Monday, December 26, 2011

Tip Spray Paint Motorsikal


Pertanyaan yang diajukan..
1) fariz saya nak tnye macam mane nak spray moto sendiri guna spray tin...?? lagi satu spray tin ape yg berkualiti nak gune. kalau ada spray tu,boleh design sendiri kan?
2) ambok nak tanya skit mane nak dapat extension utk letak kat atas tin spray supaya x lenguh tangan tekan..
Jawapan kami..
Thanks pada fariz dan ambok bertanya... Maaf agak lama tertunda lama jawapan tersebut ... Sebenarnya korang boleh cari balik kat entry post terdahulu kat blog saya ni ada beberapa tip/diy yang boleh digunakan... Kena rujuk lah semula yerr... Apa pun saya suggestkan sedikit untuk rujukan korang secara ringkas seperti kat bawah ni...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Spray Paint Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
1) Back to point pertanyaan fariz
Saya cuba cerita sikit tentang cat tin aerosol SAMURAI® paint brand lah... Tapi ini bukan nak promote tapi nak ceritakan perihal spray cat tin kalau nak spray cat motosikal korang sendiri... kita boleh buat sendiri tak payah hantar kat kedai yang memerlukan kos bukan sikit....

Korang pernah tak jumpa Spray tin aerosol cam kat bawah ni..
Secara Ringkasnya kami terangkan sedikit sebanyak fungsi cat tersebut




plastik primer = Memastikan cat dapat melekat pada permukaan plastik ( selalunya Cover Part plastik getah warna hitam).. penggunaan plastik primer juga dapat elakkan cat cepat tanggal atau terkopek.
undercoart= colour base = bagi colour base tu sekata sebelum sembur warna yang di ingin kan
putty primer = Samurai primer putty untuk menutup kesan-kesan calar kecil, cat die biasanya warna kelabu . kalau nak hasil colour yang lebih cun kena spray primer putty sebelum undercoat
Standart colour (warna pilihan) = warna yang korang nak sembur kat coverset sama ada korang nak gunakan Colour standart aje ke, Khameloen atau matellic .terpulang pada kamu.
lacquer = Sebagai clear atau pelindung lapisan cat dan kasi warna timbul, licin ,menambah kilauan.
_______________________________
Bukan itu saja.. korang boleh terjah laman web http://www.samuraipaint.jp/

Kat laman web ni korang boleh dapat macam-macam maklumat, tip-tip dan DIY tentang cat tin aerosol SAMURAI® paint ni.. Antaranya tip/ Diy yang diberikan macam kat bawah ni..

1) Step by step bagaimana cara spray motorsikal yang disyorkan.. Ada diterangkan..






2) Begitu juga dengan tip-tip spray part-part motorsikal yang boleh dijadikan rujukan..




3) Di terangkan bagaimana nak spray coverset menggunakan net ( jaring)



4) Spray coverset dengan membentuk corak design ikut keativiti..



5) Spray coverset dengan tone warna berbeza pada design dikehendaki..




5) Spray coverset mengunakan cara potongan cardboad pun ada disertakan..



Memang bagus laman web ni.... kerana banyak yang boleh kita pelajari teknik-teknik spray mengunakan spray tin yang boleh kita buat sendiri dirumah dengan mengunakan daya kreativiti yang ada...
_______________________________
Extension Spray Grip
_______________________________
2) Back to point pertanyaan ambok
Semasa kita menjalankan kerja-kerja spray tin ni pada part-part motorsikal ni... memang agak memenatkan bila jari menekan spray cap nozzle pada cat tin tu... memang agak lengoh-lengoh lah jari nak tekan botol spray tin ni... Ok korang boleh gunakan alat extension untuk letak kat atas tin spray supaya tak lenguh tangan dan jari- jemari menekan... Ada jual extension botol spray tin dekat kedai bancuh cat kereta.... harga dia dalam lingkungan RM 25 kalau tak silap lahh...

Bentuk extension botol spray tin atau spray grip macam kat bawah... ada macam- macam brand... ikutlah mana yang korang nak...





_______________________________
Spray Cap Nozzle
_______________________________
Korang perasan tak ... Tudung spray pada botol spray yang ada... sebenarnya terdapat 5 level tudung spray cap yang berlainan bentuk yang memberikan perbezaan jarak, besar dan kecil semburan...


Kadang kala bentuk tudung spray cap ni semua seakan sama ajer.. Tapi korang perasan tak warna pada muncung spray tin tu berbeza-beza.. Warna merah, pink, hijau, biru dan kuning pada muncung Spray cap menunjukkan bentuk semburan samaada halus, kasar, tebal, tirus


kita boleh tukar tudung spray cap untuk mendapatkan corak dan jarak kecil, besar, halus sesuatu semburan yang bagai mana kita hendak gunakan... so kalau kita nak buat semburan halus ( nak buat border garisan) kena tukar tudung spray cap yang bersesuaian (muncung tirus dan kecil )... begitu juga kalau nak buat spray dengan permukaan yang luas.. pun kena tukar tudung spray cap semburan yang lebih besar... kalau kita nak tukar-tukar Size spray cap ni boleh kita beli part berasingan kat kedai bancuh cat juga... ada jual gak spray cap 3 size tu kat sana...
1)

Ada 3 jenis spray cap ni .. Setiap jenis memberikan jarak ( distance ) semburan berbeza
Stem male spray cap pula digunakan untuk tiub sambungan pencucuk lubang antara tudung
( spray cap ) apa bila kita nak tukar spray cap yang berlainan
_______________________________
PESANAN KAMI..

Biasanya kalau kita guna spray tin ni... kita tekan tudung spray cap tu pasti tangan kita terkena cat tu sekali.... Sebab tu lah kalau boleh, gunakan extension spray grip lagi senang .... jari tak adelah lengoh nak picit-picit dan jari pun tak kotor terkena cat spray...

Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..

25 comments:

nabilah_2908 said...

kalau tangan berseni..sure cantik bermain dgn spry ni.. ;)

Unknown said...

kalo den nak spray htr kedai jer...hehe

Unknown said...

Pehh..aku pun x tau spray can ada memacam teknik dan aksesori tuk senangkan teknik paint...thx bro...bertambah ilmu aku kerana ko...tapi satu je klau guna spray can ni...clear yg x tahan lama...elok kiranya sesapa yg nak paint kaler guna tin tapi bila nak masuk clear guna 2k...tahan lama sikit...

Abu Bagi said...

dalam gambar tu pempuan pulak yg spry cover motor tu.. pergh!! aku pun tak reti nak buat benda2 ni.. ingt nak spry motor aku gak.. tengok la cam mana...

Woofer Storm said...

teringin nak spray sndiri bro..tapi segan pula nak buat,takut salah..

logorithm said...

I pernah ada sorang classmate yang terer buat kerja-kerja cenggini. Dia boleh bikin motorbike Honda C70 klasik yang buruk menjadik baru!


Terbaru dari Logokoko:

[U] Nombor plat kereta yang cool tapi HARAAAAAAM!

[U] Merry Christmas 2011

[U] Makan taik

Unknown said...

TQ bagi info berguna bro

tehr said...

ni kalau anak aku baca ni
dah tentu bertukar warna motor aku
hahaha

dhiera zainudin said...

perghh...rajin gile dorang nak spray moto wat corak2 ni~ klo saya tak kuasa lah eii

khaiday92 said...

bg aku ar...klu nk spray basikal..boleh ar gune spray tin....
klu tuk motor aku xberape bekenan ar...sbb warna die xtahan,,,senang pudar...motor xleh jemur tngh panas...n bnyak lg....aku lebih suke yang pakai spray angin,,,,warne die lebih tahan...agpn nk kate mahal...xlah mahal sngat...motor gbo aku...yang semua nye habis dlm rm50++..stngah liter je...agpn cat die cmpur dgn tinner lop kan...pas2 spray angin kite buleh letak daimond....hok kilat2 ho...dgn pearl...64 lah mcm 2 warna...

AUM$ said...

cap spray tu kt mne ade jual?? kedai bancuh cat kereta??x fhm la bole bgitau secara detail lagi x?hehe

Unknown said...

spray warne silver grey ade jual tak?

Anonymous said...

Hi nak tanya skit, klaw saya nak spray bahan yg brasaskan getah, kena ke pakai spray utk plastik sbgai asas?

Anonymous said...

Salam bos,

Ambe ada kereta wira yang dah lama. Nak hantar kedai untuk cat rasa macam x berbaloi. Rasa macam nak buat sendiri je guna cat aerosol ni. Apa advise anda untuk cat kereta guna cat tin?

Unknown said...

Salam bos
Klu nk spry coverset kne pkai kertas pasir gk ke..
Klu kene pkai ktas pasir yg berapa punya

Trimas kosi ilmu bos

Unknown said...

slm boss..cmne nk dpt Extension Spray Grip?klo x admin tolg cri..ssh la nk cri kt sni..perlu sgt tuk spray body part moto sy..nk hasil terbaek msti da Extension Spray Grip..

Unknown said...

Biase spray hantar kedai brape kene bayar

Unknown said...

Biase spray hantar kedai brape kene bayar

Unknown said...

Kalau dah spary plastic primer nak spray lagi ke clear?

Unknown said...

salam bos kalau nk spray injin guna cat hitam mati mcm mana x nk kasi cat dia mudah tertanggal

Toyeng said...

Apa beza cat tin ngan 2k?

Toyeng said...

Apa beza cat tin ngan 2k?

Anak peneroka said...

Wah...pasni bleh cat keta sorong abah aku..lama dah parking..wat projek restoration..rakam video bleh jual kat astro...wahahahaha

Unknown said...

Assalam..cam mne nak spray arm lagenda..bole pkai spray tin x?nk tnye..sbb aq nak spray..lagi satu..jename ape yg bgos?..tahan lame?x senang terkopek?

Sound Deadening Store said...

Thank you for sharing this content...
soundproof matting for floors