Thursday, October 6, 2011

Skuter Motor Sanyang Motor (SYM)



Pertanyaan Yang Diajukan
LiFe KaMi said... Boleh citer pasal motor SYM tak. baru beli SYM 200..
banyak juga kena tahu pasal motor ni
agak2 kalau bro ada free time bole tlg citer skit pasal scooter SYM 200 ni dan cara service dia,.:)
Jawapan Kami
Maaf pada semua pembaca sekalian sebab lama tak ber blog ni... seminggu lepas ni agak sibuk dengan kerja out station lah.. Thanks pada LiFe KaMi bertanya dan saya akui saya tak arif tentang SYM ni. But saya cuba bagi pandangan
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Skuter Motor Sanyang Motor (SYM)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sanyang Motor (SYM) merupakan jenama motosikal dari Taiwan yang tidak asing dengan pelbagai produk khususnya motosikal skuter. Kalau di Taiwan sendiri jenama SYM merupakan jenama yang menduduki tempat antara yang tertinggi dalam kelasnya , begitu juga di Eropah dan US kat sana mendapat sambutan hangat.... Kalau kat sini, sebenarnya pasarannyaagak lembab dan tak popular.. Mungkin kita tak perasan sebab kebanyakkan model motorsikal dari MODENAS mendapat hak produk dari SYM ni... Sebagai contoh MODENAS ELEGAN 150 dan MODENAS ELEGAN 200 pun model asal SYM... malang bagi kita kerana kerapkali lewat dalam menerima sesuatu yang baru.. Jadi apa kita nak risau..ramai pengguna motorsikal modenas dan SYM dimalaysia..

Apa pun SYM telah berjaya menembusi pasaran Malaysia dengan motosikal yang mempunyai kapasiti engine yang berbeza sesuai di tunggang untuk apa jua jenis situasi dan keadaan. Antaranya ialah Bonus110, Symphony SR150, VTS200, Symphony Evo250i dan yang terbaru skuter Mio100

_______________________________

SYM Bonus110

Motorsikal SYM Bonus110 ni di upgrade dari enjin CT100 modenas...dulu Kriss100... motor pun stail masa kini..Kapasiti enjin 110cc 4 stroke, 4 speed gear, ada disk brake, ada kick starter dan eletrik starter tangki minyak boleh isi 4 liter harga mampu milik lingkungan RM 3750.00 siap ada warranty 10,000 km dengan gaya lawa gak lahh......

_______________________________

Scooter SYM Symphony SR 150

Scooter SYM Symphony SR 150 pula berenjinkan 149 c.c. Transmission C.V.T, lampu macam ego s versi gemok ckit ada disk brake depan, meter digital seakan-akan koso meter plak tuh.disc brake depan belakang.tayar besar , Ada floorboard senang bawak barang dan kaki letak kat depan Tangki minyak kecik 5.5 liter je.. harga dalam lingkungan RM5 500

_______________________________

GTS200 / VTS200

GTS200 or VTS200 sama model enjin kalau tengok manual asal pun masih GTS. mungkin untuk market malaysia aja kot. kalau tengok buku manual dia tulis Keupayaan Enjin (cc): 171.2CC tapi untuk strategi pemasaran SYM tulis 200cc lah kot..4 lejang 4 valve, di bekalkan dengan sistem penyejukan jenis cecair radiator berkipas automatik, Transmisi C.V.T, ruang simpanan barang lebih besar, yang bestnya bentuk lampu yang lebih canggih dan terang untuk pemanduan malam, tempat ruang simpan barang besar, petunjuk reserve petrol, mempunyai Jam digital, ada soket untuk charger handphone @ pencucuh rokok,isi tangki minyak boleh muat 12 liter dan pemanduan stabil di jalan raya.Cuma tempat letak kaki tu tak best la, ada bonggol besar bukan macam jenis floorboard. Nama GTS200 terpaksa ditukar kepada VTS200, entah tak tau kenapa nama lain ( kalau kat luar negara dan dalam manual book tetap tulis GTS)... Ia tetap mengekalkan segalanya yang sama hanya tukar nama sahaja.. SYM VTS200 boleh dikatakan cruiser model Scooter lah.. beza GTS200 or VTS200 sikit ajer kat box tengah tuh kalau model VTS ada butang..tapi GTS kene cungkil /selak ngan jari.. Harga dalam lingkungan RM 9650.00

_______________________________

Symphony Evo250i

Symphony Evo250i nama asalnya dalam manual sebut ialah GTS evo 250i kapasiti enjin 225cc dan boleh dikatakan 1st fuel injection scooter in Malaysia guna EFI.. dari segi luaran hanya depan jek yang nampak perbezaannya ( bahagian lampu depan agak berlainan) tetapi body, lampu belakang saiz Skuter ni macam GTS200 gak.. meter display warna biru, exhaust hitam nampak lebih besar dan lain-lain lagi.. tapi harga dia mencecah RM 18,400 ( mahal sangat jauh beza harga tu antara GTS200 dengan Symphony Evo250i..double tu harganya)

_______________________________

SYM JOYRIDE / MODENAS ELEGAN

SYM Joyride merupakan skuter ‘cruiser’ kalau tak silap di keluarkan dengan kapasiti enjin ada yang 125cc, 180cc dan 200cc.. Spesifikasi asal SYM Joyride ni mempunyai 4-stroke, 4-valve Single Cylinder, Ignition System CDI dan mempunyai System Liquid Cooling . Model SYM Joyride ini sangat popular dipasaran eropah dan USA..

Seperti yang korang tahu SYM JOYRIDE adalah model rebadge asal kepada Skuter ELEGAN yang telah dibawa masuk oleh Syarikat Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS)..

Modenas Elegan

Kalau tak silap bermula pada tahun 2004 Skuter Modenas Elegan first model dikeluarkan berkapasiti enjin149.6 cc dengan harga lingkungan RM 6,498.. Hah motor Skuter ni Polis selalu pakai buat ronda-ronda kat taman perumahan ..

Selepas enam tahun kemudiannya ( Tahun 2010) Satu lagi variasi model Elegan iaitu MODENAS Elegan 200 rebadge dari model SYM Joyride 180 dari Taiwan. ( kalau tak silap lah). Harga sekitar RM 8,400 lebih kurang lah

_______________________________

SYM Mio100

SYM Mio100 ni pula telah memasuki pasaran Malaysia.. Skuter yang boleh dikatakan sesuai untuk golongan kaum wanita dengan kapasiti engine 100cc rupa bentuk konsep antik seperti vespa mirip Kymco.. Cuma ruang isi barang didalamnya agak besar..Harga sekitar RM 5000 gak mahal tu..

_______________________________

Penjagaan Scooter SYM.

Penjagaan Scooter biasanya agak cerewit skit.. Scooter SYM adalah sama macam motor scooter lain. just ikut buku panduan yang di beri sym..tiap brapa kilometer kene hantar servis.. Penjagaan scooter secara basicnya macam kat bawah ni...

1- Kebiasaanya benda wajib adalah engine oil (jenis 10w30 ,10w40 10w50 tukar setiap 2000km) kalau tak jaga aspek penukaran minyak hitam mungkin akan mengalami masalah gasket bocor.. Saranan penukaran minyak enjin 300KM pertama ( boleh pakai mineral je ) Ini penting untuk buang contaminant macam serpihan besi dari dalam enjin. 1000KM ( semi atau fully ) - kira dah abis pantang pastu boleh buat setiap 2000KM or 3000KM ( depend pada individu ).. kalau duit boleh lah lebih letak engine treatment..

2- Belt pula kalau main jauh checking yg pertama 10,000km selepas tu setiap 3000-5000km chek balik.. belting stress kalau kerap maintain top speed.. .Bagi belting untuk SYM 200 pulak 6000km dah kene check dan kena tukar…lagi satu beri tumpuan pada belt , roller , side piece dan pully tengok mana-mana part yang rosak elok ganti.

3- Penukaran Transmision oil sama juga tukar setiap 5000km atau 2 kali tukar minyak hitam, sekali tukar minyak gear, selalu kene check setiap kali servis…

4- Periksa keadaan Bateri kerana selalunya berlaku masalah takdak power bateri disebabkan kekurangan caj bateri apabila dibawa jarak jauh dgn kelajuan tinggi..

5- Lagi satu periksa Cooling System dalam keadaan baik... setiap 12000km disyorkan tukar coolant dan servis sekali water pump ikut schedulenya,

6-Setiap kali service boleh suruh pomen bersihkan air filter sekali, kalau dah kotor sangat tukar yang baru..

Apa pun untuk motor SYM ini bukan semua kedai yg buleh buat…Kalau boleh cari kedai yang buat servis motor SYM tu…mesti pomen dia tau macam mana nak buat basic servis..

APA PUN PASTIKAN PAKAI SPARE PART YANG ORIGINAL !!

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

37 comments:

Unknown said...

sempoi gak motor ni

Mermaid Ungu said...

err..tetibe terpikir..skuter comel from modenas ader lg ker?

encikReza said...

COMEL JE SKUTER² NI..

Anonymous said...

banyak sparepart SYM ni convertible dengan Modenas. cth, MODENAS CT100 boleh pinjam enjin SYM Bonus110 untuk tambah kuasa.

100cc >> 110cc

dulu saya jual moto ni. takda satu pun laku walau harga motosikal SYM Bonus110 rata-rata harga murah dalam RM500 berbanding Modenas CT100. orang lagi suka modenas walaupun boleh kata setara saja dua brand ni.

SYM memang jenama top lama dah masuk market UK sana. market malaysia saja baru nak masuk, jadi orang ragu sikit. saya dah try prmomote, cuma orang kampung terutamanya fikir ni jenama 'lowclass' mcm JRD, Demak, Comel tu.. Sebab tu jenama SYM susah nak bekembang.

Kongsi pengalaman:)

vendoline said...

kalau bab motor ni aku lebih suke pkai yang biasa tak ske skuter.hehehe jambu sgt nnt nampak
hehhee
hurmm thanks sudi mlawat blog aku

Alan said...

kat malaysia moto skut ni kurang sikit sebab orang lebih suka moto rempit.

MR.Z said...

design agak menarik.. tapi kurang berminat pada skuter.. agak leceh juga bila nak jalan jauh...

Daddylicious said...

kiut2 jer skooter tu tu sekarang ni...

Anonymous said...

santai je bawak skuter ni. suka tapi tak ada pun. huhu

LiFe KaMi said...

thanks bro..
seperti biasa penerangan yang terperinci dan lengkap..
ni sebenarnya motor ayah kami, dalam manual tu terlalu simple dan susah utk difahami..
boleh la kami print tunjukkan kat dia macam mana cara betul nak service..
thanks sekali lagi bro..:)

logorithm said...

Hmmm... naper semua skuter SYM design dia macam dajjal bermata satu hah? :-p


Terbaru dari Logokoko:

[U] Dijumpai mati di padang golf

[U] Gambar dulu-dulu #2

[10SX] Gambar bermacam-macam KOTE!

Woofer Storm said...

pergh gts 200 tu mcm best je bro...dapat bawa skli pun kira cun ni..hehee


*skuter best bawa kat kl ni,tak leceh nak tukar gear lagi.hehee

Unknown said...

Motor Sym yg 200cc tu ramai gak aku tgk org pakai...aku ade gak terasa dihati nak tuka moto...tapi masa tu yg tak tau lagi...hehehe

#Tapi skuter aku agak kureng minat sket...

Drone Oktoper Terbaik

Woofer Storm said...

ada duit nak beli skuter gts 200 ni gak...hehee

APAN said...

aku ingat modenas tu 100% malaysia...rupanya mcm proton gak la ye...

mekna said...

nak mintak pendapat.. sesuai tak org perempuan bawak vts200 ni?

Unknown said...

Bru kopak rm850 dlm msa tk smpai sbln . 12dec@sym vts200 breadown belting ptus dkt highway mep.pomen caj tkar belting@bush 4biji@upah repair BD rm400. 19dec BD smula dkt jln mahameru dkt jjantas parlimen. Tolak ke WShop tukar belting@pully@bush@dll rm450. Bln mac 12 BD dkt dpn istana ngara belting putus.

Unknown said...

Bru kopak rm850 dlm msa tk smpai sbln . 12dec@sym vts200 breadown belting ptus dkt highway mep.pomen caj tkar belting@bush 4biji@upah repair BD rm400. 19dec BD smula dkt jln mahameru dkt jjantas parlimen. Tolak ke WShop tukar belting@pully@bush@dll rm450. Bln mac 12 BD dkt dpn istana ngara belting putus.

Unknown said...

Tulah yg parah scooter..dahlah badan gemok putus belting tolaklah jawabnya. Lain ler ego ke ringan sikit nak tolak..sym ni design boleh katakan kureng sikit dan pelik2..bonus mcm kepala dah botak rambut. Joyride kepala vespa badan kapcai..vs200 bdan gemok mcm kura2..

Unknown said...

Tulah yg parah scooter..dahlah badan gemok putus belting tolaklah jawabnya. Lain ler ego ke ringan sikit nak tolak..sym ni design boleh katakan kureng sikit dan pelik2..bonus mcm kepala dah botak rambut. Joyride kepala vespa badan kapcai..vs200 bdan gemok mcm kura2..

Unknown said...

Bro,komen la sket pasal latest SYM Jetfire 125 tu. Hmm, skali yg dalam Iklan "Safee yg menunggang" tuuuu...

alanrxz said...

Bro kalau suzuki nex camno lak?sama jer ker? Pakai 125z minyak mencekikana darah ketinggian naik hangin aku

Unknown said...

assalamualaikum.... sapa nak beli motosikal sym110cc pada harga cuma RM2800 cash... sila call saya...
hanif sapri yslm:0186644292

Unknown said...

assalamualaikum.... sapa nak beli motosikal sym110cc pada harga cuma RM2800 cash... sila call saya...
hanif sapri yslm:0186644292

Unknown said...

assalamualaikum.... sapa nak beli motosikal sym110cc pada harga cuma RM2800 cash... sila call saya...
hanif sapri yslm:0186644292

Unknown said...

assalamualaikum.... sapa nak beli motosikal sym110cc pada harga cuma RM2800 cash... sila call saya...
hanif sapri yslm:0186644292

Unknown said...

assalamualaikum.... sapa nak beli motosikal sym110cc pada harga cuma RM2800 cash... sila call saya...
hanif sapri yslm:0186644292

Unknown said...

assalamualaikum.... sapa nak beli motosikal sym110cc pada harga cuma RM2800 cash... sila call saya...
hanif sapri yslm:0186644292

Unknown said...

Sym dah keluar model baru SYM E-SMART 110 sebijik mcm Honda EX5.

Anonymous said...

Pempuan lagi cantik dan comel dgn power jet 125cc..ciut je..

Anonymous said...

Pempuan lagi cantik dan comel dgn power jet 125cc..ciut je..

Unknown said...

Skuter yang 150cc tu macam bes je

Unknown said...

As Salam semua. Nak Tanya motor sym vts 200 ni kalau jalan jauh dalam lebih 1 jam bila stop kita off sekejap lepas tu bila nak start balik bateri akan jadi weak dan tak boleh start. Ada pengalaman dalam hal ni boleh kongsi macam mana nak mengatasi masalah ini.

Unknown said...

Assalamualaikum..tuan blog.
Maaf nk bagi usul sikit. Update terbaru tak ada ni.Komen tarikh lama byk..
Please kongsi info terbaru bg hidup dan ceria ruangan ni..terima kasih.

Unknown said...

selalu masalah rectifier tu.. dier tak charge.. biase owner sym yang alert jalan jauh akan pasang volt meter.. pastikan volt meter sentiasa papar 13 ke 14 volt.. kl kurang.. bermakna batery tak cas..

rectifier kene tukau.. vts200 rectifier selalu problem.. try pakai honda forzanye rectifier..

satu lagi kl lampu depan terlalu terang dan volt meter menunjukkan bacaan lebih 15v dalam paparan.. rectifier gak problem.. dier tak kawal betul voltage.. kl teruskan gak.. boleh merosakkan lampu2 pada vts200 anda.. selalunya ia datang dengan bau hangus.. rectifier panas sangat dlm kes nie.. so battery boleh over charge n boleh rosak gak..

semoga bermanfaat..

Unknown said...

Ada sape2 simpan lampu depan vts200 tak? Seken murah 2 kaku ade 😁 baru exiden berlanggor.. Kalau ada leh pm 0104347915

Sound Deadening Store said...

Excellent work sir...
our Polyethylene Closed Cell Foam