Pages

Thursday, October 20, 2011

Generasi Kereta Perodua


Ok.. Pada episode yang lepas saya telah cuba menerang sedikit tentang latar belakang generasi kereta buatan Proton ( sila klick Generasi Kereta Proton) .. Seperti saya katakan, kali ini kita cuba bincangkan secara ringkas berkenaan kenderaan buatan Perusahaan Automobil Nasional Kedua (PERODUA) pula..

▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Generasi Kereta Perodua
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Senarai kenderaan/kereta keluaran PERODUA ( Secara ringkas) adalah seperti berikut:


Perodua Kancil (Perodua Nippa, 1994-2009)
Model kereta Produa Kancil keluaran Perodua adalah berasaskan based pada Daihatsu Mira third-generation model Daihatsu Mira L200 TR-XX dari Daihatsu, Jepun. Perodua Kancil mula dilancarkan pada tahun 1994 juga dikenali sebagai Nippa untuk pasaran United Kingdom
Perodua Kancil mempunyai 3 model berbeza:
1) Kancil 660EX - enjin 3 silinder sebaris 659cc menggunakan karburetor, berkuasa 31 hp (22.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper hitam serta jalur pintu.
2) Kancil 850EX- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan karburetor, berkuasa 37 hp (27.8 kW), transmisi manual 5 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu
3) Kancil 850EZi- enjin 3 silinder sebaris 847cc menggunakan suntikan bahan api, berkuasa 50 hp (36.7 kW), transmisi automatik 3 kelajuan, bumper berwarna serta jalur pintu.

-Bermula dari pembuatan model paling murah ketika itu ialah varian 660cc 4 kelajuan menjadi sebuah pengangkutan yang praktikal, murah dan menjimatkan bahanapi.
-Pada tahun 2003 facelift Perodua kancil telah di ubahsuai sedikit iaitu pada bahagian Bumper dan lampu hadapan dengan bentuk bulat dan pengubahsuaian pada penal dashbord..
_______________________________


Perodua Rusa (1996)
Perodua Rusa merupakan sebuah Microvan keluaran Perodua dari base model line model Daihatsu Zebra dan Daihatsu Hijet Maxx. First pelancaran pada tahun 1996 Perodua Rusa 1.3 CX ( Basic model 2 tempat duduk berenjinkan 1.3 liter ) kemudian pada 1997 dikeluarkan dengan Produa Rusa 1.3 GX ( berenjinkan 1.6 liter dengan 7 tempat duduk)
_______________________________


Perodua Kembara (1998-2008)
Perodua Kembara merupakan kereta pacuan empat roda (ASR) berasaskan model Daihatsu Terios Ia Dikuasakan Enjin 1.3 Liter Dan Transmisi Manual 5 Kelajuan,automatik 4 Kelajuan Pacuan Empat Roda Sepenuh Masa(AWD). Pada Tahun 2003 Model Ini Dilengkapi sistem DVVT.
_______________________________


Perodua Kenari (2000)
Perodua Kenari merupakan Perodua Kenari merupakan sebuah model rebadge kenderaan MPV dari model Daihatsu Move keluaran Daihatsu dengan 5 tempat duduk.Perodua Kenari mempunya enjin 989cc, DOHC 3 silinder dan mampu mencapai kelajuan sehingga 88mph. Mengambil rekaan daripada Daihatsu Move L900. Walaupun ada yang memandang Perodua Kenari sebagai sebuah kereta yang kurang menarik, berbentuk boxy sehingga menggelarnya peti ais, Perodua Kenari tetap mencatatkan jumlah jualan yang baik sepanjang pengeluarannya. -Antara varian yang pernah dikeluarkan ialah GX (manual), EZ (automatik) Aerosport (manual & automatik) dan RS (automatik). Pada tahun 2003, Perodua Kenari facelift dilancarkan dengan lampu depan berkembar yang ternyata lebih menarik dan bergaya.
-Pada tahun 2004,
versi Aerosport dengan rupa bentuk sporty dan dihiasi bodykit penuh dilancarkan. Lampu belakang model itu juga diubah kepada rekaan baru yang lebih menawan. Walaupun enjin masih sama, bahagian dalaman dan luaran versi facelift Aerosport ini diakui antara yang paling menarik dan sporty.
-Pada tahun 2007 pula keluar versi
Kenari RS yang menampakkan perubahan pada bahagian bumper hadapan dan kedudukan lampu lebih menarik dari model asalnya di Jepun iaitu Daihatsu Move Custom. Versi RS tampil dengan imej lebih sporty di mana bumper depan dan belakang adalah berbeza dari model sebelumnya dan bahagian depannya dilengkapkan dengan empat buah lampu. Model RS hanya tersedia transmisi automatik sahaja.

Perodua Kelisa (2001- 2007)
Perodua Kelisa merupakan kereta kompak based pada Daihatsu Mira fifth-generation dari model Daihatsu Mira L700 Coure. Perodua Kelisa dilancarkan oleh Perodua pada tahun 2001 dan pengeluarannya berakhir pada tahun 2007.. Enjin bersesaran 1.0 liter juga tangkas ketika dipandu serta mampu memecut sehingga 160km/j. Varian 850cc juga terdapat pada Perodua Kelisa namun kurang menjadi pilihan pembeli.
-Antara
yang sering menjadi sebutan tentang kelebihan Perodua Kelisa ialah penggunaan petrolnya yang dikatakan cukup menjimatkan. Rata-rata pemilik Kelisa memuji kenderaan mereka yang menjimatkan minyak. Perodua Kelisa diakui sebagai sebuah model yang tahan lasak dan kurang memberikan masalah kepada pemiliknya. Kos penyelenggaraan Perodua Kelisa juga rendah dan kereta ini sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet kecil.
-Pada tahun 2005 Produa Kelisa telah membuat penambah baikan pada bahagian grill hadapan , Bumper dan sedikit pada bahagian lampu signal yang lebih menarik menerusi Perodua Kelisa SE..
_______________________________


Perodua MyVi (2005)
Perodua Myvi ialah model kereta hatchback supermini/subpadat berasaskan Daihatsu Sirion/Boon generasi kedua dan Toyota Passo ini merupakan hasil usahasama Perodua dengan Toyota dan Daihatsu. Merupakan kereta yang terlaris selama lima tahun berturut-turut mulai tahun 2006 hingga 2010 di Malaysia.. First Produa Myvi di lengkapi enjin Ej-VE 1.0 liter dengan tiga silinder sebaris, sistem DVVT serta pancitan bahan api elektronik (EFI) terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan).
-Pada tahun 2008, Sedikit pengubahsuaian facelift di lakukan keatas Perodua Myvi SE
-Pada tahun 2011 telah keluar versi ”Myvi 1.3 Lagi Best” dimana Produa Myvi telah sekali lagi membuat pengubahsuaian semula oleh pihak Perodua berdasarkan model Passo 2010 dan Boon 2010. Dari segi enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun kenaikan 4HP dengan tambahan elektronik (EPS) yang membolehkan menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. bentuk badannya menerima sentuhan terbaru apabila tampil dengan rekaan lebih tajam dan lekuk pada badannya jika dibandingkan dengan model terdahulu. tetapi sedikit terkilan adalah saiznya yang dikecilkan sedikit sehingga mengurangkan keluasan bonet belakang..Apapun Myvi 1.3 Lagi Best kurang mendatangkan keterujaan kerana terdapat beberapa kelemahan ketara.


-Jadi apabila Perodua mengeluarkan generasi seterusnya Myvi Extreme 1.5 mengubah enjin baru lebih berkuasa (enjin 1.5) walaupun asalnya dari model Alza, Myvi Extreme 1.5 dipasangkan enjin berkod 3SZ-VE berkapasiti 1.5 liter empat silinder, bersama sistem DOHC 16 Valve, DVVT dan EFI, dengan keluaran kuasa kuda kini mencecah angka 102hp@6,000rpm dan tork maksimum 136Nm@4,400rpm. Enjin 1.3 liter pada model Myvi 2011 Lagi Best dicatatkan pada angka 90hp dan tork maksimum 117Nm, perbezaan kuasa yang sangat signifikan jika dibandingkan antara kedua-dua varian tersebut.
_______________________________


Perodua Viva (2007)
Produa Viva adalah model berdasarkan Daihatsu Mira sixth-generation iaitu model Daihatsu Mira (L700/710)
-Semua versi Perodua Viva enjin yang digunakan EF-VE(660cc), ED-VE(850cc), EJ-VE(1000cc) DVVT, sejukan air, 3 silinder sebaris, 4 lejang, DOHC
-Perodua Viva dengan keupayaan enjin 660cc dan 850ccmenggunakan sistem transmisi manual lima kelajuan.

-Manakala enjin 1,000cc pula dibahagikan kepada dua iaitu Standard SX dan Premium SXi, ia menggunakan transmisi manual lima kelajuan. Transmisi automatik empat kelajuan pula boleh didapati pada model Standard EZ dan Premium EZi.Produa Viva menggunakan enjin tiga silinder dan 12 injap yang dipertingkatkan dengan teknologi pemasaan enjin berjujukan injap dinamik (DVVT), aci sesondol atas kembar (DOHC) dan sistem minyak suntikan bahan api elektronik (EFI). Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpamanya dipasang pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model Perodua.
-Kereta keupayaan enjin 1,000cc iaitu Premium dengan transmisi manual atau automatik juga menawarkan beg udara SRS berkembar. Varian Premium juga dilengkapkan dengan sistem brek anti kunci (ABS) dan Edaran Brek Elektronik (EBD). Antara ciri paling menonjol Viva ialah panjang ruang dalamannya iaitu 1,845 milimeter yang disifatkan terpanjang dalam segmen kereta kompak, sekali gus menjamin keselesaan penumpang
-Pada tahun 2010 eProdua Viva melakukan penambahbaikan rekabentuk sedikit iaitu model Viva Elite Versi Exclusive.
_______________________________


Perodua Nautica (2008)
Perodua Nautica ialah sebuah kereta pacuan empat roda/SUV mini sebenarnya merupakan Daihatsu Terios generasi kedua. Kereta ini menggunakan enjin jenis 3SZ-VE yang menggunakan empat silinder dan sistem suntikan bahan api (EFI). Kereta ini merupakan kereta Perodua yang termahal berbanding yang lain (berharga RM89,000, dengan insurans) memandangkan bahagian-bahagian kereta dan ia sendiri diimport serta dibuat di Jepun. Ia dengan itu dikenakan duti import .. Sebenarnya hanya beberapa bahagiannya dibuat dan dipasang di Malaysia.
_______________________________


Perodua Alza (2009)
Perodua Alza merupakan MPV kategori wagon diadaptasi daripada Daihatsu Boon dan Toyota Passo Luminas Sette berenjin 1.5L 3SZ-VE Penghantaran 5-kelajuan manual 4-kelajuan automatik. Agak berpadanan antara nisbah berat dan kuasa. enjin yang sama dengan Toyoto Avanza sekarang. Ia mempunyai 104hp dan mampu menghasilkan sehingga 136Nm torque. Namun begitu, kapasiti tangki minyak kereta ini hanyalah 42L sahaja berbanding 45L pada Avanza dan 55L pada Proton Exora. Lagipun enjin daripada Daihatsu sudah terbukti menjimatkan minyak..
-Perodua Alza di
datangkan dalam versi automatik dan manual. Menariknya tentang transmisi automatik ialah versi ini tidak mempunyai brek tangan, tetapi menggunakan brek kaki yang terletak kedudukan pedal klac seperti kereta manual. Pemegang gear automatik boleh didapati di bahagian dashboard. Boleh bawak penumpang 7 orang dewasa termasuk pemandu tetapi tempat duduk ketiga Perodua Alza tu sesuai untuk budak-budak je, kalau orang dewasa tak lepas. Pada saya, Perodua Alza menumpukan kepada segmen keluarga kecil..Atau kerusi di barisan ketiga tu kena lipat la, ataupun buang terus je jadikan sebagai sebuah kereta wagon.Tetapi amat mengejutkan bahawa pada saiz kenderaan sebesar MPV, ia hanya mempunyai satu unit penghawa dingin iaitu di bahagian depan sahaja. Tiada penghawa dingin untuk barisan kedua dan ketiga.Sebenarnya rekaan dalamannya tirus membantu mengaliran udara dengan berkesan sehingga ke ruang tempat duduk ke-3.
-Kalau ikut harga boleh dianggap munasabah sebagai sebuah kereta MPV kompak, bagi saya Perodua Alza dah cukup murah dah. Kalau yang mahal pun versi Advanced Version saja. Harga Perodua Alza paling murah bermula RM55,490.00 (versi manual) dan paling mahal berharga RM69,990.00 (Advanced Version Automatik). Mungkin pesaing paling terdekat ialah kereta Naza Citra terbaru ataupun Proton Exora versi manual.

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

17 comments:

  1. semua copy n edit.....
    mana yang pure idea from kita..takde ke anak tempatan yang mampu buat invention.hahaha

    ReplyDelete
  2. dah banyak dah pengeluaran perodua.. perodua kene create satu kereta yang sama dengan jenis perdana..kompem saya beli!!

    ReplyDelete
  3. sekarang tengah jatuh cintan ngan Alza..ntah bila la dapat beli ...

    ReplyDelete
  4. serius baru tau bro..hehee

    thnak atas info,memang blog ni berguna tuk kita semua..thank skli lagi^^

    ReplyDelete
  5. still mcm proton....kerjasama yg entah sampai bile...sebijik terus.nasib baik daihatsu xde je dlm pasaran mesia utk kategoti kete ni.kalau x jadi mcm lancer ngan inspira la.huhu...papepun, aku minat perodua berbanding proton :)

    ReplyDelete
  6. bro,
    biasa laaaaa
    cedok idea² org sana sket
    cedok idea² org sini sket
    hasilnya
    jadik la idea kita sendiri!
    Malaysia Boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan cedok bro. Jangan menilai kalau tak tau. Sebab perodua bukan proton yang boleh buat keputusan 100%. Ini kerana perodua adalah perkongsian bersama 2 lagi company, daihatsu jepun dan UMW. Perodua banyak design yang tersendiri cuma tidak dapat persetujuan dari semua. Harap faham.

      Delete
    2. sebab bdak myvi berangan nk jdi passo la emblem toyota aku kne kebas,,, xdak duit nk main kete buat la cara xdak duit,,,kje mncuri je,,, dah xmmpu pakai passo redho je la,,xyah nk knvert sgt,,,bapak miskin bdak myvi smpai emblem toyota pon nk curi

      Delete
  7. hahahaha ciplak sudah...jepun pun ciplak juga dulu tp skrg....jadi amalkan budaya meniru jgn tertipu dgn propaganda cikgu2 kite dulu..untuk berjaya kita perlu mengikuti orang2 yg telah berjaya dan tingkatkan teknologi sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bodoh je yang cakap tanpa fakta

      Delete
    2. Orang bodoh je yang cakap tanpa fakta

      Delete
  8. Salam .. sya nk ckp skit je laa .. kire prtaNyaan laa nHe " > Elemen EFI itu merupakan yang pertama seumpamanya dipasang pada kereta enjin 660cc dan 850cc dalam mana-mana model Perodua <
    ptOngan ayat nHe yG sya ragu2 kan .. sya nk taNya? bukan ke Perodua Kancil EZi memaNg dh pkai EFI sbeLum keLuarnye Perodua Viva?? Ok . Thankzx !

    ReplyDelete
  9. Kita tak boleh samakan konsep perodua dan proton. Ini kerana perodua syarikat berkonsepkan kereta compact atau mini. Mini mpv seperti alza, mini suv seperti kembara dan nautica. Jika kita harapkan seperti perdana, dah jauh terpesong dari sasaran. Mini sedan mungkin boleh. Untuk design sendiri adalah satu masalah bagi perodua. Ini kerana perodua bukanlah 100% milik perodua Malaysia. Ini kerana ia adalah milik bersama Daihatsu Jepun dan UMW. Semua design yang hendak di pasarkan perlulah mendapat persetujuan 3 buah company. Perodua bukan seperti Proton yang boleh buat keputusan sendiri. Terima kasih.

    ReplyDelete
  10. syahmi mardiana..bagus ko buat kereta sendiri la..tulis je tau...

    ReplyDelete
  11. new fuel saver, 4 batter pickup, elektronik protection life span and fuelsaver
    http://www.fprxtreme.blogspot.my/ since 2009....

    ReplyDelete