Pertanyaan yang diajukan...
sayong:Bro aku pernah ditimpa masalah high temprature perjalanan balik dari tpt keje ke rumah. apa yang perlu aku lakukan nie..
Jawapan kami...
Thanks Sayong bertanya… Cuma lambat sikit balas jawapannya…Dan ini juga entry terakhir tahun ini... Saya cuba bagi pandangan saya secara ringkas kemungkinan yang berlaku.. Penjagaan sistem penyejukan adalah amat penting untuk sesebuah enjin.Enjin boleh berlaku overheated jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel. Dan ini boleh mengakibatkan blok head bengkok,air masuk dalam sistem pelinciran dan boleh menyebabkan enjin jammed.
Tip menghadapi temprature kereta naik
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Bila kita tengah drive ... Tetiba ajerr nampak meter temprature naik mendadak .. Cepat-cepatlah berhentikan kereta ditepi jalan..Buka bonet depan.. biarkan seketika enjin agak-agak sejuk.. barulah checking apa benda yang rosak...
Antara masalah yang boleh mengakibatkan High temprature ialah:
1.Air cooling Radiator kering. Radiator tersumbat.. Drain Screw Radiator loose.
2. Tidak menutup radiator cap dengan baik.
3. Sensor Temperature tak betul
4.Hos penyambung ke radiator bocor.
5.Water Pump Rosak atau tersumbat
6. Kipas radiator rosak.
7. Thermostat rosak.
_______________________________ 1.Air cooling Radiator kering. Radiator tersumbat.. Drain Screw Radiator loose.
2. Tidak menutup radiator cap dengan baik.
3. Sensor Temperature tak betul
4.Hos penyambung ke radiator bocor.
5.Water Pump Rosak atau tersumbat
6. Kipas radiator rosak.
7. Thermostat rosak.
1.Periksa Air Radiator
Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air.. Cuba lihat air di dalam radiator pastikan tidak berkarat dan jika berkarat dan berkeladak mungkin radiator tersumbat... ni kena buat flash air tersebut dengan membuka hose bawah dan masukkan hose air dari atas dan Drain Screw Radiator dibuka.Biarkan air memasuki dan mengalir masuk dalam enjin sehingga air karat habis keluar kesemuanya.. Kemudian pasang balik Drain Screw Radiator kembali...Isi air didalam radiator
AMARAN...Jangan membuka penutup radiator ketika panas..Biarkan dalam 1 jam tunggu sejuk dulu baru boleh membukanya..Gunakan kain yang tebal untuk membukanya..Ini bagi mengelakkan wap dan air panas tepercik pada anggota badan.. melecur beb
Pastikan tiada bocor pada radiator..jenguk pada bawah kenderaan anda.jika ada air menitis,cuba cari punca datangnya air itu..Selalunya ia datang dari Drain Screw.. atau ada kebocoran pada radiator atau pada part-part berkaitan (Tengok kat lantai atau atas jalan kalau ada bekas air menitik) ...Atau air memang dah kering kat dalam radiator tuu...
Periksa dan pastikan air dalam reserve tanki ini dalam paras antara minima dan maksima. Kena checking air yang ada.. seeloknya sebelum enjin dihidupkan.Ingat jangan melebihi paras Maksima
_______________________________
2. Periksa Pressure Cap
Periksa keadaan spring dan juga rubber seal tidak rosak.Secara teknikal cap ada tercatat suhu dan tekanan pada penutup tersebut dan cara untuk pastikan ia berfungsi dengan menekan spring tersebut ia berfungsi atau tidak
_______________________________
3.Periksa Sensor Temperature
Kadang kala masalah berlaku bila jalanraya sesak suhu enjin akan meningkat… kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai.Jika pusingan kipas perlahan maka suhu didalam tangki lambat turun.Atau pun sensor ada masaalah dengan setting dan lambat cut in atau kadang kala berkemungkinan water pump impeller dah rosak.
Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer..ada kemungkinan sensor ini rosak.Cara terbaik untuk test adalah dengan menggunakan screw driver atau wire ON kan Suis..tapi jgn start kenderaan anda..dan sentuh kedua dua point .Jika kipas berpusing ini bermakna sensor ini ada masalah.Disyorkan tukar baru sahaja. Kipas akan berpusing jika Thermostat Cut in.. _______________________________
4.Periksa Hose
Lihat pada hos kenderaan anda.. Jika didapati ada tanda tanda retak, koyak disyorkan tukar baru berserta dengan clip baru.Juga periksa sekali hose kecil yang menyambung dengan sistem ini. Caranya korang boleh pegang hose atas dan hose bawah jika hose atas panas dan hose bawah sejuk, ini ada kemungkinan thermostat kenderaan korang sudah karat dan jammed ( rosak). Saya nak nasihatkan kat sini simpan segulung masking tape dalam dashbord kereta... Tujuannya jika terdapat kesan bocor korang boleh tampal bocor dengan masking tape..Boleh digunakan untuk jarak yang dekat sahaja
_______________________________
5.Water pump
Periksa betul betul jika ada tanda tanda air keluar disekeliling water pump.Ada 2 sebab jika berlaku sama ada gasket bocor keluar air atau pump housing retak .Kalau ini berlaku disarankan segera tukar pump baru.Kebiasaannya mekanik akan tukar water pump sekali dengan menukar gasket
_______________________________
6.Periksa Radiator Fan
Periksa connection wire,fuse box,sensor temperature dan fan motor... Periksa kipas radiator adakah ianya berfungsi dengan baik… Bila kipas berpusing pastikan keadaan pusingan adalah normal tanpa terdengar bunyi yang abnormal.Sekiranya didapati pusingan kipas perlahan kemungkinan contact longgar atau kemungkinan carbon motor dah haus . Tetapi kalau Kipas tidak berpusing.Check dengan mengunakan test pen on your motor..pastikan ada bekalan letrik..jika kipas berpusing check pada thermostat pula takut tersumbat kot ..
_______________________________
7.Thermostat
Pemeriksaan tidak dapat dilakukan disebabkan ianya terletak didalam.Ada kes tertentu thermostat jammed boleh menyebabkan enjin overheated.Oleh itu jika ia berlaku anda boleh buka 2 nut screw dan buangkan. Tapi ini hanya bila berlakunya kes kecemasan sahaja.
Jika semua telah anda lakukan tanpa menjumpai tanda-tanda tak normal pada kereta tersebut , tapi temprature masih lagi high..maybe ada something wrong with your meter panel odometer..
Periksa cable wire yang di pasang di enjin tidak longgar atau rosak
Cuba pandu kereta pelan- pelan, dan berhenti sekejap kemudian jalan lagi sikit… berhenti sekejap kemudian jalan lagi sikit... bawalah kereta anda ke worksyop berdekatan yerr..
_______________________________
PESANAN KAMI..
Kalau nak jalan jauh harus servis kereta wehh, jangan gambel sangat tau.Kang kereta tersadai tepi jalan kang... Mintak jauhhh lerr
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan pada episode akan datang di ruang Comment atau Chart Room.. Tq..
65 comments:
semua kereta radiator sama ek??xth sgt..
dah beberapa kali berhadapan dgn insiden ni bro
antara indicator yang selalu saya awasi ketika memandu ialah jarum suhu enjin. Lepas sikit dari tengah tu dah psycho :)
Aku pernah kene dulu masa zaman saga lama...tak boleh jem...klau jem jerr temprature naik...mak aih...masa tu aku tunjuk bakat bagai laaa...cilok sana cilok sini...bila check, rope2nya termostat/sensor tu je yg rosak...hrmpphhhh...
#Selamat Tahun Baru 2012 bro...
pernah sekali terjadi kat keto wife..kelam kelibut dio..maso tuh nak pergi kerja lak tuh..thx for the tips bro..
aku pernah alami ni sekali
sebab water pump bocor
nasib juga belum berasap
huh
Tak pernah lagi terkena situasi nih sepanjang usia kereta Proton Wira Aeroback I yang dah berusia dekat 10 tahun. Mintak dijauhkan.
Info yang sangat-sangat berguna kalau terkena! Tapi janganlah... :-p
Terbaru dari Logokoko:
[U] Hari terakhir bekerja untuk tahun 2011
[10PG] Kain pelikat Tok Imam tersepit kat celah punggung
[U] Nombor plat kereta yang cool tapi HARAAAAAAM!
aku tak tahu benda2 macam ni.. sebb tak de pengalaman lagi.. thanks info ini bagus.. baru je smalam cakap pasal temprature keta kawan aku yg tak stabil.. akan di rekomenkan blog ini..
tak berapa faham sangat bro..sy blur bab2 penjagaan ni..
#nak tanya,kalau nak tukar enjin viva dari 660 ke cc lebih tinggi bagaimankah caranya?proses apa patut dilakukan..paling tinggi cc berapa mampu viva ni boleh guna?satu lagi,kenapa ye enjin bunyi nampak lain selepas aircond dihidupkan..sebelum ini belum pena berlaku lagi..dan soalan last,bagaimana cara nak lajukan kereta yang dah lama guna apabila pick up dah tiada..
#bro,kalau soalan ini dah bro jawap,harap bro dapat bagi link entry itu ye.terima kasih..
Nak tanya sikit bro...
Kat dashboard I sekarang naik warning light (yang simbol tanda seruan tuh). Apa yang tak kena ye? I check google, katanya itu bermakna ada lampu yang terbakar, tapi I check lampu semua ok jer?
Terbaru dari Logokoko:
[U] Hari terakhir bekerja untuk tahun 2011
[10PG] Kain pelikat Tok Imam tersepit kat celah punggung
[U] Nombor plat kereta yang cool tapi HARAAAAAAM!
aritu member gara-gara overheated terus kena overhaul semua~
askum bro, 3tahun lepas kereta iswara sy kena masalah suhu naik bila jln jem, air kurang sbb tendang gi reserve tangki. ia berpunca dari gasket head bocor dan sy telah tukar gasket n masalah tu selesai, kini masalah yg sama dtg balik, ade x kerosakan lain yg menjadi punca air tendang ke reserve tangki selain dari masalah gasket head. mohon pandangan.. tima kasih
sangat2 membantu..baru je experience benda ni semalam dan td dah tukat termostat..tempt naik smpai kereta mati. Fuhh...dugaan sungguh.
termostat da pecah dan bocor..air keluar. dan tgki air pon kering..bantai bubuh air 3 botol nak penuhkan tangki tu.
nak tanya sikit....ari tu keta saya suhu naik mendadak..dah tuko water pump..dan radiator...tauke bengkel tu siapbuat kipas still on ketika kita memandu...tu takde ape ke?
Mohon maaf mungkin artikal ni dah lama, tapi saya ingin menjawap soalan @sparrow_hornet@yahoo.com, tentang air ditendang semula ke tangki reserve. Sekiranya air dari radiator ditendang semula ke tangki reserve. Ini bermakna masalah saudara berulang lagi. Saudara perlu buat top overhaul atau tukar engine (tukar engine hanya perlu untuk kes yang cukup serious sahaja). Ada 3 kemungkinan punca masalah ini timbul. 1. Gasket head kereta saudara bocor; 2. Top head yang dah bocor, retak atau berkarat; 3. Permukaan atas engine yang retak, berkarat atau bocor.
Untuk kes 1 dan 2, hanya perlu buat top overhaul sahaja, dengan buat skimming head dan tukar gasket head sahaja - grinding valve perlu dibuat sekali untuk membolehkan pembakaran yang lebih efficient berlaku, selepas buat grinding valve, test top head dengan minyak petrol untuk memastikan tiada kebocoran.
Untuk kes 3, ada dua pilihan: pertama tukar engine dan pilihan yang kedua, buat skimming atas permukaan engine. Tukar engine hanya perlu dibuat sekira keretakan pada engine berlaku atau tahap kebocoran yang dalam dan sukar untuk diselamatkan tetapi kes ini jarang berlaku kecuali ada kes hentakan yang kuat spt perlangaraan atau engine yang dah teruk sangat digunakan. Sekiranya anda memilih pilihan kedua atau memilih untuk tidak menukar engine maka kes 1 dan 2 perlu dibuat sekali untuk memastikan engine tip top.
Sekiranya top head kereta anda retak maka top head perlu ditukar.
Nk tnye la,kreta sy myvi 1.3,smlm bru je tuka rdiator sbb bhgian ats da pecah,tp hri ni,tmprture tbe2 naik,smlm ok je,pas 2 kipas xbenti jln pdhal xgne air cond pn,bole tlong share pngalman sume..
mcm mana klu temperature naik cm berenti kt traffic tp enjin still running tp klu drive temperature stabil balik..engine baru tukar..kedua2 kipas mcm x berfungsi..mohon nasihat..
Kenapa kipas tak jalan bila panas saya terpaksa on kan acond supaya enjin tak panas
Kenapa kipas tak jalan bila panas saya terpaksa on kan acond supaya enjin tak panas
salam bro kereta teman waja 1.6 2005 meter temperature naik high bila kipas pusing....ini berlaku sudah jalan 5 ke 10 km dan bila kipas stop meter akan turun. Sudah pergi check semua nya ok...makenik cina tu bagi tau wire esrth tak cukup and dah tambah sudah ok. tapi sekarang dah jadi balik macam tu...apa ler pasalnya bro...boleh tolong jelas sikit kut-kut dapat idea..terima kasih.
salam bro...napa iye,bila on kunci...kipas pada rediator terus berpusing,tp bila enjin start,kipas berhenti pusing pulak,ape yg problem tu?...
Salam bro....aku nk tanyer ckit ni..aku pakai wira 1.5manual....sebelum ni kereta jarang der masalah Aircond tp sejak akhir2 ni temperature asyik naik jer...aku dh Tukar hose gan water pump sebab water pump ada kesan air keluar tp temperature tetap naik...jadi sekiranya aku nk Tukar tangki air yg 1.6 aper yg seharusnyer aku lakukan...tima kasih.
Salam bro nk tnya la, aku pkai keta saga blm auto, mslhnya bila enjin mati, kipas keta masih b,jalan, lama plak 2, ape mslh bro, dh tkar relay pn sma
Salam bro nk tnya la, aku pkai keta saga blm auto, mslhnya bila enjin mati, kipas keta masih b,jalan, lama plak 2, ape mslh bro, dh tkar relay pn sma
sy pernah kena kat kete bm, air asyik kena tambah je, radiator dah pown tukar yg laen, cume masalah laen x leh detect..sekali overheat tesadai kat bengkel..head semua bengkok gasket pown dah terbakar
SEMALAM BARU JA JADI TERLEBIH PANAS...ENJIN MATI TERUS..HARI NI MASUK BANGKEL KNA TAHAN 3 HARI BARU SIAP..POMEN CAKAP AIR MSUK ENJIN...MASA PANAS P BUH AIR 2 BOTOL..PANDAINYA..TEKANAN HARI NI
nk tanya..klo temperature tak naik pas 2 bila on kunci kipas terus berpusing..minta tlg kepada sesiapa yg thu..ape mslh kete ni
Mus gani
Motor kipas kena tukar
Ape beza thermostat dgn radiator temperature sensor?confused...
Salam,temperature kereta kancil(660) naik bila air-cond ditutup.Air pun kering dgn kadar yg cepat.Tapi bila on air-cond,ok je.Boleh jalan mcm biasa.Apa punca dia?
Dah baca semua artikel dlm internet tapi xad pun mslh mcm sy.Ke sy xreti cari?hihi
Bro nk tnya ckit..law kipas radiator myvi lmbt pusing bla on air cond..knapa yew?motor dya da rosak ka?kna tukaq motor saja atau kipas sekali??untuk kereta myvi kena on air cond dulu baqu kipas pusing kew?..
Assalam nk tnya brapa rm satu set hose getah radiotor kereta kembara?
Bro nak tanya ni,kipas radiator berfungsi secara automatik ka? Sekejap dia on sekejap off? Tapi kereta saya asal on kipas on dah,blm start injin lagi. Yg ni ok ka?
Salam....ingin thu...sy gne proton wira enjin 4g93...tp xmgunakan air flow sensor..blh ke temp. Jd high....
Salam....ingin thu...sy gne proton wira enjin 4g93...tp xmgunakan air flow sensor..blh ke temp. Jd high....
Salam....otai2 saya da kemuskilan masalah dengan perdana v6 saya,kipas radiator x boleh auto pusing bila temprature panas sampai air tangki spare keluar.bila on air cond kipas boleh berpusing pulak!.pening2!! Temprature sensor dah tukar baru,tapi x jadi juga..tolong bagi pencerahan otai2 sekelian..tq.
Salam....otai2 saya da kemuskilan masalah dengan perdana v6 saya,kipas radiator x boleh auto pusing bila temprature panas sampai air tangki spare keluar.bila on air cond kipas boleh berpusing pulak!.pening2!! Temprature sensor dah tukar baru,tapi x jadi juga..tolong bagi pencerahan otai2 sekelian..tq.
Assalammualaikum bang,maaf mencelah,kalau air radiator tersebut terlebih daripada tahap maksima?apa akan jadi
Assalammualaikum bang,maaf mencelah,kalau air radiator tersebut terlebih daripada tahap maksima?apa akan jadi
Nak tya nie..adakah kipas enjin kereta selalu berpusing atau kipas enjin bergerak secara automatik??
Seperti kipas kereta waja??
Tima kasih
Nak tya nie..adakah kipas enjin kereta selalu berpusing atau kipas enjin bergerak secara automatik??
Seperti kipas kereta waja??
Tima kasih
Assalamualaikum sensor temprature kereta iswara terletak dkt mana
tumpang tanya klau over head dan perlu angkat head brapa kira² kos dia ya? mohon bantuan sahabat² sy guna produa rusa
Saya ingin berkongsi pengalaman enjin kereta berasap semasa jalan jem disebabkan ada kemalangan. Semasa itu temperature ( Suhu naik sampai H ) dan aircond menjadi panas. Selepas itu saya berhenti ditepi jalan dan tunggu sampai enjin sejuk dan baru check air. Didapati tangki air kering berpunca Motor Kipas tidak berjalan.
Isi air semula dan bawa ke bengkel berdekatan dan mekenik check motor kipas dengan cara mengetuk dengan besi 2, 3 kali pada motor dan selepas itu kipas berpusing semula. Dia kata boleh pakai lagi untuk sementara waktu tetapi elok tukar kerana Carbon Brush pada motor sudah haus.
Boleh cuba baiki sendiri untuk menghidupkan semula kipas dengan cara di atas jika berlaku kerosakan di dalam perjalanan.
Assalamualaikum. Kereta sy td lalu jalan jem. Tiba2 air cond jd panas dan sensor over heat naik. Kipas still pusing sbb apa ye jd mcm tu
Assalamualaikum.boleh sy tau alamat bengkel saudara?sbb berhajat nk tukar head gasket myvi tahun 2008.temp naik,keluar gelembung udara kt radiator,kipas berpusing lambat berhenti sbb panas.dah cek temp sensor,thermostat,water pump semua ok.
Sama mcm sy bang,kipas x berhenti pusing,cek temp sensor,thermostat,water pump semua ok.suspek head gasket.mmg sensitif enjin myvi ni,lg la kalau tuang air radiator pakai air paip tanpa letak coolent.
Mcm mana bang kesudahannya.bantu la kwn2 share pengalaman.post ni pun dah 5 tahun.mm...x tau ingat lg ke x.hehe..
Nk tnya....kalau kete sy xpkai thermostat n hose ats panas n hose bawah sejuk...macamana tu... Tq
Nak Tanya adakah kipas enjin Akan berpusing apabila enjin panas??atau bila Kita start enjin kipas tu terus berpusing?
Kipas radiator tu akan berpusing pada tahap kepanasan yg dikesan oleh sensor@thermostat dh mncapai suhu yg ditetapkan
Saya guna wira se 1.5..jika saya tukar temp sensor utk meter..adakah perlu setting dengan computer..
Baru baru ni kereta sye persona s.e overheat tak perasaan akhirnya enjin mati tgh jln. Tunggu enjin sejuk then start kereta xbleh dah.. huhu.. terpaksalh towing.. Agak2 brp kerugian tu yee.. ��
aku rasa aku kena tipu ngn bengkel laa.. awal bulan tadi iswara 1.5 aku enjin berasap masa tengah jalan.. aku buka depan tengok hos radiator bawah dah pecah.. bawak bengkel dia kata kena buat top overhaul.. aku blur la,apsal kena top overhaul pulak padahal hos radiator bawah je pecah.. dia kata air masok enjin.. okay,aku buat gak la sbab nk pakai kereta raya ni.. 1500 aku bayar,kopek baii xbeli baju raya baru aku taun ni demi nk selamatkan kereta.. kereta aku siap khamis lepas,baru 3 hari bawak berasap lagi.. kali ni water pump hose aku pulak pecah,bahagian yg connect bottom hose radiator tadi.. means masalah aku x settle even lepas bayar 1500.. dlm resit langsung xde mention radiator,top/bottom hose,water pump,water pump hose amende just mention diorang tuka oil pump,thermostat,head scheeming,valve grind,minyak itam,oil filter.. tadi aku hantar lagi ingt nk claim dia kata kena tukar bayar lagi 200.. fcuk!! haritu kata ada waranty.. apsal lepas buat top masalah radiator,air aku x settle lagi.. memang x raya aku taun ni bhaiiiii... korang rasa kedai tu tipu aku ke apa?? lain yg rosak,lain yg direpair.. at elast kalau dia check repair sekali haritu xla aku nak panas macam ni.. kedai MELAYU pulak tu,aku ulang MELAYU.. dengan melayu sendiri pun nk tipu ke?? dulu aku buat overhaul sekali kedai cina,bayar 2500 dekat nk 5 tahun aku pakai langsung xde problem.. cina ni kalau bab tipu memang ada,tp at least keje diorang elok.. melayu kalau babb tipu,memang x bagi muka..keje cincai je..
nk tanya klu air collant asyik kurang je kenape ye...?da buat top overhaul tp still kurang...
Kipas dah tukar masalah nya coolant panas kipas tak pusing. Water pam x bocor tangki baru la. Apa masalah....
Kipas berpusing sekejap sahaja.Berapa lama kipas harus berpusing?
Last skali ape kerosakan yang membuat ia tak boleh hidup yew.....haaaaa kena mcm bro...enjin mati tepat tepi jalan,dh cuba start selepas tambah kn air dalam radiator....dia tak mau hidop
Kereta saye naik turun bang meter panas,tapi tak de alarm amaran tolong cadangan nye tq
Bro...sory tanya. Top overhaul tu apa eh? Apa yg pomen buat bila top overhaul?
Sedang alami temprature naik wlaupon radiator da d cuci
Besanya kipas masalh....temp sensor klw tdk detect bgus kipas tdk pusing
Salam bro.kereta wira 1.5 manual saya temperature naik bila buka econd dia stabil balik. Bila tutup econd dia naik tak sampai warna merah?
Salam bro.kereta wira 1.5 manual temperature naik. Air tangki kurang.air tangki simpan kosong..bila buka econd temperature turun balik.. Apa punca dia bro?
Great content...
soundproofing barrier mat
Post a Comment