Saturday, August 13, 2011

Tip Servis Motorsikal Kupcai & Scooter


Pertanyaan Yang diajukan...

Guest : "Salam ramadan bro.."gua hanya pengguna kapcai .. nak servis tak dok kereta. hahaha
Guest: Asyik Story kereta aje.Motosikal punya tak ada ke nak juge tau mcm ? 3ma kacih
Jawapan Kami..

Thanks bertanya pada Guest ( tak tau nama )... Insya Allah memang kebetulan nak buat entry pasal servis motorsikal ni... mudahan dapat manfaatnya yerr
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Servis Motorsikal Kapcai & Scooter
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ni cara jaga Paling basic.. Jagalah minyak hitam, plug, oil filter, spoket rantai, tayar dan sebagainya mahal murah ikut la. nak sedap beli yang elok memang mahal.sume moto kene jage dengan elok kalu nak pakai lame..bende asas tayar wajib di servis bile sampai waktunye. Kat bawah ni saya sertakan beberapa panduan..
1) Servis Minyak Hitam
Sebenarnya penjagaan Motorsikal Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan Scooter.. penyelenggaraannya mudah.. cuma tukar minyak hitamnya aje... Minyak pelincir bagi kebanyakan motorsikal pastikan ditukar puratanya setiap 5,000 - 6,000 kilometer seperti dicadangkan pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).
a) Kalau Honda 135LC, 125z, RXZ, EX-5 dan Honda Wave tukar minyak pelincir kebanyakkan nya purata setiap 5,000 km hingga 6,000 km. b)Kalau guna motor scooter penukaran minyak hitam mengikut Jarak yang dicadangkan pengeluar ialah 4,000-5,000 km.


2) Penjagaan Minyak 4T
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang mahupun scooter sekali pun...Penjagaan minyak 4T itu penting tetapi jenis-jenis minyak pelincir terpulang atas individu berdasarkan bajet yang ada sebagai contoh Shell VSX, AGIP, Castrol GOLD POWER 1, MOTUL ..Pemilihan minyak hitam bergantung kepada perjalanan. biasanya perbezaan 4t ni akan terasa bile kita buat penukaran gear, ride long distance (enjin panas), time enjin sejuk (start pagi), kelancaran bila ride dalam speed maintain samada laju @ slow (smoothing) dan pada pick up/top enjin korang..
-Sintetik contoh sae 10w-40, 5w-40
-Mineral base contoh 20w-50 dan 20w-40..
Minyak hitam syorkan : shell VSX (kalau just main dalam bandar) shell sx (long distance)..(pasai VSX cepat kering kalau nak long distance ) elak guna minyak yg cair macam VSX atau sebagainye jika nak buat long journey...


3) Servis Oil Filter
Bagi Motorsikal yang ada oil filter contohnya Yamaha 135 LC .. Oil Filter ikut manual 1200km atau setahun..dan ada orang buat 2-3 kali lepas tukar minyak enjin 4t tukar oil filter sekali.
senang ajer nak tukar oil filter ni.. ada 3 nut saiz 8 oil filter bawah sebelah kanan enjin(cover clutch) ...


     








  


4) Penjagaan Minyak 2T
Bagi Motorsikal 2 lejang sahaja contohnya RXZ, 125z... Kalau boleh, guna 2T berkualiti tinggi biar senang bakar, dan throttle rasa ringan.kena jaga minyak 2t jangan sampai habis bagi memastikan ketahanan terhadap kepanasan enjin... perlu dipastikan bahawa saluran 2T tidak tersekat.. Cuba tengok asap kalau keluar banyak mungkin 2t terlebih dan cuba elakkan memasukkan minyak 2T dlm tangki petrol kerana ini akan menyebabkan lebihan 2T semasa pembakaran nanti.




5) Servis Spark Plug
Bagi penguna Motorsikal 4 lejang, 2 lejang dan scooter.. pula perlu ditukar setiap 10,000 km atau kalau mula miss fire meletup-letop motorsikal tu hidup mati .. Periksa warna plug? dari situ kita leh tahu setting carb dah ok ke tidak..check spark plug dia..... hitam legam atau bersih? kalu hitam teruk, maksudnya pembakaran tidak sempurna..lagi satu tolong periksa coil api atau coil magnet kadang start macam nak giler payah nak hidup....Kalau tak kuat api memang ler payah nak hidup motor tu sebabnya api tak kluar kat plug... Spark Plug kalau boleh cuba yang performance punye NGK 'G' POWER, NGK'R', DENSO biasanya yang mahal sikit dari standard biasa punya yang murah tu, pasti sedikit berbeza dari segi performancenye.. Spark plug selalu orang guna NGK"R"... kalau nak power irridium spark plug ..      
 




















 
6) Servis Carburator
Bagi penguna Motorsikal.. setiap 10,000km disyorkan mencuci karburetor untuk membuang air terkumpul akibat wap petrol dan membuang habuk. Servis carburator Motor kalau kuat makan minyak ( tengok lah gaya ko bawak motor macam mana) silalah servis balik carburator motor korang tue.. mane tau tersumbat ..

     
7) Servis Air Filter
Bagi Motorsikal jenis Scooter dan kebiasaannya Yamaha 135LC.. perkara penting adalah penjagaan air filter ( penapis Udara) Lakukan Servis mencakupi pemeriksaan dan cucian elemen penapis udara .. Air filter Standard punya klu kotor tembak dengan angin compressor je klu ada compressor klu takde pi kedai motor klu dh kenal taukenya pinjam jap air gun compressor tu tembak je sampai bersih,klu dh kotor sangat beli je baru ajerr senang....
     














 
8) Servis Fuel Filter
Pastu alang-alang Servis karburator tukar skali
Fuel filter baru... fuel filter yang diguna sudah terlampau lama kekadang tersumbat atau flow dia tak berapa lancar.. Tukar Fuel Filter setiap 10,000 km...

 
9) Servis Radiator Coolant
Bagi penguna Motorsikal yang ada radiator coolant contohnya Yamaha 135LC .. Cara penjagaan 'coolant' motor disyor kan korang pakai yang warne merah dan gunakan air mineral, gasket ko akan rosak kalau pakai warne hijau. selalunya 6-7 bulan tukar air coolant baru . coolant cari yang long life kalau pure pati coolant tu kene tambah air nisbah 50:50. Pastikan juga sistem radiator tak tersumbat , tak ada kebocoran dan kipas radiator harus pastikan berfungsi, untuk pastikan samada berfungsi atau tidak,hidupkan enjin 5minit,kemudian pulas sedikit throtle keadaan statik dalam suatu tempoh masa.kemudian leh dgr sendiri bunyi kipas tu dan haba pon terasa keluar ikut lubang cover set


 
10) Penjagaan Bateri Motorsikal
Bagi penguna Motorsikal.. Berikan perhatian pada bateri motorsikal dan pastikan air bateri berada ditahap mencukupi seperti ditandakan pada bateri dan tukar setiap dua tahun untuk memaksimakan penggunaannya. perlu diingat air bateri selalunya cepat kering tanpa kita sedari..

     










11) Penggunaan CDi Racing
Bagi motorsikal yang ada pasang CDi...Jika ada tukar CDi Racing seperti BRT, Rextor
atau sebagainya,pastikan ada buat setting semula angin dan minyak . Jika tidak, lapisan carbon akan terhasil pada bahagian spark plug korang..Ini akan memberi efek terhadap performance mahupun enjin motor korang.

     

12) Penjagaan Sporket dan rantai
Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan
Sporket dan rantai.. Kalau ikutkan Spocket dan rantai boleh tahan dalam 15,000km lebih kurang bergantung kepada cara kita memandu ....Pastikan ketegangan rantai motor sesuai..Pastikan ianya tidak longgar atau terlalu ketat...Ketatkan rantai motor yang longgar..orang perlu tukar set rantai bile rantai dah rosak..rantai rosak tulah penyebab sporket tajam.. Pastikan sporket dan rantai selalu bubuh minyak agar melicinkan pergerakkan.. bagi yang pasang cover rantai bertutup penuh eloklah lumurkan dengan gris..
 

13) Penjagaan Belting
Bagi penguna Motorsikal scooter tukar belting dalam lingkungan mencapai  25,000km sekali tukar tapi ikutlah manufactured  spec motor korang.. Tanda belting macam nak putus, bunyi cam tikus dekat crankcase. cuba check belting dengan melipat tali belting tengok kalau ada crack walaupun sikit, bagus tukar terus sebelum putus. Roller weight mesti di cuci dan di greasing sekurang-kurangnya sebulan sekali
 

 

14) Servis Minyak Gearbox

Bagi penguna Motorsikal scooter tukar 1st kalau boleh time 500km pertame sebab time ni la banyak geseran antara gigi-gigi gear. selepas itu terpulang, tapi bagi aku setiap 2 kali tukar minyak engine, tukar sekali minyak gearbox atau setiap 5000km tapi max 10000km. ni pendapat aku ye,
 


 
15) Penjagaan brake motorsikal
Bagi penguna Motorsikal.. Lakukan juga pemeriksaan menyeluruh terhadap jentera anda seperti tahap kehausan pelapik brek dan brake shoe.
Periksa brake pad depan dan belakang, kalau dah haus tukar kepada yang baru bukan 2nd hand.Periksa cengkaman brake samaada mencengkam atau tidak.. periksa kandungan minyak brake..kalau kurang tambah kan ajerr... kalau dah lama tak tukar minyak pun dah bertukar warna elok lah tukar minyak baru ajerr... Kalau brake ade problem brake tak berapa mencengkam... caliper perlu diservis. mungkin perlu buat bleeding. tukar minyak brake motor sekali ..

     






















16) Servis Clucth Plate dan Clucth Tangan
a) Bagi penguna Motorsikal... kalau motor korang tak ade pickup minyak makan banyak kenalah pulas minyak lebih sikit dan enjin mengaum tu tandanya cluth plate dah haus.. kalau nak naik bukit tu yang jadi masalah macam berat nak naik..mungkin Clucth plate dah nak habis atau autoclutch problem... Gantilah Clucth plate..
b) Bagi penguna Motorsikal yang menggunakan Clutch Tangan..Periksa kabel Clutch, Kalau dah mula menunjukkan tanda haus, tukar kepada yang baru .Pastikan Kabel-kabel lain dalam keadaan sempurna.






















17) Tekanan Angin Tayar     
Bagi penguna Motorsikal... Periksa juga tekanan angin tayar tersebut. Tekanan yang sesuai bagi tayar kapcai ialah 200kPa (belakang) dan 175kPa (depan).Jangan pam kurang.jangan pam lebih. kalau angin kurang tayar jadi lembik motorsikal jadi tak seimbangan dan makan permukaan sisi tepi tayar , terlebih plak kang cornering masuk longkang kang sebab keras sangat tayar.
 

18) Penggunaan Tayar
Bagi penguna Motorsikal...Gunakan saiz tayar yang sesuai untuk motosikal anda. Saiz tayar standard adalah disarankan bagi perjalan jauh.
Kalau guna saiz tayar besar sedap layan corner.. Jangan guna tayar sotong... brek mengejut sudah tentu padah yang akan menimpa.. Kalau guna saiz tayar kecik kan mempercepatkan kehausan pada permukaan tayar yang secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada pemanduan kita..
Periksa tayar motorsikal anda. Jika ianya sudah terlalu haus, baik ditukar. Tolong jangan gunakan tayar yang sudah haus , botak nampak benang dalam, bengkak atau benjol dan tayar yang retak dan terkopek .... Tak selamat digunakan boleh pecah tayar tu.. sifat tayar itu sudah tidak sesuai untuk kegunaan di jalan raya.. Ini menyebabkan motorsikal mudah terbabas di selekoh yang licin..
 

19) Tayar tiub dan tubeless
Kalau nak balik kampung atau nak rider perjalanan jauh.. Jika anda menggunakan tayar tiub, adalah lebih baik anda menukar tiub terlebih dahulu dan membawa bersama tiub ganti, spanar, pembuka tayar dan pam angin sepanjang perjalanan.
kalau bocor teruk tukar tiub baru ajer lagi senang. cuma kena ada lah spare tiub motor... Tapi kalau bocor kecil pada tiub tersebut korang boleh tampal kat tempat tempat bocor tersebut..Senang sikit kalau tayar pancit. Bagi saya tayar tubeless adalah terbaik untuk perjalanan jauh. Tayar jenis ini juga boleh digelek walaupun tanpa angin dalam jarak yang sederhana.. just pakai tayar tiubless agak senang sikit kerjanya..Kalau tayar pancit tahap flat maximum, tapi boleh redah jugak bawak motor slow-slow ke kedai tayar berdekatan untuk tukar
 

20) Penggunaan Rim Lidi atau Sport rim
Kalau ikut
Rim lidi atau sport rim biasa berukuran 17 inci ...pengubahsuaian saiz rim dibenarkan dengan syarat mengikut had spec yang ditetapkan.. Kalau ada rasa motorsikal korang ada bergegar tak kalau bawak slow dan hilang bila bawak laju sikit...Gegaran roda ini boleh diatasi dengan melakukan penimbangan tayar (balancing) bagi memastikan masalah sebenar, sama ada ia dari tayar atau kerana rim tayar bengkok atau pun fork.Kalau penggunaan Rim Lidi ni tiub tayar kerap bocor.. klu ade lidi yg longgar akan bergesel..sikit-sikit lama-lama bocor tiubnyer..
kalau ade yang longgar lidi rim tu baik lah pergi buat string lidi tu...
 


21) Penggunaan Ekzos
Kalau Motorsikal korang kurang power dan ada tanda-tanda ekzos tersumbat.. pergi kedai yang buat welding kereta, suruh potong dan bersihkan bahagian dalam ekzos tersebut.. Atau kalau korang jenis rajin boleh lerrr cuci ekzos tu... buang keladak yang menyumbat ekzos tu...
 
     












22) Penjagaan lampu, signal dan lampu brake
Periksa semua peralatan elektrik seperti lampu depan, belakang dan signal supaya ianya berfungsi dengan baik.mentol klu terbakar tu tukar selalu sebab akan effect mentol yang lain klu dibiarkan lame.. Lampu brake mesti hidup jangan pulak tak hidup... Lampu signal kena menyala sempurna (takut-takut mahu ke kanan tapi lampu menyala ke kiri pulak)



PESANAN KAMI...

Apa-apa pun servis dan tukarlah bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal. Kalau berat ajerr dan tak ade pick up ada masalah lah tu motorsikal korang yerrr....

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

73 comments:

Nas said...

thx atas info yang diberikan bro
nice2
aku ni motor ade tapi buat mcm kain buruk jerk
isk3
teruk bukan
btw saya nak copy entri ni
n simpan dalam document...
future reference :))

Unknown said...

selalunya bab servie menservis ni hantar kat kedai jer.. kesuntukan masa nak buat. kecuali bab tukar plug dan mentol baru buat sendiri..huhu

HEROICzero said...

senang hantar kedai kalau malas . ha ha .

Faisal Admar said...

haha gambar last tu tak tahan!!!

Abu Bagi said...

oh nice thanks info no 10 tu..selalu jak lupa..huhuhu

Unknown said...

oh tips pasal motor pun ado yer...ingatkan keto jer...

Nizam Ijam said...

bagus tips nie :)

Alif Haris said...

nice tips bro ..
haha lawak lah pocong tu tumpang motor :D haha

ayie said...

perghh lain kali leh la buat tukar minyak sendiri..

Unknown said...

sumbang idea sikit bro nnt buat psl lampu kereta kalau dh ada xpe la...

Unknown said...

Moto aku servis tahap minimum jerrr...rase2nya dh leh tuka tu...taun 98/kriss...selalu je buat hal...huhuhu

Prince Halilintar said...

bagus jgk ade info psl moto plak..blh tambah ilmu lagi disini..tq

Unknown said...

x reti nk servis sendiri..slalu hantq p kedai ja :)

vendoline said...

lengkap info..rajin betul bagus
hurmm tip ni pompuan pon kne tau basic2

encikReza said...

thanks 4 d info!

smoga ilmu yg dikongsi
akan dipratikkan ramai²

Blog Eazy Izzuddin said...

baru saja lepas servis skuter ku..
thanks bro..

APAN said...

ha...yg ni baru aku minat nak baca sebab aku guna moto kapcai je.huhu...
bnyak lagi aku kena blaja ni...tq bro... :)

ayisy said...

Sepanjang aku guna motor, paling lama tak tukar minyak hitam ialah 4000km. Lepas tu mesti tukar sebab lepas 4000km mesti rasa tak boleh blah. (walaupun dlm manual kata tukar setiap 6000km) Huhu...

Spoket dan rantai pernah pakai sampai 17000km. Spoket tak berapa haus cuma rantai dah tak sedap...

Unknown said...

sdg menanti next entry yg lebih hot dan lebih penuh informasi.. kawan2 pun ramai yg suka layan blog ni..

nabilah_2908 said...

nampak macam mudah je kan buat sendiri...cuba praktikkan...haha..mau basah baju dgn peluh... ;)

Anonymous said...

TQ untuk entri.

berguna.

Ayie said...

moto baru selalu ada masalah kaberator tersumbat.. =.=''

Unknown said...

dah lama tak service motor...motor tersadai tak diguna..huhu

Mermaid Ungu said...

bln pose antu kena ikat..caner pocong tu leh terlepas tu? adeh..

Mohamadazhan.com said...

perkongsian menarik..cuma ttg minyak hitam ada kata tukar 1000-2000 sekali?

Woofer Storm said...

lama tak datang sni setelah bz memanjang..

tq bro atas tunjukajar tu,sy baru je bulan lepas amik lc..so berguna buat sy coz motor sy sebelum ni hbis rosak tak tahu nak servis..heheee

SHaRKFiQ SSM said...

owh, sblm nih msa guna LC(sblm hilang) mmg tukar myk hitam hitam sebulan skali/ 2000km (mna lagi lmbt), hehe..


pastu skrg br beli 2nd hand wave125s, nak kna tkr rantai kecik tu, bunyi bising, pastu nk tkr break disk n break pad, nak cuci enjin skali.. byk duit nak guna tyme nak raya nih..


lagi best kalo bro buat buat entry panduan membeli moto 2nd hand, n what we should do after buying 2nd hand motor.. heheh~

btw, nice n informative info..

gmbar last skali tu mmg terbaik!!

Anonymous said...

info yang cukup lengkap. tq

LiFe KaMi said...

info menarik bro,
baru beli SYM 200..
banyak juga kena tahu pasal motor ni sbab agak lain skit cara service dia,

agak2 kalau bro ada free time bole tlg citer skit pasal scooter SYM 200 ni..:)

lie7779 said...

bro.. gua nye nouvo lc dh 2 kali dh syaf yg pegang mangkuk belting depan tu haus.... jahane' dehhh.... syaf tu dtg skali ngan crankshaft lak tu.... tp masalahnya dh tukar pn jd balik, apecer dia bro.... pening gua.... klu ada tips kongsi la skit.... spare part pn me'me' halal harganya der...

Afrond said...

oil filter rasanya 12000km bro. bukan 1200km. hehe.

eadyahaya said...

Bro , aku pakai moto suzuki vs 125 , nak tanya kn . Moto aku leaking petrol kt carb . Knp eh ? Aku tanya kedai , dye tukar jarum . Tapi still leaking . Bleh bg tau tak knp ? Minta tolong .

eadyahaya said...

Bro , aku pakai moto suzuki vs 125 , nak tanya kn . Moto aku leaking petrol kt carb . Knp eh ? Aku tanya kedai , dye tukar jarum . Tapi still leaking . Bleh bg tau tak knp ? Minta tolong .

Unknown said...

assalamualaikum..bro macam mana nak hidupkan moto ar kalau dah lama tak guna ???? saya tak tahu nak buat macam mana,moto honda bulat..

Chakura said...

skuter tukar belting 2-3 bulan sekali??giler kayer...
manufactured pun syor 25,000km baru tukar...senyum tokey jual belt kalau 2-3 bulan skali orang tukar...kehkeh.

Unknown said...

salam....macam mana nk tahu proses pemeriksaan kebocoran sistem penghawa dingin kenderaan?

Unknown said...

bro nk tanya lau tetiba je scooter tu kuaron bunyi cam ekzos bocor tu nape ye

Zul(Babah Nida) said...

Bro, nak tanya sikit la bro..... Kalau nak top overhaul nouvo, dia punya marking macam mana? Nak confirmkan marking.......

Ayla Rosé said...
This comment has been removed by the author.
Noodles said...

Kalau rantai(x-ring chain I Pakai) ikat sangat ketat, apa akan jadi?

Unknown said...

bro tumpang copy

Unknown said...

Tq

cik bingung said...

Tq 4 info..she nk tnye..sye pkai motor ego lc..sye bru tukar bateri baru sbb motor x blh strt..bru 6 bln pakai motor she eat hal yg sme lg..x ble start..sye p service karburator,tukar minyak itam..seminggu LPs tu jd semula..nape he..mohon pencerahan

Anonymous said...

Bro...nak tanya..kalau lampu brake blakang tak hidup?apa punca?mentol da tukar..wayar da cek(takde yg putus)..tpi msih tak hidup lagi

Anonymous said...

Bro...nak tanya..kalau lampu brake blakang tak hidup?apa punca?mentol da tukar..wayar da cek(takde yg putus)..tpi msih tak hidup lagi

Unknown said...

Asalam bro,saya pakai 125zr,bila bawak motor ni jalan x kira jauh atau dekat,bila parking je motor mesti minyak menitik,x pasti minyak 2t atau minyak hitam,saya dah tukar gasket tapi masih menitik,kenapa ya? Berapa harga kalau nak betulkan?

Unknown said...

Assalamualaikum..Bro..klaw motor sye c70..taktau la buat hal apa..bila hidup enjin bunyi kuat mcm pulas minyak abis..tapi tak pulas pon...bila nk try nk pulas..die mcm dh los..pulas tak makan.hari tu try masuk gear..pastu belambung sagat ekor...skrg sye pon tktaw..bahagian mana yg rosak tuhh...boleh bagi penerangan...terimakasih

Zul(Babah Nida) said...

Haziq hahahahah....... cek tengok slip jarum karburator tu sangkut kot........

Pendekar Melayu said...

Bos..mau tanya skit.. tali brek motor yg lebih panjang dari tali brek motor yamaha cub. Tengah duk ubahsuai yamaha cub..

Pendekar Melayu said...

Handle asal dah buang sbb karat sgt. Jd tukar handle tinggi mcm Hurley Davidson.

Pendekar Melayu said...

Handle asal dah buang sbb karat sgt. Jd tukar handle tinggi mcm Hurley Davidson.

Anonymous said...

Saya nak tanya,wayar kat bahagian depan motor modenas kriss mr1 saya tercabut.wayar apa tu eh?dan mcmana nak baiki?

MimicSayang said...

Salam . nak tanya juga . Tiap tiap bulan saya pergi tukar minyak hitam . tiap tiap bulan juga pomen duk tanya , "nak servis enjin tak" ?
Enjin memang kena servis ke ? abang ipar aku cakap , enjin takyah servis kalau kau tiap tiap bulan tukar minyak hitam . dia kata bazir duit je .

Soalannya , boleh ke takyah servis enjin kalau tiap tiap bulan kita tukar minyak hitam murah ?

Unknown said...

tq bnyk membantu

Unknown said...

Thank you bos. Bermanfaat sepanjang zaman . ��
semoga berkat hidup selalu

Unknown said...

Boleh

Unknown said...

Boleh

Manan said...

salam bro, saya ada masalah ,moto saya ni bila pulas habis je RPM mesti meraung tapi speed tak pegi ,saya dah banyak view blogger2 pasal clutch plate haus ni ,mereka kate clutch plate haus aka rosak .So ape jalan penyelesaian nye ,kalau tuka clutch plate berapa harga time sekarang ni?

Unknown said...

Nak tanya skit, sy pakai kriss110 dekat cover clutch dia ada tulis use oil 20w40, kalau sy guna 15w40 atau 10w40 boleh ke?

Unknown said...

Nak tanya ckit..Kalo enjin dh besar@racing,bateri brand apa yg sesuai untuk digunakan pd Yamaha ego s

suri said...

Motor wave 125r saya dah masuk 5 tahun tak tukar plug. Still ok lagi. Minyak hitam 3 bulan sekali baru tukar. Last sekali minyak hitam kering dan kena tukar piston baru.

Unknown said...

Tq ats info.. Aku nie berscooter.. Asal tukar minyak itam je tukar minyak gearbox.. Kdg tgk mnyk tue jernih jee... Pomen cnfrm xkn gtaw kn.. So skrg bru taw.. 2 kli tkar minyak hitam bru tkar sekli mnyk gearbox.. Tq ats info

Anonymous said...

Roller?

Unknown said...

Sebelum ni setiap kali tuka belt...aku tuka je skali roller...sbb takut prob...da 2 kali kene baya upah...tp bila da biasa dgn pomen...dia akan btau roller cun lagi...x payah tukar...

Unknown said...

Salam...nak tanya bro...aku penah pakai 2 stroke,4 stroke da skang nak dekat 10 tahun pakai skuter...baru aku tepikir ape beza minyak 4t khas utk skuter dan kapcai...skuter boleh pakai 4t biasa ke dan kapcai boleh ke pakai 4t skuter...

Unknown said...

Assalamualaikum.... Saya nak tanya... Saya pakai ninja 250... Bila time koner kiri atau kanan slow2 ada rasa mcm geseran... Brake depan xde dngr bnyi... Apa masalah dia... bearing tayar ke masalah dia

Zul(Babah Nida) said...

Salam Bossku. Saya menggunakan LC135 V1. Lebih kurang 3 bulan sudah, saya buat overhaul memandangkan dah 12 tahun motor ni tak pernah bukak enjin. Pasal overhaul pun sebab enjin dah makan minyak hitam pastu motor pun dah tak boleh bawa laju. Full throttle hanya dapat naik 110km/h je. Tambah plak asal jejak meter 100km/h dan ke atas je motor akan jadi tarik2. Macam minyak tak cukup tu. Lepas dari overhaul hari tu, ingatkan masalah yang sebelum tu akan hilang la. Tapi tetap jugak masih berlaku. Asal meter jejak 110km/h dia akan jadi sengguk2. Letih badan dibuatnya long distance highway. Pastu tak boleh blah jugak. Duit dah banyak habis buat overhaul hari tu.
1). Boleh bossku cite tak apa masalah penyakit LC135 V1 saya ni tak?
2). Ada yang mengatakan bateri kalau dah kong, motor akan jadi mcm tu. Macam api tak cukup(support) katanya. Betol me Bossku?
3). Masa overhaul tu, pomen ada kata autoclutch dah berline. Pastu Coil magnet bawah dah macam nak kong. Memandangkan modal tak kencang, 2 bende tu tak ganti yang baru. Cumanya clutch plate je yang ganti baru.

Ahmad Amirin said...

Jarum tu mungkin kecik sngat dan akibatnya minyak berlebihan. So make sure cari jarum karb tu yg elok2 padat

Ahmad Amirin said...

Servis enjin tuu macam overhail tau. Overhaul tu kiranye dy coating balek dlam enjin itu servis enjin. selalunya buat untuk motor2 lama n enjin dy bunyi kasar and gegar kuat.

Kamil said...

Motor saya lagenda zr115 bila start enjin hidup, tapi bila masuk gear nak jalan je enjin jadi semput dan terus mati. Agak2 kenapa ye?

Unknown said...

Thanks for your info

Unknown said...

sama la kita pakai nouvi lc..

Sound Deadening Store said...

Nice and great article...
acoustic foam panels uk