene tukar jugak ke..sy xtau sgt bab kete ni..
knp tu bro, sy skrg pakai potong gak, naik 6 org satu keta(myvi se2) naik kl/jb dari pntai timur, ok lg lh setakat ni
Salam tuan,,nak tanya sikit spring sport kancil,boleh masuk kenari? tq
Nak cari lowered spring and abosrber utk myvi.. tp xnak lah rendah sngt sampai kena elak bumper n elak kawan naik kereta (takut sangkut) kot rendah 2 inci depan n seinci belakang ke mcm tu..
Standard dh ok..nanti byk kuar modal
Nak tanya lah absorber adjustable viva DRS atau Ralliart mana lagi bagus ek? Budget bawah 1k jek. Terima kasih.
Mungkin steering rack tu ada masalah..Cuba bawa ke bengkel dulu..
Bro nak tanya apa perbezaan kualiti antara minus dengan d7
bebal org2 atas yg tetapkan standard keta bro
Nk tny spring sport ape sesuai tuk bg rendah utk myvi rim 14
X nak bau hangit masa turun genting pastikan masa tu jgn ada kenderaan berat di depan, bas atau lori... Sbb apabila mereka membrek pasti keluar bau hangit dan bau hangit tu sampai kehidung kita, jd kita ingat brek kita yg hangit...
info yg sanggat berguna baru fikit.nk rendah kan sedikit bila tgk.coment abg kita ni.. mcm x jd pulak.. ade btol jugak dia ckp tu.. pomen pon pernah ckp kalau rendah absober cepat bocor... tekanan jd rendah kena tukar skali absober baru cun... tahan... tp kayaba mmg terbaik
Adjustable D7japan ok ke
Nak tanya ape perbezaan spring 5k 220 65mm vs 5k 220 70mm
Boss nk tnya.. Brpa kadar cas klau kita nk anta kedai taya utk buat adjustment adjustable ( nak ubah ketinggian)?
Civic fd 2.0 sesuai x guana spring rate depan 8k belakang 7k utk soft hard adjustable
Maaf bertanya.. Kalau spring sport myvi, boleh kah masuk ke kereta viva.. Spring sport jenama Pro expert
Saya ingin bertanya,asal rim14 jika tukar kepada rim15 , adakah byk brg kena tukar?sesuai tak dgn kenderaan saya ( Viva std).terima kasih
Salam boss, sya ada saga iswara, klu pkai adjustable dia punya masa jalan adakah keras bergegar2 atau lembut mcm biasa,maaf bertanya x prnh pkai adjustable.
Salam bos, saya pakai saga vvt 2016,baru belajar tukar sport spring dan rim dari 13inci ker 15 inci, tapi masalahnya anak2 dan isteri dan mengadu kereta macam kuda bila jalan diatas jalan yg tak rata....boleh tuan bagi pendapat dan cadangan.
Excellent Work...
sound deadening roller
Post a Comment