Pages

Monday, August 8, 2011

Tip Servis & Bleeding Brake Kereta


Pertanyaan Yang diajukan..
Brembo: slam pg sahur taniah bro blog ni bagus blake sgguh infomotif :)
Brembo: sy ttarik pd entry 5 july ttg brek tp xde smbung psl bleding de smbgan x post tu?
Jawapan kami..
Thanks pada En. Brembo ( uihhh nama dah macam jenama brake plak).. Maaf ler sebenarnya post ni dah lama tertunda .. hampir terlupa plak nak sambung entry tu.. nasib baik En. Brembo mengingatkan saya.. Ok saya kongsi seperti dibawah ni secara ringkasnya..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip Servis & Bleeding Brake

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Brake adalah tersangat penting giler pada kereta kita, brake pad atau brake shoe yang dah haus harus diganti dengan yang baru. Periksa juga salur hidraulik brake kalau ader crack atau longgar kat mana-mana part yang buleh menjejaskan prestasi berhenti ketika membrake.

Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.

_______________________________
Apa yang harus anda ambil perhatian
1)Semasa memandu elakkan kaki daripada sentiasa berada di atas padel brake. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brake.
2)Kalau guna kereta auto, pelapik brake hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
3)Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brake, sebaliknya gunakan gear rendah untuk mengawal kelajuan kereta anda.
4)Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brake, gosok dulu dengan kertas pasir pada permukaan disk atau tukar drum. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
_______________________________
Tanda2 Brake dah nak habis
Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan..
1) Bila brakepad dan disc dah bunyi bising bergesel besi bergesel dengan besi, tanda brakepad dah habis. cepat lah ganti sebelum kena ganti dengan disc nye skali.
2) Bila minyak brake tu dah rendah (asik menambah tapi masih kurang dari separuh paras leval aje)

3) Cuba rasa dengan jari permukaan disk Licin habis tak ade garis-garis pada permukaan tanda - tanda awal brake dah nak habis
4) Bila nampak permukaan disc calar balar teruk habis.. memang sah brake pad dah habis bebenor

5) Bila lampu tanda (!) untuk handbrake menyala tak berhenti..kalau check balik handbrake dan minyak brake ok masih ada lagi ... Sebenarnya itu berkemungkinan tanda amaran awal yang memberi tahu brake pad dah habis
6) Semasa menekan padel brake jauh kedalam macam kosong dan lambat brake nak mencengkam dan berhenti terlajak kedepan sikit macam tak grip..
_______________________________
Tukar Pasang Brake Pad Depan

1) Sediakan peralatan nak buka part yang diperlukan.. Spanar, player , minyak gris dan lain-lain.. First buka nut-nut yg perlu di buka.. Tanggalkan caliper brake tu..

2) Tanggalkan brake pad lama… Pastu bersihkan bhg dalaman dgn brake parts cleaner ..

3) Kalau nak senang masuk brake pad sebelah dlm gunakan pengapit mcm kat gambar tu.. Pastu masukkan piston dan pusing mengikut arah jam
_______________________________
Tukar Pasang Brake Drum Shoe Belakang

1)Untuk brake drum belakang pula.First buka nut yg ada tanggalkan cover drum tersebut

2) Kalau Brake pad tu masih tebal lagi.. Cuba gosok dgn kertas pasir halus pd permukaan

3)Cuba lihat perbezaan sebelum brake pad nampak licin, dan selepas gosok kertas pasir permukaan tersebut menjadi kasar sedikit supaya brake lebih mencengkam kuat lagi..

4)Bersihkan kotoran habuk yang melekat dengan semburkan dulu dgn brake parts cleaner. jangan sampai terkena permukaan Brake pad Bersihkan drum brake cover pula

5)Pada bahagian cover brake drum juga cuba bersihkannya dgn brake parts cleaner .. Kemudian pasang balik
_______________________________
PERHATIAN:Adalah disyorkan service setiap 50,000km atau setiap dua tahun sekali. Kena buat drain and replace fluid. Kalau boleh lah , lebih baik sekiranya buat bleeding 1 kali setahun.

PERHATIAN: Gunakan jenis minyak brek yang ditetapkan oleh pengeluar kenderaan (OEM). Jangan menggunakan DOT 3 pada kenderaan DOT 4. Tetapi anda boleh menggunakan DOT 4 pada kenderaan DOT 3...DOT 3 biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang dan Dot 4 untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi.kesilapan minyak brake boleh menyebabkan keseluruhan sistem brake kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah

_______________________________

Bleeding / Flusing minyak brake

Bleeding pada sistem brek adalah Flushing keluar minyak brek lama secara total dan menggantikannya dengan minyak brek baru. Maksudnya kat sini Untuk membuang gelembung udara yang mungkin telah memasuki sistem brake kita bagi membolehkan pedal brek ditekan dengan baik.

Brek boleh di Bleeding secara manual dengan paip getah yang Clear ke skru Bleeder pada setiap caliper brake dengan membuka nut skru tersebut dan tekan pedal brek untuk memaksa minyak brake keluar melalui paip getah, atau dengan peralatan seperti Power Bleeding Tools. Kebanyakan profesional Power Bleeding Tools kerana lebih cepat dan lebih mudah.

_______________________________

Diy Bleeding minyak brake

-Peralatan diperlukan adalah car jack, Stand,spana 10 dan 19,Old news paper ,minyak breake dot 3 atau dot 4.

-Buka rim kereta,dan pastikan kereta anda berada dalam keadaan stabil dan selamat semasa berada di atas jack stand.cari lokasi skru bleeding.

-Pastikan minyak brake di resivior break mecukupi.kalau kurang tambah minyak break sehingga tanda tahap maksimum.

-Untuk kerja bleeding(membuang angin disaluran Brake atau caliper pam) anda perlu melakukan kerja ini bersama seorang pembantu,seorang melakukan bleeding dan seorang lagi menekan atau mengepam brake.

-Dengan menggunakan spana 10,anda haruslah melonggar dan mengetatkan skru bleeding beberapa kali serta dalam masa yang sama anda mengarah kawan anda menekan dan mengepam break dari dalam kereta.Semasa menekan brake longgarkan sedikit skru ,minyak break akan terpancut keluar bersama dengan gelembung udara(hati-hati cecair break merbahaya jangan sampai terkena mata) kemudian ketatkan skrew,arah kawan anda mengepam semula beberapa kali seterusnya arahkan menekan sahaja dan anda pada masa yang sama melonggarkan skrew bleeding dan mengetatkan semula.lakukan proses ini beberapa kali sehingga semua gelembung udara sepenuhnya keluar dari saluran break anda.

-Gunakan spana saiz 10 untuk melonggarkan skrew bleeding

-ulang beberapa kali sehingga aliran minyak keluar dalam hose putih tu tak ada buih/udara

-Akhir sekali ketatkan skrew bleeding secukupnya.,check brake anda pastikan tiada berlaku kebocoran pada skrew bleeding.

-Jangan lupa top up minyak brake semula

** Amaran: sekiranya anda tidak berkeyakinan, jangan lakukan!! Serahkan kepada pakar bengkel kenderaan dan bayar aje. Apa pun saya tak bertanggung jawab sekiranya berlaku perkara2 tak diingini!!

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

65 comments:

  1. adakah tandanya kalau tekan brek dan lepaskan sikit berbunyi brake dah nak abis minyak??huhu

    ReplyDelete
  2. fuuhh...kalo belajo smua post ko nie mmg bole bukak bengkel keta sendiri nie....instruction smua siap ada gambo lagi

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa Bro Zam. tak sempat nak wish haritu. sama2 kita menghidupkan bulan ni dengan amal ibadat.

    Meh jenguk blog SS kalau2 minat nakbeli jersi EPL baru

    Menarik di SuaraSendiri
    Pelancaran blogshop SS

    Nak beli jersi EPL baru 2011/2012, blogshop SS
    moisoutlet.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. thanks bro...info ni buat saya tahu sedikit bnyak hal2 kete..even,,saya tak baiki nya sendiri kete tu,,tp skurangnya info saya bc bleh bntu saya..dan mengingatkan saya berhati2 dan sentiasa alert dgn masalah kete saya,,,thanks bro,,

    ReplyDelete
  5. Aku punya drum kt belakang tu dh lame tak jenguk2...rasenye raya ni kene check jugak la kot...tapiii....anto kodai je laa...malehhh nk buat sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  6. hantar kedai je hehehehe..dulu pernah turun genting highland break berasap.

    ReplyDelete
  7. bro, macamane pulak kalau kereta tu baru usia 2 taun, tp bile brek ade bunyi mcm eeetttt eetttttt. aku pun xtaw nak buat bunyi tu cane. lebih kurang mcm kerete yg tgh drift tu kan. bile sevis kat proton, dah gtaw n dorang dah fix. tp x lame ade balik bunyi tu. mmg camtu ke ape ek?

    btw, thx byk2 bro sudi jawab soalan aku =D

    ReplyDelete
  8. wah! bro nak sumbang idea lagi leh? nnt buat la pasal bumper kereta...

    ReplyDelete
  9. Bro gti punya abs rasanya problem kot. Ada menyala lampu orange. Macam mana ya?

    ReplyDelete
  10. tambah lagi ilmu den sikit2 bab kete nih...

    ReplyDelete
  11. terbaik bro :)
    semua part bro tahu kodek2 .. memang hebat ni ^^

    ReplyDelete
  12. Salam....detail..tapi memang kaki bangku pasal kereta ni...selalu hantar kedai je...A kata tokeh cina tu A la...hehehhe...selamat berbuka...

    ReplyDelete
  13. pernah alami brek jem
    nasib juga berdekatan dengan bengkel
    hehe

    ReplyDelete
  14. Bro, baru jumpe blog yang sangat informatif. thanks for tips yang best2..blh gak org pmpuan belajar pasal cara nak jaga kereta.

    BTW, saya nak tanya, kawan saya cakap kalau guna kereta auto, untuk jaga gear....bila berhenti lama atau mula2 nak jalan kita kena start guna gear 2, pastu 3 then baru maintain dengan D4.

    Betul ke? boleh amal tak cara ni?

    Pohon pendapat sedara.

    ReplyDelete
  15. yuyu aziz..xbetoi..gearbox auto ni memang dah design kena starting perjalanan kereta tu dengan D..kecuali lah kerete tu park kat bukit,xpe nk starting dengan gear yg rendah..nsihat saya, setiap kali kereta berenti jgn biakan pada gear D dan tekan break, please neutral gear tu, bila nak jln, tkr kepada D.

    ReplyDelete
  16. helo cikgu.. nak tanya sikit, perbezaan warna minyak brake. merah dan putih.. apa perbezaan dia..

    ReplyDelete
  17. macam xda org je nak update..

    ReplyDelete
  18. kongsi ilmu,dapat pahala beso! tq dude

    ReplyDelete
  19. setakat baca saja.tak ada pengalaman tak boleh buat kerja punya.info sudah ok tapi satu saja ,tak bagi tahu boleh campur tak dot 3 dan dot 4

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. salam.. tmpang tanya, sy bru tkar brake pad tp masih ada bunyi besi bergesel di bhagian depan kanan..da tembak angin tu pun sama lg..bahagian blkang pulak kalau slow berbunyi mcm bersiul ulang2 kali, bila laju dia diam.. kenapa ye?

    ReplyDelete
  23. tmpang tanya, sy bru tkar brake pad tp masih ada bunyi besi bergesel..da tembak angin tu pun sama lg..bahagian blkang pulak kalau slow berbunyi mcm bersiul, bila laju dia diam

    ReplyDelete
  24. Klu kite wat sendiri nk ambik upah berape???

    ReplyDelete
  25. Klu kite wat sendiri nk ambik upah berape???

    ReplyDelete
  26. bro kalu nk flush empat2 brek kena wat satu2 ker??kalu brek drum blakang cmne nk flush bro??cara sama ker??

    ReplyDelete
  27. Salam bro..nak tanya..kalau da bleeding 4 tayar xpi brek masih kosong tu ape masalah nye yea

    ReplyDelete
  28. Untuk kia forte boleh ka saya menggunakan minyak break Dot 4

    ReplyDelete
  29. Kereta myvi ..brake lngsung tak cengkam..pomen cek brake belakang ,dia ckp ada leaking dalam pump brake belakang,,n dia suruh g scan ,,,persoalan ..adakah perlu untuk scan ,persoalan ke2..tak boleh ke jika terus tukar pump brake belakang (brake drum)

    ReplyDelete
  30. salam bro.

    bro nak tnya skit, klu brake pad depan dan blkng dh 2mm, perlu tukar segera ke?tq bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam bos..nk tnyer ckit. Tekan brek lmbat berhenti..terlajak ke depan ckit..baru2 beli kereta tekan ckit makan brek..minyak brek cukup..brek pad tebal lagi..kereta auto..

      Delete
    2. Bos..boleh tnyer ckit..brek pad tebal lagi..tapi..brek disc ade kesan jalur halus..atas satu bwh satu..kenapa jadi mcm tu..kereta baru nak msuk 2 thun..kurang berjalan.

      Delete
    3. Bos..boleh tnyer ckit..brek pad tebal lagi..tapi..brek disc ade kesan jalur halus..atas satu bwh satu..kenapa jadi mcm tu..kereta baru nak msuk 2 thun..kurang berjalan.

      Delete
    4. Assalam bos..nk tnyer ckit. Tekan brek lmbat berhenti..terlajak ke depan ckit..baru2 beli kereta tekan ckit makan brek..minyak brek cukup..brek pad tebal lagi..kereta auto..

      Delete
  31. Assalamualaikum...bro,sy nk tya ni,sy da buat bleeding,master pam baru,servo pam baru,tp persoalannya selepas buat bleeding sistem brek semua ok...bila da jln lama sikit dalam 10km...brek melekat dan pedal brek pon mampat...apa punca nye..

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum...bro,sy nk tya ni,sy da buat bleeding,master pam baru,servo pam baru,tp persoalannya selepas buat bleeding sistem brek semua ok...bila da jln lama sikit dalam 10km...brek melekat dan pedal brek pon mampat...apa punca nye..

    ReplyDelete
  33. Boss klu brek melekat knapa ya..sb brek bru tkr mgu lalu..msa balancing..alignment smua ok..da 2 kali hntr mekanik smua ckp ok..tp bila drive pndi lekat pndi ok brek krta ni..aduiii geram aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. X silap brake pun bley jame... Dlm tu ada piston... Piston tu kena servis....

      Delete
  34. Boss klu brek melekat knapa ya..sb brek bru tkr mgu lalu..msa balancing..alignment smua ok..da 2 kali hntr mekanik smua ckp ok..tp bila drive pndi lekat pndi ok brek krta ni..aduiii geram aku

    ReplyDelete
  35. Hand brek butang dye bru tercabut n pecah..masalahnya bile nak tarik hand brek dye xnaik..skru dye longgar ke?sbb pakai raba kat kwsn dlm getah tu hand brek bru dpt naik..lampu brek xnyala pun..apa yg nak betul kn..

    ReplyDelete
  36. Sbb ape minyak break kereta sy selalu kurang

    ReplyDelete
  37. Apa sebab angin boleh masuk dalam sistem brek tu ye?

    ReplyDelete
  38. salam boss. nak tanya, minyak brek kereta saya TAK berkurang. apa masalahnya erk? pening laa

    ReplyDelete
  39. Saya guna kereta persona thun 2008.minyak brek kreta sya silap guna lhh,saya guna minyk Dot 4 utk kreta sya,ada kah akan rosak brek kreta sya

    ReplyDelete
  40. Saya mengunakan kereta jenis perodua myvi old.. Apa plak masalah jika prosrs bleeding tapi minyak brake x keluar.. Tp cuma keluar angin je

    ReplyDelete
  41. Dot3 mmg semuanya warna merah ke ?

    ReplyDelete
  42. DOT 3 = Merah
    DOT 4 = Jernih

    Bleeding cuma keluar angin - maksudnya pipeline minyak brek kosong, kena bleeding sampai minyak brek keluar.(ulang bleeding banyak kali)

    Guna minyak DOT4 kat sintem brek DOT3 = Ok tak ada masalah. Tapi jangan guna minyak DOT3 di sistem brek DOT4.

    Minyak brek tak kurang = bagus, maksudnya tiada kebocoran minyak brek. Tapi cukup 2 tahun digalakkan flushing.

    Angin masuk dalam munyak brek:
    1) Cecair brek dah terlalu lama. Contoh 5 tahun tak tukar - minyak brek menyerap kelembapan. Dalam kelambapan ada air. Bila terlampau panas, air akan mendidih dan lepaskan gelembung udara halus. Lama kelamaan berkumpul akan jadi banyak. Akan jadi perlu tekan brek jauh kebawah. Contohnya, setelah banyak kali guna brek (terutama waktu turun cameron highland/genting, atau semasa town dirving yang banyak guna brek, tiba2 semasa brek titekan, pedal terpaksa ditekan jauh hampir jejak lantai. Kena tekan untuk kali ke2 baru ok.
    2) Kedai yang buat bleeding tu buat ala kadar aje... Tapi caj mahal. Paling baik buat sendiri. Kos cuma RM10 + penat lelah + masa dalam 2 jam), tapi hasilnya, superb!!!).

    ReplyDelete
  43. Aslkum bro nak tanya pasal brek kereta proton wira..masalah brek kereta saya bila hidup enjin brek rapat terus bila matikan enjin tekan brek ok apa masalahnya tu

    ReplyDelete
  44. Assalam.. nak tny.. sy pkai kreta bru.. tpi bru2 ni da tlngar dkt..bumper kiri kemek.. smlm bila strt kreta.. ada bleeding warna seakan kuning karat . Apa sbnr nya trjdi . Adakah minyk brek leaking.

    ReplyDelete
  45. Kenapa brek Kereta says tiba2 melekat? Baru 3 hari x jalaj kan Kereta..sebelum ni takde tanda2 masalah brek..bila riverse brek bunyi kiut kiut..macam tersekat.. Bile masuk gear 1 Dan Tekan padle minyal pun sama..tersangkut sangkut nk gerak kereta

    ReplyDelete
  46. Salam otai,sya bru tukar brek pad depan iswara.. Masa tukar tu pomen xda buat bleeding pun.. Pastu brek jdi x mencengkam.. Bla brek tayar blakang ja megelongsor.. Apa masalahnya?? Adakah sebab x bleeding brek atau ada kerosakan

    ReplyDelete
  47. hai sy nk tnye ..lori 1 tan brek drum makann tak seimbang ..belah kiri lebih mkn berbanding kanan ...pump brek belah kanan bru tukar ..dh berbotol bleiding ..pening dh ...klau emergancy brek ..stering tarik belah kiri je ...mohon bantuan cikgu

    ReplyDelete