Pages

Sunday, August 7, 2011

Tip Servis & Pilih Tayar kereta


Pertanyaan yang diajukan
Guest salam bro
Guest ade tip nak wat servis & penjagaan taya kete X?
Guest boleh tau caner nk tukar taya kete 2 biji botak bleh ker X?
Jawapan kami
Thanks pada Guest ( tah tak tau nama pun) sebab bertanya.. Berkenaan tayar tu saya cuba kongsi sedikit pandangan seperti di bawah..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Tip-tip Servis & Pilih Tayar Kereta

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Faktor pemilihan tayar
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta..
Tayar seperti michelin, yokohama, falken lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang cuaca panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Untuk penggunaan biasa boleh guna tayar Dunlop, Silverstone dan Good Year sudah kira ok.Kalau boleh cuba elakkan Sime Tyre.. jika mahukan yang lebih baik boleh cuba Continental( sekarang satu kilang dengan Silverstone),Bridgestone,Toyo ataupun Michelin.. tapi harga dia mahal sikit..

Faktor bising senyap tahan atau haus bergantung kepada cara pemanduan dan jenis kereta Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-hati semasa hujan


1) Tayar jenis Silverstone Powerblitz, Goodyear Eagle GA, dan Sime tyre Astar merupakan jenama tayar yang biasa digunakan oleh kenderaan kecil. Ia agak berpatutan dan bunganya kelihatan bersegi empat. Sesuai untuk pemandu biasa yang tidak memandu laju atau terlalu ekstrim. Jenis tayar ni keras juga membuatkan tayar ini boleh tahan agak lama.

2) Tayar agak mahal harganya tapi tak boleh pandu laju ketika hujan adalah tayar jenis semi slick seperti Yokohama Advan Neova, Bridgestone Potenza G3, Falken Azenis, Pirelli P7, Michelin Pilot Sport, dan Toyo T1R.

3) Jika tak kisah pasal keselesaan dan perlukan tayar yang mampu meneruskan perjalanan dengan lancar ketika hujan, tayar seperti Silverstone FTZ Evol 8, Goodyear Eagle F1, Kumho Escta 712 dan Yokohama Prada.

_______________________________


1) Jangan gunakan tayar yang telah tamat tempoh.
Semak catatan tarikh tayar dikilangkan.Sebelum membeli tayar di kedai tayar seharusnya anda membelek tayar yang nak di beli itu..Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamat digunakan). Saya beri contoh nombor 0811 bermaksud tayar tersebut di kilang pada minggu ke 08 tahun 2011 ( 0811 = Bulan Feb, Tahun 2011 tayar tu dikilangkan) dan tarikh expired tayar tersebut jatuh pada 08 tahun 2013...Dalam satu tahun lebih kurang ade 48 minggu -kalau tayar itu tulis 52 minggu jangan beli..... Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut , mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya.Kegunaan tayar bergantung kepada tempoh hayat tayar dan millegae tayar. Walau pun bunga byk tapi klu dah guna lebih 2 tahun wajar ditukar sbb getah dah keras..
_______________________________


2) Jangan pakai tayar terpakai toreh semula.
Tayar toreh dibuat secara haram dan tidak mengikut sebarang piawaian. Ia dikenali sebagai ‘industri belakang rumah’. Tanpa pengawasan dan pemeriksaan terhadap keselamatan dan kualitinya,
Tahap kakisan tayar ini telah melebihi had rekaan pengeluar. kerajaan telah memutuskan untuk menyaman pemandu-pemandu yang menggunakan tayar toreh.
_______________________________


3) Jangan gunakan tayar berlainan model pada setiap sisi.
Bila kita campur jadi rojak tayar tersebut nanti tak boleh rasa kesan tayar sebenar bila memandu..Setiap model tayar berlainan fungsinya, termasuklah kesan tahap cengkaman pada jalan raya.. Jadi kurang sesuailah jika kita mengunakan model tayar berlainan jenis pada setiap sisi kereta..Ramai org suka tukar tayar 2 biji (biasa depan)... harus di ingat setiap jenis tayar di buat dgn charector nyer sendiri... dan corak bunganya pun tak sama.... So, kalau nak tukar pilih yg sama brand.. atau tukar semua..
_______________________________


4) Pastikan ukuran tayar tidak melebihi had pengeluar.
Roda yang terlalu besar menyebabkan keupayaan berhenti menjadi rendah.Penggunaan rim yang terlalu besar dan berat sebenarnya tidak sesuai untuk kenderaan. Mereka hanya dibenarkan menukar kepada satu saiz lebih besar, misalnya daripada saiz 13 inci kepada 14 inci. Ini kerana, walaupun nampak menarik, ia memberi kesan kepada putaran roda luaran menyebabkan pergerakan tayar kenderaan dan pick-up jadi perlahan manakala tekanan lonjakan juga terjejas.
_______________________________


5) Jangan guna rim yang bengkok untuk tayar kereta anda
Rim yang rosak pada bahagian sisinya boleh menyebabkan kebocoran angin secara perlahan. Bukan disebabkan tayar terkena objek tajam.
_______________________________


6) Jangan mengunakan tayar yang bunganya sudah botak/ haus.
Ia boleh menyebabkan berlakunya aquaplaning, situasi apabila lapisan air di atas jalan raya lebih 'tebal' berbanding bunga tayar.Ia akan membuatkan tayar 'terapung', hilang cengkaman serta kenderaan tidak dapat dikawal oleh pemandu.
_______________________________


7) Jangan guna tayar benjol / bengkak
Tayar benjol / bengkak mengalami kerosakan serius yang boleh mengundang bahaya... nasihatkan tukar dgn kadar segera kerana dikhuatiri tayar tu boleh pecah. Punca tayar bengkak ni ialah Logam yang didalam tayar anda tersebut telah bengkok.. anda selalu sangat melanggar lubang yang berada diatas jalan raya.So berhati-hati sikit bila jalan kat tempat berlubang..
_______________________________

Tekanan Angin Tayar
Jangan lupa periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Tekanan tayar boleh dilihat pada pelekat yang lazimnya diletakkan di bahagian pintu pemandu sebagai rujukan. Jangan pam tayar lebih tinggi daripada had yang disyorkan. Jangan pula biarkan tekanan angin tayar berada di bawah paras yang dicadangkan.

**** Mengikut tekanan angin yang dicadangkan tayar hadapan 210 dan belakang 190 kPa.
So tengok meter dekat pum angin tu. Tekan butang "+" atau "-" .
Butang yang hujung sekali belah kanan hanya untuk tayar kempis sahaja.Sentiasa pastikan angin tayar betul.Lepas dah set just cucuk je tayar tu. Senang je. Tunggu sampai bunyi beep2 (selalunya akan ada bunyi kalau tekanan angin dah cukup seperti yang dah di set) " kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik.. (beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..)presure tester menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar dikira mencukupi..


Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.

Sekiranya haus di bahagian luar sahaja tayar tu terlalu mencapah dan jika haus di bahagian dalam tayar mencapah keluar.. Ini perlu buat alligment tayar balik..Tetapi jika tayar bunganya haus tak sekata ( turun naik) Berkemungkinan absober dah rosak..
_______________________________


Buat alignment Tayar
Teknik dimana dua tayar di depan diselaraskan utk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dgn tayar depan supaya serentak semasa on the road.
Ada dua jenis iatu
castor dan camber
1) castor yg pakai mesin pastu dia tembak light antara kedua tayar supaya selari lepastu dia adjust nut utk bagi selaras balik.

2) camber pulak pula adalah teknik tambah screw di absorber utk bagi pemberat kpd tayar
kalau tgk tayar kereta kangkang semacam tu haa kena buat camber la tu.
Nak tau bila kena buat wheel alingment? Kalau kita lepas steering then kereta kita ke kanan or kekiri.. haa tu kena buat alignment la tu(tapi tanya mekanik la dulu maybe ada sbb lain) kalau tak buat ada effecnya akan berlaku
-tayar botak tak sekata
-jalan kena selalu pegang steering
-memastikan sentuhan tayar di jalan raya dalam keadaan sudut yg sepatutnya.
**** Adalah disarankan setiap 3,000 - 5,000 km buat alignment sekali.

_______________________________


Buat balancing tayar
bawak kereta steering gegar.. pegi kedai tayar mintak buat balancing sbb tayar kita berpusing tak seragam. means tak smooth la.kalau tak nak buat?steering akan sentiasa bergegar.. tangan nak pegang pun penat.
**** Adalah disarankan setiap enam bulan.
_______________________________


Buat Rotation Tayar
Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km..
Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta.

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

33 comments:

  1. br paham nk tgk tahun tayar tu dibuat...2tahun je ek tayar tu btahan..ni pun br tau..


    tq bro

    ReplyDelete
  2. Bagus tips ni :) saya memang tak tahu tentang tayar

    ReplyDelete
  3. terima kaseh atas info2 ni..
    Bro..nanti klu ada event autoshow kt mana2 g taw saya..boleh nk update dlm blog
    just gtaw event kt mana , tarikh , masa , dan contact no penganjur

    sama2 kita kongsi ya

    ReplyDelete
  4. alamak!? tayar kereta saya takda la bro. Tayar motor ada la. Yang saya tahu tayar kereta ni memang mahal mengalahkan tayar motor.

    :P

    Fakulti Berhantu Malam Kubur (FBMK) UPM

    ReplyDelete
  5. dulu tayar selalu cepat rosak dan pancit..rupanya kitorang terbeli tayar dah expired....patut la taukey tue jual murah

    ReplyDelete
  6. bro nak tanya psl stering kereta leh? to klu dh ada xpe la..

    ReplyDelete
  7. o baru aku taw. x semua brand tayar bagus eh. de brand yg x sesuai gune kat malaysia. kete aku tu lagi 4 bulan nk masuk 2 tahun da. tayar x penah tukar ag sbb aku tgok ok je. kua2 proton da bg tayar silverstone. aku bwk kete x laju kot. paling laju pun kat highway je 140km/j. jln biase 80/90 je. so rasenye boleh tahan lagi kan tayar aku tu utk setahun lagi?

    ReplyDelete
  8. Ko tak inform kat sini tayar dr siam or dr indon bro..skg nih dh banyak kat kedai tayar dr seberang...
    dr segi lapisan tayar tu aku tgk kenkadang tayar dr Indon lg bagus dr yg kat sini..dan aku pun guna tayar dr indon....murah sikit bro...lgpun keadaan cuaca kat sana ngan kat sini sama jer...apa pandangan ko?

    ReplyDelete
  9. info menarik nih...baru plan nak bawak keta wife den g balancing & allignment...

    ReplyDelete
  10. thanks bro,sharing good info,,

    ReplyDelete
  11. pernah memandu dengan tayar benjol
    lucu sekali rasanya
    macam sedang berjoget pulak
    hahaha

    ReplyDelete
  12. perghh sungguh terperinci ni bro :)
    mantap ..hehe

    yg tayar benjol tu pernah kene kt kete sy ..huhu ..

    ReplyDelete
  13. buat masa ni tayar masih baik..hehe

    ReplyDelete
  14. bagus bro,sangat berguna tips nih.
    tq.

    ReplyDelete
  15. Tayar belah depan selalu bengkak.. Terutama lepas masuk lobang ngn kljuan 80 ke 100 kmh.. Even tayar baru.. Slain dari tu ad ke punca lain?? Sebab bkn slalu terjun lobang.. Skali kne trus bengkak.. Jenis tayar simex.. Mohon bantuan pakar smua? Apa masalah kereta saya

    ReplyDelete
  16. Terima kasih atas segalanya..anda mmg terbaik sebab sudi berkongsi ilmu kepada semua.sekurang-kurangnya kita orang taw selok belok tentang tayar ni.xdelah ting tong je pas tu kene kenceng dgn tokeh kedai tayar.hahaha.

    ReplyDelete
  17. thank you...satu pencerahan yg amat cerah terutama untuk wanita yg biasanya hanya tau pakai jer hi3...

    ReplyDelete
  18. kat mane button share ke fb? baru nak share..

    ReplyDelete
  19. Info yang sgt berguna dan menarik..

    thank you

    ReplyDelete
  20. info yg sgt mnarik n bguna,tq2..stiap hari sy lalu jln kt port klang yg lubangnya mrata2 n hmpir impossible utk elak ksmua lubang2 tu..so better sy biarkn tekanan angin tayar maksimum atau minimum?sy bru sdar td tayar dpn sy dh bengkak skit..sy pkai tayar goodyear eagle,iswara aeroback..tq..

    ReplyDelete
  21. Saya dah puas aligment... masih juga lari kiri dan kekanan..x ikut arahan... pusing stairing kekanan atau ke kiri.. dia tak kan berpusig balik ke tengah

    ReplyDelete
  22. Saya pakai satria tahun 2001.. masaalah saya dah banyak kali pegi hantar aligment.. dan tukar low arm obsober stering rack bush2 getah.. tayar tukar dg rim baru..masih juga masaalah nya... bila membilok ke kiri atau ke kanan... bias nya stering akan berpusing balik ke tengah bergerak lurus.. yang ni nak kena pusing balik ke tengah.. klu tak dia tetap membelok... pening...
    pada otai2 tau masaalah nya call saya 0178413010

    ReplyDelete
  23. tayar exora saya bengkak. sebelum pegi tukar saya baca artikel ni sebagai panduan ,,terima kasih

    ReplyDelete
  24. Thank you very much bro...love u...tp betul ke padal ini...sy baru tukar sportrim saiz 15 inci saga flx...tp kedai yg buat tayar sy tu kata isi angin keempat empat tayar dgn tekanan 32 psi...betui ke mcm tu sebbb tayar sy tu saiz 186~55 bg keempat empat tu

    ReplyDelete
  25. Nak tanya pasal mggu tu.. setahun kn memang ada 52 mggu, so bley explain x.. ?

    ReplyDelete
  26. terima kasih.. semoga Allah membalas jasa baik tuan kerana sudi berkongsi ilmu yg amat baik ini.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih untuk ilmu tayar..

    ReplyDelete
  29. salam...sy pki FLX..sy nak tukar 2 biji tayar bahagian depan..sbb dah hampir botak...tayar blakng masih elok..skrng sy nak tau standad size tyar tu..klo leh nak cri 2nd dulu...sbb bajet x de nk angkat tyr baru..huhuhu

    ReplyDelete
  30. Kenapa jangan beli tayar yg minggu 52..??

    ReplyDelete
  31. Bro. Nak Tanya.. kalau kereta tu standardnya guna tayar 205/55/R16.. Boleh tak tak guna tayar 185/55/R16? Atas sebab Terdesak.

    ReplyDelete