Pages

Tuesday, November 1, 2011

DIY Polishing Chrome Motorsikal


Pertanyaan yang diajukan..
Guest tertarik psl polish chrom tu. Kat ner lagi klu buat kt motorsika ye?
mbikers
bro klu moto part bhg mana boleh wat chrome camtu?
Jawapan kami..
Thanks pada guest dan mbikers bertanya… Eeeemmm susah nak jawab ni.. Ok saya cuba bagi sikit secara ringkas berkenaan part yang boleh buat polish chrome pada motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polishing Chrome Part Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Untuk pengetahuan Polishing Chrome Motorsikal boleh dibuat pada permukaan part-part yang diperbuat dari metal besi, loyang, tembaga dan aluminium, alloys, stainless steels dan zink.. Kalau metal campur carbon tak boleh buat.. Memang tak kilat.. Bukan apa buat Polish Chrome supaya nampak lebih original lebih tahan lama berbanding cara celup atau Sadur Nikel Chrome guna teknik electro plating Aluminum yang cepat terkelupas..
_______________________________
Peralatan yang digunakan
Seperti entry post sebelumnya DIY Polishing Chrome Sportrim kali ni ada sikit kelainan dari segi DIY pada part- part motorsikal ni... Yang ni peralatan basic yang korang kena sediakan macam kat bawah ni
1) Mesin Drill tangan / Mesin Grinder
2) Kertas pasir 600 dan 800
3) Sisal Polishing Mop
4) Brown Compound
5) Blue Compound

Tak kira lah apa pun peralatan yang boleh digunakan samada mesin grinder atau drill tangan asalkan boleh sambung kan dengan Sisal Polishing Mop


_______________________________
Polishing Chrome Part-part Motorsikal Sendiri



1) Terlebih dulu part-part motor dicuci bersih terlebih dahulu.. Pastu bolehlah buat kerja-kerja
mengosok part motorsikal dengan sand paper 600 grit pastu bilas pula ngan sand paper 800 grit.. Sebelum kerja mengosok macam biasa .. kena basahkan sand paper dengan air Pastu gosok pada permukaan part motorsikal tu sampai selesai...


Perhatian - First step kena lumurkan dulu Brown Compound dipermukaan Sisal Polishing Mop dahulu semasa mesin grinder di 'on'kan dan berputar.. tujuan kita melumurkan Brown Compound sebenarnya sebagai bahan pengilap lah ..


1) Pakai Glove tangan dulu ... kemudian ambil part motor tadi dan boleh mulakan polish permukaan part motor tersebut... Sentuh kan permukaan part pada Sisal Polishing Mop yang tengah berputar tu.. Tonyoh-tonyohkan .... korang akan nampak tak perbezaan sebelum dan selepas part moto dipolish... Sebelah kilat dan sebelah lagi tak kilat... Teruskan sehingga rata semua kawasan dipolish..



Ohhh... Sebelum terlupa aku nak terangkan fungsi Compound yang digunakan mengikut warna.
1)Brown compound fungsinya 1st stage polishing Memulakan menggilap peringkat pertama untuk Fast cutting pada permukaan loyang, tembaga dan aluminium dan zink
2)Green compound fungsinya Multipurpose serbaguna untuk mengilap pada permukaan aluminium alloys dan steels stainless steels.
3)White compound fungsinya untuk memperkemaskan kerja-kerja final polishing
4)Blue compound fungsinya untuk kerja-kerja finishing dan paling halus sedikit lebih baik daripada white compound

Sebenarnya kalau nak senang buat
a) Langkah pertama- Sapukan
Brown compound dipermukaan Sisal Polishing Mop.. Nanti korang akan tengok hasilnya berkilat lah gak
b) Langkah kedua- Tanggalkan
Sisal Polishing Mop first tadi ganti pulak sekeping yang baru pada Grinder pastu sapukan Blue compound pulak... untuk kerja kemasan terakhir... yang ni memang berkilau dan lebih halus permukaan part motor tersebut...



2) Dari mula baru nak Polish hingga finishing ... kena banyak sabar dan memerlukan ketekunan



3) Kalau rajin kat mana-mana part yang diperbuat dari Metal atau alloy boleh dikilatkan tak kiralah cover enjin ker, Stand kaki ke, Cover rantai ke kalau korang rajin nak buat..



4) Korang pun boleh polish balik kat Sportrim motor biar dia nampak merelip-relip sampai jadi warna chrome... tak payah hantar celup chrome pun... polish ajerr... nampak lah original colour chrome dia..



5) Kalau ada kesungguhan bahagian enjin motorsikal lelama yang dah naik kusam warnanya pun boleh dikilatkan balik..



6) Hah ni hasilnya bila dah dipolish balik ... bersinar macam enjin baru keluar kilang... ni pun bukan hantar celup chrome pun.. just hanya ada usaha sikit untuk polish balik ..



7) Pastu leh lah pasang balik enjin tu pada chassis motorsikal tu....Pergghhh cun balik semula...



8) Sesekali kalau dah agak 2-3 bulan tu boleh lah gilap sikit-sikit dengan Autosol atau brasso ajerr... Untuk penjagaan sentiasa kekal berkilau...
_______________________________
Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

23 comments:

  1. susah la aku nk tgok part2 motor yang berkilat ting! macam kat atas ni. melainkan org tu rajin sgt xde ape nk buat. hahah. tp bagus la. terjage sket motor tu.

    ReplyDelete
  2. kami mmg minat kala chrom ni, lebih2 lagi kat sport rim bila bawa kereta bekilat semacam jer..

    p/s:headlight kami plastik kot tak pasti pula,kereta vios lama bro..:)

    ReplyDelete
  3. Pehhh...hanya yg betul2 sanggup nak jaga je mampu buat gini bro...klau tak jenuh nak cuci...satu lagi sesuai tuk keta atau moto yg kategori hiasan je laaa...

    ReplyDelete
  4. Pewww... memang bling2 kalau pakai prt chrome ni lagi2 sport rim. huhu...

    ReplyDelete
  5. karat2 semua hilang ni.. erm.. boleh try

    ReplyDelete
  6. perghh memang cun..tapi mana nak cari peralatan ni sumer?

    ReplyDelete
  7. dulu klu sy chrome nk chrome enjen...sy hantar ke dai saja..nampak mereka guna cecair kimia utk bg krom

    ReplyDelete
  8. peh pakai dua brg tu jer....berkilat gila!

    ReplyDelete
  9. terasa mcm nak buat je kat motor ni..heheeee

    thank info^^

    ReplyDelete
  10. berkilat!! boleh wat cermin muka :P

    ReplyDelete
  11. kalau buat kat moto aku ni best gak...bersinar kene mate yg memandang...

    ReplyDelete
  12. perghh hebat ni bro !!.. tapi merah lagi mata aku nampaknya neh , asik nak buat smua chrome ..

    ReplyDelete
  13. mmg styla dia punya hasil...tapi cam ko kata la bro.ketekunan....tambah2 part yang berliku-liku tuh...

    ReplyDelete
  14. brape harga kalo nk chrome cover enjin motor c70

    ReplyDelete
  15. mne nk cri compound ni..tnye smua hardware smua x tw..

    ReplyDelete
  16. bro mne nk dpt compound ni..dok cri x dpt2 pon..ssh2

    ReplyDelete
  17. Bro. Nak tanya sikit. Utk brg yg di polish ni brape lama kilat dia boleh tahan. Atau ada cara lain ke nak bagi kilat dia tàhan lebih lama. Contoh bagi barang outdoor yg terdedah pada hujan dan panas

    ReplyDelete
  18. Nk tnye mne nk beli batu biru compound tu?

    ReplyDelete