Pages

Friday, November 4, 2011

DIY Polish Headlamp kereta


Pertanyaan yang diajukan..
LiFe KaMi said...: sentuh pasal polish, nak tanya pendapat bro,macam mana nak bagi headlight kereta berkilat semula,dah kabur teruk ,lampu pun nampak malap,nak buat kat kedai 4 5 ratus juga kena tu..headlight kami plastik kot tak pasti pula,kereta vios lama bro..:)
Jawapan kami:
Thanks bertanya life kami… Maaf agak tertangguh seketika jawapan balas tersebut…Apa pun kami cuba berikan sedikit pandangan kami secara ringkas

Kereta sekarang lampu hadapan (head lamp) dan lampu belakang (tail lamp) biasanya
diperbuat daripada plastik polycarbonate (kalau tak silap) untuk lampu besar. Kerana lebih tahan daya impak, tak mudah pecah dan ringan. Dahulu diperbuat daripada kaca, mudah pecah dan berat.

Selepas beberapa tahun kemudian.. lampu hadapan (head lamp) akan menjadi kasar dan pudar disebabkan oleh habuk , sinar matahari dan sebagainya.Ini akan menyebabkan cahaya lampu pada malam hari tidak terang. Permukaan luar lampu akan cepat berubah warna kekuningan dan pudar
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
DIY Polish Headlamp kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Cara bagaimana mengilatkan kembali headlight kereta yang pudar,kusam kekuningan macam kat bawah ni....

A) Kalau Rajin... Nak Cabut Keluar Lampu




1) First cuba tanggalkan soket lampu dan cabut keluar headlamp tersebut.bersihkan dari kekotoran dulu..



2) Gosok dengan kertas pasir 1000 atau 1500 grit sandpaper (dibasahkan dulu kertas pasir tersebut) kemudian gunakan kertas pasir 2000 pulakuntuk memperhaluskan lagi permukaan..



3) Selesai gosok kertas pasir, bersihkan guna kain basah.. Pastu keringkan terlebih.. Pastu bubuh sikit “clear plastic polishing compound” pada permukaan lampu.biarkan seketika ..




2)Perhatian*** Jangan gunakan polishing compound tah apa-apa jenis.. Kerana ia tak sesuai dengan meterial yang diperbuat dari plastik.. untuk permukaan besi boleh lerr

Ok.. ini cadangan saya
1) Boleh guna Meguire's fine cut cleaner untuk meratakan kembali calar-calar kasar dipermukaan permukaan luar lampu akibat batu atau pasir yang terpelanting
2) Pastu Meguire's clear plastic polish untuk menjernihkan plastik headlamp cover dari kusam kekuningan kembali cerah.. yang pastinya ia sesuai digunakan pada apa-apa permukaan yang diperbuat dari plastik..



4) Pastu gosok / tonyoh dengan span sampai permukaan plastik jadi jernih kembali.. Dapat lah dilihat hasilnya daripada warnanya kusam menjadi cerah kembali plastik cover tersebut..
_______________________________
A) Kalau Tak Mahu Cabut Keluar Lampu



1) Kalau tak nak cabut keluar headlamp. Pun boleh gak.. Tapi kena tampal masking tape untuk buat border line kat tepi lampu tu dulu lah.. Supaya tak mencalarkan body kereta semasa kerja gosok kertas pasir atau kerja-kerja polishing dilakukan..
- Kat sini saya guna mesin gosok ..tapi Kalau tak ada .. Gosok tangan guna kertas pasir 1500 atau 2000 di permukaan headlamp cover



2) Selesai gosok kertas pasir … bersihkan permukaan headlamp cover dengan kain basah…Pastu bubuh sikit “clear plastic polishing compound” pada permukaan headlam.. Biarkan seketika dulu



3) Kat sini saya guna mesin Polish...Gosok / tonyoh dengan span sampai permukaan plastik jadi jernih kembali.. Kalau tak ada mesin polis boleh guna manual tangan ajerr... Polish guna span lembut...Pastikan ianya rata dan sekata, sebaiknya gosok dalam bentuk bulatan.
- Pastu bersihkan permukaan cover headlamp dengan kain
bersih dari sisa polish yang masih tertinggal..


Inilah hasilnya selepas dipolish warna yang kusam kekuningan kembali cerah ..
_______________________________

Segala saranan, pandangan & komen untuk kami teliti dan perbaiki.. Silalah diutuskan di ruangan Chart box atau coloum comment.. Thanks

23 comments:

  1. headlight kilat macam tu le yg kami nak..hehe
    boleh le pratikkan bila ada masa lapang nanti, guna tangan dapat le exercise sikit..

    dah lama berhajat nak polish headlight ni,cuma cara yang betul tu belum pasti mcm mana nak buat..
    terima kasih byk2 bro, selamat hari raya qurban..:)

    ReplyDelete
  2. wah.... rajin juga ea life kami di sini... salam hari raya aidiladha buat blogger firestartingautomobile....
    :))

    ReplyDelete
  3. thanks bro..


    salam aidil adha buat bro&keluarga.:)

    ReplyDelete
  4. semart la... nice.. nak try nnti
    btw, slmt hari raya idul adha..

    ReplyDelete
  5. hari tu buat di kedai terbang 50 henget....

    ReplyDelete
  6. terbaik terbaik..
    baru berkira2 nak polish lampu kereta tapi jenuh memikir caranya.. entry yg dtg tepat pada masanya

    ReplyDelete
  7. sama la bro..lampu dah tak terang ni,baru je ingat nak tukar lampu tu..heheee

    salam aidil adha bro^^

    ReplyDelete
  8. hmm kalau tak tanggal nampak cam mudah..selamat hari raya

    ReplyDelete
  9. aku x pernah terpikir plak nk polish lampu keta selama ni...
    tengsss 4 d info bro!

    ReplyDelete
  10. Seboleh2nya nak polish guna polisher pad...klau guna tangan tu boleh...tapi jenuh laa..pas tu lom tentu hasilnya...btw keta aku guna kaca...so x de masaalah lagi la ngan kepudarannya...

    ReplyDelete
  11. Uiks? Rupa-rupanya boleh kertas pasir headlamp kereta? Info menarik! :-o


    Terbaru dari Logokoko:

    [13SX] Dilarang mengintai di tandas ini!

    [U] Edwards Syndrome

    [U] Suis

    ReplyDelete
  12. macam mana nak elokkan warna crome dlm cover lampu?

    ReplyDelete
  13. Tuan, mana nak dapat meguire's cleaner utk scratch & polish headlamp ni?

    ReplyDelete
  14. blog terbaik!. t.kasih diatas perkongsian. boleh cuba bila masa terluang nanti.

    ReplyDelete
  15. You ada buat servis kilatkan head lanp ni tak. Saya nak hantar lampu tu

    ReplyDelete
  16. Salam semua & salam sejahtera,

    Minta tolong jasa baik promotekan bisnes anak muda yang baru nak menapak ni ya����
    Jikalau ada masalah dengan lampu kereta kuning/kotor, kami ada penyelesaiannya. Harga penuh kasih sayang pasti murah dan berbaloi tidak seperti headlamp polisher yg mencekik darah.

    Headlamp polish = RM40

    Kami menerapkan amalan "door-to-door" services, macam tak percaya kan? Ya kami datang ke tempat anda. Belum cuba belum tahu. Berpuas hati? Beritahu yang lain��
    Contact number : +60 13 978 6082 (Rais)
    Area : Kajang, Bangi, Putrajaya
    (Klang Valley, depends on availability)

    ReplyDelete
  17. To the owner of the Fire Starting Automobil blogspot,

    I noticed that the photos of headlight restoration process for the Toyota Vios that you have posted in your blogspot is copied from my blogspot (http://invisibleshieldmy.blogspot.my/) without my conscent.

    As a an auto detailer, I hope you can be more professional to use your own photograph for your post.

    Thank you

    ReplyDelete
  18. LAMPU KERETA KEKUNINGAN APA NAK BUAT?
    ---------------------------------------

    90% LAMPU KERETA DI MALAYSIA MEMPUNYAI MASALAH INI !!!!!
    ---------------------------------------

    LAMPU KEKUNINGAN? LAMPU BEKERAK? LAMPU KABUR? LAMPU BERKABUS?

    BANG KERETA CANTIK CUN TAPI LAMPU KUNING BAHAYA TU MACAM-MACAM BOLEH JADI.

    DAH CUCI GUNA UBAT GIGI TAPI SEKEJAP DAH KUNING BALIK. DAH GUNA MACAM-MACAM PENCUCI TAPI STILL TAK TAHAN LAMA..SEKEJAP SAHAJA PUTIH! APA NAK BUAT LAGI????
    KINI MASALAH INI BOLEH SELESAI DENGAN SEGERA PM KAMI DI TALIAN ☎ 0175471502 SERVIS PENGILAT LAMPU KERETA TERBAIK DAN TAHAN LAMA!!!!

    ✔ HARGA JUGA BERPATUTAN!
    ✔ SERVICE SAMPAI DEPAN RUMAH ANDA!
    ✔ TAK PERLU RUNGSING LAGI KAMI SEDIA MEMBANTU ANDA!

    Lokasi : Penang, Sungai Petani, Kulim dan Parit Buntar.

    Facebook Page : http://www.facebook.com/doktorlampuanda

    klik link untuk sebarang pertanyaan
    http://www.wasap.my/60175471502
    http://www.wasap.my/60175471502
    http://www.wasap.my/60175471502

    ReplyDelete