Pages

Monday, October 31, 2011

DIY Polishing Chrome Sportrim


Pertanyaan yang diajukan..
zuraidin: Bro tau x nak wat chrome and metal polish kat sport rim, shining2 punya?
Jawapan kami
Thanks bertanya pada Zuraidin.. maaf lerr agak lambat balas yerr… Cuma pertanyaan tu tak sebut pulak jenis sportrim motorsikal ker atau sportrim kereta.. Saya tak berapa mahir tentang nak buat polish chrome ni.. Tapi saya cuba terangkan serba sedikit..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polishing Chrome Sportrim
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Selalunya ramai yang hantar kat kedai Tayar yang boleh buat Polish Chrome supaya nampak lebih original dan menarik... Atau diorang buat polish chrome ni pasal sportrim diorang dah calar dalam pada permukaan.. So jalan senang selain cat spray rim tu... boleh lah cuba polish balik jadi chrome.. Tapi tak semua jenis sportrim yang boleh dan sesuai nak jadikan chrome ni... tengok jenis besi rim korang lah..

Kalau korang nak buat sendiri
Polishing Chrome Sportrim ni saya cuba terangkan sedikit secara ringkas ... Bolehlah korang try buat nya nanti..

Peralatan yang digunakan



Yang ni peralatan basic yang korang kena sediakan...
1) Mesin Drill tangan
2) Kertas pasir 600 dan 800
3) Grinder brushes
4) Sisal Polishing Mop
5) Stitched Sisal Polishing Mop
6) Blue Stitched Sisal Polishing Mop
7) Brown grit buffing compound ( kalau tak ada guna autosol / brasso)
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim Motorsikal Sendiri



1) Terlebih dulu Sportrim dicuci bersih terlebih dahulu.. selitkan kad di sekeliling tayar..
Tampal Masking tape disekeliling belah dalam tayar.. kalau boleh Pakai Glove tangan



2) Ambil Paint Remover dan sapu Remover di sekeliling tepi rim tersebut.. Ha sebab tu lah kena pakai Glove tangan.. sebab Paint Remover kalau kena kulit pedih-pedih woo..



3) Dapatkan grinder brushes.. cari grinder brushes macam kat gambar ni ( colour brushes dia gold kalau silvar punya kasar sangat).. pasang grinder brushes pada mesin drill tangan..Gunakan grinder brushes ni untuk buang remover dan cat pada sport rim..



4) Perlu diingatkan, Jangan grinder terlampau menekan, nanti tinggal kesan calar dalam plak..



5) Bagi menanggalkan cat yang masih tertinggal guna sand paper 600 dulu baru guna 800 punya plak.. Tapi basahkan sand paper dengan air .. Pastu gosok pada permukaan rim.. Sampai hilang kesan cat degil tu bersih..



6) Ambil mesin grinder drill tangan tu dan pasangkan dengan “ Sisal Polishing Mop”.. Korang boleh cari
“ Sisal Polishing Mop” kat kedai hardware ada jual... ni digunakan untuk fist polish, kain dia agak kasar...



7) Dapatkan Brown Grit Buffing Compound ( seakan penggilap kasut kiwi) tapi kalau tak ada guna autosol / brasso pon boleh... Lumurkan Brown Grit Buffing Compound dipermukaan Sisal Polishing Mop, kemudian boleh mulakan polish permukaan sisi tepi sportrim tersebut..



8) Lepas tu dapatkan pula Stitched Sisal Polishing Mop ( bentuk warna kuning punya plak)..
Pastu Stitched Sisal Polishing Mop dilumurkan Brown Grit Compound .. kemudian buat 2nd polish permukaan sisi tepi sportrim tersebut



9) Dapatkan pula Blue Stitched
Sisal Polishing Mop ( bentuk warna biru )kain dia lebih halus sesuai untuk last finishing .. Pastu Blue Stitched Sisal Polishing Mop dilumurkan Brown Grit Compound .. kemudian buat polish terakhir permukaan sisi tepi sportrim tersebut



10) Dah siap di polish untuk perlindungan boleh sapu wax dipermukaan rim kalau tidak nanti rim cepat kotor melekat celah-celah ..
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim kereta Sendiri



Kalau pada sportrim kereta tu, rasanya saya tak payah cakap secara terperinci.. Seperti diatas cara tersebut boleh digunakan juga pada Sportrim kereta .. Polish permukaan Sportrim kereta dengan mesin drill/ grinder tangan…
_______________________________
Polishing Chrome Sportrim kereta (kalau hantar kedai tayar buat )



Kalau kat kedai tayar … Tak payah bersusah payah buang tenaga nak DIY.. Just bayar ajerr ngan duit... Kalau nak
Polishing Chrome Sportrim kereta paling murah rasanya RM 200 gak tapi tengok lah saiz rim.. Kadang tu mahal giler 17 " boleh jejak RM 650 gak lah upah dia.. tapi penggunaan mesin grinder kat kedai tayar lebih baik lagi



Yang pasti basic Sama ajer teknik polish yang digunakan hanya menggunakan sisal Polishing mop aje pada permukaan Sportrim kereta tersebut..



Kalau Chrome polish sportrim ni kena sapu wax selalu dipermukaan rim.. Kalau tidak warna tetap pudar dan kusam gak ... saya cadang kan guna wax chrome dari meguairs atau turtle…
_______________________________

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

25 comments:

  1. ativiti terbaik untuk mereka yang pentingkan kekemasan

    aku ni pakai rim biasa je, bro
    pulak tu, jalan ke rumah selalu becak je
    kereta pun aku tak basuh
    huhu

    ReplyDelete
  2. Aku penah buat sendiri mase zaman TZM dulu bro...penat gak laa....

    ReplyDelete
  3. makin bagus la pengisian kamu afzai
    syabassss betE
    teruskan lagi yer~

    ReplyDelete
  4. walaupon dulu dok masuk otoshow..x pernah polish rim sendiri

    ReplyDelete
  5. Kalu time rajin tu memang best, kalu time malas tu tak dapek nak nolong...

    ReplyDelete
  6. aku pakai sportrim chrome..memang dah uzur gila..siap sumbing bagai sportrim tu hehehehe.

    kedai tayar boleh buat erkk..x tahu pulak aku.

    ReplyDelete
  7. patutla mahal hantar kedai...tapi mmg berkilau2 la...

    ReplyDelete
  8. kerja polish mempolish ni mmg cerewet. kena ada tahap kesabaran yg tinggi utk pastikan rim tu betul2 berkilat..

    terpikir gak ada tak dlm dunia ni rim yg sentiasa berkilat tanpa perlu dikilatkan...huhuhu

    ReplyDelete
  9. kami memang mengunakan sport rim chrome pun,bru je awal tahun beli..tips yang menarik,..
    sentuh pasal polish, nak tanya pendapat bro,macam mana nak bagi headlight kereta berkilat semula,dah kabur teruk ,lampu pun nampak malap,nak buat kat kedai 4 5 ratus juga kena tu..

    ReplyDelete
  10. perghh!!! terbaeek bro ..
    sbb dah tau .. aku kena try buat seniri pulak la ni ..

    tima kasih ..

    ReplyDelete
  11. serius tak pernah buat ni.
    gosok jangan tak gosok

    ReplyDelete
  12. ingtkan google je ada chrome hahaha..
    aku mmg kurang arif benda2 mcm ni..antr kedai je la jawapnya..hahaha

    ReplyDelete
  13. nice nanti nak hantar kat bengkel la

    ReplyDelete
  14. fuhyooo... berkilat tu.. haha.. aku pakai polish biase je.. tp x tahan r, kena tukar yg ni kot..

    ReplyDelete
  15. malas sebenarnye nak polish2 sendiri nih...

    ReplyDelete
  16. Kereta I tak pakai sport rim. Kalau I pilih sport rim, I tak suka yang jenis chrome berkilat-kilat. I lebih suka matte finish.


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Suis

    [U] Wajah Siti sekiranya simetri sempurna

    [U] Kesian budak nih...

    ReplyDelete
  17. rim kat kereta tu dah calar..ingat nka buat sendiri tapi tak berani bro..hehe

    nak buat kat kedai,mmang cekik darah je^^

    ReplyDelete
  18. bro nak tanya kalau sport rim aloi, boleh ke pakai wax chrome metal ni?

    ReplyDelete
  19. agak2 kt Brothers ada jual x polishing chrome rim nie

    ReplyDelete